2016-10-30

Tarikh bila keputusan result UPSR 2016 diumumkan keluar pada 17 November 2016. Menerusi kenyataan rasmi KPM, keputusan UPSR 2016 akan diumumkan keluar pada Khamis 17 November 2016. Debaran kian terasa buat calon yang telah menduduki UPSR kerana result Ujian Penilaian Sekolah Rendah akan diumumkan keluar pada 17 November nanti. Calon boleh datang ke sekolah masing-masing untuk mendapatkan transkrip keputusan UPSR 2016 bermula pada pukul 10.00 pagi. Selain itu calon juga boleh membuat semakan menerusi talian Sistem Pesanan Ringkas (SMS) seperti yang tertera dibawah.

Tarikh Keputusan Rasmi UPSR 2016 Diumumkan 
Khamis 17 November 2016 Selepas Jam 10.00 Pagi

Cara Semakan Keputusan UPSR 2016 Melalui SMS
UPSR (Angka giliran) dan sms ke 15888
Contoh: UPSR<jarak> HG5211212 ke 15888

Kronologi Pengumuman Keputusan UPSR Tahun Tahun Lepas
  • Keputusan UPSR 2016: 17 November 2016
  • Keputusan UPSR 2015: 17 November 2015
  • Keputusan UPSR 2014: 26 November 2014
  • Keputusan UPSR 2013:14 November 2013
  • Keputusan UPSR 2012: 19 November 2012
  • Keputusan UPSR 2011: 17 November 2011
  • Keputusan UPSR 2010: 11 November 2010


VERBANIA - ITALI . Wanita tertua di dunia yang bakal berumur 117 tahun bulan ini berkongsi rahsia panjang umur beliau. Emma Morano dilahirkan pada tahun 1899 dan memegang gelaran tersebut setelah kematian Susannah Mushatt Jones, bekas pemegang rekod itu.

“Saya hanya makan dua biji telur setiap hari dan juga biskut-biskut,” katanya kepada AFP.  Bagaimanapun, terdapat rahsia di sebalik gaya pemakanan beliau itu yang menarik perhatian ramai.  “Telur tersebut tidak digoreng ataupun dimasak. Saya hanya akan makan dua biji telur mentah setiap hari selama berdekad.

“Selain itu, doktor juga ada memberitahu bahawa tabiat makan tersebut membantu penyakit anemia saya,” katanya lagi. Tambah beliau lagi, antara penyebab utama dia panjang umur adalah kerana tidak dikuasai oleh sesiapa. “Saya bercerai dengan bekas suami saya ketika berumur lewat 30-an, sejak itu saya bebas dan tidak dikongkong oleh orang lain,” katanya.

Menurut doktor Morano, Dr Carlo Bava, beliau bukan sahaja kagum dengan umurnya yang panjang tetapi juga daya tahan wanita untuk meneruskan kehidupan. “Apa saja yang terjadi di dalam hidupnya, dia benar-benar akan pulih dan hidup dengan baik,” katanya.

sumber : sinar online



KUALA LUMPUR: Wang yang dibelanjakan rakyat untuk membeli air mineral lebih banyak daripada minyak masak setiap tahun, kata menteri perdagangan dalam negeri, koperasi dan kepenggunaan.  “Air mineral yang orang minum setiap hari lebih mahal daripada harga minyak masak tidak bersubsidi yang rakyat gunakan tiap-tiap hari,” kata Datuk Seri Hamzah Zainuddin ketika menjawab soalan tambahan Lim Guan Eng pada sesi khas Waktu Pertanyaan Menteri (MQT) di Dewan Rakyat, hari ini.

Lim ingin tahu jika benar rasionalisasi minyak masak akan menyebabkan kos sara hidup keluarga meningkat RM50 setiap seorang setahun, yang bermakna pertambahan RM250 untuk 5 sekeluarga setahun.

Hamzah berkata, kementeriannya menganggarkan setiap individu hanya menggunakan 1.5kg minyak masak sebulan dan berdasarkan anggaran itu, jika subsidi dihapuskan secara menyeluruh dan harga minyak masak naik kira-kira RM4 satu kg.

“Jika ia dinaikkan kepada kira-kira RM4, harga minyak masak paket plastik 1kg hanya bertambah RM1.50 sebulan. Ini bermakna ia hanya naik RM2.25 seorang sebulan.

“Di mana datangnya RM50? Tadi anda kata RM250 setiap keluarga. Saya terkejut,” katanya menjawab soalan ketua menteri Pulau Pinang itu.Sebotol air mineral 500ml purata berharga kira-kira RM1.20, manakala 1.5 liter dijual kira-kira RM3.

Mulai hari ini, subsidi minyak masak dimansuhkan untuk semua kategori kecuali paket plastik 1kg yang kekal RM2.50, manakala harga untuk bungkusan lain ditentukan kuasa pasaran. Pada 2015, harga minyak masak berharga RM2,300 hingga RM2,600 setiap tan metrik. September lalu, kementerian memaklumkan harga itu melonjak sehingga RM3,000 seitap tan metrik.

Kementerian itu berkata, rasionalisasi subsidi minyak masak juga bertujuan mengekang aktiviti penyeludupan. Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak ketika membentangkan Bajet 2017 pada 21 Oktober lalu berkata, subsidi berjumlah RM10 bilion akan digunakan untuk bahan api, minyak masak, gas, tol dan pengangkutan awam.

sumber : FMT


Kenaikan petrol pada bulan ini sepatutnya adalah 20 sen dan bukan 15 sen seperti yang diumumkan semalam. Menteri Kewangan Kedua Datuk Johari Abdul Ghani berkata, kenaikan yang berlaku pada bulan ini adalah berdasarkan harga semasa petrol pada Oktober tetapi perdana menteri berpendapat kenaikan itu perlu dikurangkan sedikit untuk rakyat.

"Diharapkan pada November ini, jika keadaan pasaran bertambah baik, maka kerajaan tidak perlu perlu menaikkan harga lagi," katanya. Harga petrol RON 95, 97 dan Diesel akan mengalami kenaikan sebanyak 15 sen bermula tengah malam semalam di mana ia ditetapkan mengikut formula ditetapkan kerajaan selepas langkah rasionalisasi dibuat sebelum ini.

Kenaikan itu menjadikan harga bagi petrol RON95 kepada RM1.95 seliter, RON 97 kepada RM2.30 seliter dan diesel kepada RM1.90 seliter dimana kenaikan sebanyak 15 sen seliter itu adalah yang tertinggi pernah berlaku pada tahun ini.

Johari juga menjelaskan kadar kenaikan harga minyak di negara ini dibuat berdasarkan purata harga pasaran minyak mentah dunia pada bulan sebelumnya dan tidak mengikut harga harian global. 

sumber: Siakapkeli.my

Borang Maklumat Hubungan

Nama

E-mel *

Mesej *

Dikuasakan oleh Blogger.
Javascript DisablePlease Enable Javascript To See All Widget