2016-11-13


Borang semakan semula keputusan atau result UPSR 2016. Ibu bapa calon yang tidak berpuas hati dengan keputusan Ujian Pencapaian Sekolah Rendah (UPSR) 2016, anak mereka boleh membuat rayuan untuk semakan semula kertas peperiksaan demikian menurut Pengarah Lembaga Peperiksaan, Datin Nawal Salleh, Beliau berkata rayuan semakan boleh dibuat dalam tempoh sebulan dari tarikh rasmi pengumuman UPSR 2016.

Borang Semakan Semula Keputusan UPSR 2016 
Tempoh Permohonan Semakan Semula Keputusan UPSR 2016 
  • Dalam tempoh 30 hari dari keputusan UPSR diumumkan keluar 
Jumlah Yuran Semula Result UPSR 2016 
  • RM50.00 bagi setiap mata pelajaran

Semoga Borang Semakan Semula Keputusan UPSR 2016   berguna untuk anda.



Muscat: Seorang nelayan di Oman bakal menjadi jutawan selepas dia berjaya menemukan longgokan besar ambergris atau muntah ikan paus ketika dia menangkap ikan di pesisir pantai negara itu. Bahan berwarna kelabu seperti lilin itu adalah hasil sampingan sistem penghadaman paus sperma yang digelar 'emas terapung'. Harga bahan itu amatlah mahal dan menjadi buruan syarikat pengeluar minyak wangi kerana ia boleh memberi reaksi kimia yang menjadikan wangian kekal lama.

Khalid Al Sinani menemui longgokan muntah paus seberat 60 kilo itu ketika memeriksa jalanya di luar pantai Qurayat. Pakar berkata, muntah ikan boleh dijual dengan harga lebih RM11 juta.

Saya dalam pelayaran pulang apabila terhidu bau sangat busuk tidak jauh dari bot saya. Apabila memeriksanya, saya nampak selonggok besar bahan terapung di air. Saya menggunakan tali untuk menariknya. Beratnya lebih 60 kilogram sedangkan bot saya hanya enam meter panjang.”, kata Khalid kepada meda tempatan.

Difahamkan, Khalid kini sudah merancang untuk berhenti menjadi nelayan dan mahu hidup mewah. Selain itu, dia juga sudah menolak tawaran sebuah syarikat pembuat minyak wangi tempatan yang mahu membeli muntah paus itu pada harga RM61,100 sekilo.  Dia memberitahu akhbar Shabiba: “Impian saya menjadi kenyataan. Saya menanti saat ini sejak 20 tahun lalu apabila mula menjadi nelayan bersama bapa.”

Ambergris terbentuk dalam usus paus sperma untuk melindungi sistem penghadamannya daripada objek tajam seperti muncung sotong yang ditelannya ketika makan. Ia sama ada dimuntahkan atau dikeluarkan menerusi sistem penghadaman dan akan terapung di laut atau dibawa ombak ke pantai. - Agensi
Sumber: Harian Metro



KUALA LUMPUR, 19 Nov: Pengerusi Gerakan Merah, Datuk Seri Jamal Yunos ditahan di sebuah bilik hotel di sini sebentar tadi.


Jamal ditahan oleh Jabatan Siasatan Jenayah (JSJ) Kontinjen Selangor sekitar jam 1.30 pagi ketika dia berada di bilik hotel di Jalan Tun Razak.



Pada masa ini, Jamal dikawal ketat pihak polis dan dalam perjalan ke Ibu Pejabat Kontinjek (IPK) Selangor, Shah Alam.



Dengan penangkapan itu, seramai 14 individu yang bakal terlibat dengan perhimpunan sekitar ibu negara sudah ditahan sejak jam 5 petang semalam.



Tangkapan itu membabitkan pemimpin kumpulan Bersih 5 dan Gerakan Merah.



Sumber: BH Online



KUALA LUMPUR, 18 Nov: Pemain Perseorang lelaki negara, Iskandar Zulkarnain Zainuddin membuat kejutan apabila berjaya mara ke pertemuan separuh akhir Terbuka China untuk menetang Jan O Jorgersen esok apabila pemain muda itu berjaya mengalahkan pemain tuan rumah, Qiao Bin pada aksi suku akhir sebentar tadi.

Iskandar, 25, berjaya menewaskan lawannya dengan mata 21-19, 21-7 dalam masa 45 minit.

Kejayaan itu dilihat lebih manis buat Iskandar kerana berjaya membalas dendam selepas tewas kepada Qiao Bin ketika saingan Terbuka Korea Selatan pada September lalu.

Pencapaian terbaik anak jati Johor itu setakat ini adalah muncul naib juara Grand Prix Emas Masters Malaysia pada awal tahun ini.

Sumber: BH Online

e-Graduan merupakan modul baharu bagi Sistem Pengurusan Sekolah (SPS), Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM) di bawah Pengurusan Guru. Modul ini dibangunkan oleh Bahagian Pengurusan Maklumat (BPM), KPM dan diseliakan oleh Bahagian Pengurusan Sumber Manusia (BPSM), Bahagian Pengurusan Sekolah Harian (BPSH), dan Sektor Operasi Pendidikan (SOP) KPM.

Modul ini melibatkan proses pengambilan dan penempatan guru baharu yang melibatkan kerjasama beberapa agensi sektor awam iaitu KPM, Suruhanjaya Perkhidmatan Perguruan (SPP), JobsMalaysia, Institut Pendidikan Guru (IPG), dan Universiti Awam (UA).

Pendaftaran e-Graduan :
Sila layari  https://egraduan.moe.gov.my


CARA PERMOHONAN KE SBP 2017/2018
1. Permohonan hanya secara online melalui laman web KPM http://www.moe.gov.my
2. Pemohon perlu mencetak sesalinan (1) permohonan lengkap untuk rujukan dan simpanan.

SYARAT-SYARAT KELAYAKAN KE SBP 2017/2018
1. Murid mestilah warganegara Malaysia;
2. Lulus pemeriksaan kesihatan oleh doktor yang bertauliah, sihat tubuh badan dan bebas daripada sebarang penyakit kronik, lelah (asthma) atau penyakit berjangkit;
3. Bersetuju menerima Sekolah Berasrama Penuh yang ditawarkan dan menerima aliran yang ditetapkan;
4. Bersetuju mematuhi sepenuhnya semua peraturan dan arahan Sekolah Berasrama Penuh yang berkaitan.

SYARAT KEMASUKAN KE TINGKATAN SATU (1)

1. Murid mestilah warganegara Malaysia;
2. Murid Sekolah Kebangsaan;
3. Cemerlang akademik;
4. Aktif dalam kokurikulum.

Syarat Baharu Akademik Kemasukan Tingkatan 1 2017 / 2018
  • Minimum 3A dan 3B
  • Sains, Matematik dan Bahasa Melayu Wajib Dapat A
  • Syarat 3A 3B ditetapkan untuk pelajar Semenanjung, Sabah, dan Sarawak
Perubahan syarat ini dibuat berdasarkan pelaksanaan kurikulum dan format peperiksaan baharu bagi Ujian Pencapaian Sekolah Rendah (UPSR) 2016. Kedudukan pemilihan dan penetapan murid di SBP tidak bergantung kepada pencapaian akademik semata-mata, ianya juga akan mengambil kira skor merit akademik serta Pentaksiran Aktiviti Jasmani, Sukan dan Kokurikulum (PAJSK). Malah, pentaksiran sekolah dan pentaksiran psikometrik juga akan dijadikan sebagai rujukan utama dalam saringan pemilihan murid ke SBP.

SYARAT KEMASUKAN KE TINGKATAN EMPAT (4)
1. Murid mestilah warganegara Malaysia;
2. Bersekolah di Sekolah Kerajaan atau Sekolah Bantuan Kerajaan;
3. Cemerlang akademik dan
4. Aktif dalam kokurikulum.

SENARAI SEKOLAH BERASRAMA PENUH KEMENTERIAN PENDIDIKAN MALAYSIA
BILNEGERINAMA SEKOLAH 
1PERLIS SM SAINS TUANKU SYED PUTRA
2KEDAHSM SULTAN ABDUL HALIM
3KEDAHSM SAINS POKOK SENA
4KEDAHSM SAINS SULTAN MOHAMAD JIWA
5KEDAHSM SAINS KUBANG PASU
6KEDAHSBP INTEGRASI KUBANG PASU
7PULAU PINANGSMS TUN SYED SHEH SHAHABUDIN
8PULAU PINANGSM SAINS KEPALA BATAS
9PERAKTHE MALAY COLLEGE KUALA KANGSAR
10PERAKSM SAINS RAJA TUN AZLAN SHAH
11PERAKSEKOLAH TUANKU ABDUL RAHMAN
12PERAKSM SAINS TELUK INTAN
13PERAKSBP INTEGRASI GOPENG
14PERAKSM SAINS TAPAH
15PERAKSM SAINS BAGAN DATOH
16PUTRAJAYASEKOLAH SULTAN ALAM SHAH
17KUALA LUMPURSM SAINS ALAM SHAH
18KUALA LUMPURSM SAINS SERI PUTERI
19KUALA LUMPURSM SAINS SELANGOR
20SELANGORSM SAINS KUALA SELANGOR
21SELANGORSEKOLAH SERI PUTERI
22SELANGORKOLEJ ISLAM SULTAN ALAM SHAH
23SELANGORSM SAINS HULU SELANGOR
24SELANGORSM AGAMA PERSEKUTUAN KAJANG
25SELANGORSBP INTEGRASI GOMBAK
26SELANGORSBP INTEGRASI SABAK BERNAM
27SELANGORSBP INTEGRASI RAWANG
28SELANGORSM SAINS BANTING
29NEGERI SEMBILANSM AGAMA PERSEKUTUAN LABU
30NEGERI SEMBILANKOLEJ TUNKU KURSHIAH
31NEGERI SEMBILANSEKOLAH DATO' ABDUL RAZAK
32NEGERI SEMBILANSM SAINS TUANKU JAAFAR
33NEGERI SEMBILANSM SAINS TUANKU MUNAWIR
34NEGERI SEMBILANSBP INTEGRASI JEMPOL
35NEGERI SEMBILANSM SAINS REMBAU
36NEGERI SEMBILANSMS PEREMPUAN SEREMBAN
37MELAKASBP INTEGRASI SELANDAR
38MELAKASM SAINS MUZAFFAR SHAH
39JOHOR SEKOLAH TUN FATIMAH
40JOHOR SM SAINS MUAR
41JOHOR SM SAINS JOHOR
42JOHOR SM SAINS KOTA TINGGI
43JOHOR SM SAINS SULTAN ISKANDAR
44JOHOR SM SAINS SEMBRONG 
45JOHOR SM SAINS BATU PAHAT
46PAHANGSM SAINS SULTAN HJ. AHMAD SHAH
47PAHANGSM SAINS TENGKU ABDULLAH
48PAHANGSEKOLAH SAINS SULTAN HJ. AHMAD SHAH PEKAN
49PAHANGSBP INTEGRASI KUANTAN
50PAHANGSBP INTEGRASI TUN ABDUL RAZAK
51PAHANGSBP INTEGRASI TEMERLOH
52PAHANGSM AGAMA PERSEKUTUAN BENTONG
53TERENGGANUSM SAINS SULTAN MAHMUD
54TERENGGANUSM SAINS KUALA TERENGGANU
55TERENGGANUSM SAINS DUNGUN
56TERENGGANUSBP INTEGRASI BATU RAKIT
57TERENGGANUSM SAINS HULU TERENGGANU
58TERENGGANUSM SAINS SETIU
59KELANTANSM SAINS TUANKU MUHAMMAD FARIS PETRA
60KELANTANSM SAINS MACHANG, KELANTAN
61KELANTANSM SAINS PASIR PUTEH
62KELANTANSM SAINS JELI
63KELANTANSM SAINS GUA MUSANG
64SABAHSM SAINS SABAH
65SABAHSM SAINS LAHAD DATU
66WP LABUANSM SAINS LABUAN
67SARAWAKSM SAINS KUCHING
68SARAWAKSM SAINS MIRI
69SARAWAKSM SAINS KUCHING UTARA
SEJARAH PENUBUHAN SEKOLAH BERASRAMA PENUH (SBP) 
Sejarah penubuhan SBP bermula pada tahun 1890, ketika R.O. Winsted menjadi Timbalan dan kemudiannya menjadi Pengarah Pelajaran Tanah Melayu. Pada tahun tersebut “The Selangor Raja School” ditubuhkan sebagai memulakan langkah melahirkan elit Melayu dari kalangan istana dan anak- anak pembesar negeri, menerusi pendidikan aliran Inggeris. Pada tahun 1894, sekolah ini telah ditutup untuk tujuan pengubahsuaian dan dilahirkan semula dalam bentuknya yang baru pada tahun 1905 di Kuala Kangsar, yang sehingga hari ini dikenali sebagai The Malay College Kuala Kangsar (MCKK). 

Sultan Perak (Sultan Idris) dalam Persidangan Raja-Raja (DURBAR) pada tahun 1903 yang mengkritik dasar pentadbiran Inggeris, khususnya dalam hal pendidikan orang Melayu dengan mengatakan ianya sekadar “to producing better Malay farmers or fisherman only”. Sultan Perak sendiri telah menawarkan lokasi penubuhan MCKK di tapak sekarang ini, dengan maksud “for the education of the Malays of good family and for the training of Malay boys for admission to certain branches of the government service”. Pada tahun 1947, “Malay Girl College” ditubuhkan di Kuala Lumpur, kemudiannya berpindah ke Seremban, Negeri Sembilan dan dikenali sebagai Kolej Tunku Kurshiah sehingga sekarang, mengambil sempena nama DYMM Raja Permaisuri Agong yang pertama. 

Pada bulan September 1955, sebuah Jawatankuasa Pelajaran telah ditubuhkan yang akhirnya melahirkan Penyata Razak pada tahun 1956. Laporan Penyata Razak kemudiannya diluluskan dan menghasilkan Ordinan Pelajaran 1957. Penyata Razak telah memperakukan penubuhan 6 buah Sekolah Berasrama Penuh (SBP), iaitu: 

1. Sekolah Dato’ Abdul Razak (SDAR) - 1956 
2. Sekolah Tun Fatimah (STF) - 1956 
3. Sekolah Tuanku Abdul Tahman (STAR) - 1957 
4. Sekolah Menengah Sultan Abdul Halim (SMSAH) - 1963 
5. Sekolah Alam Shah (SAS) - 1963 
6. Sekolah Seri Puteri (SSP) - 1968

Semoga Cara Permohonan dan Syarat Kelayakan Kemasukan SBP ini berguna untuk anda.


Anugerah Skrin ialah satu acara tahunan yang memberi pengiktirafan kepada rancangan-rancangan televisyen dan filem-filem buatan Malaysia, serta para pelakon dan personaliti televisyen yang terbaik. Anugerah Skrin dianjurkan oleh TV3 sejak tahun 1995.

Keputusan Penuh Pemenang Anugerah Skrin ASK 2016 TV3 (Rasmi)

Drama Terbaik Anugerah Skrin 2016
Fatin

Filem Terbaik
Redha

Pengarah Drama Terbaik

Razaisyam Rashid- Fatin

Pengarah Filem Terbaik
Syamsul Yusof- Munafik

Pelakon Komedi Terbaik
Erma Fatima- Mak Cun 2

Drama Komedi Terbaik
Drama Mak Cun

Drama Rantaian Terbaik
Wadi

Pelakon Lelaki Terbaik Drama
Beto Kusairy

Pelakon Wanita Terbaik Drama
Tiz Zaqyah- Cermin Kasih

Rancangan Anugerah Terbaik

Anugerah Juara Lagu 30

Pelakon Lelaki Terbaik Filem
Namron- Redha

Pelakon Wanita Terbaik Filem
Maya Karin- Filem Nota

Penyunting Terbaik Drama
Izhar Masuri – Rekah

Drama Rantaian Popular Media Sosial
Aku Kau Kita (Drama TV3)

Lakon TV Terbaik

Rekah

Lakon Layar Terbaik
Love Supermoon

Anugerah Filem Pembantu Terbaik
Husairi Hussin-Polis Evo

Rancangan Realiti Terbaik

Lets Cycle Musim 2

Laporan Khas Berita Terbaik

Berita Tv9: Highland Towers (Tv9)

Bual Bicara Terbaik
Halaqah: Terlepasnya Ikatan Dajjal (Tv9)

Dokumentari Dan Majalah Terbaik

Majalah 3: Wira Beret

Videografi Terbaik
Drama Fatin (TV3)

Rancangan Hiburan Terbaik
Buskestra (Tv9)

Selamat Membaca Keputusan Penuh Pemenang Anugerah Skrin ASK 2016 TV3 




Beberapa jam selepas berita skandalnya dengan seorang pelakon terbongkar dalam laman sosial, pemain badminton handalan China, Lin Dan akhirnya membuat kenyataan maaf kepada keluarga atas keterlanjurannya. "Sebagai seorang lelaki, saya tidak ingin memberi apa-apa lagi penjelasan. Tapi perbuatan saya jelas menghancurkan perasaan keluarga saya.

"Saya di sini ingin memohon maaf kepada keluarga saya." Itu tulisan Lin Dan dalam laman sosial Weibo yang dikirimnya pada jam 2.30 petang hari ini. Pada sebelah pagi ini, berita dan rakaman video klip Lin Dan yang menunjukkan aksi sedang berpelukan dengan seorang wanita terbongkar selepas disiarkan dalam sebuah laman web di China.

Wanita itu kemudian disahkan sebagai pelakon jelita China yang dikenali sebagai Zhao Yaqi. Skandal Lin Dan ini memang mengejutkan ramai kerana hubungan dengan isterinya, yang juga bekas perseorangan badminton China, Xie Xingfang amat baik dan bahagia, malahan mereka baharu dikurniakan anak pertama pada 5 November lalu.

Yaqi juga adalah bekas ratu cantik dan pernah meraih juara 'Miss Universe' dalam pertandingan Ratu Tourism China pada tahun 2009. Atas populariti dan kejelitaannya, beliau kemudian ditawarkan ke dalam dunia perfileman. Menurut laporan media China, Lin Dan juga dikesan bertemu dengan Yaqi secara rahsia pada September dan bulan lalu. Gambar pertemuan mereka telah berjaya dirakamkan oleh jurugambar. Ketika Lin Dan menyertai pertandingan badminton seluruh China diadakan pada Oktober lalu, Yaqi juga dikatakan telah bertemu dengan Lin Dan di dalam bilik hotel. Lin Dan berkahwin pada tahun 2012 setelah bercinta dengan Xingfang, juara perseorangan wanita dunia sebanyak dua kali, selama 12 tahun.

Bagi Lin Dan, Xingfang adalah seorang suri rumah yang berkemampuan. Ramai peminat turut menganggap mereka adalah pasangan suami isteri yang paling idea dalam dunia badminton. Dalam pada itu, beberapa syarikat menaja termasuk Yonex sudah berura-ura untuk menarik balik tajaan mereka kepada Lin Dan. Bagaimana pun, setakat ini belum ada pengumuman rasmi dibuat oleh syarikat-syarikat yang memilih jaguh badminton ini sebagai jurucakap produk keluaran mereka.

sumber : sinarharian online


Semakan Keputusan Permohonan  UPU IPTA Online  dan SMS. Semakan boleh dibuat melalui dua cara iaitu secara online ataupun melalui SMS.

Cara Semakan Keputusan Permohonan  UPU IPTA Melalui SMS
  • SMS- UPU<jarak>RESULT<jarak>IC Number to 15888 (for example 
  • Contoh SMS : UPU RESULT 960321086413 dan hantar ke 15888
Cara Semakan Keputusan Permohonan  UPU IPTA Melalui Online
Kaedah ini memerlukan anda untuk melawati laman web universiti berkenaan dan seterusnya membuat semakan. Pihak IPTA berkenaan biasanya akan memaklumkan bila semakan Keputusan Permohonan  UPU IPTA boleh dibuat dari semasa ke semasa. Laman laman web untuk membuat semakan adalah seperti berikut.
  1. Universiti Malaya (UM): http://kemasukan.um.edu.my
  2. Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM): http://www.ukm.my/kemasukan/tawaran
  3. Universiti Putra Malaysia (UPM): http://www.smp.upm.edu.my/tawaran
  4. Universiti Teknologi Malaysia (UTM): https://jpt.utm.my
  5. Universiti Islam Antarabangsa Malaysia (UIAM):
    http:www.iium.edu.my/kemasukan/tawaran.html
  6. Universiti Malaysia Sarawak (Unimas): http://www.unimas.my/kemasukan/tawaran
  7. Universiti Malaysia Sabah (UMS): http://bpa.ums.edu.my/semakanUMS
  8. Universiti Pendidikan Sultan Idris (UPSI): http://www.upsi.edu.my/kemasukan/tawaran
  9. Universiti Sains Islam Malaysia (USIM): http://etasjil.usim.edu.my
  10. Universiti Teknologi Mara (UiTM): http://www.online.uitm.edu.my/
  11. Universiti Malaysia Terengganu (UMT): http://intake.umt.edu.my/tawaran
  12. Universiti Tun Hussein Onn Malaysia(UTHM): https://wapps.uthm.edu.my/ppa/tawaran
  13. Universiti Teknikal Malaysia Melaka (UTeM): http://www.utem.edu.my/kemasukan
  14. Universiti Malaysia Pahang (UMP): http://www.ump.edu.my/kemasukan/tawaran
  15. Universiti Malaysia Perlis: http://offer.unimap.edu.my
  16. Universiti Sultan Zainal Abidin (UniSZA): http://www.unisza.edu.my/tawaran
  17. Universiti Pertahanan Nasional Malaysia (UPNM): http://upnm.edu.my/kemasukan/tawaran
  18. Jabatan Pengajian Politeknik (JPP): http://www.politeknik.edu.my
Mudah-mudahan maklumat cara semakan keputusan permohonan  UPU IPTA Online  dan SMS ini dapat membantu anda. Semoga berjaya.

Biodata siapa Norashikin Abdul Rahman isteri rasmi Sultan Selangor. Seperti sedia maklum, Sultan Selangor, Sultan Sharafuddin Idris Shah yang kini berusia 70 Tahun selamat diijabkabulkan dengan pembaca berita Radio Televisyen Malaysia (RTM) Norashikin Abdul Rahman pada 31 ogos 2016 bertempat di Masjid Istana Diraja Klang. Mari kenali profil peribadi Norashikin Abdul Rahman isteri sah kepada Sultan Selangor. Daulat Tuanku.

Biodata Norashikin Abdul Rahman Isteri Sultan Selangor
  • Nama Penuh: Norashikin Abdul Rahman
  • Umur: 45 Tahun
  • Status: Janda (Pernah berkahwin dan sudah mempunyai 2 orang cahaya mata)
  • Asal: Kuala Lumpur
  • Bilangan Adik Beradik: Anak bongsu daripada tiga beradik
  • Pekerjaan: Penyampai Berita RTM TV1
  • Anugerah: Penyampai Berita TV Terbaik di Anugerah Seri Angkasa 2005 (ASA2005)
Gambar-Gambar Norashikin Abdul Rahman 




Berita Pernikahan Norashikin Abdul Rahman Dengan Sultan Selangor
Sultan Selangor, Sultan Sharafuddin Idris Shah selamat diijabkabul dengan pembaca berita RTM, Norashikin Abdul Rahman di Masjid Istana Diraja, Istana Alam Shah, Klang, 31 Ogos lepas. Perkara itu disahkan Setiausaha Sulit kepada Sultan Selangor Datuk Munir Bani dalam satu kenyataan hari ini. "Majlis pernikahan telah selamat disempurnakan pada pagi 31 Ogos di Masjid Istana Diraja, Istana Alam Shah, Klang secara sederhana dan ringkas," menurut kenyataan itu.

Majlis ijabkabul disempurnakan oleh Datuk Seri Utama Diraja Mufti Selangor, Datuk Setia Mohd Tamyes Abdul Wahid. Munir berkata pernikahan turut dihadiri oleh Timbalan Mufti Selangor Dr Anhar Opir; Al Fadil Imam Paduka Mohd Rasid Mahful; Bekas Timbalan Mufti Selangor Datuk Abdul Majid Omar; Ahli Majlis Agama Islam Selangor Datuk Salehuddin Saidin dan bapa serta anggota keluarga pengantin perempuan.

Sultan Sharafuddin dilahirkan di Istana Jema'ah Klang (kini Kolej Islam Sultan Alam Shah) pada 24 Dis 1945. Ini adalah pernikahan ketiga Sultan Selangor selepas mendirikan rumah tangga dengan Raja Zarina Raja Tan Sri Zainal pada 1968 tetapi bercerai pada 1986 dan kemudian berkahwin dengan Puan Nur Lisa Abdullah (rakyat Amerika) tetapi berpisah pada 1997. Baginda mempunyai dua puteri dan seorang putera iaitu Tengku Zerafina, Tengku Zatashah dan Tengku Amir (kini Raja Muda Selangor) - astro awani

Selamat membaca  Gambar dan Biodata Norashikin Abdul Rahman.


Sharifah Aida Mazlina binti Syed Hanafi atau lebih dikenali sebagai Elly Mazlein merupakan seorang penyanyi dan pelakon yang berasal dari Malaysia . Beliau dilahirkan di Slim River, Perak pada 17 Disember 1980 dan zodiaknya ialah Sagittarius. Beliau mengikat kontrak rakaman bersama NAR Records pada tahun 1997 dan telah melahirkan 4 buah album solo sepanjang 5 tahun kontrak berjalan.

Ketika bergelar penyanyi beliau sering dibandingkan dengan penyanyi remaja seangkatan seperti Siti Nurhaliza dan Liza Hanim. Biarpun begitu pada tahun 2001 beliau mencipta rekod tersendiri apabila album ketiganya yang berjudul Elly berjaya menjadi antara 10 buah album Malaysia terlaris pada tahun tersebut dengan jualan melebihi 60,000 unit. Kejayaan itu mengulangi kejayaan album terdahulu yang berjudul Satu Persatu yang juga terjual mencecah 50,000 unit.

 Elly berjaya mempopularkan lagu-lagu seperti Usah Ditambah Bara Yang Tersimpan, Janji Kekasih dan Bungaku Bakawali yang ketika itu merajai carta radio tanah air. Pun begitu, karier nyanyiannya terhenti seketika pada tahun 2005 kerana faktor pasaran dan kontrak rakaman.

 Profil dan Biodata Elly Mazlein Peserta Gegar Vaganza  2016 
  • Nama Sebenar : Sharifah Aida Mazlina Bt Syed Hanafi
  • Tarikh Lahir : 17 Disember 1980
  • Tempat Lahir : Slim River, Perak
  • Zodiak : Sagittarius
  • Hobi : Berenang & Menghias Rumah 
  • Pendidikan : S.M Ahmad Bustaman, Tmn Maluri
  • Muzik Kegemaran : Balada & Irama Melayu Asli
  • Penyanyi Pujaan : Sharifah Aini & Jennifer Lopez
  • Pelakon Pujaan : Jalaludin Hassan
  • Adik Beradik : 3 (Bongsu)
Album Elly Mazlein :
  • 1997 - Sutera Kasih
  • 1999 - Satu Persatu
  • 2001 - Elly
  • 2001 - Mtv Karaoke Elly Mazlein
  • 2002 - Best Of Elly Mazlein
  • 2003 - Atas Nama Cinta
Gambar- Gambar Elly Mazlein Peserta Gegar Vaganza  2016 






Selamat membaca Gambar Dan Biodata Elly Mazlein Peserta Gegar Vaganza  2016 .


1) Wajah berseri
Tidak dinafi, kebanyakan wanita berkongsi pendapat yang sama iaitu hubungan intim yang dilakukan secara teratur mampu membuatkan kulit menjadi lebih mulus dan bersinar malah jelita. Benarkah begitu? Dikatakan, kebangkitan fizikal tidak hanya meningkatkan peredaran darah sebaliknya berupaya menaikkan paras estrogen yang berfungsi untuk mengekalkan kulit wajah yang berminyak dan lembut. Dalam masa yang sama, ia juga membuatkan rambut kelihatan lebih lebat dan sihat.

2) Bentuk tubuh yang menarik
Letih bersenam di gimnasium atau penat berdiet semata-mata untuk mendapatkan tubuh badan yang cantik? Sebenarnya, terdapat cara yang lebih mudah untuk merealisasikan impian anda itu. Cukup hanya di rumah dan banyakkan belajar dari suami ketika mengadakan hubungan kelamin. Sebenarnya, ketika anda melakukan hubungan intim, anda sebenarnya sedang bersenam tetapi gaya senaman yang dilakukan lebih menyeronokkan kerana saling bekerjasama. Seseorang yang mempunyai kehidupan seksual yang lengkap dan teratur secara automatiknya memiliki daya keyakinan diri yang tinggi lantaran merasakan senaman tersebut serasi dengan tubuh.

3) Hilangkan lenguh-lenguh badan
Letih bermain badminton belum hilang ditambah pula dengan rasa sengal-sengal badan. Mungkin kerana lama tidak bersukan jadi ada sahaja urat-urat yang bersimpul dileraikan. Lazimnya, khidmat tukang urut diperlukan tetapi dalam hal ini, pasangan adalah ‘doktor’ yang paling hebat. Cari waktu yang menarik untuk berdua-duaan dengan pasangan dan nikmati keseronokan tanpa gangguan daripada anak-anak. Pasti kesakitan yang ditanggung itu mampu dipulihkan setelah hubungan intim dilakukan.

Ini kerana setiap kali hubungan kelamin berlangsung, sejenis hormon yang dinamakan endorphin telah dikeluarkan yang mana ia adalah ubat penahan sakit secara semula jadi yang dikeluarkan oleh tubuh. Malah, penulis buku “The Healing Power of Sex” menjelaskan bahawa sekali orgasma mampu menjauhkan seseorang dari sakit selama enam jam.

4) Kitaran haid yang teratur
Menurut Winnifred Cutler, pengarang buku “Love Cycles”, wanita yang mengadakan hubungan seksual setiap minggu mudah menjangkakan kedatangan haid berbanding wanita-wanita bujang atau kurang melakukan hubungan kelamin dengan pasangan. Wanita yang mempunyai pusingan haid yang teratur lebih mudah menjangkakan bila waktu suburnya. Jadi, dengan mudah keduanya merancang untuk memiliki cahaya mata setelah mengetahui waktu penting tersebut.

sumber : ohmymedia.cc

JIKA sebelum ini penyanyi Elly Mazlein, teguh menyatakan pendiriannya enggan kembali semula bertanding dalam Gegar Vaganza 3 (GV3), namun kali ini nampaknya, selebriti itu sudah berubah hati. Ini ekoran Elly yang mesra dipanggil Kak Lina Pom Pom tidak menolak kemungkinan menyertai semula GV sekiranya diberi peluang menerusi sistem imuniti milik penaja utama program berkenaan, Datuk Seri Vida.

Kata Elly, 26, dia sedia menimbang semula demi para peminatnya yang mengharap dia dapat bertanding semula. “Perkara ini ada pro dan juga kontra. Hampir 90 peratus mahu saya kembali semula ke GV3 jika diberi peluang, tetapi ada juga yang tidak bersetuju dengan memberi alasan perkara ini membabitkan soal maruah.

“Saya sendiri susah nak cakap kerana banyak hati yang perlu dijaga. Tetapi, kalau diikutkan hati, memang sekarang juga saya nak masuk semula. “Tengoklah nanti macam mana. Kalau saya masuk balik, pasti akan ada komen negatif dan menghentam keputusan saya ambil itu. “Tidak mengapa, saya pernah kena teruk sebelum ini. Lebih banyak mereka mengutuk saya, ia makin menguatkan semangat saya untuk menyertai semula GV3,” katanya kepada BH Online dalam majlis perlantikan majlis pelantikannya sebagai Duta Fesyen Neng Geulis.

Sementara itu, diminta mengulas komen pedas Ogy terhadapnya, Elly mengakui merasa terkilan dengan sikap pelakon senior itu. “Dia (Ogy) boleh memilih cara lain untuk memberikan komen atau mengkritik saya, tetapi mengapa dirinya menggunakan laman sosial untuk berbuat demikian? “Walaupun dia membuat serangan peribadi, saya tetap menghormatinya sebagai seorang yang lebih berusia dan berpengalaman daripada saya,” katanya. Pada Ahad lalu, Elly telah pun bersemuka dengan juri tetap, Datuk Ramli MS menyelesaikan konflik yang berlaku antara mereka.

Terdahulu Elly mazlein mengatakan bahawa beliau sudah tawar hati dengan gegar vaganza 2016 seperti yang dilaporkan sebelum ini DISINI

Sumber: BH Online


KUALA LUMPUR: Gempa bumi kuat berukuran 6.5 pada skala Ritcher melanda South Island di New Zealand pagi Isnin. Menurut kenyataan Jabatan Meteorologi Malaysia, kejadian pada pukul 8.34 pagi itu berlaku di luar pantai timur South Island, 151km Timur Laut dari bandar Christchurch. Bagaimanapun, menurut kenyataan itu, kejadian itu tidak membawa kepada ancaman tsunami terhadap Malaysia.

Pusat gempa bumi itu terletak 7,648 km tenggara dari Semporna di Sabah.  Pada Ahad, gempa bumi kuat berukuran 7.5 pada skala Richter melanda South Island pada pukul 7.02 malam iaitu 92km timur laut dari bandar Christchurch. 

Sumber : Bernama


Kepada para peminat bola sepak tanah air, jangan lupa untuk menyaksikan live streaming Malaysia vs Papua New Guinea pada hari ini iaitu 14 November 2016 (isnin). Siaran langsung perlawanan persahabatan antarabangsa antara Malaysia melawan Papua New Guinea akan berlangsung pada jam 3.00 petang bertempat di Stadium Shah Alam,Selangor. Perlawanan ini sudah tentu di tunggu-tunggu oleh para peminat bola sepak tanah air untuk melihat sejauh mana keupayaan skuad negara yang di latih oleh Datuk Ong Kim Swee ketika ini.

Siaran eksklusif secara live turut disiarkan menerusi saluran Astro Arena (801) dan Youtube Astro Arena bermula pada seawal jam 2.30 petang seperti biasa akan bermula dengan pra-rancangan. Bagi peminat yang ingin menonton secara live internet streaming berikut adalah pautan online bagi menyaksikan perlawanan bola sepak diantara Malaysia menentang Papua New Guinea iaitu satu perlawanan bola sepak persahabatan antarabangsa dalam kalendar FAM .

Live Streaming Malaysia Vs Papua New Guinea : ASTRO ARENA  801

Live Streaming Malaysia Vs Papua New Guinea 14 November 2016 
  • Server Streaming : LIVE STREAMING SERVER 1
  • Masa: 3.00pm  Waktu Malaysia
  • Lokasi: Stadium Shah Alam 
  • Penyiar Rasmi: Astro Arena 801 
Selamat menonton Live Streaming Bola Sepak Malaysia Vs Papua New Guinea : International Friendly Match - 14 November 2016 .

Apakah Fenomena Kejadian Gerhana Bulan Penuh ( Supermoon) DI Malaysia 
Supermoon atau lebih dikenali dengan nama saitifiknya iaitu Lunar Perigee adalah satu fenomena bulan penuh yang kelihatan lebih besar dan terang. Bulan akan dilihat 14 peratus lebih besar dan 30 peratus lebih cerah daripada hari biasa. Istilah supermoon pertama kali dikemukankan oleh ahli astronomi, Richard Nolle pada tahun 1979. Pada 14 november 2016 fenomena ini dijangkakan akan berlaku.. Supermoon kali ini adalah paling terbesar kali terakhir berlaku sejak 68 tahun lalu. Untuk rekod supermoon pernah berlaku pada tahun 2012, 2013, 2014 dan 2015 .

Adakah Supermoon boleh mengakibatkan bencana alam?

Menurut NASA, Supermoon tidak menyebabkan bencana alam dan hanya menaikan permukaan laut hanya beberapa inchi sahaja. Semua yang dikatakan oleh orang-orang tentang bencana alam akibat Supermoon sebenarnya hanya omongan kosong dan tidak disokong dengan bukti saintifik.

Fakta Fenomena Kejadian Gerhana Bulan Penuh ( Supermoon) Di Malaysia 
Fenomena gerhana bulan penuh Supermoon pada Isnin 14 November 2016 di Malaysia. Gerhana bulan luar biasa dimana bulan kelihatan lebih besar daripada sepatutnya berikutan kedudukan bulan begitu hampir dengan bumi akan berlaku pada jam 9.54 malam Isnin 14 November 2016. Walaupun fenomena ini pernah berlaku pada 6 Mei 2012, 23 Jun 2013, 10 Ogos 2014 dan 28 Sept 2015, namun kejadian kali ini adalah Supermoon paling terbesar dan paling dekat dengan bumi sejak kali terakhir berlaku pada tahun 1948.

Tempat & Masa Sesuai Untuk Melihat Supermoon Di Malaysia
  • Tarikh: Isnin 14 November 2016
  • Tempat : Seluruh Malaysia
  • Masa Paling Sesuai: Jam 7.25 pm - Jam 9354 pm
  • Gerhana Bulan Penuh (Supermoon) : 9.54 Malam
Kenapa Perlu Tengok  Fenomena Kejadian Gerhana Bulan Penuh ( Supermoon) Di Malaysia 
Orang ramai khususnya di Malaysia perlu mengambil kesempatan menyaksikan fenomena supermoon kerana ia dijangka berlaku pada 18 tahun akan datang. Untuk melihat fenomena Supermoon, boleh dilihat menggunakan mata kasar di kawasan lapang bermula pada jam 7.25 malam (fasa pertama) hingga 9.54 malam (fasa gerhana bulan penuh) waktu Malaysia.

Semoga Maklumat Mengenai Fenomena Kejadian Gerhana Bulan Penuh ( Supermoon) DI Malaysia ini berguna kepada anda.

JAKARTA: Lima kanak-kanak termasuk seorang bayi parah apabila sebutir bom meletup di halaman sebuah gereja di Samarinda, Kalimantan Timur, hari ini. Menurut laporan berita televisyen tempatan, ketika kejadian kira-kira 10 pagi itu, puluhan penganut Kristian sedang bersembahyang dalam Gereja Oikumene di Jalan Cipto Mangunkusumo di daerah Sengkotek, Samarinda.

Ketua Hubungan Masyarakat Polis Kalimantan Timur, Fajar Setyawan dipetik berkata, ketika kejadian, sekumpulan kanak-kanak sedang bermain di halaman gereja, sementara menunggu ibu bapa mereka beribadah.

Menurut saksi, seorang lelaki dikatakan meletak sebuah beg di halaman gereja tempat kanak-kanak sedang bermain itu, sebelum melarikan diri dengan melompat ke dalam sungai berdekatan. “Bom yang diletakkan dalam beg itu meletup, 4 buah motosikal terbakar dan 5 kanak-kanak termasuk seorang bayi parah akibat terkena percikan bom itu,” katanya.

Beliau berkata, semua mangsa dibawa ke hospital berdekatan untuk rawatan dan keadaan mereka dilaporkan stabil. Katanya, orang ramai yang melihat kejadian itu kemudiannya mengejar suspek dan menangkapnya ketika cuba bersembunyi dalam sungai. Fajar berkata, orang ramai yang menangkap lelaki terbabit menyerahkannya kepada polis sejurus kejadian.

Hasil siasatan awal mendapati, suspek lelaki berumur 32 tahun terbabit memakai kemeja-T bertulis ‘Jihad Way of Life’ dan berasal dari Bogor, Jawa Barat. “Suspek kini ditahan untuk siasatan dan dia sedang menerima rawatan kerana mengalami kecederaan,” katanya.

Pada Ogos lalu, jemaah sebuah gereja di Medan menggagalkan cubaan seorang lelaki yang bersenjatakan sebilah pisau menyerang seorang paderi ketika sedang berkhutbah. Lelaki itu juga didapati membawa 2 butir bom buatan sendiri dalam beg galasnya.

sumber : FMT (free malaysia today)


Pemimpin Baju Merah Datuk Seri Jamal Md Yunos berdarah pada hidungnya selepas dia didakwa diserang dan ditumbuk dalam kejadian di Ampang hari ini. Kejadian berlaku ketika Jamal bersama pengikutnya mengekori Anggota Parlimen Ampang Zuraida Kamaruddin yang sedang mempromosikan perhimpunan BERSIH5 di pusat beli-belah Ampang Point. Sejurus kemudian berlaku pergelutan dan ketika itulah muka Jamal didakwa ditumbuk pihak tidak diketahui.

Anggota kumpulan Baju Merah kemudian bergelut pula dengan beberapa anggota polis yang menyekat laluan keluar. Sekurang-kurangnya tiga daripada mereka ditahan. Ditemui media selepas itu Jamal berkata seorang daripada "budak Zuraida" telah memukulnya. Jamal yang juga ketua Umno Sungai Besar jelas tidak berpuas hati dengan insiden itu dan memberitahu beliau akan bertindak balas.

"Saya tak puas hati. Saya akan kejar mereka lebih dari apa saya umumkan (terhadap BERSIH sebelum ini). "Saya akan cincang mereka," katanya.

Bagaimanapun melalui rakaman video, ketika kekecohan itu berlaku Jamal didengar berkata: "Polis tumbuk saya!" berkali-kali.Jamal dikenali sebagai pimpinan utama Baju Merah yang giat menyaingi kempen BERSIH menjelang perhimpunan di Kuala Lumpur pada Sabtu depan.

Selain memberi amaran untuk berkumpul beramai-ramai bersama BERSIH, sejak beberapa hari lalu kumpulan berkenaan mempamerkan kekuatan mereka dalam seni bela diri, termasuk ketika mengadakan protes berhampiran pejabat Malaysiakini pada 5 November lalu.

Beberapa klip video yang tersebar di media sosial pula menunjukkan beberapa individu - termasuk Jamal sendiri - menunjukkan kemampuan mereka menahan pukulan serta serangan fizikal melalui seni bela diri. Sementara itu Zuraida ketika dihubungi berkata beliau tidak tahu menahu mengenai mengenai serangan ke atas Jamal.

"Saya mengelak daripada dia, jadi saya tak tahu apa yang terjadi. Saya akan bercakap dengan orang saya dan bertanya kepada mereka," katanya kepada Malaysiakini. Pengarah Pilihan Raya PKR Ampang Nallan Dhanabalan pula mendakwa melihat kejadian itu dan sebenarnya seorang lelaki berpakaian biasa - didakwa anggota polis - menumbuk Jamal.

"Jamal menarik leher rantai seorang polis berpakaian biasa, dan ia terputus. Kemudian pegawai lain datang dan memukulnya," kata Nallan. Kejadian itu katanya berlaku ketika kumpulan PKR bergerak meninggalkan Ampang Point dan polis berusaha memisahkan kedua-dua kumpulan berkenaan. Sementara itu Jamal membuat aduan di Ibu Pejabat Polis Daerah Ampang Jaya kira-kira jam 5.15 petang tadi.

Dalam aduannya Jamal, 46, berkata Gerakan Baju Merah bertembung dengan kumpulan penyokong BERSIH diketuai Zuraidah yang mengedarkan risalah "menghasut orang ramai membenci kerajaan" serta "berhimpun secara haram" pada Sabtu ini. Dalam pertembungan tersebut, kata Jamal dalam laporan polisnya, berlaku perang mulut dan tolak menolak.

"Tiba-tiba saya dipukul, ditumbuk oleh seseorang yang memakai baju BERSIH dari sebelah kanan tepat di muka dan hidung saya. "Akibat pukulan itu saya mengalami kecederaan berdarah dan bengkak pada hidung," kata Jamal.

sumber : malaysiakini.com

Ini merupakan biodata rasmi siapa Ungku Hariz suami Jihan Muse. Seperti sedia maklum, Ungku Hariz telah diumumkan sebagai suami sah kepada Jihan Muse. Majlis perkahwinan telah berlangsung pada Ahad 20 Mac 2016 bertempat di Shah Alam. Manakala majlis persandingan telah diadakan pada 27 Mac 2016 juga bertempat yang berasingan di Shah Alam. Difahamkan, Jihan Muse telah menjalinkan hubungan cinta selama 8 tahun dengan Ungku Hariz. Bagi yang masih belum mengenali siapakah Ungku Hariz, beliau mula terkenal selepas membintangi pelakon watak sampingan dalam Filem Polis Evo bersama Zizan Razak.

Biodata Rasmi Ungku Hariz - Suami Jihan Muse
  • Nama Penuh: Ungku Hariz Faizal Ungku Mohamed Fadli
  • Nama Popular: Ungku Hariz
  • Umur: 31 Tahun (2016)
  • Pekerjaan Terkini: Pelakon
  • Kejayaan: Bekas Peserta Pilih Kasih Musim Kedua Program TV2
  • Laman Instagram: https://www.instagram.com/ungkuhariz
  • Twitter: https://twitter.com/ungkuhariz
  • Tempoh Perkenalan: 8 Tahun bersama Jihan Muse
  • Tarikh Nikah: 20 Mac 2016 Ahad
  • Drama/ Filem: Cinta 100KG TV3, Polis Evo dan drama Isteri Separuh Masa

Ini pula adalah Gambar Jihan Muse Dan Ungku Hariz



Selamat membaca Biodata Rasmi Ungku Hariz iaitu Suami kepada Jihan Muse :)

Terdapat beberapa cara untuk anda boleh mendapatkan semula salinan sijil peperiksaan yang hilang atau musnah seperti sijil PMR, sijil PT3, sijil SPM, sijil STPM, sijil LCE Atau sijil MCE.

CARA MENDAPATKAN GANTIAN SIJIL PEPERIKSAAN HILANG / MUSNAH 
Cara 1 :  Datang sendiri ke kaunter permohonan Lembaga Peperiksaan Malaysia. 
Permohonan akan siap dalam tempoh satu jam jika anda menyediakan maklumat lengkap yang diperlukan. Anda akan dikehendai mengisi borang hilang sijil peperiksaan di kaunter Lembaga Peperiksaan di alamat di bawah.

LEMBAGA PEPERIKSAAN,
KEMENTERIAN PELAJARAN MALAYSIA,
BLOK E 11, KOMPLEKS E,
PUSAT PENTADBIRAN KERAJAAN PERSEKUTUAN,
PRESINT 1,
62604 PUTRAJAYA
(UP: UNIT KECIL SIJIL)
TEL: 03-88843526 / 03-8884 3528 / 03-8884 3031

Cara 2 : Permohonan melalui POS.
Untuk cara ini ianya akan mengambil masa selama dua minggu. Anda boleh download borang permohonan hilang sijil hilang DISINI, Lengkapkan dan poskan ke alamat seperti berikut. Sila sediakan Wang Pos atau Moner Order sebanyak RM10.00 untuk bayaran setiap salinan sijil

LEMBAGA PEPERIKSAAN,
KEMENTERIAN PELAJARAN MALAYSIA,
BLOK E 11, KOMPLEKS E,
PUSAT PENTADBIRAN KERAJAAN PERSEKUTUAN,
PRESINT 1,
62604 PUTRAJAYA
(UP: UNIT KECIL SIJIL)
TEL: 03-88843526 / 03-8884 3528 / 03-8884 3031

Cara mendapatkan Salinan Sijil UPSR Yang Hilang
Untuk makluman anda salinan sijil UPSR boleh anda perolehi dari sekolah asal anda. Kementerian Pelajaran Malaysia tidak menyediakan salinan sijil UPSR jika hilang.

Cara mendapatkan Salinan Sijil STPM Yang Hilang
Anda boleh mendapatkan salinan sijil STPM anda dari Majlis Peperiksaan Malaysia (MPM) dengan menggunakan Borang Permohonan Salinan Sijil STPM. Bayaran RM50 akan dikenakan untuk perkhidmatan ini. Selain itu kepada calon yang berminat untuk mendapatkan penyata keputusan STPM sahaja anda boleh berbuat demikian dengan bayaran RM20. 

KAUNTER PERKHIDMATAN SALINAN SIJIL HILANG/MUSNAH
  • Kaunter urusan dibuka pada setiap hari bekerja.
  • Semua permohonan pos akan diproses dalam masa 7 hari bekerja tanpa mengira perjalanan pos.
  • Lembaga Peperiksaan tidak menyimpan sijil asal calon. Calon yang tidak mengambil sijil asal dinasihatkan menghubungi sekolah atau Sektor Penilaian dan Peperiksaan Jabatan Pelajaran Negeri untuk mendapatkan sijil asal sekiranya sijil tersebut belum dituntut dalam masa 3 tahun setelah menduduki peperiksaan.
* Semoga Panduan dan Cara Permohonan Menggantikan Sijil Peperiksaan Yang Hilang ini membantu anda


VIENNA: Wabak selesema burung yang baharu dilaporkan di Jerman, Switzerland dan Austria pada Sabtu. Virus H5N8 itu turut dikesan di Hungary, Poland, Belanda, Denmark dan Croatia. Di Jerman, negeri Schleswig-Holstein melaporkan satu kes selesema burung disahkan di sebuah ladang di mana 30,000 ayam akan dihapuskan.

Menteri pertanian negeri itu berkata, kawasan seluas tiga kilometer persegi telah ditutup. Di Berlin, menteri pertanian persekutuan, Christian Schmidt berkata, kerajaan menubuhkan bahagian pengurusan krisis. 

Agensi Keselamatan Makanan dan Kesihatan Austria mengesahkan wabak kedua di sebuah ladang ayam di wilayah Vorarlberg, dekat sempadan Jerman dan Switzerland. Ia berkata, 4,000 ayam akan dimusnahkan. Sebuah ladang di Austria dekat ladang ayam disahkan positif H5N8 pada Jumaat. Selesema burung turut disahkan di Tasik Geneva di Switzerland pada Sabtu.

Awal minggu ini, Austria dan Switzerland mengambil langkah untuk mengelakkan penyebaran virus ke ayam tempatan selepas wabak itu dikesan pada itik liar dekat Tasik Constance. 


Menurut Elly Mazlein beliau reda dengan apa yang berlaku dan percaya rezekinya tetap ada dalam industri seni. "Tidak, saya takkan terima walaupun ada kemungkinan diserap masuk ataupun menerusi sistem imuniti daripada penaja. Jika bukan di sini, mungkin rezeki saya ada di luar sana.

Bukan saja nekad menarik diri, penyanyi Elly Mazlein, 36, turut menutup pintu hatinya untuk kembali ke dalam program Gegar Vaganza (GV) musim ketiga walaupun ada kemungkinan pihak produksi berbuat demikian menerusi sistem imuniti yang menjadi milik mutlak penaja,

Datuk Seri Vida. Musim lalu, Datuk Sri Vida menggunakan kuasa imuniti dimilikinya untuk mengekalkan Acong apabila penyanyi itu diumumkan tersingkir, seterusnya mara ke peringkat separuh akhir pertandingan nyanyian popular terbabit. 

sumber : bharian online


Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ) memperkenalkan Sijil Pemilikan Kenderaan (VOC) bagi menggantikan Kad Pendaftaran Kenderaan (RC) yang akan dilaksanakan secara berperingkat mengikut fasa bermula 1 Jun 2016. Pengenalan VOC masih lagi merupakan suatu perakuan pendaftaran yang dikeluarkan di bawah peruntukan Akta Pengangkutan Jalan 1987 yang mengandungi butiran pemilik dan kenderaan.

Namun, dalam usaha untuk memudahkan urusniaga dengan JPJ, VOC yang diperkenalkan ini tidak lagi digunakan sebagai dokumen atau instrumen bagi urusan seperti Pembaharuan Lesen Kenderaan Motor (cukai jalan), Tukar Hak Milik, atau Pindaan Maklumat.
Car-Caraa Baru Renew Roadtax dan Insuran Kereta  - Terkini Sept 2016 /2017  
  • Pastikan Geran kereta anda telah ditukar kepada Sijil Pemilikan Kenderaan (VOC) .Dengan sijil VOC ini, tiada lagi cetakan belakang pada geran selepas renew roadtax di JPJ. Ini bermakna bahawa geran kereta tidak lagi diperlukan apabila mahu renew road tax atau cukai jalan. 
  • Pemilik hanya perlu datang ke mana-mana cawangan JPJ berdekatan dan membuat pengesahan pemilikan dan seterusnya memperbaharui atau renew road tax kereta anda. 

Renew Road Tax Secara Online 2016/2017
Renew Cukai Jalan JPJ Secara Online adalah masih seperti biasa iaitu anda hanya perlu melayari laman web  MYEG  dan pelbaharui seperti biasa.

Cara Renew Road Tax dan Insuran Bagi  Kereta Yang Hilang Kad Atau Geran
Dalam kes seperti ini, anda perlu ke cawangan JPJ yang berdekatan. Anda boleh mendapatkan maklumat kenderaan anda dan seterusnya memberi salinan kepada pihak insuran untuk urusan renew insuran.

Borang Maklumat Hubungan

Nama

E-mel *

Mesej *

Dikuasakan oleh Blogger.
Javascript DisablePlease Enable Javascript To See All Widget