Sebagai manusia biasa saya tidak lepas daripada buat kesilapan dan saya akui curang atas sebab-sebab yang tidak dapat saya jelaskan - Aliff Aziz


Dalam kejadian kira-kira pukul 4.30 petang Khamis lalu, Bella, 23, bersama ibunya mencari Aliff dan mendapati dia bersama seorang wanita bernama Nur Afifah Nasir di pusat hiburan . Penyanyi Aliff Aziz akhirnya mengaku silap kerana curang terhadap isterinya Bella Astillah selepas dia kantoi berdua-duaan dengan Nur Afifah Nasir di kelab karaoke, Khamis lalu.

Gambar : Aliff Aziz Kantoi di Karaoke

Aliff, 26, berkata, dia tidak mahu menafikan perkara berkenaan, sebaliknya meminta maaf kepada semua pihak yang terjejas kerana kontroversi itu.  "Apa yang saya boleh katakan, bertepuk sebelah tangan tidak akan berbunyi. Perkara sebenarnya hanya saya dan dia (Afifah) sahaja yang tahu," ujarnya.

Aliff ditemui pada sidang media berhubung kes itu di Hotel Roof Garden, dekat sini, pada Isnin. Ia pertemuan pertama Aliff dengan wartawan selepas dilanda kontroversi berkenaan.

Video : Aliff Aziz Kantoi di Karaoke


Video : Penjelasan Daripada Bella Astillah



sumber : mstar online
Labels:

Catat Ulasan

[blogger]

Borang Maklumat Hubungan

Nama

E-mel *

Mesej *

Dikuasakan oleh Blogger.
Javascript DisablePlease Enable Javascript To See All Widget