"Woww..Ada 17 hari cuti pada Ogos dan September 2017 "

Nikmati percutian sebanyak 17 hari pada bulan Ogos serta September 2017. Cuti ini merangkumi cuti umum, persekolahan dan hujung minggu.

Cuti bermula dengan cuti pertengahan penggal persekolahan yang akan bermula 26 Ogos hingga 3 September ini, disusuli dengan cuti Hari Kebangsaan ke-60 pada 31 Ogos yang jatuh pada Khamis, seterusnya disambung dengan cuti sempena Hari Raya Aidiladha pada hari berikutnya, 1 September dan ditambah dengan cuti hujung minggu pada Sabtu dan Ahad.

Pada Sabtu minggu berikutnya, rakyat Malaysia akan menyambut Ulang Tahun Rasmi Keputeraan Yang di-Pertuan Agong Sultan Muhammad V bagi tahun ini yang dipinda dari 29 Julai ke 9 September. Seterusnya pada minggu ketiga September pula, rakyat Malaysia bakal menyambut Hari Malaysia (16 September), yang juga jatuh pada Sabtu. Rakyat Malaysia sekali lagi dapat menikmati cuti umum pada Jumaat minggu keempat bulan tersebut (22 September) iaitu cuti Awal Muharram.

Disebabkan cuti Awal Muharram jatuh pada Jumaat, dijangkakan ramai rakyat Malaysia akan mengambil cuti pada Isnin, bersambung dengan cuti hujung minggu selama dua hari.

sumber : mstar online
Labels:

Catat Ulasan

[blogger]

Borang Maklumat Hubungan

Nama

E-mel *

Mesej *

Dikuasakan oleh Blogger.
Javascript DisablePlease Enable Javascript To See All Widget