2016-11-20

HAVANA – Pelik tetapi benar. Setiap kali tiba musim terbaik untuk memancing ikan di laut, penjualan alat pencegah kehamilan atau kondom melonjak laris di sekitar Cuba. Namun ia bukan digunakan untuk mengadakan hubungan kelamin tetapi digunakan sebagai alat bantuan bagi memancing ikan dalam kalangan penduduk khasnya nelayan di negara rantau Caribbean itu. Kaedah unik tersebut dipanggil sebagai ‘balloon fishing’ atau memancing secara belon dan ia sebenarnya cara yang murah tetapi berkesan serta kini menjadi trend kebiasaan kepada warga Cuba sendiri.

Menurut portal berita Oddity Central, idea pelik itu timbul susulan aktiviti memancing dengan kapal atau perahu di Cuba memerlukan permit keizinan daripada pihak pemerintah dan prosesnya agak rumit. Apabila tiba musim, berpuluh-puluh pemancing boleh dilihat melakukan kegiatan ‘balloon fishing’, menggunakan kondom yang sudah ditiup, sebagai apungan untuk membawa tali joran sejauh 270 meter di perairan.

Ia juga akan membantu untuk memastikan umpan tersebut tidak tenggelam malah menyukarkan ikan yang dijerat untuk menarik mata kail bagi melepaskan diri, lapor laman berita tempatan The State. “Sarung zakar diperbuat daripada getah ini adalah cara paling baik untuk memancing ikan secara selamat,” kata Juan Luis Rosello, seorang pekerja kafeteria yang berusia 47 tahun ketika ditemui pemberita.

Bagi rakyat Cuba, memanfaatkan salah satu sumber terbesar negara itu, iaitu ikan, kekal sebagai satu cabaran, malah menyewa atau membeli sebuah bot dan minyak untuk menggerakkan enjinnya juga mahal. “Balloon fishing bahkan sebenarnya jauh lebih murah, kurang berisiko dan semakin popular dalam kalangan penduduk,” menurut seorang pekerja pembinaan tempatan, Leandro Cases kepada The State. Sebagai pulau ke-17 terbesar di dunia, Cuba yang terletak hanya 150 kilometer dari Florida, Amerika Syarikat itu memang ‘kaya’ dari segi kepelbagaian hidupan marin dan menjadi tarikan kepada pemancing.

Tidak jelas bilakah amalan itu dimulakan, namun menurut nelayan tempatan, idea menggunakan kondom untuk memancing tercetus setelah penciptanya itu secara kebetulan menonton satu rakaman video. Ia menunjukkan nelayan Afrika Selatan memancing dengan layang-layang. Menerusi cara itu, nelayan dapat tangkap ikan merah, barracuda dan tarpon tanpa perlu menaiki bot ke tengah laut. 

sumber : Agensi/Mynewshub.cc/HAA

BANDUNG – Menteri Pertahanan Indonesia, Ryamizard Ryacudu mengesahkan aset pertahanan Tentera Nasional Indonesia (TNI) bakal diperkuatkan oleh dua buah kapal selam buatan tempatan. Berita gembira tersebut dinyatakan beliau selepas menyaksikan acara perlepasan sebuah pesawat pengangkut CN235-220M buatan firma PT Dirgantara Indonesia yang dibeli pasukan Polis Diraja Thailand di sini hari ini. “Kami mempromosikan kepada dunia, ini yang kita mampu buat, ternyata ada yang beli, Thailand dan Filipina. Kemudian kita bakal buat kapal selam buatan sendiri di Surabaya,” ujar Ryamizard kepada media tempatan. Mengulas dengan lebih lanjut, beliau menjelaskan, dua unit kapal selam buatan dalam negeri itu akan beroperasi sepenuhnya mulai tahun depan untuk memperkukuhkan lagi aset kegunaan armada TNI Angkatan Laut (AL).

“Dua sudah selesai. Tahun depan dijangka sudah siap,” jelas Ryamizard. Pasukan laut itu ketika ini hanya memiliki dua buah kapal selam iaitu KRI Cakra dan KRI Nanggala buatan Jerman yang dihasilkan pada dekad 1980-an.Selain itu, TNI AL yang ditubuhkan sejak 1947 dengan kekuatan 74,000 anggota buat masa ini meliputi aset berjumlah 130 buah kapal pelbagai jenis selain 82 unit pesawat udara dan 437 buah kenderaan tempur darat.

Pihak TNI juga akan menambah sejumlah kapal selam tempur dari luar negeri dan menurut Ryamizard, teknologi import tersebut akan dipelajari kembali agar dapat dihasilkan semula oleh industri pertahanan domestik. “Kapal selam kita akan beli dari Rusia,” ungkapnya. Menerusi pemindahan teknologi, Ryamizard optimis pihak pemerintah Indonesia dapat berdikari dan memenuhi keperluan aset ketenteraan untuk 10 tahun akan datang.

“Kita jangka 10 tahun ke depan, Indonesia mampu menghasilkan pesawat tempur sendiri. Kekuatan kita menjadi kekuatan mandiri dan mampu memenuhi keperluan dengan cepat kerana kita yang buat sendiri,” tuturnya. Pada masa ini, sebuah lagi kapal selam iaitu KRI Nagabanda buatan bersama Korea Selatan dan Indonesia masih lagi dalam proses pembuatan serta bakal beroperasi menjelang 2018 kelak.

sumber : Agensi/Mynewshub.cc/HAA

China - Seorang lelaki di Zhengzhou, membuat satu kejutan apabila pergi ke sebuah kedai menjual kereta Toyota di sini dengan membawa berguni-guni duit syiling untuk membeli kereta Toyota Prado. Empunya kedai gandum yang dikenali dengan nama Guo itu membayar kereta berkenaan dengan 100,000 duit syiling satu yuan, 50 sen dan 10 sen.

Portal Metro.co.uk melaporkan, Guo juga membawa berkarton-karton wang kertas tetapi dengan nilai yang kecil iaitu satu yuan sahaja.Biarpun terkejut, syarikat menjual kereta itu menerima bayaran tersebut dan seramai empat pekerja dikerahkan untuk mengira. Proses mengira mengambil masa kurang dari 12 jam. Namun tidak dapat dipastikan sama ada keseluruhan wang yang dibawa oleh Guo digunakan untuk membayar kereta tersebut secara penuh atau deposit.

Sumber: Metro.co.uk

SEBUAH video memaparkan seorang wartawan NTV7 dikejar anjing semasa membuat liputan enam tahun lalu tersebar menjadi viral di laman sosial. Video berdurasi 13 saat itu membuatkan para netizen yang menyaksikannya terdekah-dekah ketawa geli hati. Difahamkan, video itu dimuat naik oleh rakan sekerja mangsa, Sarah Abdullah Al Qudsi di laman Facebooknya pada 24 September 2011, sebelum kembali menjadi viral kini.

Menerusi video itu, wartawan berkenaan iaitu Mastura Malak dilihat sedang membuat liputan mengenai isu air di hadapan sebuah rumah pam, tanpa menyedari dua ekor anjing sedang berlari dari arah belakangnya. Dia yang terkejut dengan kehadiran anjing berkenaan, kemudian sempat menjerit ‘Mak!’ sebelum rakaman itu terhenti.

Jurukamera yang merakam video itu juga difaham segera melarikan diri apabila melihat anjing berkenaan berlari kearah mereka. Akibat insiden itu, Mastura menjadi bahan ketawa rakan-rakan selama beberapa minggu. Menurut maklumat yang kami terima di laman sosialnya, Mastura tidak lagi bekerja sebagai wartawan NTV7. Namun, kini sedang sibuk dengan perniagaan sendiri.

sumber : mynewshub.cc

SEORANG pelacur di Zimbabwe telah memukul kepala seorang lelaki dengan botol bir selepas lelaki terbabit menawarkan untuk membayar perkhidmatan seks dengan telur rebus. Dalam kejadian yang memalukan itu, Moses Mushonga, 28, ketika itu sedang berjalan di bandar Mashonaland apabila dia menemui perempuan berkenaan. Moses kemudiannya menyentuh payu dara pelacur terbabit.

Moses memberitahu pelacur yang dikenali sebagai Chipo itu bahawa dia telah menggunakan wang yang ada untuk membeli dua biji telur namun malangnya dia telah makan sebiji telur, jadi hanya tinggal sebiji sahaja telur untuk dibayar kepada pelacur tersebut. Mendengarkan pengakuan jujur Moses itu, Chipo menjadi marah dan terasa dihina, lalu dia memukul kepala Moses dengan botol bir hingga lelaki itu pengsan.

Selepas sedar Moses mendapati kepalanya berdarah.“Dia boleh kata tidak sahaja,’’ katanya. Dalam pada itu, pelacur terbabit, Chipo berkata Moses perlu diajar tentang cara-cara untuk menghormati orang. Chipo bagaimanapun tidak didakwa oleh polis. Sementara itu, Weekend Post melaporkan, keadaan ekonomi yang meleset di negara itu telah memaksa pelacurnya menurunkan harga perkhidmatan mereka pada harga hampir sama dengan separuh roti. 

sumber : mynewshub.cc

Tonton Video Konsert Gegar Vaganza 2016 Minggu 3 Full Online


Konsert Pembukaan
Part 1 Ameng Spring
Part 2 Intan Sarafina
Part 3 Gmie Screen
Part 4 Zur Eda
Part 5 Nora
Part 6 Shidi Data
Part 7 Rem
Part 8 Azharina
Part 9 Siti Sarah
Part 10 Zarul Umbrella
Part 11 Elly Mazlein
Keputusan Penyingkiran – Rem Tersingkir Minggu Ke 3

Selamat Menonton Video Konsert Gegar Vaganza 2016 Minggu 3 Full Online

Tonton Video Konsert Gegar Vaganza 2016 Minggu 2 Full Online
Konsert Pembukaan
Part 1 Azharina
Part 2 Shidee Data
Part 3 Razis Ismail
Part 4 Zur Eda
Part 5 Rem
Part 6 Intan Sarafina
Part 7 Nora
Part 8 Ameng Spring
Part 9 Zarul Umbrella
Part 10 Elly Mazlein
Part 11 Gmie Scan
Part 12 Siti Sarah
Keputusan Penyingkiran- Razis Ismail Tersingkir

Selamat Menonton Video Konsert Gegar Vaganza 2016 Minggu 2 Full Online 


Video Konsert Gegar Vaganza 2016 Minggu 7 secara full online. 
Program realiti nyanyian retro Gegar Vaganza kini sudah berada di minggu ketujuh pada Ahad 27 NOVEMBER 2016. Siaran secara langsung rancangan ini turut disiarkan menerusi Astro Ria bermula pada jam 9.00 malam. 

Pada episod minggu lepas Zur Eda telah tersingkir dan kini tinggal 7 peserta sahaja antaranya Ameng Spring, Zarul Umbrella, Gmie Screen, Nora Ariffin, Siti Sarah, Azharina dan Intan Sarafina.

Bagi anda yang tidak berkesempatan menonton Gegar Vaganza 2016 minggu ke-7 itu nanti, anda bolehlah menonton persembahan artis kesayangan anda dilaman ini sebaik rancangan tamat. Sementara menunggu Live Streaming Video Konsert Gegar Vaganza Online 2016 minggu 7 bermula, anda bolehlah menonton video aksi artis kesayangan anda beraksi pada Konsert Gegar Vaganza minggu ke 4, Konsert Gegar Vaganza  minggu ke 5  dan  Konsert Gegar Vaganza  minggu ke 6 pada minggu lepas.

Video Konsert Gegar Vaganza 2016 Minggu 4 Online
Konsert Pembukaan
Part 1 Siti Sarah
Part 2 Azharina
Part 3 Nora
Part 4 Ameng Spring
Part 5 Intan Sarafina
Part 6 Elly Mazlein
Part 7 Shidee Data
Part 8 Zarul Umbrella
Part 9 Zur Eda
Part 10 Gmie Screen
Keputusan Penyingkiran- Elly Mazlein Tersingkir :(

Video Konsert Gegar Vaganza 2016 Minggu 5 Online
Part 1 Siti Sarah
Part 2 Gmie Screen
Part 3 Zarul Umbrella
Part 4 Azharina
Part 5 Shidi Data
Part 6 Intan Sarafina
Part 7 Ameng Spring
Part 8 Zur Eda
Part 9 Nora
Keputusan Penyingkiran-Shidee Data Tersingkir :(

Video Konsert Gegar Vaganza 2016 Minggu 6 Online
Part 1 Gmie Screen
Part 2 Intan Sarafina
Part 3 Azharina
Part 4 Siti Sarah
Part 5 Zur Eda
Part 6 Zarul Umbrella
Part 7 Ameng - Gali Lobang Tutup Lobang (Rhoma Irama)
Part 8 Nora - Bring Me To Life (Evanescence)
Keputusan Penyingkiran - Zur Eda Tersingkir : (

Video Konsert Gegar Vaganza 2016 Minggu 7 Online - Separuh Akhir
Keputusan Penyingkiran - Nora Tersingkir 


Selamat Menonton Video Konsert Gegar Vaganza 2016 Minggu 7


KUALA LUMPUR: Keputusan cadangan memansuhkan peperiksaan Ujian Pencapaian Sekolah Rendah (UPSR) dijangka dimuktamadkan tahun depan, kata Menteri Pendidikan Datuk Seri Mahdzir Khalid. Beliau berkata Kementerian Pendidikan (KPM) mula menjalankan analisis dan sedang mempertimbangkan masa yang sesuai untuk memutuskan perkara tersebut.

“Kita membuat analisa berdasarkan pandangan ahli akademik dalam negara, modul dari negara lain yang boleh diketengahkan dan juga daripada guru berpengalaman. “Perbincangan baru dilakukan di peringkat kementerian, belum dibawa ke Kabinet. Saya akan maklumkan tahun depan sebab semua pandangan itu sedang dibuat analisa,” katanya kepada wartawan di Lobi Parlimen.

Beliau berkata pihaknya masih belum bercadang untuk memansuhkan UPSR dalam waktu terdekat kerana KPM baru saja melaksanakan format baharu UPSR tahun ini. “Sesetengah negara seperti Perancis dan Finland, pentaksiran mereka berdasarkan penilaian sekolah termasuk pentaksiran psikometrik, kokurikulum dan sahsiah pelajar. Tapi sebab kita berorientasikan peperiksaan, kita hanya tengok pada akademik saja dan tidak pada soal lain,” katanya.

Terdahulu ketika sesi Waktu Pertanyaan-Pertanyaan Menteri (MQT) semasa menjawab soalan Datuk Noraini Ahmad (BN-Parit Sulong), Mahdzir berkata format UPSR tidak ditukar sewenang-sewenangnya kerana ia diperkenalkan sejak 2010. Beliau berkata pelajar diberikan persediaan selama 6 tahun sebelum mereka menghadapi peperiksaan UPSR format baharu pada tahun ini.

Mahdzir pada 27 Oktober lalu memaklumkan kajian berkaitan cadangan untuk menggantikan UPSR dengan Pentaksiran Berasaskan Sekolah (PBS) sudah memasuki peringkat akhir. Katanya sudah sampai masa untuk ujian berorientasikan peperiksaan yang dilaksanakan pada masa ini dikaji semula bagi menilai pencapaian sebenar murid.

sumber : freemalaysiatoday.com


PENDAKWAH terkenal, Datuk Uztaz Mohd Kazim Elias menuntut RM8 juta daripada ibu pelajar yang didakwa memfitnahnya berhubung isu pencabulan seksual dan seks luar tabii di Maahad Tahfiz Darul Barakah milik beliau, Ogos lalu. Tuntutan saman itu dibuat pada 18 November melalui firma guaman Khairul, Suhaila & Hazlina kepada Johanna Sarrah Harun Ronald yang difahamkan baharu menerimanya pada hari ini.

Menurut surat tuntutan itu, Johanna Sarrah diminta memohon maaf secara terbuka dalam tempoh tujuh hari mulai tarikh serahan surat tersebut.Pengasas dan Pengetua Pusat Pendidikan Al Barakah itu mengatakan tuntutan ganti rugi dilakukan atas alasan fitnah yang menjejaskan imejnya sehingga sukar mendapat tawaran di kaca televisyen selain menjejaskan reputasi pusat tahfiz miliknya.Kazim mendakwa, coretan wanita itu pada 2 Ogos lepas tidak menyebut namanya dan pusat pengajiannya namun bahagian ulasan komen pembaca di Facebook menyatakan dengan jelas.

Akibatnya, menurut surat tuntutan itu lagi, Kazim dalam tempoh itu telah dikecam, difitnah dan diprovokasikan oleh sesetengah pihak sehingga mengalami kerugian besar dalam karriernya sebagai seorang penceramah bebas. Hujung Ogos lalu, Kazim menafikan berlaku pencabulan seksual dalam kalangan pelajarnya seperti yang diviralkan di media sosial. Beliau mengakui, amat kecewa dan terkesan dengan viral insiden itu yang menyebabkan banyak tuduhan dan fitnah dilemparkan kepadanya serta pengurusan sekolah.

Pada 24 Ogos, polis telah menerima aduan mengenai dakwaan pencabulan seksual di sebuah‎ maahad tahfiz di Ipoh dan mengambil keterangan 10 individu termasuk pelajar, pengadu dan sekolah terbabit. Kes tersebut disiasat mengikut Seksyen 377E iaitu merangsang seorang kanak-kanak di bawah 14 tahun untuk melakukan sesuatu perbuatan kelucahan melampau yang membawa hukuman penjara sehingga lima tahun dan sebatan, jika sabit kesalahan. 

SUMBER : MYNEWSHUB.CC


Afrika - Seorang lelaki yang mengakui dirinya 'nabi' menggunakan penyembur racun serangga dalam satu upacara pengubatan pesakit di daerah Limpopo di sini. Nabi palsu itu, Lethebo Rabalogo, 24, mendakwa semburan racun seranggan berjenama 'Doom' itu akan menyembukan penyakit para pengikutnya. Lelaki itu juga turut membahasakan dirinya sebagai 'The Detective'.

"Dalam dunia ini semuanya milik tuhan. Petrol milik tuhan. Doom juga milik tuhan. "Ada orang yang datang ke sini dengan kecederaan, tetapi mereka sembuh apabila disembur (dengan Doom)", dakwa lelaki berkenaan.Ritual pengubatan itu berlangsung minggu lalu di perhimpunan Agung Mount Zion.

Beberapa keping foto ritual tersebar di media sosial dan mengundang kecaman hebat dari netizen yang mana menyelar kebodohan pengikut-pengikut lelaki berkenaan kerana tidak tahu membezakan mana yang baik dan yang buruk. Dalam pada itu, pengeluar racun serangga Doom menggesa agar Rabalago menghentikan ritual itu.

"Tindakan Rabalago itu sangat merisaukan, ianya sangat jelas tidak selamat untuk menyebur produk-produk Doom atau mana-mana racun seranggan pada muka manusia. “Produk Doom dibuat untuk membunuh serangga tertentu seperti dijelaskan pada pembungkusan tin.“Menggunakan produk ini untuk tujuan lain boleh menimbulkan risiko kesihatan dan berbahaya,” jelas kenyataan pengeluar racun serangga itu. 


" Perfect dan Mengagumkan " .. Komen Mamat Khalid Keatas Persembahan Azharina Dalam Gegar Vaganza 2016 yang berlangsung semalam 20 November 2016 . Ternyata persembahan Azharina pada Konsert Gegar Vaganza pada malam itu begitu memukau.  Seluruh penonton seakan akan melopong mendengar lontaran suara yang begitu padu dan bertenaga daripada Azharina . Bagi anda yang belum menyaksikan persembahan tersebut, anda boleh menontonnya dalam pautan dibawah.
Berikut pula merupakan biodata kepada penyanyi hebat dan berbakat ini ;

Latar Belakang Keluarga Azharina
  • Ibu kepada seorang anak
  • Anak Sulung dr 4 org adik beradik.
  • Nama Penuh : Azharina Binti Azhar
  • Nama panggilan : Nina
  • Lahir pada : 11 Mac 1985
  • Tempat Lahir : Kota Kinabalu Sabah
  • Pendidikan : SPM
  • Kerjaya : Penyanyi dan Penerbit Dokumentari
  • Juara Bintang RTM tahun 2001
Album Azharina
1. Azharina (2002)
2. Seandainya (2003)
3. Nina (2004)

Lagu-Lagu Popular
1. Seandainya
2. Elergi Sepi
3.Rawan

Saksikan juga persembahan artis-artis lain dalam video Konsert Gegar Vaganza 2016 dalam pautan dibawah.


TAMAK menaikkan harga teh o ais sehingga RM4 segelas, seorang pemilik restoran di Kota Bharu didenda RM8,000 oleh Mahkamah Sesyen Kota Bharu, atas kesalahan mencatut. Hakim Mahkamah Sesyen, Adli Abdul Ghalib menjatuhkan hukuman denda berkenaan terhadap pemilik Restoran Ozarah Cafe, Jessica Choo Kim Lian kerana tidak mematuhi Peraturan 3(1) Peraturan Kawalan Harga dan Anti Pencatutan 2014.

Tertuduh yang merupakan seorang wanita berusia 34 tahun mengaku bersalah di atas pertuduhan dan membayar denda yang dikenakan. Mengikut fakta pertuduhan, Jessica didakwa mencatut dengan mengenakan harga segelas teh o ais dengan menaikkan harga dari RM2.80 kepada RM4 di Jalan Tok Hakim pada 29 September lalu.

Pemilik restoran berkenaan didakwa mengikut Seksyen 14(1) Akta Kawalan Harga dan Antipencatutan 2011 yang boleh dihukum di bawah Seksyen 18(b) akta yang sama yang jika sabit kesalahan boleh didenda sehingga RM100,000 atau penjara 3 tahun.

sumber : mynewshub.cc


Anugerah MACP merupakan penghargaan kepada penggiat seni yang banyak menyumbang hasil karya untuk perkembangan industri seni negara. Hasil royalti yang dikutip oleh MACP adalah daripada persembahan muzik di stesen-stesen televisyen dan radio, konsert, majlis makan malam dan lain-lain organisasi yang dilesenkan oleh badan berkenaan.

Berikut adalah senarai penuh penerima Anugerah MACP 2016

Persembahan Lagu Inggeris Terbanyak
Lagu : Together
Komposer & Penulis Lirik: Wong Yu Ri
Penyanyi: Sleeq, Tiz Zaqyah & Zain Saidin

Persembahan Lagu Melayu Terbanyak
Lagu: Gadis Jolobu
Komposer & Penulis Lirik: DJ Fuzz, Waris & Datuk Hattan
Penyanyi: Waris & Datuk Hattan

Persembahan Lagu Luar Negara Terbanyak
Lagu: Putih-Putih Melati
Komposer & Penulis Lirik: Ilham Febri
Penyanyi: ST12

Persembahan Lagu Cina Terbanyak
Lagu: Woi Ai Ta
Komposer & Penulis Lirik: Chen Wei Quan & Huang Ting
Penyanyi: Della

Lagu Pendapatan Luar Negara Tertinggi
Lagu: Tian Hou
Komposer & Penulis Lirik: Peng Xue Bin
Penyanyi: Andrew Tan

Komposer Muda Berpotensi
Najwa Latif

Penerbit Tempatan Dengan Pendapatan Terbanyak
Luncai Emas Sdn Bhd

Penerbit Dengan Pendapatan Terbanyak
Universal Music Publishing Sdn Bhd

Penulis Lirik Dengan Pendapatan Terbanyak
Habsah Hassan

Komposer Dengan Pendapatan Terbanyak

Edry Abdul Halim

Nadi Cipta
Hamdan Atan (A. Ali)

Selamat membaca senarai rasmi penerima Anugerah MACP 2016.


Video Konsert Gegar Vaganza 2016 Minggu 6 secara full online. 
Program realiti nyanyian retro Gegar Vaganza kini sudah berada di minggu keenam pada Ahad 20 NOVEMBER 2016. Siaran secara langsung rancangan ini turut disiarkan menerusi Astro Ria bermula pada jam 9.00 malam. 

Pada episod minggu lepas Shidee Data telah tersingkir dan kini tinggal 8 peserta sahaja antaranya Ameng Spring, Zarul Umbrella, Gmie Screen, Nora Ariffin, Siti Sarah, Azharina, Intan Sarafina dan Zur Eda.

Bagi anda yang tidak berkesempatan menonton Gegar Vaganza 2016 minggu ke-6, anda bolehlah menonton persembahan artis kesayangan anda dilaman ini sebaik rancangan tamat. Sementara menunggu Live Streaming Video Konsert Gegar Vaganza Online 2016 minggu 6 bermula, anda bolehlah menonton video aksi artis kesayangan anda beraksi pada Konsert Gegar Vaganza  minggu ke 4  dan  Konsert Gegar Vaganza  minggu ke 5 pada minggu lepas.

Video Konsert Gegar Vaganza 2016 Minggu 4 Online
Konsert Pembukaan
Part 1 Siti Sarah
Part 2 Azharina
Part 3 Nora
Part 4 Ameng Spring
Part 5 Intan Sarafina
Part 6 Elly Mazlein
Part 7 Shidee Data
Part 8 Zarul Umbrella
Part 9 Zur Eda
Part 10 Gmie Screen
Keputusan Penyingkiran- Elly Mazlein Tersingkir :(

Video Konsert Gegar Vaganza 2016 Minggu 5 Online
Part 1 Siti Sarah
Part 2 Gmie Screen
Part 3 Zarul Umbrella
Part 4 Azharina
Part 5 Shidi Data
Part 6 Intan Sarafina
Part 7 Ameng Spring
Part 8 Zur Eda
Part 9 Nora
Keputusan Penyingkiran-Shidee Data Tersingkir :(

Video Konsert Gegar Vaganza 2016 Minggu 6 Online
Selamat Menonton Video Konsert Gegar Vaganza 2016 Minggu 6


SELEPAS kisah hubungan sulitnya dengan pelakon dan model Zhao Yaqi terbongkar, kali ini Lin Dan sekali lagi berhadapan isu yang sama apabila kisah kecurangannya dengan seorang pelajar pula tersebar, baru-baru ini. Memetik laporan Sin Chew Daily, Lin Dan turut didakwa mempunyai hubungan sulit dengan seorang pemain badminton di sebuah universiti di Beijing.

Namun begitu, wanita yang dikenal pasti sebagai Li Zhi dipercayai telah memadam banyak gambar dan tulisannya di laman sosial Weibo termasuk gambar bersama jaguh dunia itu. Nama Lin Dan menjadi hangat baru-baru ini apabila sebuah video dan beberapa keping gambar memaparkan aksi mesranya dengan Zhao Yaqi tersebar.

Jaguh perseorangan dunia yang diberi jolokan ‘Super Dan’ itu kemudiannya mengakui kisah perselingkuhannya itu selepas beberapa jam hubungan sulitnya itu didedahkan media tempatan. Lin Dan dan isteri yang juga bekas pemain perseorangan, Xie Xingfang baharu sahaja menimang cahaya mata lelaki pada 5 November lalu.

SUMBER – MYNEWSHUB.CC

Seorang wanita yang sudah bersuami dan kekasihnya terpaksa menanggung malu besar apabila mereka terlekat ketika membuat hubungan kelamin dan terpaksa meminta pertolongan jiran untuk membantu mereka. Menurut laporan, alat sulit pasangan itu terlekat apabila si suami wanita terbabit mengarahkan dukun untuk menyumpah alat sulit mereka.

Pasangan itu terlekat antara satu sama lain ketika melakukan hubungan kelamin di rumah wanita berkenaan di Kisii County, Kenya ketika si suami berada di luar atas hal bisnes. Tidak dapat menahan kesakitan, pasangan itu terpaksa menjerit dengan kuat untuk menarik perhatian jiran.


Jiran kemudian datang ke rumah tersebut dan terpaksa dibawa keluar dengan menggunakan kain. Orang ramai juga mula berkumpul untuk melihat pasangan itu yang menutup muka mereka dengan selimut.Media tempatan melaporkan, suami kepada wanita tersebut sudah mengesyaki isterinya curang dan memberikan ramuan yang disediakan oleh seorang dukun kepada isterinya sebelum keluar rumah. Ramuan itu dikatakan dicipta supaya pasangan terbabit tidak dapat dipisahkan bagi membuktikan kesalahan mereka, namun ada juga media yang berkata insiden itu berlaku kerana kondisi medikal.

Media tempatan melaporkan lagi, atas arahan si suami, pasangan itu kemudian dibawa ke dukun yang membuat jampi terbabit yang kemudiannya memisahkan mereka. Dukun itu menyuruh kekasih wanita berkenaan membayar denda sebelum memisahkan mereka. Dukun itu juga berkata kepada media bahawa insiden itu sepatutnya menjadi pengajaran kepada mereka yang curang dalam perkahwinan.


Sumber: Dailymail

Borang Maklumat Hubungan

Nama

E-mel *

Mesej *

Dikuasakan oleh Blogger.
Javascript DisablePlease Enable Javascript To See All Widget