2016-11-06


PETALING JAYA: Penyanyi Arab yang popular dengan kumpulan duo Arab dan Aidit meninggal dunia kira-kira pukul 5.30 pagi Sabtu di Pusat Perubatan Colombia, Seremban akibat serangan jantung.  Anak saudaranya, Syed Azman memberitahu Allahyarham Arab atau nama sebenarnya Syed Azlan Syed Abu Bakar, 50, menghembuskan nafas terakhir ketika dalam perjalanan ke Kuala Lumpur. 

"Allahyarham diserang penyakit jantung ketika dalam perjalanan ke Kuala Lumpur daripada Johor. Dia yang ketika itu bersama seorang rakan dibawa ke hospital terdekat untuk mendapatkan rawatan. "Bagaimanapun, ketika dalam perjalanan ke Pusat Perubatan Colombia, dia sudah menghembuskan nafas terakhir," ujarnya kepada mStar Online.  Tambahnya, berita tersebut turut mengejutkan ahli keluarga yang lain berikutan Allahyarham tidak pernah mengalami dan memberitahu tentang penyakit itu. 

Jenazah Allahyarham dipindahkan ke Hospital Tuanku Jaafar, Seremban untuk dibedah siasat. "Kami terkejut menerima berita itu kerana sebelum ini dia hanya sakit-sakit biasa sahaja. Dia juga tidak pernah buat pemeriksaan doktor tentang kesihatannya," ujarnya. Katanya, jenazah akan dibawa pulang ke kampung halamannya di Labis, Johor untuk urusan pengebumian. Allahyarham meninggalkan seorang balu iaitu Marina Abdul Manap dan tiga orang anak. Kumpulan Arab & Aidit pernah popular sekitar tahun 2005 dengan lagu Bila Bulan Berwarna Biru.

sumber : mstar online


Semakan keputusan Kolej Vokasional dan Sekolah Teknik 2017 secara online. Menerusi makluman Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM), semakan kemasukan ke Kolej Vokasional (KV) dan Sekolah Menengah Teknik (SMT) sesi 2017 dijangka akan diumumkan keluar selepas 20 Disember 2016. Berikut adalah cara semakan keputusan kemasukan ke Program Kolej Vokasional Dan Sekolah Menengah Teknik sesi 2017.

Semakan Keputusan Kolej Vokasional & Sekolah Teknik 2017

Sila layari https://sptv.moe.gov.my 

Tarikh Penting Permohonan Ke Program Kolej Vokasional Dan Sekolah Teknik 2017
  • Tarikh buka permohonan : 13 Oktober 2016
  • Tarikh permohonan ditutup : 20 Disember 2016


Borang permohonan kemasukan ke Kolej Vokasional (KV) dan Sekolah Menengah Teknik (SMT) 2017 KPM secara Online. Menerusi makluman rasmi Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM), permohonan kemasukan ke Kolej Vokasional dan Sekolah Menengah Teknik kini sudah dibuka mulai 11 Oktober 2016 sehingga 20 Disember 2016. Berikut adalah cara permohonan online dan syarat kelayakan kemasukan ke program KV dan SMT 2016.

Permohonan Kolej Vokasional & Sekolah Teknik 2017 Online
Program Ditawarkan Kolej Vokasional & Sekolah Teknik 2017
  • Info senarai program yang ditawarkan  boleh didapati DISINI
Syarat Umum Kemasukan Kolej Vokasional Dan Sekolah Teknik 2017
  • Pemohon mestilah warganegara Malaysia
  • Berada di Tingkatan 3 pada tahun 2016
  • Telah menduduki Petaksiran Tingkatan 3 (PT3) .
  • Mestilah sihat tubuh badan dan sesuai dari segi fizikal.
  • Bebas dari penyakit seperti lemah jantung, darah tinggi, kencing manis, alahan (allergy), pekak, sawan (epilepsy) dan lain-lain penyakit yang boleh membahayakan atau menghadkan pelajar daripada menjalankan kerja kursus dan kerja amali.
  • Pemohon kursus Kejuruteraan (Elektrikal, Mekanikal dan Awam) mestilah tidak rabun warna.
Tarikh Tutup Permohonan

20 Disember 2016


Video Konsert Gegar Vaganza 2016 Minggu 5 secara full online. 
Program realiti nyanyian retro Gegar Vaganza kini sudah berada di minggu kelima pada Ahad 13 NOVEMBER 2016. Siaran secara langsung rancangan ini turut disiarkan menerusi Astro Ria bermula pada jam 9.00 malam. 

Pada episod minggu lepas Elly Mazlein telah tersingkir dan kini tinggal 9 peserta sahaja antaranya Ameng Spring, Zarul Umbrella, Gmie Screen, Shidee Data, Nora Ariffin, Siti Sarah, Azharina, Intan Sarafina dan Zur Eda.

Bagi anda yang tidak berkesempatan menonton Gegar Vaganza 2016 minggu ke-5, anda bolehlah menonton persembahan artis kesayangan anda dilaman ini sebaik rancangan tamat. Sementara menunggu rancangan bermula anda bolehlah menonton aksi artis kesayangan anda beraksi pada minggu ke-4 lepas.

Video Konsert Gegar Vaganza 2016 Minggu 4 Online
Konsert Pembukaan
Part 1 Siti Sarah
Part 2 Azharina
Part 3 Nora
Part 4 Ameng Spring
Part 5 Intan Sarafina
Part 6 Elly Mazlein
Part 7 Shidee Data
Part 8 Zarul Umbrella
Part 9 Zur Eda
Part 10 Gmie Screen
Keputusan Penyingkiran- Elly Mazlein Tersingkir :(

Video Konsert Gegar Vaganza 2016 Minggu 5 Online
Part 1 Siti Sarah
Part 2 Gmie Screen
Part 3 Zarul Umbrella
Part 4 Azharina
Part 5 Shidi Data
Part 6 Intan Sarafina
Part 7 Ameng Spring
Part 8 Zur Eda
Part 9 Nora
Keputusan Penyingkiran-Shidee Data Tersingkir :(


Tonton Video Konsert Gegar Vaganza 2016 Minggu 5 Secara Full Online


Selamat Menonton Video Konsert Gegar Vaganza 2016 Minggu 5

TIDAK serik dikecam netizen selepas beraksi lucah dalam video pemasaran produknya, anak pelakon veteran, Normah Damanhuri sekali lagi mencetuskan kontroversi di laman sosial. Jika sebelum ini, anak keempat Normah dilihat sengaja menayangkan sebahagian payudara selain beraksi ghairah, kali ini dengan aksi yang sama tetapi di dalam hutan pula.

Liana Rosli memuat naik video di laman Instagram dengan beraksi ghairah di kawasan hutan sambil ‘bergolek’ dengan produk jamunya. Dengan kapsyen ‘nafsu abang susah adik nak jangka’, Liana yang menggelarkan dirinya sebagai Kak KM tanpa segan silu berpakaian menghairahkan ‘bergolek’ di atas tanah yang berlatarbelakang kawasan hutan dan air terjun itu.


Perkongsian Kak KM itu mendapat kecaman netizen yang menganggap tingkah lakunya memalukan kaum wanita dan kaedah menjual produk itu terlalu ‘murah’. “Rasanya hanya cebisan kecil kaum hawa begini, yang biasa saya jumpa baik baik belaka. Bertaubatlah wahai saudara seagamaku yang begini. Keindahan dan nikmat dunia itu hanya sementara. Lubang kubur itu lagi ketat nanti. Masha Allah,” tulis Nicholas Antonio.

Tidak kurang juga, netizen yang menggambarkan Liana sebagai ‘miang’ dan mahu menjual diri, bukannya produk kesihatan. “Kesian, sedih, gelak pun ada, jual produk macam jual diri, miang semacam. Kenapa tak tunjuk yang mana ketat?” tulis Hairuddin Xamara. Ada netizen yang ‘takut’ untuk membeli produk Liana kerana bimbang berkelakuan seperti orang tidak siuman.

Sebelum ini Liana Rosli telah mencetuskan kontrovesi dengan video gelekan nakal beliau.


Sumber : MYNEWSHUB.CC


PETALING JAYA: Satu rakaman kamera keselamatan yang menunjukkan sebuah mesin pengeluaran wang automatik (ATM) mengeluarkan beratus-ratus keping duit kertas, tersebar dalam laman sosial. Dalam rakaman selama 17 saat yang dimuatnaik dalam laman perkongsian video YouTube itu, seorang lelaki muda yang memakai topi dan berpakaian kasual terkejut melihat ATM berkenaan mengeluarkan kepingan duit yang banyak.

Kemudian dia melihat keadaan sekeliling sebelum membongkok dan mengaut duit terbabit yang dipercayai berjumlah RM10,000. Lokasi dan tarikh sebenar kejadian tidak diketahui dan tidak dapat dipastikan sama ada lelaki berkenaan melaporkan insiden tersebut kepada pihak polis atau bank. Rata-rata pengguna laman sosial kurang percaya dengan rakaman video tersebut selain ada yang berharap kejadian berkenaan berlaku kepada mereka.

sumber : mstar online



KUALA LUMPUR: Kawasan Keselamatan Pantai Timur Sabah (Esscom) sedang memburu 23 lelaki kerana disyaki terlibat dalam jenayah rentas sempadan di perairan Zon Selamat Timur Sabah (Esszone). Komander Esscom Datuk Wan Bari Wan Abdul Khalid ketika dihubungi Bernama mengesahkan senarai mereka yang dicari itu dikeluarkan pada Jumaat.

"Saya minta orang ramai yang mempunyai maklumat mengenai kesemua suspek supaya menghubungi pusat operasi Esscom di talian 089-863181," katanya. Maklumat mengenai lelaki yang dicari itu telah mula diedarkan di Sabah untuk pengetahuan umum.

Kebanyakannya merangkumi warga Filipina yang pernah berada di negara ini dan berumur sekitar 30-an, menurut jurucakap bilik gerakan Esscom yang berpangkalan di Lahad Datu. Pada Khamis, Presiden Filipina Rodrigo Duterte pada pertemuannya dengan Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak di Putrajaya, membenarkan pasukan keselamatan Malaysia mengejar kumpulan penculik sehingga ke kawasan perairan Filipina. - BERNAMA


Terbaru, video yang dikongsikan oleh seorang pengguna Facebook, Cheng Li menjadi viral di media sosial gara-gara memaparkan aksi seorang amah yang berjaya ditangkap oleh majikannya kerana cuba melakukan perkara perkara yang menjijikan.  Amah yang dipercayai warga Filipina itu ditangkap bersama bahan-bahan ‘mandrem’ miliknya iaitu sehelai seluar dalam yang diperam dalam sebekas air.
Difahamkan air seluar dalam tersebut dicampur ke dalam makanan dan diberikan kepada majikannya. Cara jijik ini dipercayai dapat menundukkan majikannya dan membuatkan amah ini akan lebih disayangi. Menerusi video, kelihatan amah tersebut dipaksa meminum air jampian seluar dalam tersebut. Mungkin dia didesak berbuat demikian kerana majikannya berasa sangat marah dan bengang setelah mengetahui perkara tersebut.

Lokasi kejadian masih belum dapat dipastikan namun dari bahasa pertuturan majikannya itu, kemungkinan besar kejadian ini berlaku di negara Timur Tengah. 

sumber : MYNEWSHUB.CC


KAJANG: Seorang peguam mengaku tidak bersalah di Mahkamah Majistret hari ini terhadap pertuduhan mencabul dan cuba mencabul 2 penuntut wanita institut pengajian tinggi swasta (IPTS), awal bulan ini. A Micheal, 33, didakwa mencabul kehormatan dengan menyentuh dan meraba punggung seorang wanita berusia 22 tahun di hadapan sebuah kondominium di Sungai Long, pada 3.30 petang, 1 November lalu.

Dia didakwa mengikut Seksyen 354 Kanun Keseksaan yang memperuntuk hukuman penjara maksimum 10 tahun atau denda atau sebat atau mana-mana 2 daripada hukuman itu, jika sabit kesalahan. Bagi pertuduhan kedua, dia didakwa cuba mencabul kehormatan seorang wanita berusia 20 tahun dengan cuba menyentuh payu daranya di tempat dan tarikh sama.

Dia dituduh mengikut Seksyen 354 Kanun Keseksaan dibaca bersama Seksyen 511 kanun sama yang memperuntuk hukuman penjara maksimum 5 tahun atau denda atau sebat atau mana-mana 2 daripada hukuman itu, jika sabit kesalahan. Terdahulu, Timbalan Pendakwa Raya, Natasha Chin Le Jy menawarkan wang jaminan RM6,000 bagi setiap pertuduhan, tetapi tertuduh yang diwakili 6 peguam diketuai Datuk Jerald Gomez, memohon jaminan dikurangkan atas alasan tertuduh sudah berkahwin dan tidak mempunyai rekod kesalahan lampau.

Majistret, Fadzilatul Isma Ahmad Refngah membenarkan tertuduh diikat jamin RM7,800 bagi kedua-dua pertuduhan dengan seorang penjamin dan menetapkan 9 Disember ini untuk sebutan semula kes.

sumber : free malaysia today (FMT)

MEXICO CITY: Penumpang kelas pertama dalam penerbangan Aeromexico baru-baru ini berdepan dengan 'penumpang gelap' iaitu seekor ular, sekaligus menyamai filem aksi mengenai ular dalam pesawat, 'Snakes on a Plane". Seorang rektor universiti dari Torreon memuat naik sebuah video di Twitter mengenai penumpang yang tidak diundang itu menyusuri keluar dari bahagian atas kabin.

"The flying viper (ular terbang), Ha Ha Ha," katanya secara bergurau. Kekecohan itu membuatkan pihak berkuasa trafik udara memberi keutamaan kepada pesawat dalam penerbangan domestik dari Torreon ke Mexico City itu untuk mendarat. Pakar haiwan, Juan Carlos Gomez Juarez berkata, adalah jelas daripada video tersebut menunjukkan bahawa para penumpang tidak dapat menangani kehadiran spesis beracun.

Tiada kecederaan dilaporkan, bagaimanapun beberapa penumpang kecewa dengan keadaan yang berlaku. "Adalah perkara biasa bagi orang ramai panik apabila mereka melihat ular," kata Gomez Juarez. Menurut Aeromexico, ia menjalankan siasatan mengenai punca ular tersebut boleh berada di dalam pesawat. 

sumber : AFP / mstar online

SHAH ALAM: Penyanyi Elly Mazlein memberitahu meluahkan hasrat untuk menarik diri sebelum diumum tersingkir pada program Gegar Vaganza 3 yang berlangsung di Auditorium MBSA, di sini malam Ahad.  Elly atau nama sebenarnya Sharifah Aida Mazlina Syed Hanafi, 36, berkata, keputusan untuk tidak meneruskan perjuangan di program berkenaan dibuat selepas berasa tersinggung dengan komen juri tetap Datuk Ramli MS.

"Secara jujur saya tersinggung dan kecil hati dengan komen Datuk Ramli MS yang menganggap saya hanya mendapat simpati pihak Astro untuk terus berada dalam program ini. "Sebelum ini saya terima orang luar bercakap tentang itu, tapi bila Tok Ram (Ramli MS) sendiri yang bercakap, dia seperti mengiyakan apa orang cakap sebelum ini, saya sedih sangat," ujarnya kepada mStar Online.

Elly ditemui selepas program konsert Gegar Vaganza 3 minggu keempat yang diadakan di sini, pada malam Ahad.

sumber : mstar online


KOTA KINABALU: Seorang lelaki Jerman berusia 70 tahun diculik dan isterinya dibunuh oleh kumpulan lelaki bersenjata Abu Sayyaf di perairan Tawi-Tawi, pulau di selatan Filipina. Sumber perisikan Filipina berkata, kejadian itu berlaku kira-kira pukul 2.30 pagi Isnin di perairan Tanjung Luuk Pisuk di Tawi-Tawi.

Menurut sumber, pasangan itu, Juegen Kantner dan Sabina Wetch, sedang berada di atas kapal layar persendirian di Tanjong Luuk Pisuk, di mana dalam bahasa Tausug bermaksud air lumpur. Wetch dikatakan telah ditembak mati manakala Kantner telah diculik. Jurucakap Abu Sayyaf, Muamar Askali atau Abu Rami memberitahu media Filipina bahawa kumpulan itu telah menculik seorang lelaki Jerman dan membunuh isterinya di Tawi-Tawi.

Beliau berkata wanita cuba melawan dan telah ditembak mati dalam pertempuran itu. Pasangan itu, yang pernah diculik di Somalia pada tahun 2008, telah belayar dari Palawan, sebuah pulau di utara Sabah, dan lalu di Tawi-Tawi, perairan bersempadan Sabah apabila kejadian itu berlaku.

Komander Kawasan Keselamatan Khas Pantai Timur Sabah (Esscom) Datuk Wan Bari Wan Abdul Khalid berkata mereka mendengar mengenai kejadian itu di Internet tetapi tidak menerima sebarang laporan rasmi. "Kami tidak menerima apa-apa laporan polis, maklumat atau aduan rasmi daripada mana-mana kelab kapal layar mengenai perkara itu," katanya dalam mesej teks, Isnin.

sumber : mstar online


SEORANG guru dari Rusia terpaksa meletakkan jawatan selepas individu tidak dikenali berkongsi pautan e-mel daripada filem lucahnya kepada murid-murid dan kakitangan tempatnya mengajar. Svetlana Topol merupakan salah seorang tenaga pengajar di salah sebuah sekolah berprestij di St. Petersburg, namun merahsiakan profesion keduanya itu daripada pengetahuan umum.

Menurut sebuah laman antarabangsa, Topol yang berusia 27 tahun itu dan menerusi pekerjaan ‘kedua’ sebaliknya gemar memegang watak seorang pelajar perempuan dalam filem pornografinya. “Saya kenal orang-orang yang pernah bekerja dengannya, dia merupakan seorang guru yang ‘jahat’,” kata pengarah filem lucah tempatan, Jack Bob.

“Dia mampu melakukan aksi-aksi yang kebanyakkan aktres seksi lain tidak dapat lakukan dan sangat popular dalam kalangan penonton lelaki,” jelasnya. Tambah laman itu lagi, Topol yang sudah berkahwin sering menggunakan nama Ariel, Moud dan Christie menerusi filem lakonannya. Malah kegiatannya sebagai pelakon filem lucah turut diketahui suaminya.

Menerusi pendedahan e-mel yang dilakukan individu tidak dikenali itu bahkan turut mendakwa sebahagian filem lucah lakonan Topol yang tersebar itu dirakam pada tahun ini. Jelas e-mel itu lagi, kebanyakan rakaman filem berkenaan dilakukan di luar negara iaitu Hungary dan Republik Czech dengan bayaran untuk pelakon dewasa sepuluh kali ganda lebih mahal berbanding di Rusia.

Selepas tembelangnya sebagai pelakon lucah terbongkar, Topol difahamkan telah menghantar surat perletakan jawatan dalam tempoh 24 jam. Kes berkenaan telah mencetuskan kontroversi dan perdebatan hangat menerusi media sosial dan forum internet tempatan.

Sesetengah pelayar internet mengatakan adalah keterlaluan bagi seorang guru menjadi bintang filem lucah manakala setengah yang lain menganggapnya sesuatu yang tidak akan beri kesan buruk kepada pelajarnya. 

sumber : MYNEWSHUB.CC


Video Tonton Konsert Gegar Vaganza 2016 Minggu 4 secara full online. 
Program realiti nyanyian retro Gegar Vaganza kini sudah berada di minggu keempat pada Ahad 6 NOVEMBER 2016. Siaran secara langsung rancangan ini turut disiarkan menerusi Astro Ria bermula pada jam 9.00 malam. 

Pada episod minggu lepas Rem telah tersingkir dan kini tinggal 10 peserta sahaja antaranya Ameng Spring, Zarul Umbrella, Gmie Screen, Shidee Data, Nora Ariffin, Siti Sarah, Elly Mazlein, Azharina, Intan Sarafina dan Zur Eda.

Bagi anda yang tidak berkesempatan menonton Gegar Vaganza 2016 minggu ke-empat, anda boleh menonton persembahan artis kesayangan anda dilaman ini sebaik rancangan tamat. Sementara menunggu rancangan bermula anda bolehlah menonton aksi artis kesayangan anda berkaksi pada minggu ketiga lepas.

Video Konsert Gegar Vaganza 2016 Minggu 3 Online


Video Konsert Gegar Vaganza 2016 Minggu 4 Online
Konsert Pembukaan
Part 1 Siti Sarah
Part 2 Azharina
Part 3 Nora
Part 4 Ameng Spring
Part 5 Intan Sarafina
Part 6 Elly Mazlein
Part 7 Shidee Data
Part 8 Zarul Umbrella
Part 9 Zur Eda
Part 10 Gmie Screen
Keputusan Penyingkiran- Elly Mazlein Tersingkir 

Tonton Video Konsert Gegar Vaganza 2016 Secara Full Online -Minggu 4

Selamat Menonton Video Konsert Gegar Vaganza 2016 Minggu 4 Online


LAHAD DATU: 
Kawasan Keselamatan Khas Pantai Timur Sabah (ESSCom) pada Sabtu mengesahkan dua tekong warga Indonesia diculik di perairan Kertam, kira-kira 15 batu nautika dari Sungai Kinabatangan.
Komandernya Datuk Wan Abdul Bari Wan Abdul Khalid berkata dalam dua insiden di perairan itu, tekong berusia 52 dan 46 tahun itu diculik di antara 11 pagi dan 11.45 pagi.
"Dalam kejadian pertama, sekumpulan lima lelaki bersenjata menculik seorang tekong berusia 52 tahun dan meninggalkan awak-awak berusia 47 dan 35 tahun," katanya di sini, malam Sabtu.
Selepas insiden pertama, kumpulan bersenjata itu kemudian menculik tekong sebuah kapal lagi dan meninggalkan tiga yang lain dalam kapal berkenaan termasuk anak mangsa berusia 10 tahun.
"Kami menerima maklumat selepas kesemua anak kapal berlabuh di jeti Sandakan pada 6.40 petang," katanya.
Wan Abdul Bari berkata kelima-lima lelaki bersenjata itu berpangkalan di Kepulauan Tawi-Tawi dan mungkin tiada kaitan langsung dengan kumpulan Abu Sayyaf. 
SUMBER :  BERNAMA


::SENARAI RASMI MINYAK MASAK TERKINI BERMULA 1 NOVEMBER 2016 ::
Seperti sedia maklum kerajaan telah menarik subsidi harga minyak botol. Pengumuman harga minyak masak terkini telah dibuat oleh Menteri Perdagangan Dalam Negeri, Koperasi dan Kepenggunaan, Datuk Seri Hamzah Zainudin pada hari Rabu 26 Oktober 2016.

Harga minyak masak botol  bermula 1 november 2016 adalah bergantung kepada harga minyak masak mengikut pasaran. Berikut adalah senarai rasmi terkini harga minyak masak botol mengikut syarikat pengeluar.

HARGA MINYAK MASAK  BOTOL TERKINI BERMULA 1 NOVEMBER 2016


HARGA MINYAK MASAK  PAKET TERKINI BERMULA 1 NOVEMBER 2016
Harga minyak masak dalam paket 1KG tidak berubah, iaitu RM2.50/paket

Makluman Khas
Senarai harga minyak masak bukan bersubsidi di atas ini bukan dikeluarkan oleh Kementerian Perdagangan Dalam Negeri, Koperasi Dan Kepenggunaan (KPDNKK). Harga jualan minyak masak bukan bersubsidi tidak ditetapkan oleh KPDNKKsebaliknya harga minyak tersebut ditetapkan oleh industri mengikut harga pasaran minyak sawit.


Disini ingin dikongsikan beberapa tanda seorang perempuan atau anak gadis yang sudah pun kehilangan dara. Sememangnya dara amat penting untuk menentukan kesucian wanita. Artikel ini telah pun dikongsikan dilaman facebook yang menjadi topik hangat. Apapun, teori ini tidak boleh dipercayai 100 peratus kerana berkemungkinan artikel ini ditulis hanya untuk menakutkan wanita supaya menjauhi zina.

TANDA-TANDA PEREMPUAN SUDAH HILANG DARA..?

1. DAHI
Gadis yang masih suci, dahinya licin. Bila selalu melakukan hubungan seksual, licinnya hilang, malah yang timbul kedutan (garis2) yang kadangkala nampak kadangkala tidak ketika sedang bercakap. Kedutan kerana sudah tidak suci, tidak sama dengan kedutan wajah yang disebabkan faktor usia. Kedutan suci yang telah hilang, tidak begitu ketara dan tidak begitu nampak, kecuali ketika muka menunjukkan reaksi tertentu seperti sedang ketawa dan bercakap, manakala kedutan disebabkan faktor usia sentiasa nampak jelas dan kekal.

2 HIDUNG
Gadis yang masih suci atau tubuhnya belum disentuh oleh lelaki, hujung hidungnya berwarna kemerah-merahan, jika disentuh hujung hidungnya nampak merah. Gadis yang tidak suci hujung hidungnya merah tetapi merah pucat, terkadang warna merah tidak nampak, yang nampak hanyalah pucat. kalau tak percaya, cuba lihat hujung hidung anak gadis, merahkan.? Bagi lelaki yang suka merosakkan kesucian wanita, hidungnya berbelang, oleh karena itu disebut lelaki hidung belang. Wallahualam..

3. MATA
Dari mana datangnya cinta? Dari mata turun ke hati….. Kita menggunakan mata untuk memandang dan melihat seseorang, cantik ke, seksi ke, menghairahkan ke, dan lain-lain. Selalunya kita memandang wanita cantik hanya dibahagian luar saja, tapi bahagian dalamnya sudah rosak, untuk mengetahui wanita itu masih suci atau tidak, cubalah tengok matanya. Bila bahagian bawah kelopak terlipat sedikit dan terdapat tanda lebam bererti gadis itu sudah tidak suci lagi, mungkin sudah bersuami. lebam yang menunjukkan tidak suci nampak seperti garis-garis hitam di bawah kelopak mata di samping warna hitam di bawah kelopak mata sedikit kelihatan berkedut (berkeriput).


4. BUAH DADA
Peranan buah dada memang banyak, bukan sekadar menggoda nafsu lelaki saja, tapi buah dada sebagai bukti bahawa gadis itu pernah disentuh atau tidak. Buah dada gadis yang belum pernah disentuh, sentiasa tegang. Tetapi kalau sudah kena sentuhan, buah dada itu tegangnya berkurang dan membesar sedikit daripada ukuran asalnya, lebih kerap disentuh, lebih kendur. Perhatikan gadis ketika berjalan atau berlari, bergerak-gerak dan melambung jatuh (ke bawah) dan berbuai sekali bererti ketegangan sudah hilang. Kalau belum pernah kena sentuhan, walaupun buah dada berbuai disaat berlari tetapi buaiannya tidak terlalu melambung-lambung bererti ketegangan masih ada. Puting buah dada yang pernah kena sentuhan menjadi panjang dan terjojol (keluar) sedikit dari tempat persembunyiannya. Buah dada yang selalu kena ramas akan menjadi lebih besar, dan jangan menuduh gadis yang berbuah dada besar itu kena ramas. Sebab, buah dada yang besar kena ramas dan yang besar kerana faktor semulajadi (alami) memang berbeza.

5. GARIS TAPAK TANGAN
Gadis yang berkulit tebal dan kasar, cuba perhatikan kedua tapak tangannya, jikalau retak (pecah urat, urat-urat yang menyerupai retak), bukan kerana disebabkan tidak tahan bahan pencuci yang mengandung kimia (alergiC), bererti gadis itu sudah hilang kesuciannya. Gadis yang masih suci, kedua tapak tangannya halus dan licin. Jika kesuciannya telah hilang, kedua tapak tangannya ketika di tekan warnanya pucat tidak merah, jika dipicit terus ia menganjal balik. Satu cara lagi, cuba perhatikan tapak tangan kanan, jika ada garis putus-putus dibahagian tengah bererti kesuciannya telah hilang, bila tidak terputus-putus bererti ada harapan kesuciannya belum hilang. setelah melihat tapak tangan yang kanan, cuba genggam ibu jari tangannya sekejap kira-kira satu minit. bila disaat mengenggam terasa panas (hangat) dan ibu jarinya merah ketika dilepaskan, bererti ada harapan masih suci. Perhatikan pula ibu jarinya, bila nampak pucat sangat walaupun ada rasa panas (hangat) bererti kemungkinan besar kesuciannya sudah diserahkan pada lelaki lain. Cuba pegang erat jari kelingkingnya kira-kira satu minit, kemudian lepaskan. tanyalah bagaimana rasanya ketika dipegang erat dan dilepaskan? Kalau ia menjawab tak ada rasa, mintalah maaf sajalah, kemungkinan ia sudah tidak suci lagi. Tetapi kalau ia menjawab ada rasa rangsangan, jantungnya berdebar-debar atau ada rasa sakit seperti berdenyut-denyut. nampaknya masih suci.

6. JARI TAPAK TANGAN
Dengan jari-jari lah lelaki suka memegang dan menggoda perempuan. perempuan juga begitu. jari-jari adalah kawasan yang paling mudah untuk mengetahui gadis yang suci atau tidak. Caranya cukup mudah. terlebih dahulu berjabat tangan, ketika berjabat tangan ramas-ramaslah tangannya, kalau lelaki bukan mahramnya boleh memegang tangan seorang gadis, itu menunjukkan dara kecil dibahagian tangannya sudah ternodai. Apabila tangan dan jari-jari gadis itu boleh di ramas-ramas bererti peluang untuk memegang tempat-tempat yang lain sudah terbuka luas. Cuba jari-jari gadis itu di belai-belai dan di ramas-ramas dengan lembut, bagaimana perasaan gadis itu?

Sentuhan lelaki dijarinya memang memberi satu rasa yang nikmat dan berahi yang tersendiri. Sentuhan tangan sentuhan ajaib, dari tanganlah akan menjalar ke daerah-daerah yang lain. Sentuhan tangan memang syahdu, kalau tak percaya cubalah betapa bahagianya berjalan sambil berpegangan tangan. Bila anda ingin mengetahui gadis itu sudah terbiasa disentuh atau tidak, Cuba hulurkan tangan dan bersalaman dengannya, ketika bersalaman genggamlah tangannya dengan lembut dan cuba sentuh jari kelingking gadis itu. Ketika menyentuh jari kelingkingnya tengoklah wajah gadis itu, apakah dia nampak gelisah dan resah?, kalau dia terkejut dan berubah wajahnya, berkemungkinan besar dia masih suci. walaupun mungkin dia pernah berasmara (ringan-ringan), tapi mungkin belum sampai tertebuk daranya. Jika ketika jari kelingkingnya disentuh kemudian dia nampak macam biasa saja dan tak mahu bersuara, kemungkinan besar kesuciannya sudah tiada. Wallahualam..

7. PERUT
Peribahasa menyebut, biar pecah di perut jangan pecah di mulut. begitulah kata peribahasa, tapi tubuh wanita bukanlah peribahasa. Kalau pecah daranya, pasti pecah perut. Bila seseorang gadis pernah melakukan hubungan badan, maka perutnya akan menjadi mengembang dan menjadi buncit sedikit.

8. RAMBUT
Rambut merupakan mahkota wanita tetapi juga berperanan dalam menentukan gadis itu masih suci atau tidak. Gadis yang masih suci, rambutnya kelihatan rapi, segar dan tidak kasar. manakala gadis yang sudah hilang kesuciannya, rambutnya kelihatan tidak bersemangat (kuyu).

9. BIBIR
Percaya atau tidak bahawa bibir gadis yang pernah dicium lebih menarik dan cantik. Apabila bibir bertemu bibir, maka akan membuat pergerakan darah akan mengalir ke bibir dan membentuk bibir yang baru. Lebih kerap dicium, lebih cantik pula bibirnya. Tapi ada juga gadis yang mempunyai bibir mulut yang cantik walaupun tidak pernah dicium. Gadis yang belum pernah dicium bibirnya kelihatan berwarna merah jambu dan tidak ada garis pucat atau hitam di sekitar bibirnya. Bibir gadis yang tidak pernah dicium tidak nampak lebam dan bibirnya licin dan basah. Bibir yang pernah dicium akan nampak lebam-lebam sedikit walaupun hanya sekali saja, dan juga dapat mengubah bibirnya dimana terdapat garis-garis kasar yang memperindah bentuk bibir. Bila gadis itu tidak suci lagi, bahagian tengah bibirnya nampak retak, seakan-akan terbahagi dua, retaknya tidak begitu jelas, akan tetapi boleh dilihat jika diperhatikan betul-betul.

10. FARAJ
Ini sudah tentu hanya akan diketahui setelah bernikah. Permukaan gadis yang pernah melakukan hubungan badan, pintu kemaluannya tidak tertutup rapat, agak renggang sedikit dan lebih kembang. Kalau gadis yang masih perawan, kemaluannya sentiasa tertutup rapat. Sebenarnya selaput dara boleh dilihat terus kedalam kemaluan gadis. Bila kemaluan masih tertutup bererti gadis itu masih suci. Kalau lubang itu terbuka sedikit bererti gadis itu sudah tidak perawan lagi.

11. LEHER
Leher juga menjadi salah satu tempat yang dapat menunjukkan gadis itu masih suci atau tidak. Bila leher perempuan itu nampak berkedut-kedut, ertinya perempuan itu pernah disentuh lelaki. Garis kedutnya bukan seperti garis kedutan akibat dah tua, garisnya kecil-kecil, pendek-pendek dan putus-putus, bukan garis yang panjang. Kalau ingin melihat dengan jelas tunggulah gadis itu menundukkan kepalanya. Lihatlah dengan cepat dan cermat.!. apabila gadis itu kerap keluar dengan lelaki, maka lehernya terdapat tanda-tanda hitam kecil diliang romanya dan warna pucat kecil seperti bintik-bintik. Adakalanya lubang dibulu roma nampak jelas di leher, ini juga bererti gadis itu selalu disentuh. Kalau gadis itu berleher panjang, cuba perhatikan dibahagian lehernya, jika terdapat garis-garis urat yang bersilang ertinya gadis itu masih suci. Jika terdapat garis-garis yang melintang, bukannya urat yang melintang, ini bererti perempuan itu sudah pernah beranak….




Tips Tugasan Geografi PT3 2016  - Faktor Punca Pencemaran Udara. Pelajar dikehendaki menjalankan kajian terhadap isu pencemaran alam sekitar. Jika pelajar memilih tajuk spesifik iaitu isu pencemaran udara, berikut adalah faktor dan punca pencemaran udara di Malaysia. Jumlah markah penuh bagi isi penting dan huraian faktor atau punca pencemaran alam adalah 15 Markah.

Tips Karangan Faktor/ Punca Pencemaran Udara

Langkah 1: Senaraikan terlebih dahulu isi penting punca pencemaran anda ditempat anda.

Langkah 2: Huraikan setiap isi penting pencemaran udara ditempat anda.

Langkah 3: Karang sebuah esei mengikut isi penting berserta huraian

Jumlah keseluruhan markah dalam bahagian ini (faktor dan punca pencemaran) adalah 15 markah oleh itu anda hanya perlu 5 isi penting beserta 3 Huraian bagi setiap isi penting.

Contoh Karangan Faktor/ Punca Pencemaran Udara

Punca berlakunya pencemaran udara di bandaraya Kuala Lumpur disebabkan oleh beberapa faktor antaranya adalah aktiviti perindustian kilang, pembakaran terbuka, asap rokok, kenderaan motor dan pengguna hawa dingin.

Kenderaan bermotor merupakan punca utama kepada isu pencemaran udara di bandaraya Kuala Lumpur (1 Markah). Penggunaan kenderaan bermotor seperti kereta, motor, dan kapal terbang melepaskan asap kenderaan yang mengandungi gas berbahaya atau bertoksik seperti karbon monoksida ke udara (1 Markah). Selain itu, kenderaan yang tidak melakukan servis berkala turut mencemarkan udara apabila kenderaan seperti ini melepaskan asap hitam yang berlebihan ke ruang udara (1 Markah).

Selain itu, pembakaran terbuka secara berleluasa juga merupakan antara salah satu faktor kepada pencemaran udara di sekitar Kuala Lumpur (1 Markah). Contohnya, pembakaran terbuka seperti dikawasan hutan mahupun kediaman juga boleh menyebabkan masalah jerebu (1 Markah). Ini berikutan asap hasil pembakaran terbuka beralih ke sekitar bandaraya Kuala Lumpur mengikut arah tiupan angin. (1 Markah)

Disamping itu, aktiviti perindustrian yang pesat di Kuala Lumpur menyebabkan pencemaran udara dikawasan ini semakin terjejas (1 Markah). Contoh aktiviti perindustrian seperti kilang pembuatan kereta, elektronik, dan penghasilan baja. Kilang biasaannya melepaskan asap tanpa pemasangan alat penapis udara akan menyebabkan terjadinya pencemaran udara. (1 Markah)

Penggunaan sistem hawa dingin juga antara salah satu faktor pencemaran udara (1 Markah). Di Kuala Lumpur, penghawa dingin biasanya digunakan disetiap kediaman bagi mengelakkan cuaca panas disamping manghasilkan udara yang dingin dan nyaman (1 Markah). Namun, penggunaan penghawa dingin akan menyebabkan gas chlorofluorocarbon atau CFC terhasil dan jika gas ini dilepaskan dengan banyak, lapisan ozon di udara akan bertambah nipis.(1 Markah)

Asap rokok juga menyumbang kepada masalah pencemaran udara di bandaraya ini (1 Markah). Tabiat orang ramai yang merokok ditempat awam seperti kawasan menunggu bas dan tempat riadah hanya menjejaskan tahap kualiti udara (1 Markah). Aktiviti merokok juga akan melepaskan asap toksik ke udara dan membahayakan kesihatan orang sekeliling jika menghidu asap tersebut. (1 Markah)

Jumlah Markah: 15 Markah

Borang Maklumat Hubungan

Nama

E-mel *

Mesej *

Dikuasakan oleh Blogger.
Javascript DisablePlease Enable Javascript To See All Widget