2016-10-16


Pemimpin gerakan Baju Merah Datuk Seri Jamal Md Yunos berkata beliau kesal kerana pernah bersalaman dan mencium tangan Tun Dr Mahathir Mohamad satu ketika dahulu.

Menurut Jamal, dia akan meludah tangan Mahathir sekiranya bertemu dengan bekas perdana menteri itu sekarang.

"Inilah seorang pemimpin yang kita hormati selama 22 tahun menjadi PM yang dahulu saya pernah jumpa dengan beliau, cium tangan beliau, tapi kali ni kalau saya jumpa beliau, saya ludah tangan dia.

"Saya menyesal cium tangan dia dahulu," kata Jamal kepada penyokongnya di perhimpunan anti-BERSIH di Kapar, Selangor hari ini.

Jamal berkata tingkah laku Mahathir adalah tidak wajar bagi seorang negarawan yang sudah berusia.

Mahathir sebelum ini menyatakan perang terbuka kepada Datuk Seri Najib Razak dan mendakwa perdana menteri itu mengamalkan rasuah.

Bekas perdana menteri itu mengumumkan keluar Umno untuk membantah kepimpinan Najib dan membentuk parti baru yang dikenali sebagai Parti Pribumi Bersatu Malaysia (BERSATU).

Merujuk logo bunga raya BERSATU sebagai 'bunga tahi ayam', Jamal turut menafikan peranan mereka dalam pembangkang dan sokongan parti itu terhadap perhimpunan BERSIH yang akan datang.

Sambil menegaskan bahawa beliau bukan rasis, Jamal menyatakan himpunan BERSIH 5 sekali lagi akan disertai oleh 'Cina DAP' yang 'biadap dan sombong'.

Beliau merujuk kepada insiden ketika BERSIH 4, di mana peserta perhimpunan memijak gambar Najib dan Presiden PAS Datuk Seri Abdul Hadi Awang.

Sementara itu ahli Majlis Syura Pertubuhan Jati Malaysia Norman Toha menggesa kaum Cina dan India menyertai Baju Merah dalam menentang BERSIH.

Perhimpunan BERSIH 5 dijadualkan akan diadakan pada 19 November dan bertujuan mendesak peletakan Najib dan tuntutan pilihan raya yang bersih dan adil.

sumber : malayskini.com




KUALA LUMPUR - Yang Dipertua Dewan Rakyat, Tan Sri Pandikar Amin Mulia meluahkan kekecewaan berhubung tindakan keluar dewan oleh segelintir ahli Parlimen pembangkang siang tadi sewaktu Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak membentangkan Bajet 2017.

Katanya, tindakan keluar dewan beramai-ramai oleh wakil DAP, PKR, dan Parti Amanah Negara (Amanah) itu jelas melanggar peraturan yang telah ditetapkan di Dewan Rakyat.

"Selama sembilan tahun saya berkhidmat (baru) hari ini saya berasa benar-benar kecewa. Kekecewaan itu bersandarkan Peraturan Mesyuarat 41 (1) yang mengatakan semasa seseorang ahli Parlimen bercakap, semua ahli lain hendaklah diam dan tidak mengganggu dengan cara kurang adab atau biadab.

"Apa yang saya nampak sebentar tadi (walaupun kita ditonton oleh lebih kurang 29 juta rakyat) sebilangan ahli Parlimen yang selama ini mendakwa mereka berada di pihak yang benar dan jujur telah menampakkan satu kebiadaban.

"Saya amat kecewa...," katanya sebaik sahaja berakhirnya pembentangan Bajet 2017 di Dewan Rakyat, Parlimen, di sini, hari ini.

Kecoh di dewan hari ini apabila Najib yang juga Menteri Kewangan mendakwa pemimpin pembangkang menuduh negara sedang alami ribut ekonomi.

Berang dengan kenyataan Perdana Menteri itu, ahli Parlimen pembangkang bangun serta-merta bersama plakad #SiapaMO1? sekaligus menukarkan suasana tenang dewan kepada hingar-bingar tidak terkawal.

Keadaan tidak terkawal itu menyaksikan campur tangan Pandikar yang akhirnya terpaksa mengarahkan ahli Parlimen meninggalkan dewan sekiranya tidak mahu mendengar isi pembentangan Bajet 2017.

Seketika kemudian, rata-rata ahli Parlimen pembangkang khususnya DAP, PKR dan Amanah bertindak bangun meninggalkan dewan.

sumber : sinarharian.com.my



KUALA LUMPUR: Orang ramai dinasihati supaya mengelak daripada membeli dan menggunakan 10 produk kosmetik yang dikesan mengandungi racun berjadual yang tidak dibenarkan di dalam produk kosmetik.


Ketua Pengarah Kesihatan Datuk Dr Noor Hisham Abdullah berkata produk-produk kosmetik itu adalah Melan: Off Intensive Mask, Melan: Off Cream, Afrina Night Cream, Afrina Daily Cream, Krim Herba Kemboja, Day Pinky Cream, Night Glow Cream, Debella Nadien Glow Night Cream, Mekar Semilu Scrub Muka Mutiara BeautyvCollection dan Mekar Semilu Cream Mekarsutra.


Produk-produk kosmetik itu mengandungi asid azelaik, hidrokuinon atau tretinoin dan logam berat merkuri dan tidak lagi dibenarkan untuk dijual di Malaysia, katanya dalam satu kenyataan di sini, Sabtu.


Dr Noor Hisham berkata produk yang mengandungi asid azelaik, hidrokuinon atau tretinoin adalah produk farmaseutikal yang perlu berdaftar dengan Pihak Berkuasa Kawalan Dadah dan hanya boleh digunakan dengan nasihat profesional kesihatan.

Kebiasaannya hidrokuinon digunakan bagi merawat kulit yang mengalami masalah hiperpigmentasi, manakala tretinoin dan asid azelaik pula digunakan untuk mengurangkan kesan inflamasi bagi merawat masalah jerawat.


"Penggunaan hidrokuinon, asid azelaik dan/atau tretinoin tanpa mendapat nasihat kepakaran daripada profesional kesihatan dikhuatiri boleh menyebabkan kesan yang tidak diingini. Merkuri yang terkandung dalam produk kosmetik boleh menyerap masuk ke dalam badan dan menyebabkan kerosakan buah pinggang dan sistem saraf," katanya.


Dr Noor Hisham berkata notifikasi produk kosmetik terlibat telah dibatalkan dan pihak syarikat yang bertanggungjawab ke atas notifikasi produk kosmetik berkenaan diarah untuk memberhentikan penjualan/pembekalan dengan serta merta dan memanggil balik kesemua stok fizikal produk kosmetik tersebut daripada pasaran dalam tempoh 72 jam.


Katanya sesiapa yang mempunyai stok produk kosmetik tersebut dinasihatkan menghentikan penjualan, pengedaran dan penggunaan produk kosmetik tersebut dengan serta-merta.


Beliau mengingatkan penjual bahawa pemilikan produk-produk kosmetik itu melanggar Peraturan-Peraturan Kawalan Dadah dan Kosmetik 1984.


"Individu yang melakukan kesalahan di bawah Peraturan-Peraturan ini boleh dikenakan hukuman denda tidak melebihi RM25,000 atau penjara tidak melebihi tiga tahun atau kedua-duanya untuk kesalahan pertama dan denda tidak melebihi RM50,000 atau penjara tidak melebihi lima tahun atau kedua-duanya untuk kesalahan berikutnya.


"Syarikat yang melakukan kesalahan boleh dikenakan denda sehingga RM50,000 untuk kesalahan pertama dan denda sehingga RM100,000 untuk kesalahan berikutnya," katanya.


Orang ramai diminta menghubungi Agensi Regulatori Farmasi Negara (NPRA) di talian 03-78018496/78835537/78835532 jika mengalami kesan sampingan atau kesan buruk penggunaan produk kosmetik.

sumber : mstar online


TANDA tanya sama ada Tunku Mahkota Johor, Tunku Ismail Sultan Ibrahim akan menjadi Presiden Persatuan Bolasepak Malaysia (FAM) yang baharu semakin kuat berlegar dalam kalangan peminat dan pemerhati bola sepak tanah air.

Ia ekoran kenyataan terbaru baginda melalui laman Facebook rasmi pasukan Johor Darul Ta’zim (JDT) hari ini memaklumkan baginda sedang berada di Sepanyol bagi mencari jurulatih baharu untuk skuad kebangsaan Harimau Malaysia.

“Saya di sini bukan sahaja datang kerana dijemput untuk memberi ucapan dalam persidangan ‘World Football Summit’, juga bukan sekadar untuk berjumpa dengan rakan-rakan saya di kelab Barcelona, Valencia dan juga di Madrid tetapi untuk mencari jurulatih baharu pasukan kebangsaan dari peringkat belia dan pasukan utama negara.

“Jurulatih baru ini akan terapkan polisi, disiplin dan falsafah buat pasukan kebangsaan,” kata baginda yang juga pemilik pasukan JDT hari ini.


Tunku Ismail berkata, baginda sudah sudah lama ingin membantu skuad kebangsaan tetapi tidak boleh melakukan apa-apa sebelum ini disebabkan oleh kerana pengurusan FAM sedia ada.

Tegas baginda, apabila pengurusan baharu mengambil alih FAM tahun hadapan, tiga objektif utama yang akan dilaksanakan adalah perlantikan jurulatih baharu daripada Sepanyol.

“Keduanya adalah duit hak penyiaran untuk semua pasukan dan yang ketiga memperbaiki Football Malaysia Limited Liability Partnership (FMLLP),” kata baginda.

sumber: mynewshub.cc



AWAS! Sila berhati-hati… Semua penunggang motosikal kini perlu lebih berwaspada ketika melalui Lebuhraya Shah Alam (KESAS). Ini berikutan, taktik pemasangan ‘jerat’ dawai bertujuan mencederakan mangsa sebelum dirompak berjaya dikesan di laluan motosikal.

Bagaimanapun, taktik sekumpulan perompak itu gagal kerana ‘jerat’ itu terkena pada leher seorang anggota peronda Lebuhraya KESAS.

Ketika kejadian 5.35 pagi semalam, mangsa yang berbirat di leher dikatakan sedang bertugas melakukan rondaan rutin bersendirian di lorong motosikal di Kilometer 49.7, lebuh raya berkenaan dari arah Kuala Lumpur.Difahamkan, mangsa telah membuat laporan polis berhubung insiden itu.

Gambar mangsa yang cedera dan jerat dawai itu turut menjadi viral menerusi laman Facebook. Susulan insiden itu, penunggang motosikal dibenarkan menggunakan laluan utama dari jam 11.00 malam hingga 6.00 pagi atas tujuan keselamatan. 

sumber :  MYNEWSHUB.CC

Dewan kecoh selepas anggota parlimen pembangkang mengangkat plakad “Siapa MO1”. Ia berlaku ketika Najib menolak dakwaan “seorang pemimpin pembangkang” yang berkata Malaysia mengharungi ribut ekonomi sukar pada tahun ini.
Speaker kemudian campur tangan dan meminta menteri kewangan tidak diganggu ketika membentangkan bajet.Speaker juga kelihatan berang dan menjerkah: “Duduk yang berhormat”.
Beliau juga berkata, pihak yang tidak mahu mendengar pembentangan itu boleh keluar dari dewan. Wakil pembangkang bagaimanapun benar-benar keluar dewan dan sempat diperli Najib bahawa rakyat dapat menilai perangai mereka.

sumber : malaysiakini.com



Kadar intensif diskaun pembayaran PTPTN mulai 2017. Seperti dibentangkan dalam bajet 2017, diskaun PTPTN bayaran balik kini bermula dari 22 Oktober 2016 hingga Disember 2017. Diskaun 15% atas baki hutang untuk penyelesaian penuh pinjaman. Diskaun 10% untuk bayaran sekurang-kurangnya 50% daripada baki hutang dalam sekali bayaran. Diskaun 10% untuk bayaran balik melalui potongan gaji atau direct debit mengikut jadual bayaran balik yang ditetapkan.


Kadar Intensif Diskaun Pembayaran PTPTN Mulai 2017
Diskaun 15%– baki hutang untuk penyelesaian penuh pinjaman
Diskaun 10%– untuk bayaran sekurang-kurangnya 50% daripada baki hutang dalam sekali bayaran
Diskaun 10%– untuk bayaran balik melalui potongan gaji atau direct debit mengikut jadual bayaran balik yang ditetapkan.



Cara guna kad debit pelajar menggantikan sistem Baucar Buku 1Malaysia mulai 2017. Seperti termaktub dalam Bajet 2017, sistem baucar buku dimansuhkan dan kini digantikan dengan kad debit pelajar. Menerusi sistem kad debit pelajar, tiada lagi penyalahgunaan baucar buku seperti ulat baucar buku danbeli produk selain dari alat tulis. Untuk makluman, kadar kad debit pelajar untuk beli buku dan alat tulis masih lagi kekal RM250.


Cara Guna Kad Debit Pelajar Ganti Baucar Buku Mulai 2017
1. Pelajar akan diberikan Kad Debit Pelajar bernilai RM250
2. Kad debit pelajar boleh digunakan dimana-mana kedai buku yang terpilih. Penggunaan adalah sama seperti kad debit namun jumlah kad debit pelajar ni terhad untuk jumlah RM250 sahaja.
3. Hanya pembelian buku , alat tulis, alatan komputer dan akses internet sahaja dibenarkan menggunakan kad debit ini.






Tarikh rasmi pembayaran bonus Kakitangan atau Penjawat Awam pada Januari 2017. Seperti yang dibentangkan oleh Perdana Menteri Malaysia, Dato Seri Najib Razak dalam bajet 2017, kerajaan bersetuju untuk memberi bonus atau bayaran khas imbuhan sebanyak RM500 kepada seluruh penjawat awam manakala RM250 kepada seluruh pesara kerajaan. Menerusi makluman rasmi Perdana Menteri Malaysia Najib Razak, pembayaran imbuhan tersebut akan dibuat pada awal bulan Januari 2017 bagi menghargai jasa seluruh kakitangan awam di Malaysia.


Tarikh Pembayaran Bonus Kakitangan Awam 2017
Tarikh:  Awal bulan Januari 2017
Kakitangan Awam: RM500
Pesara Kerajaan: RM250





Tarikh dan kadar Pembayaran Bantuan Rakyat 1Malaysia BR1M mulai tahun 2017. Seperti dibentangkan dalam Bajet 2017, isi rumah berpendapatan bawah RM3,000 menerima BRIM dipertingkatkan dari RM1,000 kepada RM1200. Manakala isi rumah tersenarai dalam ekasih turut menerima jumlah yang sama iaitu RM1,200 (terdahulu RM1050). Isi rumah berpendapatan RM3,001 hingga 4,000 juga akan menerima BR1M dinaikkan daripada RM800 kepada RM900. Manakala kategori individu bujang dan bekerja dinaikkan dari RM400 kepada RM450. BR1M bagi Skim Khairat Kematian pula, pemberian sebanyak RM1000 akan diteruskan. Pembayaran BR1M 2017 akan dibayar secara ansuran empat kali berturut.


Kadar Bayaran Bantuan Rakyat 1Malaysia BR1M 2017
  • Kategori Isirumah bawah RM1,000 (e-Kasih)- Dinaikkan dari RM1050 kepada RM1200
  • Kategori Isirumah Bawah RM3,000 – Dinaikkan dari RM1,000 kepada RM1200
  • Kategori Isirumah RM3,000 – RM4,001- Dinaikkan dari RM800 kepada RM900
  • Kategori Bujang (21 tahun keatas dan bekerja) – Dinaikkan dari RM400 kepada RM450
Jadual Pembayaran Bantuan Rakyat Malaysia 2017
Pendapatan Isirumah Bawah RM1,000 (e-Kasih): RM1200
  • Ansuran pertama: RM300 pada Januari 2017
  • Ansuran kedua: RM300 pada April 2017
  • Ansuran Ketiga: RM300 pada Jun 2017
  • Ansuran Ke Empat: RM300 pada September 2017
Pendapatan Isirumah Bawah RM3,000: RM1200
  • Ansuran pertama: RM300 pada Januari 2017
  • Ansuran kedua: RM300 pada April 2017
  • Ansuran Ketiga: RM300 pada Jun 2017
  • Ansuran Ke Empat: RM300 pada September 2017
Kategori Isirumah RM3,001 hingga RM4,000: RM900
  • Ansuran pertama: RM250 pada Januari 2017
  • Ansuran kedua: RM250 pada April 2017
  • Ansuran Ketiga: RM200 pada Jun 2017
  • Ansuran Ke Empat: RM200 pada  September 2017
Kategori BR1M Individu Bujang: RM450
  • RM450 pada Januari 2017



Intipati isi penting atau rumusan ucapan pembentangan Bajet 2017 pada 21 Oktober 2016 Malaysia. Pembentangan Belanjawan 2017 kini dibentangkan oleh Perdana Menteri Malaysia Dato Seri Najib Razak bermula pada jam 4.00 petang Jumaat 21 Oktober 2016 bertempat di Dewan Parlimen Malaysia. Siaran eksklusif secara langsung turut disiarkan menerusi RTM dan TV3, TV9, 8TV Astro Awani,  bermula pada jam 4.00 petang. Berikut adalah rumusan atau isi penting mengenai teks ucapan pembentangan Bajet 2017.


Intipati Isi Penting Pembentangan Bajet 2017 Malaysia (Rasmi)
  • Bajet 2017 kali ini dengan diperuntukkan RM260.8b, merupakan peningkatan 3.4% daripada pengubahsuaian Bajet 2016
  • Kadar GST kekal 6 peratus dan tiada kenaikan mulai 2017
  • Penjawat awam dapat cuti belajar namun gaji penuh dan biasiswa turut diberikan juga kepada kumpulan pelaksana.
  • Pemberian Cuti Kuarantin kepada penjawat awam yang anaknya sakit dan perlu dikuaratin menerusi cuti tanpa rekod sebanyak 5 hari
  • Kemudahan pembiayaan untuk beli komputer bagi pejawat awam diperluaskan meliputi pmbelian smartphone. Had pinjaman sehingga RM5k setiap 3 tahun
  • Penjawat awam Kerajaan memutuskan bahawa had pinjaman pembelian motosikal akan dinaikkan daripada RM5k kepada RM10k
  • Kelayakan pinjaman perumahan Penjawat awam dinaikkan daripada serendah RM120k kpd RM200k, pinjaman paling tinggi drpd RM600k kpd RM750k
  • Sebanyak 30k unit lagi Perumahan Penjawat Awam 1Malaysia akan disiapkan dgn harga jualan antara RM90k hingga ke RM300k
  • Pegawai contract of service & contract for service yg akan tamat pnghujung tahun ini, Krjn lanjutkn sekurang2 setahun lagi
  • Satu lapisan gred baru, gred 56 antara gred 54 & JUSA C diwujudkan bg pegawai perubatan pakar & pegawai pergigian pakar
  • Krjn ambil keputusan melantik secara kontrak kumpulan pertama graduan perubatan,pergigian & farmasi selewat2 Disember 2016
  • Krjn ambil keputusan melantik secara kontrak kumpulan pertama graduan perubatan,pergigian & farmasi selewat2 Dis 2016
  • Hampir 2600 doktor yg tidak dpt penempatan housemanship di mana2 hospital kini boleh jalani housemanship secara kontrak
  • Skim Bantuan Rumah Baharu MyBeatiful New Home. Inisiatif baru MyBeautiful New Home khusus kpd golongan berpendapatan RM3900 kebawah, dgn peruntukan RM200j. 5k unit rumah akan dibina dgn harga RM40k-50k seunit
  • Skim MyBeatiful New Home- Kerajaan akan membiaya RM20k dan bakinya dibayar secara ansuran oleh pemilik. Syaratnya, rumah ini akan dibina di tanah milik sendiri, tanah yg telah dpt kebenaran tuan tanah & tanah kurniaan Kerajaan Negeri.
  • 11,250 rumah PPR sedang dalam pembinaan, RM576j disediakan. Rumah ini dijual dgn harga RM35k- RM42k walaupun kos pembinaan RM120k-160k
  • BR1M kpd isi rumah dlm senarai e-Kasih & berpendapatan bulanan di bwh RM3k dinaikkan drpd RM1,050 & RM1,000 kpd RM1,200
  • BR1M kpd isi rumah berpendapatan RM3k hingga RM4k, akan dinaikkan daripada RM800 kpd RM900
  • Bagi individu bujang berpendapatan di bwh RM2k, BR1M akan dinaikkan daripada RM400 kpd RM450
  • Skim Khairat Kematian diteruskn dgn pampasan RM1k kpd waris penerima BR1M bg kategori isi rumah &warga emas dgn peruntukan RM6.8b
  • PR1MA utk dibina lbh 30k rumah, harga RM150k-RM300k bermula 1 Januari 2017
  • Pelepasan cukai kini termasuk pembelian akhbar arus perdana, smartphone & tablet, langganan internet serta byrn keahlian gimnasium
  • Bagi bantu golongan khususnya pnerima BR1M jana pendapatan tambahan, Kjaan galakkan pnyertaan sbg pemandu ride-sharing seperti Uber. Jika tidak miliki kenderaan, bayaran pendahuluan boleh dibuat guna BR1M & rebat RM4 ribu bg pembelian Proton Iriz
  • Bermula Jan 2017, fixed line broadband ditawar dgn kelajuan lebih tinggi pd harga sama. Pelanggan 5mb/s pd RM149 kini dpt 10mb/s
  • Pemberian Bantuan Persekolahan RM100 kpd setiap pelajar drpd keluarga berpendapatan sehingga RM3 ribu, memanfaatkan 3.5 juta murid
  • Baucar buku diganti dgn kad debit pelajar RM250, boleh beli buku, alatulis, alatan komputer &akses internet.Manfaat 1.3j pelajar
  • PTPTN- Diskaun 15% atas baki hutang untuk penyelesaian penuh pinjaman. Diskaun 10% untuk bayaran sekurang-kurangnya 50% daripada baki hutang dalam sekali bayaran. Diskaun 10% untuk bayaran balik melalui potongan gaji atau direct debit mengikut jadual bayaran balik yang ditetapkan
  • Bayaran khas RM500 kpd semua penjawat awam, RM250 kpd para pesara Kerajaan. Bayaran ini akan diberi pada awal Januari 2017


PETALING JAYA: Aksi berani seorang lelaki menangkap seekor ular tedung selar dengan hanya menggunakan tangan mengagumkan ramai netizen apabila videonya bertarung dengan reptilia tersebut tersebar di laman sosial.
Rakaman selama dua minit 50 saat itu menunjukkan lelaki berbaju hitam dan berseluar pendek menarik ekor ular terbabit dari kawasan semak sambil dirakam seorang rakannya.
Dengan berbekalkan sebatang kayu, lelaki yang tidak diketahui identitinya itu kelihatan bertungkus-lumus untuk menangkap ular tersebut yang dipercayai berukuran kira-kira empat meter.
Selepas beberapa minit bertarung, akhirnya reptilia berbisa itu tumpas di tangan lelaki tersebut.
Kejadian berkenaan dipercayai berlaku di pekan Selama, Perak, baru-baru ini.
Ternyata keberanian lelaki berkenaan mendapat pujian ramai netizen mengagumi kemahirannya menangkap ular terbabit tanpa menggunakan peralatan khas.
Malah netizen yang dikenali sebagai Suk Sa Saiful berkata, lelaki itu sangat dikenali di Selama dan sering menangkap ular di kawasan pekan itu walaupun pada pukul 4 pagi.
sumber : mstar online


Tawau: Tiga pegawai Jabatan Air Tawau ditahan reman selama empat hari mulai hari ini oleh Mahkamah Majistret di sini, bagi membantu siasatan kes penyelewengan projek infrastruktur bernilai RM3.3 bilion di Sabah.
Perintah reman terhadap suspek berusia antara 40 dan 50 tahun itu dikeluarkan oleh Majistret Muhammad Faizal Che Saad.
Difahamkan, tiga suspek antara 19 kakitangan Jabatan Air Sabah yang ditahan Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) dari 29 lokasi seluruh Sabah yang ditahan bagi membantu kes berkenaan.
Menurut sumber, semua individu yang ditahan itu adalah jurutera dan ketua di peringkat bahagian serta daerah membabitkan 27 lokasi di seluruh Sabah.

sumber : harian metro


KOTA KINABALU – Ketika kes seleweng dana persekutuan RM3.3 bilion di Jabatan Air Sabah (JAS) terdedah, ada yang menduga ini kes ‘ kenduri sakan’ yakni ramai yang terlibat songlap wang itu.

Logiknya tidak mungkin hanya pengarah dan timbalan pengarah JAS yang telah ditahan reman boleh tutup aktiviti mereka dan ‘curi’ wang dengan mudah puluhan juta selama ini tanpa penglibatan ramai pegawai bawahannya.

Andaian itu terbukti apabila 19 jurutera daerah JAS berjaya ditahan Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) kerana dipercayai ada kaitan dengan kes songlap duit yang terbesar dalam sejarah agensi berkenaan.

Sebanyak RM2.4 juta wang tunai turut dirampas dari kalangan jurutera daerah jabatan yang ditahan itu. Mereka dicekup di 27 lokasi yang berasingan sekitar Sabah dalam operasi dijalankan SPRM sepanjang Rabu.


Setakat ini belum lagi dapat dipastikan apakah ada gejala ‘gotong royong’ songlap wang antara orang atas dengan orang bawah di jabatan tersebut selama ini sebelum skandal itu terbongkar bermula pada awal bulan ini.

Namun difahamkan ‘korek punya korek’ dipercayai jurutera daerah terbabit tergamak mengutip sogokan antara 27 hingga 30 peratus daripada keseluruhan nilai kontrak sesetengah tender projek prasarana yang ditawarkan.

Penahanan secara besar-besaran ramai jurutera jabatan negeri berkenaan telah disahkan sendiri oleh Timbalan Ketua Pesuruhjaya SPRM (Operasi), Datuk Azam Baki dan disiarkan semua media tempatan hari ini.

Beliau bagaimanapun enggan memberi butiran tetapi berkata siasatan itu melibatkan dokumen yang banyak dan ia memerlukan masa sebelum SPRM dapat mengemukakan kertas siasatan kepada Timbalan Pendakwa Raya.

Dalam kes seleweng yang menggemparkan itu, SPRM sebelum ini sudah merampas wang tunai, barangan kemas, geran tanah, kereta mewah dan hartanah bernilai lebih RM170 juta dari pengarah dan timbalan pengarah sahaja.

Apa yang mengejutkan ramai pihak apabila visual wang tunai bertimbun-timbun disorok begitu sahaja dalam laci di pejabat dan di rumah suspek terbabit menjadi viral menerusi media sosial.

sumber : Agensi/Mynewshub.cc/HAA



Siapa kata gajah bukan sejenis haiwan yang bijak? Kham Lha, seekor anak gajah yang paling muda di Taman Alam Semula Jadi Gajah di utara Thailand, ternyata mempunyai hubungan istimewa dengan salah seorang staf di situ, Darrick.

Buktinya, apabila Darrick membuat simulasi lemas di dalam sungai, Kham Lha dilihat terus bergegas masuk ke dalam sungai untuk menyelamatkan Darrick.

Menerusi video yang berdurasi hampir seminit itu, Darrick yang berada di tengah-tengah sungai berpura-pura lemas ketika Kham Lha dan beberapa ekor gajah lain berada berdekatan di tebing.

Kham Lha kemudian dilihat dengan pantas berlari ke dalam air dan menuju ke arah Darrick hingga ke arah tebing sungai.

Sesampainya di tebing, Darrick mengucapkan terima kasih kepada Kham Lha. Tonton video di bawah:



Kham Lha merupakan salah seekor dari 19 ekor gajah yang diselamatkan oleh santuari itu dari industri pelancongan di 2015.

Pada usia 4 tahun, Kham Lha dipaksa menjalani latihan menyeksakan ditangan penawannya sebelum ini.

Tapi kehidupan Kham Lha sekarang sangat tentang dan gembira di samping gajah-gajah lain bersama Darrick.

Sumber: Metro.co.uk



Johor Bahru: Berikutan video viral yang menunjukkan dua orang lelaki cuba mencederakan pekerja kontraktor dilantik SAJ Holdings Sdn Bhd (SAJ), pihak polis mengesahkan telah menahan dua lelaki berkenaan, lapor Harian Metro.

Ketua Polis Johor, Datuk Wan Ahmad Najmuddin Mohd berkata, mereka telah berjaya menahan kedua-dua suspek semalam di lokasi dan pada waktu berasingan.

"Bertindak atas maklumat, kira-kira 2 pagi tadi, kita menahan suspek pertama berusia 36 tahun di Jalan Indahputra, Kulai, manakala suspek kedua berusia 19 tahun ditahan di Kampung Melayu, Kulai pada 3.45 pagi.

"Kes disiasat mengikut Seksyen 323 dan Seksyen 506 Kanun Keseksaan kerana mendatangkan kecederaan serta mengugut," katanya.


Beliau dalam pada sama mengingatkan bahawa melakukan sebarang tindakan kekerasan adalah bertentangan dengan lunas undang-undang adalah suatu kesalahan.

Sejak semalam menjadi viral di laman sosial dua video dan beberapa keping gambar yang menunjukkan dua orang lelaki telah bertindak keras terhadap pekerja kepada kontraktor dilantik SAJ yang ditugaskan membuat pemotongan bekalan air di Jalan Air Hitam, Kampung Melayu, Kulai.



Mereka telah diserang oleh dua orang lelaki yang tidak berpuas hati dengan pemotongan air berkenaan menyebabkan mangsa telah ditumbuk dan ditendang.

Mangsa dan rakannya juga diugut akan dicederakan dengan menggunakan sebatang cangkul.

Akibat kejadian itu mangsa dan rakannya mengalami kecederaan 'soft tissue'. 

Sumber : Siakapkeli.my


Harga beberapa kategori minyak masak akan meningkat bulan depan, kata akhbar berbahasa Cina,Oriental Daily yang memetik Persatuan Pengeluar Minyak Makan Malaya.
Menurut laporan itu, kenaikan berkenaan berikutan pemansuhan subsidi minyak masak.
Kategori minyak masak yang terjejas itu termasuk 500g, 1kg, 2kg, 3kg dan 5kg produk minyak campuran serta 500g, 1kg, 2kg dan 3kg produk minyak sawit tulen.
Ia juga menyebut, minyak sawit tulen dalam botol 5kg akan terus disubsidi sehingga tahun depan.
Menurut laporan itu, sebungkus minyak masak yang seberat satu kilogram dijangka meningkat daripada RM2.50 kepada RM2.90 menjelang bulan depan, manakala botol minyak sawit tulen 5kg akan naik daripada RM13.35 kepada RM15.25 menjelang Januari 2017.
Maklumat lanjut dijangka akan diumumkan semasa Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak membentangkan Bajet 2017 Jumaat ini.
Laporan Oriental Daily juga mendakwa ramai peniaga makanan mula menyimpan minyak masak menjelang pengumuman Bajet 2017.Putrajaya melaksanakan "pelan rasionalisasi subsidi" secara agresif sejak Najib mengambil alih teraju pemerintahan negara pada awal tahun 2009.  

Berikutan ini, Putrajaya telah mengurangkan subsidi untuk minyak, bayaran tol lebuh raya dan memansuhkan subsidi gula.
Berita muncul tahun lalu bahawa Putrajaya bercadang menghapuskan dana RM950 juta skim penstabilan harga minyak masak yang disalurkan menerusi Kementerian Perusahaan Perladangan dan Komoditi.
malaysiakini.com


Ramai yang tertanya tanya megenai proses semakan tracking number pos laju CITY-LINK Express Malaysia secara online. Bagi anda yang menggunakan khidmat pos laju CITY-LINK Express , anda kini boleh menyemak status penghantaran bungkusan anda menerusi atas talian tanpa berurusan di kaunter pejabat CITY-LINK Express. Caranya sebenarnya sangat mudah hanya dengan memasukkan nombor tracking CITY-LINK Express pada applikasi semakan yang disediakan oleh CITY-LINK Express Sdn Bhd dan seterusnya klik pada butang "track".

Kaedah Semakan Tracking Number CITY-LINK Express Malaysia Online

Semakan Tracking Number CITY-LINK Express boleh Dibuat melalui laman web berikut :
http://www.citylinkexpress.com/MY/Tracking.aspx



Ramai yang tertanya tanya megenai proses semakan tracking number pos laju GDex (GD Express Sdn Bhd) Malaysia secara online. Bagi anda yang menggunakan khidmat pos laju GDex , anda kini boleh menyemak status penghantaran bungkusan anda menerusi atas talian tanpa berurusan di kaunter pejabat GDex. Caranya sebenarnya sangat mudah hanya dengan memasukkan nombor tracking GDex pada applikasi semakan yang disediakan oleh GD Express Sdn Bhd dan seterusnya klik pada butang "track".

Kaedah Semakan Tracking Number GDEX Malaysia Online
Semakan Tracking Number GDEX Boleh Dibuat melalui laman web berikut :
http://gdexpress.com/malaysia/e-tracking


Ramai yang tertanya tanya megenai proses semakan tracking number pos laju Malaysia secara online. Bagi anda yang menggunakan khidmat pos laju, anda kini boleh menyemak status penghantaran bungkusan anda menerusi atas talian tanpa berurusan di kaunter pejabat Pos Laju. Caranya sebenarnya sangat mudah hanya dengan memasukkan nombor tracking pos laju pada applikasi semakan yang disediakan oleh pejabat pos Malaysia.

Kaedah Semakan Tracking Number Pos Laju Malaysia Online
Semakan Tracking  Number Pos Laju Boleh Dibuat melalui laman  berikut :



KUALA LUMPUR – City University College of Science and Technology (CUCST) menafikan penceramah motivasi, Azizan Osman sedang menjalani pengajian (penyelidikan) di peringkat Ijazah Kedoktoran Pentadbiran Peniagaan di institusi itu.
CUCST berkata, institusi berkenaan memandang serius perkara itu kerana ia melibatkan reputasi CUCST dan berharap pihak media menjelaskan kekeliruan tersebut kepada orang ramai.
“CUCST ingin menjelaskan ketidaksahihan artikel melalui laman satu blog yang menyatakan Azizan sedang menjalani pengajian (penyelidikan) di peringkat Ijazah Kedoktoran Pentadbiran
Peniagaan keduanya dengan institusi kami.

“Kami berharap melalui kenyataan akhbar ini dapat menjelaskan kekeliruan tersebut,” kata kenyataan itu hari ini.
Sebuah laman blog baru-baru ini memetik satu sumber sebagai berkata, Azizan kini sedang menjalankan penyelidikan dan penulisan tesis bagi melengkapkan pengajian PhD keduanya.
September lalu, tiga universiti tempatan iaitu Universiti Malaya (UM), Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM) dan Universiti Infrastruktur Kuala Lumpur (IUKL) menafikan menganugerahkan Ijazah Sarjana Pentadbiran dan PhD yang membawa gelaran Doktor kepada pengasas syarikat Richworks Group of Companies itu.
Azizan bagaimanapun mengeluarkan kenyataan melalui syarikatnya dengan mengakui telah memenuhi syarat untuk Doktor Falsafah (Psikologi) dari Universiti Hertfordshire, United Kingdom dan konvokesyen akan berlangsung dalam masa terdekat selain memiliki kelulusan doktor sains (metafizik) daripada Universiti Gordon, Bradenton, Florida, Amerika Syarikat sejak 2009.
Pengakuan itu tidak berhenti di situ, apabila netizen di dalam dan luar negara terus menjalankan siasatan dan mendapati Universiti Gordon yang dinyatakan Azizan adalah tidak wujud manakala University of Herfordshire menafikan menganugerahkan PhD kepada individu yang bernama Azizan Osman dan tidak terdapat nama berkenaan dalam rekod pencarian institusi itu.
Selepas hampir tiga minggu pendedahan mengenai kelayakan akademik pakar motivasi, Azizan Osman, sehingga kini tiada penjelasan sebenar daripada empunya badan sebaliknya terus memberikan ceramah kepada yang sudah mendaftarkan diri dalam program dikelolakannya. 
sumber : MYEWSHUB.CC



KUALA LUMPUR: Selepas tidak tahan dengan pelbagai tuduhan dibuat Elly Mazlein, pengarah drama Azmi Hatta akhirnya tampil mendedahkan penceraian dia dengan penyanyi itu kerana sikap cemburu Elly yang melampaui batas.

Azmi atau nama sebenarnya Azmi Mohd Hata, 41, berkata, sikap tersebut juga membuatkan dia berubah hati terhadap pelakon wanita itu sehingga dia mengambil jalan untuk berpisah.

"Elly seorang yang terlalu kuat cemburu orangnya, awal hubungan kami bercinta lagi sudah timbul konflik cemburu kerana dia menuduh saya berlaku curang dengan pelakon yang menjayakan drama saya.

"Hampir semua projek drama yang saya arahkan menjadi isu pertengkaran kami, selagi ada watak perempuan lebih cantik dan seksi pasti saya akan dituduh curang.


"Sehingga sampai satu tahap dia menyerang saya di lokasi gara-gara cemburu dengan Nelydia Senrose yang ketika itu menjadi pelakon utama," ujarnya kepada mStar Online.

Azmi ditemui pada sidang medianya di Taman Tasik Titiwangsa di sini pada Selasa bagi menjelaskan beberapa isu berbangkit tentang perceraiannya dengan pelakon Elly Mazlein atau nama sebenarnya Sharifah Aida Mazlina Syed Hanafi, 36.


Pengarah itu turut ditemani peguamnya, Mohd Fadly Hashim.

Dalam sidang media berkenaan, Azmi turut menunjukkan akuan bersumpah mengenai masalah rumah tangganya dengan Elly.

Pasangan ini berkahwin pada 9 November 2014 dan bercerai pada 15 Oktober 2015 ketika wanita itu hamil empat bulan.

Dalam pada itu, Azmi berkata, pertengkaran demi pertengkaran berlaku sehinggalah Elly melemparkan kata-kata kesat termasuk melakukan kekerasan terhadapnya dalam tempoh mereka berkahwin.

"Kami tidak henti bertengkar, dia melemparkan kata-kata kesat biarpun saya sudah bersumpah dengan nama Allah (terhadap sesuatu perkara).

"Baju saya ditarik sehingga koyak, Elly juga menumbuk, memukul malah sampai tahap sepak terajang saya di dalam kereta ketika dia datang menyerang di lokasi semata-mata cemburukan Nelydia," ujarnya.

Katanya lagi, mereka akhirnya mengambil keputusan untuk berpisah selepas jalan itu difikirkan paling terbaik dan dicadangkan sendiri oleh bapa Elly.

"Bapa Elly sendiri mencadangkan kami berpisah dan Elly bersetuju kami berpisah secepat mungkin. Selesai perbincangan itu Elly pantas mengambil kain baju saya lalu meletakkan di luar pintu rumah. Sejak itu saya jarang berhubung dengan Elly," ujarnya. 

Sementara itu, ditanya soal penjagaan anak, Azmi berkata dia akan bertemu anak perempuannya itu jika Elly berubah sikap dan menerima kenyataan.

"Saya harap dia berubah dan tidak melakukan provokasi atau menyindir saya sehingga saya berasa tidak senang untuk melawat anak saya," ujarnya.

Pengarah itu sebelum ini, pernah berumahtangga dengan seorang wanita Wan Zolofia Wan Kassim dan dikurniakan dua cahaya mata lelaki.

sumber : mstar online


MIRI: Bekas jaguh pecut negara, Watson Nyambek atau popular dengan gelaran 'Flying Dayak' kini tidak lagi muflis.
Watson berkata, kerajaan negeri Sarawak telah menyelesaikan tunggakan pinjaman bank berjumlah RM80,000, yang digunakan untuk menanggung kos perubatan bapanya.
Watson diberikan satu lagi ganjaran iaitu sebuah rumah di Miri daripada Syarikat Perumahan Nasional Bhd (SPNB) dan Naim Holdings.
Beliau menerima replika kunci sebuah rumah teres satu tingkat dengan tiga bilik di kawasan perumahan Vista Perdana di sini, bernilai RM350,Ketua Menteri, Tan Sri Adenan Satem turut hadir pada majlis penyerahan replika kunci di sini, Selasa.
Naim Holdings diwakili pengerusinya, Datuk Amar Hamid Sepawi.
Watson, lelaki terpantas di Malaysia yang memecah rekod 100 meter 18 tahun lalu menyuarakan rasa gembira kerana tidak lagi menanggung beban kewangan.
"Saya berterima kasih kepada Ketua Menteri, Tan Sri Adenan dan kerajaan negeri kerana membantu menyelesaikan kes kebankrapan saya.
"Saya juga berterima kasih di atas pemberian rumah baharu. Saya bersyukur kerana saya tidak lagi bergelar muflis," katanya.
Tahun lalu, Watson diisytiharkan muflis susulan kegagalan beliau melunaskan bayaran balik pinjaman.000 daripada SPNB dan Naim Holdings.
sumber : mstar online

Borang Maklumat Hubungan

Nama

E-mel *

Mesej *

Dikuasakan oleh Blogger.
Javascript DisablePlease Enable Javascript To See All Widget