2016-10-23



Senarai rasmi negeri cuti sempena perayaan Deepavali 2016 di Malaysia. Semua negeri kecuali Sarawak akan bercuti mulai esok Jumaat 28 Oktober 2016 sempena perayaan Deepavali yang jatuh pada Sabtu 29 Oktober 2016. Selamat menyambut Deepavali kepada seluruh penganut hindu di Malaysia. Selamat bercuti dan pandulah berhati-hati ketika balik ke kampung halaman.


Senarai Rasmi Negeri Cuti Sempena Deepavali 2016
29 Oktober 2016: Cuti Umum pada Jumaat 28 Oktober 2016. Semua negeri akan mengambil cuti umum Deepavali pada Jumaat kecuali negeri Sarawak sahaja.


KAPIT – Keseronokan seorang jururawat muda berhibur dengan dua kenalan lelaki yang baru dikenali di sebuah pusat karaoke berakhir dengan dia dibuang di tepi jalan di kawasan perindustrian Bleteh selepas dipercayai dirogol secara bergilir-gilir.

Semasa ditemui pada pukul 6.30 pagi kelmarin, jururawat desa di sebuah pusat kesihatan di daerah ini dalam keadaan terbaring separuh bogel dan tidak sedarkan diri dipercayai kerana terlalu mabuk. Penemuan mangsa yang ber­usia 22 tahun itu menimbulkan perhatian orang ramai yang lalu-lalang di kawasan perindustrian tersebut.

Ketua Polis Daerah Kapit, Deputi Superintendan Freedy Bian berkata, sebelum ke­jadian, mangsa di­kata­kan berhibur ber­sama dua kenalan lelaki yang baru dikenali di sebuah pusat karaoke di sini. Bagaimanapun, me­nurut beliau, selepas berhibur di dua buah pusat karaoke pada malam sama, mangsa kemudian dipercayai diperkosa oleh kedua-dua kenalannya yang dikatakan pekerja kilang.

“Selepas dinodai mangsa di­percayai sengaja ditinggalkan di tepi jalan dalam keadaan separuh bogel dan tidak sedarkan diri,” kata beliau ketika dihubungi Kosmo! di sini semalam. 

Sumber : Kosmo! Online


Video Tonton Konsert Gegar Vaganza 2016 Minggu 2 secara full online. Program nyanyian realiti disertai peserta retro tanah air dalam Gegar Vaganza kini sudah berada di minggu kedua pada Ahad 23 Oktober 2016. Siaran secara langsung turut disiarkan menerusi Astro Ria bermula pada jam 9.00 malam. Untuk info. seramai 12 peserta lagenda tanah air antaranya adalah Ameng Spring, Zarul Umbrella, Razis Ismail, Gmie Screen, Rem, Shidee Data, Nora Ariffin, Siti Sarah, Elly Mazlein, Azharina, Intan Sarafina dan Zur Eda masih berentap pada minggu kedua memandangkan tiada penyingkiran pada minggu pertama. Ini adalah Video-Video Konsert Gegar Vaganza 2016 Minggu 2 bagi anda yang tidak berkesempatan menontonnya.

Video Konsert Gegar Vaganza 2016 Minggu 2 Online
Part 12 Siti Sarah
Keputusan Penyingkiran Konsert Gegar Vaganza 2016 Minggu 2 - Razis Ismail Tersingkir

TontonVideo Konsert Gegar Vaganza 2016 Minggu 2 Full Online


Selamat Menonton Video Konsert Gegar Vaganza 2016 Minggu 2 Full Online



UTSUNOMIYA, 23 Okt – Sekurang-kurangnya seorang maut  selepas dua letupan menggegar sebuah taman di Utsunomiya, Tochigi Prefecture, utara Tokyo kata polis tempatan.

Menurut pihak berkuasa juga, dilaporkan tiga cedera dalam kejadian yang bertempat di kawasan sedang mengadakan satu festival keagamaan itu.

Kereta ditemui dalam keadaan terbakar di tempat letak kereta, namun punca letupan itu masih lagi belum diketahui.

Xinhua yang memetik NHK berkata saksi melaporkan ada bau serbuk letupan selepas kejadian. 

SUMBER :  Siakapkeli.my


KOTA BHARU: Ketua Jurulatih Kelantan, Velizar Emilov Popov (gambar) menolak tawaran untuk menyambung kontrak dengan Persatuan Bola Sepak Kelantan (KAFA) pada musim depan.
Presiden KAFA Tan Sri Annuar Musa berkata pihaknya menerima surat secara rasmi daripada Popov hari ini berhubung penolakan tawaran untuk melanjutkan perkhidmatannya bagi saingan Liga Malaysia 2017.
"Pagi ini KAFA telah menerima surat rasmi daripada Popov yang menolak tawaran dengan alasan hal peribadi dan keluarga.
"Untuk makluman, KAFA telah membuat tawaran penyambungan kontrak setahun lagi kepada beliau dengan kenaikan gaji sebanyak 60 peratus," katanya menerusi entri di laman Facebooknya pada Ahad.
Annuar, yang mewakili KAFA turut mengucapkan terima kasih di atas khidmat cemerlang yang ditunjukkan Popov selama enam bulan mengemudi The Red Warriors pada musim ini.
"Popov dijemput berkhidmat atas dasar persahabatan (dengan KAFA) sejak sekian lama dengan gaji yang tidak lebih daripada bayaran yang diberikan kepada jurulatih tempatan sebelumnya.
"Saya amat memahami pelbagai kesukaran dan cabaran yang dilaluinya di Kelantan. Beliau seorang profesional yang baik, mungkin kita belum mampu memilikinya dan jurulatih baharu belum dapat ditentukan lagi," katanya.
Bekas jurulatih skuad kebangsaan Maldives itu menyertai Kelantan sejak pertengahan musim lalu bagi menggantikan K Devan yang meninggalkan pasukan tersebut susulan prestasi terumbang-ambing dalam saingan Liga Malaysia musim ini.
Di bawah kendalian Popov, Kelantan berada pada kedudukan keempat Liga Super dengan lapan kemenangan, lima seri serta enam kekalahan selepas mengumpul 30 mata.
Kelantan bagaimanapun tewas kepada Polis Diraja Malaysia (PDRM) di peringkat suku akhir saingan Piala Malaysia. 
sumber : BERNAMA/ mstar online

Borang permohonan kemasukan MRSM Tingkatan 1 dan 4 sesi 2017. Sukacita dimaklumkan bahawa kemasukan ke Maktab Rendah Sains Mara bagi tahun 2017 akan dibuka mulai 13 September 2016 sehingga 21 Oktober 2016. Berikut adalah syarat kelayakan dan cara permohonan MRSM Tingkatan (Satu) dan (Empat) bagi tahun 2017.

Borang Permohonan MRSM Tingkatan 1 & 4 Tahun 2017


Syarat Kemasukan MRSM 2017 Tingkatan 1 
Sekurangnya Gred Minimum 5A dalam UPSR 2016 bagi semenanjung manakala minimum 4A bagi Sabah/ Sarawak ( Wajib dapat A bagi Sains dan Matematik) 
Bumiputera Sahaja 

Syarat Kemasukan MRSM 2017 Tingkatan 4 
Sekurangnya Gred 7A 3B bagi semenanjung manakala minimum 6A bagi Sabah/ Sarawak ( Wajib dapat A bagi Sains dan Matematik) 
Bumiputera Sahaja
Info dan Maklumat MRSM
Maktab Rendah Sains Mara (MRSM) yang pertama ditubuhkan ialah MRSM Seremban yang telah dibuka pada tahun 1972. Maktab ini telah dirasmikan oleh Yang Dipertuan Besar Negeri Sembilan Tuanku Jaafar Ibni Almarhum Tuanku Abdul Rahman pada tahun 1975. 

Tujuan penubuhan MRSM ialah bagi menambah bilangan bumiputera dalam bidang sains dan teknologi. Seramai 150 orang pelajar perintis Bumiputera telah menjadi kumpulan pertama diterima belajar di maktab ini. MRSM telah di naikkan taraf kepada Kolej MARA Seremban pada tahun 1993. Sehingga kini terdapat 21 buah MRSM dan 4 Kolej MARA di seluruh negara.

PENUBUHAN MRSM
  • Kolej MARA Seremban, Negeri Sembilan 1972 
  • MRSM Pengkalan Chepa, Kelantan 1973 
  • MRSM Kuantan, Pahang 1974 
  • MRSM/ Kolej MARA Kulim, Kedah 1977 
  • MRSM Kuala Terengganu, Terengganu 1978 
  • MRSM Muar, Johor 1980 
  • MRSM Jasin, Melaka 1981 
  • MRSM Taiping, Perak 1982 
  • MRSM Balik Pulau, Pulau Pinang 1982 
  • MRSM Terendak, Melaka 1983 
  • MRSM Beseri, Perlis 1985 
  • MRSM Kerteh/Kuala Berang,Terengganu 1987 
  • MRSM Kuala Klawang, Negeri Sembilan 1987 
  • MRSM Pasir Tumbuh, Kelantan 1987 
  • MRSM PDRM Kulim, Kedah 1991 
  • MRSM/Kolej MARA Banting, Selangor 1992 
  • MRSM Gerik, Perak 1993 
  • MRSM Kuching, Sarawak 1993 
  • MRSM Serting, Negeri Sembilan 1993 
  • Kolej MARA Kuala Nerang Terengganu 1994 
  • MRYT-MARA Dungun, Terengganu 1995 
  • MRYT-MARA Besut, Terengganu 1995 
  • MRSM Muadzam Shah, Pahang 1995 
  • MRSM Kota Putra, Besut, Terengganu 1997 
  • MRSM Langkawi, Perak 1999
Semoga Syarat Kemasukan dan Borang Permohonan Kemasukan Ke MRSM 2017 ini berguna untuk anda



Biodata siapa Faizz Nur adik kepada mangsa nahas kemalangan DUKE songlap dan pecah amanah duit sumbangan orang awam berjumlah RM300,000. Masih ingat lagi kes Myvi berlumba haram dan langgar sebuah Pajero di Lebuhraya DUKE 2 Mei 2015 tahun lalu? Dalam kes tersebut, pasangan suami isteri dalam kereta pajero, Fairuz Nizam Husain dan Nova Safitri Azhari serta anak bongsu mereka, Nur Firuza Annisa, tujuh bulan maut meninggalkan dua anak mereka, Nur Firuza Amira; 8, dan Nur Firuza Aqila; 4, bergelar anak yatim piatu. Terdahulu, sumbangan RM300,000 hasil derma kilat telah didermakan kepada Faizz Nur selaku adik kepada Allahyarham selaku mandat untuk menjaga 2 anak kecil tersebut sehingga dewasa. Namun kakak kepada Faizz Nur iaitu Yusnida Husian, 48, yang mendakwa adik bongsunya itu ‘pecah amanah’. Ia susulan Faizz Nur gagal menyalurkan wang sumbangan orang ramai berjumlah RM300,000 kepada dua anak perempuan pasangan maut kemalangan Duke mei tahun lalu. Selain itu, Faizz Nur juga gagal menjaga dua anak perempuan seperti yang dijanjikan sebaik kemalangan arwah abangnya di media.


Biodata Faizz Nur Adik Nahas DUKE Pecah Amanah RM300K
Nama Penuh: Muhammad Faizznur Asyraf Husain
Umur: 26 Tahun
Asal: Selangor
Profil Facebook: Faizz Nur
Kerjaya: Usahawan
Jawatan: Co-Founder Panca Sitara Cafe
Status Perkahwinan: Baru Berkahwin dan anak satu
Status Adik Beradik: Adik bongsu kepada Allahyarham Fairuz Hussein (Kemalangan Pajero di Lebuhraya DUKE Mei Tahun lalu)

Senarai Dakwaan Terhadap Faizz Nur
  • Menaburkan janji manis untuk menjaga dua anak perempuan arwah abangnya namun gagal berbuat demikian.
  • Mendakwa RM300,000 hasil derma kilat kemalangan arwah abangnya adalah miliknya sebab wang itu masuk ke akaun bank atas namanya.
  • RM300,000 derma tersebut sepatutnya digunakan untuk tujuan persekolahan dua anak perempuan abangnya namun Faizz didakwa mengggunakan wang itu untuk kepentingan diri sendiri atau kemewahan sendiri.
  • Faizz Nur juga telah menyerahkan hak jagaan 2 anak perempuan abangnya kepada kakaknya Yusnida sehingga kini. Sepatutnya Faizz Nur yang diamanahkan untuk menjaga kedua beradik tersebut.
  • Yusnida mendakwa hanya RM12,000 disalurkan kepada 2 anak ini namun selebihnya daripada RM300,000 digunakan oleh Faizz.
Sidang Media Yusnida Dakwa Faizz Nur Songlap RM300K & Insuran 50K
Menurut Yusnida, tujuan sidang media diadakan adalah untuk menuntut hak bagi kedua-dua anak yatim piatu tersebut yang dinafikan hak mereka oleh bapa saudara sendiri. Tambah Yusnida lagi, dia menjaga kedua beradik itu seminggu selepas kematian kedua ibu bapa mereka sehingga sekarang. Selain itu, Faizznur langsung tidak memberikan wang sumbangan orang ramai terhadap dua beradik itu sebaliknya mendakwa wang itu merupakan miliknya memandangkan ia dimasukkan ke dalam akaun banknya. Faizznur yang sebelum ini mewar-warkan kepada pihak media bahawa dia bakal menjaga kedua-dua anak buahnya itu langsung tidak menjaga mereka sebaliknya hal itu diserahkan bulat-bulat kepada Yusnida sekeluarga. Menurut Yusnida, dua anak saudara dalam jagaannya hanya menerima RM12,000 sahaja sedangkan jumlah sumbangan orang ramai dianggarkan kira-kira RM300,000.


Biodata Yusnida Dan Dakwaan Adiknya Faizz Nur Pecah Amanah
Nama Penuh: Yusnida Binti Husain
Umur: 48 Tahun
Status: Kakak Kedua kepada ALLAHYARHAM Fairuz Nizam Husain dan merupakan seorang kakak kepada Faizz Nur.

Tuntutan Yusnida Terhadap Faizz Nur:
  • Faizz Nur telah pecah amanah kerana tidak menjaga kedua beradik itu seperti yang dijanjikan. Wang derma kilat RM300,000 sepatutnya digunakan untuk perbelanjaan dua beradik tersebut tapi telah disalah gunakan.
  • Keluarga sebelah ibu (Nova Safitri) telah membuat satu penipuan mengatakan mereka telah menjaga anak-anak ini, pergi keluarkan duit insurans bapa mereka (Fairuz Nizam) bernilai RM50,000. Seringgit tidak dihantar untuk anak-anak ini. Orang lain semua ambil kesempatan, tak pernah jaga anak ni pun- luah Yusnida


KUALA BERANG - Kehadiran sebuah Perodua Myvi putih di tengah sungai di Kampung Temir, kelmarin, menimbulkan tanda tanya orang ramai, apatah lagi setelah gambar kenderaan itu viral di laman sosial khususnya Whatsapp dan Facebook.

Kehadiran Myvi putih itu turut menimbulkan pelbagai andaian dan menjadi perbahasan, bagaimana kenderaan itu boleh berada dalam sungai tersebut?

Bagaimanapun, hakikatnya ia merupakan kes kemalangan melibatkan seorang lelaki berusia 55 tahun dari Pekan Ajil yang tertekan pedal minyak sehingga kenderaan dipandunya meluru masuk ke dalam sungai.

Ketua Polis Daerah Hulu Terengganu, Deputi Superintendan Mohd Adli Mat Daud mengesahkan ada menerima laporan kemalangan di Kilometer 5 Jalan Kuala Berang-Kenyir di Kampung Temir pada jam 8.19 malam kelmarin (hari kejadian).

Menurutnya, kejadian berlaku kira-kira jam 8.30 pagi, tetapi mangsa yang merupakan peniaga di Pekan Ajil, tidak mengalami sebarang kecederaan dan berjaya keluar sendiri dari kenderaan dipandunya itu.

“Kemalangan berlaku di tebing Sungai Terengganu di Kampung Temir. Mangsa tiba di lokasi untuk memancing, tetapi semasa menghampiri hujung tebing, permukaan tanah berumput dan licin.

“Mangsa yang hendak menekan brek, tertekan pedal minyak menyebabkan kenderaan dipandunya itu masuk ke dalam sungai yang cetek. Pemandu berjaya keluar sendiri dari kereta dan tidak cedera,” katanya.

Tambah Mohd Adli, susulan itu orang ramai dinasihatkan agar sentiasa berhati-hati walau di mana berada bagi mengelakkan sebarang kejadian tidak diingini kerana malang tidak berbau.

sumber : sinarharian online


JIKA ada yang berpesan kepada anda supaya jangan melihat kemaluan isteri ketika sedang melakukan hubungan kelamin kerana boleh mengakibatkan buta. Bahkan petua tersebut dikatakan Rasulullah SAW sendiri yang melarangnya. Maka, apa pendapat anda? Apa yang akan anda lakukan?

Bertenang. Usah gusar. Jangan panik. Sebenarnya apa sahaja petua, galakan atau larangan yang disandarkan kepada agama, maka langkah pertama yang perlu kita lakukan ialah memastikan kesahihan sumbernya. Jadi, disiplinkan diri untuk mengenal pasti terlebih dahulu apakah dalil yang menjadi sandaran kepada sesuatu suruhan atau larangan berkaitan agama. Walaupun orang yang menyebutnya bergelar ustaz, tuan guru, habib, mufti atau sesiapa sahaja. Ini kerana agama ini adalah milik ALLAH SWT yang mempunyai disiplin dan metode tersendiri. Tidak boleh mengaitkan sesuatu dengan agama melainkan ia bersandarkan kepada ALLAH  dan juga Rasulullah SAW.

Jadi, berbalik kepada larangan melihat kemaluan isteri ketika bersetubuh kerana ia boleh mengakibatkan buta. Dari mana larangan sebegini boleh muncul? Sebenarnya ia diambil daripada hadis palsu:
"Apabila salah seorang antara kamu semua sedang berjimak (bersetubuh), maka janganlah dia melihat kepada faraj (kemaluan isteri) kerana perbuatan itu akan mengakibatkan buta, dan janganlah memperbanyakkan bercakap, kerana hal itu akan mengakibatkan bisu." 

Ibn Al-Jauzi memasukkan hadis ini dalam senarai hadis palsu dalam bukunya Al-Maudhuat. (Rujuk: Ibn Al-Jauzi, Al-Maughu'at (Madinah: Maktabah Al-Salafiyah, 1966) 2/272). Hadis ini dihukum sebagai palsu kerana dalam sanadnya terdapat penyampai hadis bernama Muhammad bin Abd al-Rahman Al-Qusyairi. Menurut Imam Al-Zahabi, Muhammad bin Abd al-Rahman Al-Qusyairi ini adalah seorang yang tidak dipercayai. Imam Al-Azdi dan Al-Daruqutni pula mengatakan beliau adalah seorang pendusta yang perlu ditinggalkan hadis yang disampaikan olehnya.

Melihat kepada maksud hadis ini sendiri kita sudah boleh mengagak ia adalah palsu dan tidak mungkin Rasulullah SAW mengucapkannya. Mustahil syariat Islam yang telah menghalalkan hubungan kelamin di antara suami dan isteri, dalam masa yang sama melarang si suami melihat faraj isterinya.

Menurut hadis diriwayatkan oleh Ibn Hibban dalam Sahihnya, daripada Sulaiman Al-Taimi bahawa dia pernah ditanya mengenai apakah hukumnya seseorang itu melihat faraj isterinya? Maka dia pun menjawab: "Aku pernah bertanya soalan ini kepada 'Atha', lalu dia menjawab: "Aku pernah bertanya kepada 'Aisyah, dan 'Aisyah menjawab: "Aku pernah mandi bersama Rasulullah SAW dalam satu bekas, hingga aku mengatakan: Biarkan air itu untukku, biarkan untukku." (Hadis Hasan, no 5577)

Al-Hafiz Ibn Hajar Al-'Asqalani dalam Fath Al-Bari mengatakan: "Hadis ini adalah hujah perihal bolehnya seseorang untuk melihat aurat isterinya, demikian juga sebaliknya". Maka, tidak ada bezanya melihat ketika mandi dan ketika berjimak.

Kalaulah perkara ini dilarang, kemungkinan ia akan menjejaskan kenikmatan ketika hubungan suami dan isteri. Sedangkan syariat mengizinkan pasangan suami isteri untuk masing-masing merasai nikmat tersebut. ALLAH menggambarkan dalam al-Quran bahawa si isteri itu umpama ladang bagi si suami. Jadi, si suami boleh mendatangi isterinya menurut cara yang disukai pada tempat menanam benih. Firman-Nya: "Isteri-isteri kamu adalah sebagai kebun tanaman kamu, oleh itu datangilah kebun tanaman kamu menurut cara yang kamu sukai..." (Surah Al-Baqarah: 223)

Kenapa syariat membolehkan perkara ini? Sudah tentu salah satu sebabnya ialah untuk memberikan peluang kepada pasangan suami isteri saling merasai kenikmatan tersebut dengan cara yang halal lagi diredai. Cumanya, syariat juga menetapkan garis panduan yang memang tidak boleh dilakukan semasa hubungan suami isteri. Antaranya ialah, syariat mengharamkan si suami mendatangi isterinya dari bahagian belakang (dubur) isterinya berdasarkan beberapa hadis yang diterima.

Antaranya ialah hadis berikut: "Apabila golongan Muhajirin datang ke perkampungan kaum Ansar, mereka pun menikahi wanita Ansar. Golongan muhajirin biasa menelungkupkan isterinya ketika bersetubuh, sedangkan kaum Ansar tidak biasa melakukannya. Suatu ketika ada seorang lelaki Muhajirin hendak menyetubuhi isterinya daripada kaum Ansar dengan cara seperti itu (melalui dubur), tetapi si isteri menolak sebelum ada kejelasan hukumnya daripada Rasulullah SAW. Lalu dia pun berjumpa Rasulullah SAW. Tetapi dia berasa malu untuk bertanya terus kepada Rasulullah SAW. Maka dia bertanya kepada Ummu Salamah (isteri Nabi SAW) supaya ditanya kepada Baginda SAW. Lalu, turunlah ayat 223 daripada Surah Al-Baqarah.

Rasulullah SAW lalu menjawab: "Tidak boleh (melalui dubur) melainkan pada satu jalan sahaja (faraj)." (Riwayat Ahmad, Al-Tirmizi dan beliau menyatakan ia sahih) . Berkenaan larangan memperbanyakkan bercakap ketika bersetubuh suami isteri seperti yang disebutkan dalam hadis palsu ini, memang ia suatu tindakan yang tidak sesuai. Banyak bercakap dan berbincang perkara-perkara lain ketika melakukan hubungan intim memang tidak munasabah, sedangkan perkara tersebut boleh dibualkan pada masa lain. Tetapi, jika si suami atau isteri mengungkapkan sesuatu yang manis dan indah yang boleh meningkatkan perasaan kasih sayang ketika itu, maka ia tidak menjadi kesalahan.

Justeru, kepada pasangan suami isteri, syariat telah mengikat hubungan anda dengan cara yang halal dan sah. Isteri adalah hadiah buat suami. Suami adalah anugerah buat isteri. Raikannya dengan kegembiraan dan kesyukuran. Nikmati ia dengan cara yang halal. Pelihara, pagari, sirami dan bajai ladang masing-masing agar ia terus subur dan mekar. Percayalah, kenikmatan dan keseronokan yang dirasai oleh suami isteri sedikit pun tidak akan disia-siakan di sisi Tuhan kerana pada hubungan intim juga adalah ladang menuai pahala.

ABD RAZAK MUTHALIB -Penulis ialah Jurulatih Kanan & Motivator di Akademi magnet Sukses. Graduan
Ijazah Sarjana Kuliyah Ilmu Wahyu, UIAM 

sumber : sinarharian online



MOSCOW - RUSIA: Sejak bebrapa hari lalu tersiar sebuah video yang menjadi viral di laman sosial di mana menunjukkan gelagat seorang kanak-kanak comel dari Rusia yang berjaya menarik perhatian 10 juta penonton.


Angelina Bella Devyatkina, 4 atau Bella berasal dari Moscow, telah menjadi terkenal selepas beliau telah menghadiri ujibakat rancangan “Amazing people” di mana dalam ujibakat itu dia telah menonjolkan bakatnya menguasai tujuh bahasa utama dunia.



Bella telah berjaya menjawab beberapa soalan juri dalam tujuah bahasa iaitu  bahasa Rusia, Inggeris, Perancis, Jerman, Sepanyol, Cina dan Arab, menyebabkan juri dan penonton 'terlopong' dan terkejut dengan kebolehannya.



Apa yang menarik dia bukan sahaja menguasai bahasa, dia juga berjaya menjawab soalan-soalan am yang diberikan dengan betul dan mungkin agak susah untuk dijawab oleh kanak-kanak lain seusia dengannya.


Selain itu, Bella juga pernah dijaga oleh pengasuh yang terdiri daripada pelbagai latarbelakang negara di mana pengasuh bukan sahaja mengajar Bella mengenai bahasa dan frasa, malah menceritakan isu-isu dunia, sejarah dunia dan pelbagai topik dari ensiklopedia.

SUMBER : Siakapkeli.my

Borang Maklumat Hubungan

Nama

E-mel *

Mesej *

Dikuasakan oleh Blogger.
Javascript DisablePlease Enable Javascript To See All Widget