2017-07-30

Abdul Rani Kulup menyatakan hasrat untuk memperisterikan pengasas produk kecantikan Vida Beauty, Datuk Seri Hasmiza Othman atau lebih dikenali sebagai Datuk Vida.  Abdul Rani yang menggelarkan dirinya sebagai 'ayah' berkata, beliau boleh menjadi seorang suami yang baik dan berharap agar Hasmiza dapat menerimanya, lapor Sinar Online. "Ayah boleh menjadi suami yang baik," kata presiden Pertubuhan Martabat Jalinan Muhibbah (MJMM) itu.

Selain itu, ditanya tentang penerimaan isteri-isterinya mengenai hasrat berkenaan, Abdul Rani berkata:

"Isteri-isteri ayah 'steady'," katanya lagi yang sudah mempunyai dua isteri.

Selain ingin menjadikan isteri, Abdul Rani turut berhasrat untuk berduet dengan Hasmiza, 46. Bagaimanapun, beliau menyerahkan kepada Hasmiza untuk memilih lagu yang akan mereka berduet.

Pada awal April lalu, perkahwinan tiga tahun Hasmiza bersama Fairuz Ahmad Zainuddin berakhir apabila mereka sah bercerai di Mahkamah Syariah, Ipoh. Selepas perceraian itu, Hasmiza berhasrat mempunyai calon suami bermata berwarna kelabu seperti jejaka mat salih dan seseorang yang suka membeli-belah.

sumber : sinar harian online

Nikmati percutian sebanyak 17 hari pada bulan Ogos serta September 2017. Cuti ini merangkumi cuti umum, persekolahan dan hujung minggu.

Cuti bermula dengan cuti pertengahan penggal persekolahan yang akan bermula 26 Ogos hingga 3 September ini, disusuli dengan cuti Hari Kebangsaan ke-60 pada 31 Ogos yang jatuh pada Khamis, seterusnya disambung dengan cuti sempena Hari Raya Aidiladha pada hari berikutnya, 1 September dan ditambah dengan cuti hujung minggu pada Sabtu dan Ahad.

Pada Sabtu minggu berikutnya, rakyat Malaysia akan menyambut Ulang Tahun Rasmi Keputeraan Yang di-Pertuan Agong Sultan Muhammad V bagi tahun ini yang dipinda dari 29 Julai ke 9 September. Seterusnya pada minggu ketiga September pula, rakyat Malaysia bakal menyambut Hari Malaysia (16 September), yang juga jatuh pada Sabtu. Rakyat Malaysia sekali lagi dapat menikmati cuti umum pada Jumaat minggu keempat bulan tersebut (22 September) iaitu cuti Awal Muharram.

Disebabkan cuti Awal Muharram jatuh pada Jumaat, dijangkakan ramai rakyat Malaysia akan mengambil cuti pada Isnin, bersambung dengan cuti hujung minggu selama dua hari.

sumber : mstar online


'Panas' adalah perkataan yang sering berada di minda kita sekarang, termasuklah mereka yang berada di seluruh Eropah dan sebahagian Amerika Syarikat. Suhu di Britain dijangka meningkat setinggi 32°C minggu depan, manakala suhu di beberapa bahagian di Itali melonjak melebihi 40 ° C, menurut laporan, Selasa. Walaupun Malaysia tidak terjejas secara langsung oleh gelombang panas di hemisfera utara dunia, namun ia tetap tidak terlepas daripada kesan musim kering monsun barat daya tahunan, kata Jabatan Meteorologi Malaysia.

"Bagaimanapun, cuaca panas di sini sekarang tidak seburuk El-Nino tahun 2014 dan 2015," kata ketua pengarah JMM Alui Bahari, Alui berkata suhu tertinggi yang direkodkan setakat tahun ini bukan berlaku dalam tempoh kering ini. "Ia dicatatkan pada 18 Mac di Chuping, Perlis dengan suhu 36.9 ° C. Rekod suhu tertinggi dalam sejarah Malaysia ialah 40.1°C, juga di kawasan yang sama," katanya.

Sementara itu pakar Klimatologi dan Oseanografi dari Universiti Kebangsaan Malaysia Profesor Dr Fredolin Tangang menjelaskan bahawa gelombang panas di Eropah dan Amerika Syarikat adalah 'normal' untuk tahun ini.  "Bagaimanapun, sistem cuaca di Malaysia adalah berbeza dari Amerika dan Eropah. Musim kering kita berkait dengan musim tengkujuh," katanya.

Tangang juga memberi amaran tentang kemungkinan peningkatan kebakaran hutan. "Kami ada laporan mengenai kebakaran di Sumatera. "Ini adalah musim kering dan panas yang agak tipikal walaupun pada tahun ini, musim monsun barat daya lebih lembab berbanding sebelum ini," katanya.

Sebelum ini dilaporkan bahawa terdapat 170 titik panas di seluruh Indonesia pada pertengahan Julai, kebanyakannya di Aceh, Nusa Tenggara Timur dan Kalimantan Barat. Berdasarkan peta terbaru Sistem Peringkat Bahaya Kebakaran di bawah Kod Kandungan Kelembapan Bahan Bakar Halus, selatan Sumatra, Kalimantan Barat dan sebahagian besar Sabah dan Sarawak berada dalam warna merah. Merah mewakili 'melampau', yang tertinggi dalam skala yang mana kebakaran padang rumput dan semak mudah berlaku.

sumber : mstar online


Dalam kejadian kira-kira pukul 4.30 petang Khamis lalu, Bella, 23, bersama ibunya mencari Aliff dan mendapati dia bersama seorang wanita bernama Nur Afifah Nasir di pusat hiburan . Penyanyi Aliff Aziz akhirnya mengaku silap kerana curang terhadap isterinya Bella Astillah selepas dia kantoi berdua-duaan dengan Nur Afifah Nasir di kelab karaoke, Khamis lalu.

Gambar : Aliff Aziz Kantoi di Karaoke

Aliff, 26, berkata, dia tidak mahu menafikan perkara berkenaan, sebaliknya meminta maaf kepada semua pihak yang terjejas kerana kontroversi itu.  "Apa yang saya boleh katakan, bertepuk sebelah tangan tidak akan berbunyi. Perkara sebenarnya hanya saya dan dia (Afifah) sahaja yang tahu," ujarnya.

Aliff ditemui pada sidang media berhubung kes itu di Hotel Roof Garden, dekat sini, pada Isnin. Ia pertemuan pertama Aliff dengan wartawan selepas dilanda kontroversi berkenaan.

Video : Aliff Aziz Kantoi di Karaoke


Video : Penjelasan Daripada Bella Astillah



sumber : mstar online

Borang Maklumat Hubungan

Nama

E-mel *

Mesej *

Dikuasakan oleh Blogger.
Javascript DisablePlease Enable Javascript To See All Widget