Login e-operasi KPM Modul Pengurusan Guru : eoperasi.moe.gov.my - Kemaskini 2017 / 2018



Apakah Yang Perlu Dikemaskini Dalam Aplikasi E-Operasi Modul Pengurusan Guru KPM

e-Operasi modul pengurusan guru KPM merupakan satu sistem aplikasi online untuk kutipan dan kemaskini data warga pendidik di seluruh Malaysia. Sistem eoperasi ini perlulah dikemaskini dari semasa ke semasa demi untuk mendapatkan maklumat warga pendidik yang lebih tepat. Berikut merupakan perkara perkara yang perlu dikemaskini dalam sistem operasi modul pengurusan guru KPM dari semasa ke semasa.

1) Profil Gambar (formal)
2) Alamat email
3) Alamat semasa / Alamat surat menyurat.
4) Maklumat Pasangan

Setiap kali anda membuat kemaskini data, anda mestilah mengesahkannya dengan mengklik butang pengesahan data yang terdapat pada menu "Maklumat Peribadi" dalam sistem eoperasi modul pengurusan guru KPM ini.

Terdapat juga beberapa data dalam sistem eoperasi modul pengurusan guru KPM ini yang tidak boleh di ubah. Sekiranya terdapat data yang kurang tepat maka anda perlu berjumpa dengan pihak pentadbiran sekolah / kolej masing masing untuk membuat pembetulan.

LOGIN E-Operasi Guru ( kemaskini 2017/2018 )
Anda boleh login e-Operasi DISINI (https://eoperasi.moe.gov.my). Sementara itu manual e-operasi boleh dicapai DISINI

Sila gunakan kan pelayar (browser) Internet Explorer (IE) 7 ke atas, Mozilla Firefox 3.0.18 ke atas, atau Chrome dengan paparan 1024 x 768

Pengguna E-Operasi
Sasaran pengguna utama modul ini ialah pentadbir sistem (pengurusan KPM di peringkat Bahagian, Negeri, Daerah, dan Sekolah), dan pengguna (guru dan bukan guru). Perincian adalah seperti berikut:

1.0 Pengguna - Hanya pengguna yang telah DIDAFTARKAN oleh Pentabir Sistem sahaja dibenarkan untuk mendaftar dan menggunakan modul ini,

2.0 Pentadbir Sistem - Hanya pentadbir sistem yang telah DILANTIK oleh KPM sahaja dibenarkan untuk menggunakan modul ini mengikut peranan yang telah ditetapkan


UPDATE/KEMASKINI  TERKINI 2017 / 2018
1) PERUBAHAN GELARAN JAWATAN GURU AGAMA DAN GURU PENOLONG AGAMA
Dimaklumkan gelaran jawatan Guru Agama di Sekolah Rendah dan Guru Penolong Agama di Sekolah Menengah telah diubah dalam sistem mengikut ketetapan seperti berikut :

a) Guru Agama - Sekolah Rendah kepada Guru Pendidikan Islam Sekolah Rendah
b) Guru Penolong Agama di Sekolah Menengah kepada Guru Pendidikan Islam Sekolah Menengah

Perubahan ini bertujuan untuk penyelarasan pengiraan keperluan serta pengisian perjawatan.
Penolong Kanan dimohon untuk menyemak maklumat tersebut dan mengemaskini sekiranya perlu.

2) PENYEDIAAN PERMOHONAN ABM(P) TAHUN 2018
Dimaklumkan bahawa penyediaan permohonan ABM(P) Tahun 2018 bagi sekolah-sekolah di bawah kawalanJabatan Pendidikan Negeri (JPN) akan dilaksanakan secara dalam talian melalui Modul Pengurusan Guru e-OPERASI mulai 7 Mac 2017 hingga 27 Mac 2017 manakala sekolah-sekolah di bawah kawalan Bahagian (Sektor Operasi Pendidikan) dilaksanakan secara format manual mulai 7 Mac 2017 hingga 21 Mac 2017.

Video taklimat tatacara penyediaan dan garis panduan penyediaan ABM(P) Tahun 2018 boleh dimuat turun melalui Modul e-OPERASI mulai 6 Mac 2017

TAKLIMAT ANGGARAN BELANJA MENGURUS (PERJAWATAN) 2018

KLIK DI SINI - untuk paparan video taklimat tersebut.


3) PENGEMASKINIAN JAWATAN GURU YANG TELAH DILULUSKAN KE JAWATAN KUMPULAN (POOL) DI SEKOLAH

Dimohon Penolong Kanan mengemaskini maklumat guru yang telah mendapat kelulusan masuk ke jawatan kumpulan dari Bahagian Pengurusan Sumber Manusia (BPSM) dengan memilih jawatan seperti berikut dengan merujuk kepada surat kelulusan dari BPSM

a) GURU POOL AKADEMIK – bermaksud guru yang telah mendapat kelulusan dan telah menerima surat dari BPSM serta mengajar sekurang-kurangnya 1 kelas.

b) GURU POOL PENGURUSAN - bermaksud guru yang telah mendapat kelulusan dan telah menerima surat dari BPSM tetapi tidak mengajar.



Labels:

Catat Ulasan

[blogger]

Borang Maklumat Hubungan

Nama

E-mel *

Mesej *

Dikuasakan oleh Blogger.
Javascript DisablePlease Enable Javascript To See All Widget