2016-10-09



Jawapan kenapa Dr Azizan Osman sanggup guna PHD dan gelaran doktor palsu. Isu mengenai keraguan gelaran Doktor Falsafah (PHD) Azizan Osman ni sebenarnya adalah isu lama sejak tahun 2013 lagi. Pada tahun itu, Azizan Osman menyatakan bahawa dia memegang sebuah PHD disalah sebuah Universiti Gordon, Florida dalam bidang Metafizik dalam biodata miliknya pada tahun itu. Menjelang populariti Azizan Osman selaku pakar motivasi pada tahun tersebut, ramai cuba menjatuhkannya dengan mencari kesalahan Azizan Osman. Antara kesalahan yang dititik beratkan adalah isu gelaran doktor falsafah palsu Azizan Osman. Azizan bagaimanapun gagal menunjukkan bukti Thesis yang dilakukannya untuk mendapatkan PHD. Namun, isu doktor palsu ini dibangkitkan semula pada hari ini menerusi penafian rasmi Universiti Malaya.

Sebuah blog perniagaan bahasa Inggeris baru-baru ini menyatakan kejayaan usahawan dan pakar motivasi Azizan Osman sehingga beliau mendapat PHD di Universiti Malaya dalam bidang pengurusan dan keusahawanan. Sebuah portal rasmi Azizan Osman iaiti iRichWork turut menyatakan Azizan merupakan pemegang PHD dalam jurusan keusahawanan menerusi ruangan biodata di portal terbabit. Namun, facebook rasmi Universiti Malaya pada 29 September 2016 mendafikan dakwaan tersebut. Tambah kenyataan UM, Universiti Malaya (UM) ingin menarik perhatian umum berhubung status Ijazah Kehormat Doktor Keusahawanan yang didakwa dianugerahkan oleh pihak UM kepada Encik Azizan Osman sepertimana yang dibangkitkan di laman-laman media sosial. Pihak Universiti dengan ini menegaskan bahawa kami tidak pernah menganugerahkan gelaran Ijazah Kehormat Doktor Keusahawanan kepada Encik Azizan Osman. Semoga penjelasan ini dapat menjawab kekeliruan yang timbul di kalangan masyarakat berkaitan dakwaan tersebut.

Kenapa Dr Azizan Osman Guna PHD Doktor Palsu ?


Ahli Perniagaan Menggunakan Gelaran Doktor Untuk Unit “Trust”
Tahukah anda, bahawa ahli perniagaan kebiasaanya mendapatkan gelaran doktor falsafah hanya untuk mendapatkan kepercayaan pelanggan. Lagipun, nama lebih gah dan komersial serta disanjung tinggi jika ada gelaran Dr terpampang didepan nama.

Sanggup Menipu Dapatkan PHD. Azizan Osman Dikritik Pelajar PHD
Menurut pelajar dan pemegang PHD dinegara ini, penipuan ambil PHD adalah kesalahan besar. Tambah mereka, bukan mudah nak ambil PHD tapi Azizan Osman senang lenang petik gelaran Dr dan letakkan pada namanya. Ini jelas adalah kesalahan besar. Azizan Osman adalah seorang pakar motivasi dan usahawan yang kaya dan berjaya namun isu tipu PHD tidak boleh diterima akal.

Azizan Osman Gemar Palsukan Biodata Pendidikan (Asalkan Dapat PHD)
Ini bukan kes pertama Azizan Osman menipu PHD untuk mendapatkan gelaran Doktor. Terdahulu, Azizan Osman pernah mendakwa beliau mempunyai PHD di Kuala Lumpur Infrastucture Universiti, Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM) dan Universiti Teknologi Mara (UITM). Namun sehingga kini tiada bukti mendedahkan beliau memegang mana-mana PHD pada ketika ini.











Berita terkini punca dan kesan Dato Dr Seri Vida lari tak bayar cukai GST. Jutawan kosmetik jenama Vida Beauty hari ini dihadapkan di makhamah atas 32 pertuduhan kesalahan berkaitan akta GST. 16 pertuduhan tersebut antaranya adalah gagal mengemukakan penyata GST dari April 2015 hingga Julai 2016. Manakala 16 lagi pertuduhan kerana gagal membayar cukai GST berjumlah 4.2 Juta. Bagaimanapun, Dato Seri Vida mengaku tidak bersalah terhadap kesemua pertuduhan terbabit dan sebutan semula kes pada 15 November 2016.


Jika sabit kesalahan dalam akta GST, Dato Seri Vida boleh didenda RM50,000 atau penjara tiga tahun atau kedua-duanya sekali, bagi setiap pertuduhan. Makhamah bagaimanapaun membenarkan jaminan keseluruhan RM1.76 juta atau RM10,000 bagi setiap pertuduhan. dengan dua penjamin terhadap tertuduh dan pasportnya diserahkan kepada mahkamah.



Punca Kenapa Dato Seri Vida Enggan Bayar Cukai GST
Menerusi komen orang awam, dapat disimpulkan beberapa faktor yang menjadi punca Dato Seri Vida enggan membayar cukai. Antaranya:
1. Cukai GST agak membebankan bagi beliau
2. Kemungkinan besar Dato Seri Vida menyerap GST dan tidak mengutip daripada pengguna.
3. Lebih suka menderma hasil kutipan GST tersebut kepada anak yatim atau orang yang lebih memerlukan
4. Dato Seri Vida dilihat cuba memberontak terhadap pelaksanaan GST
5. Tidak menyimpan rekod hasil kutipan GST sehingga gagal mengemukakan penyata GST daripada tarikh yang ditetapkan
6. Cuba lari daripada membayar GST
7. Ada kemungkinan Dato Seri Vida telah menggunakan hasil kutipan GST untuk kemewahan diri sendiri atau menggunakan duit tersebut untuk menaja program realiti atau bola sepak.
8. Menjadi persoalan, adakah perniagaan Dato Seri Vida semakin merudum sehinggakan tidak mampu bayar GST?

Komen Pengguna Isu Dato Vida Ingkar Bayar Cukai GST
Ramai pengguna dilihat cuba menyokong Dato Seri Vida daripada tidak membayar GST. Ada juga yang mengecam Dato Seri Vida kerana enggan membayar GST.
1. cerita yg benar xnk bayar gst atau pun dah kutip gst dr pengguna dan x bayar kepada kerajaan? Kalau dah kutip dr pengguna mmg la kena bagi kerajaan, tp kalau x kutip gst dr pengguna dan di paksa bayar itu lain pula kisahnya.
2. Government dah sengkek sgt ke? Desperate tahap apa dah ni? Jap lagi kalau check currency sure RM dah drop. Adoiii lg satu Dato’ Vida pun berdoalah secara “sirr” yakni sembunyi2. Relax lah Dato’ biasa je dah Incometax ni memang macam hawau
3. bersbrlah datuk .. stiap yg berlaku pastinya berhikmah.. sy thu dtuk @datoserivida mmpu hadapi sgalanya ini.. jngn risau, kami disini akan sntiasa mndoakan yg baik2 shja buat dtuk.. sy syg dtuk sngt2.. harap dtuk tabahkan diri dan sntiasa kuat.. jngn fkirkan yg negetiv.. we always suporrt you datuk.. allah mha adil.. bersbrlah
4. kami semua akan terus support dato… dato merupakan salah seorang idola saya utk saya terus berjaya, semua yg berlaku ni ada hikmah dato. Tu tanda Allah sygkan kita.
5. Nampak tak keberkesanan gst..peniaga xleh lari dr cukai.qu cilok qu cilok barulah kaya wakakakka
6. Kami semua tahu dato terlebih mampu dan boleh jer bayar cukai GST tp mesti dato fikir apa mereka buat ngan duit tu melainkan ada kebaikan pada kita semua, saya rasa dato mesti tak kisah. Kita semua terbeban dengan GST… We support dato. Kami semua support pernigaan org melayu selamat dan doakan berjalan lancar. Amin. Please fight for it.
7. asal untie menipu nie? gst yg org byr untie tak byr pada goverment? tak baik tau buat macam tue.. dosa… duit tue dri duit customer yg byr gst tp untie tk byr pada goverment.. kan dah kena.. tk baik aniaya org.. smua org benci gst tp tk baik untie songlap duit gst
8. Klu tau cmnie..baik xyah taja bola sepak tu..bazir wang aje..byr gst terus spaye xdpt tindakan drpd pihak kerajaan..be strong semoga dipermudahkn urusan datuk ameen
9. be strong dato…sbb dato byk berbuat baik pada manusia..insyallah ganjaran.ade hikmah nye..membuka mata semua pihak

Kesan Dato Seri Vida Tak Bayar Cukai GST
1. Di bawah Akta Cukai Barang dan Perkhidmatan (GST) 2014, Dato Seri Vida boleh dikenakan RM50,000 bagi setiap pertuduhan. Jumlah pertuduhan terkini adalah 32 pertuduhan dengan denda sebanyak RM4.2 juta.
2. Bagaimanapun, Dato Seri Vida diikat jamin dengan RM1.7 Juta dan passport ditarik semula. Memandangkan Dato Seri Vida mengaku tidak bersalah, kes disebut semula pada 15 November nanti.
3. Jika disabitkan kesalahan, mengikut Seksyen 41 (6) Akta GST 2014 yang memperuntuk hukuman denda maksimum RM50,000 bagi setiap pertuduhan atau penjara maksimum TIGA tahun atau kedua-duanya.
4. Kes ini juga membuka mata pemilik perniagaan yang lain agar tidak lari daripada membayar GST.




PATNA: Seorang lelaki mengalami detik-detik mengerikan dalam hidupnya apabila diculik di Bihar dan lidahnya dipotong ketika perarakan keagamaan yang berlangsung di Maner, kira-kira 35 kilometer dari sini.
Mangsa yang juga seorang juruteknik dikenali sebagai Pawan Kumar.
Insiden itu berlaku apabila lima penjenayah termasuk tiga yang dikenali mangsa menculiknya pada Selasa.
Mangsa dibelasah sebelum lidahnya dipotong dan kemudian meninggalkan Pawan di depan rumahnya, sebelum kelima-lima penjenayah melarikan diri.
Apabila disoal siasat polis, mangsa mengakui kejadian itu berlaku kerana masalah peribadi dan dendam antaranya dengan tiga penjenayah berkenaan.
"Saya ada masalah peribadi dengan mereka. Ketika kejadian saya sedang bekerja. Selepas diculik mereka memotong lidah saya," katanya.
Pihak polis bagaimanapun masih tertanya-tanya punca kejadian itu kerana hanya mengetahui mengenai tindakan sekumpulan penjenayah itu menerusi laporan media.
"Saya mengetahuinya menerusi laporan media. Siasatan kejadian itu akan dijalankan dan ketika ini keterangan mangsa sudah diambil," kata Inspektor di Balai Polis Maner, Md Akramul Haq.
Susulan kecederaan yang dialaminya, Pawan mendapatkan rawatan di hospital swasta di Danapur.
Setakat ini, polis telah memfailkan kes berkenaan dan memburu lima suspek bagi membantu siasatan kes itu.
sumber : mstar online


CHICAGO: Sepasang kembar siam di Amerika Syarikat (AS) selamat menjalani pembedahan selama lebih 20 jam memisahkan kepala yang bercantum pada Jumaat.
Anias dan Jadon Mcdonald, 13 bulan, menjalani pembedahan tersebut di Hospital Montefiore dekat Bronx, Chicago sejak Khamis.
Menurut pakar bedah mengetuai operasi pembedahan itu, Dr. James Goodrich berkata, keputusan yang dicapai setakat ini sangat mengagumkan apabila pasangan kembar itu dipisahkan.
Namun Goodrich mengakui ketika pembedahan itu dilakukan, beliau mempertimbangkan untuk menghentikan prosedur selepas mendapat banyak tisu yang dikongsi oleh pasangan kembar itu walaupun pihaknya menggunakan teknologi tiga dimensi (3D) sebagai persediaan.
Jelasnya, setiap kali tisu yang bercantum dipotong, kadar degupan jantung dan tekanan darah Anias mula menurun.
"Tetapi saya berjaya memastikan tiada perkara buruk berlaku.
"Jadon terlebih dahulu keluar dari wad kira-kira pukul 7 pagi manakala Anias kekal dalam bilik pembedahan sehingga pukul 1 petang," katanya.
sumber berita:
1)  http://www.dailymail.co.uk/health/article-3838409/Out-surgery-Twin-boys-conjoined-head-finally-separate-20-hour-op-veteran-surgeon-stopped-half-way-through.html
2) sumber : mstar online


GEORGE TOWN: Kebakaran berlaku di tingkat lima bangunan Komtar di sini pada pagi Sabtu.

Jurucakap Jabatan Bomba dan Penyelamat Pulau Pinang berkata, kebakaran berjaya dipadamkan kira-kira pukul 10 pagi.

Kejadian dikatakan bermula kira-kira pukul 9.30 pagi. "Ketika kami tiba di tempat kejadian, didapati bahawa pusat komersial di tingkat 5 terbakar.

"Api merebak ke arah struktur bumbung pusat komersial itu. Tiada siapa yang cedera," katanya.

Anggota bomba sedang membersihkan kawasan itu.

sumber: mstar online


JAKARTA – Perusahaan tekstil terkenal, PT Sri Rejeki Isman Tbk (Sritex) berjaya memasarkan pakaian seragam tentera antiradiasi nuklear dan bahan kimia berbahaya ke Malaysia.

Sut uniform kalis radiasi berbahaya itu lebih dikenal dengan spesifikasi CBRN (chemical, biological, radiation, nuclear) yang merupakan jenis khas untuk bertahan menghadapi bahan kimia, biologi, radiasi dan nuklear.
“Kita sudah menghasilkan produk pakaian seragam CBRN untuk Malaysia malah dieksport hingga ke Jerman,” kata Naib Presiden Sritex, Iwan Kurniawan Lukminto kepada wartawan agensi berita rasmi Indonesia, Antara.
Lebih menarik lagi, menurut beliau yang ditemui di kilang Sritex di Solo, wilayah Jawa Tengah itu, pasukan Tentera Nasional Indonesia (TNI) sendiri ketika ini pun belum menggunakan pakaian seragam antiradiasi berkenaan.
“Kalau kita melihat secara keseluruhan, dianggarkan kira-kira 30 peratus produk busana ketenteraan yang Sritex hasilkan selama ini lebih untuk pasaran dalam negeri manakala selebihnya dieksport ke seluruh dunia,” ujarnya.
Iwan menyatakan bahawa, 95 peratus pakaian seragam untuk anggota TNI dikeluarkan oleh Sritex, termasuk sebahagian besar pakaian dasar urusan rutin harian dan ketika berada di lapangan medan pertempuran.
Selain uniform ketenteraan khas jenis CBRN, Sritex turut menghasilkan produk pakaian khas dengan spesifikasi lainnya, seperti kalis air dan api yang lazim digunakan oleh pasukan bomba dan penyelamat kecemasan.
Beliau bagaimanapun menjelaskan, buat masa ini permintaan untuk pakaian seragam TNI melibatkan 1.2 juta unit setahun, sementara tempahan dari negara-negara asing pula sekitar hampir dua juta unit setiap tahun.
“Permintaan terhadap uniform pasukan keselamatan Indonesia untuk TNI saban tahun secara keseluruhan hanya sekitar 1.2 juta. Angka tersebut belum lagi termasuk dengan agensi-agensi tempatan lain,” tambah Iwan.
Sritex yang ditubuhkan sejak 1966 kini ada lebih 60,000 pekerja dan lebih bangga, produk busana ketenteraan keluaran syarikat itu diiktiraf setanding kualiti ditetapkan Pertubuhan Perjanjian Atlantik Utara (NATO).
Permintaan pakaian seragam militer, dikemukakan kepada syarikat berkenaan, kebanyakan datang dari negara-negara di rantau Timur Tengah serta benua Eropah antaranya Austria, Belanda, Jerman, Norway dan Sweden.
Sritex turut membekalkan uniform tentera di 30 buah negara di dunia dengan pelbagai macam spesifikasi termasuk ke Malaysia, Kuwait, Sudan, Emiriah Arab Bersatu dan Amerika Syarikat. – Agensi/Mynewshub.cc/HAA


RAKAMAN kamera litar tertutup (CCTV) berjaya merakamkan tindakan sekumpulan lelaki di Gujarat, India mencuri lembu dengan menggunakan sebuah kereta jenis Hatchback.

Difahamkan kejadian itu dirakamkan pada 11 Oktober lalu kira-kira pukul 6.34 petang. Menerusi rakaman CCTV itu, kelihatan beberapa ekor lembu sedang berkeliaran di sebuah lorong.
Kemudian datang seorang lelaki bertindak memegang leher salah seekor lembu itu sebelum cuba memasukkannya ke dalam kereta berwarna putih yang diparkir berdekatan dengan lembu tersebut.
Salah seorang rakan suspek dilihat keluar dari tempat duduk hadapan dan membantunya menolak lembu berkenaan ke dalam kereta sebelum meluncur meninggalkan tempat kejadian.
Video kes kecurian berdurasi 1 minit lebih yang tersebar menerusi YouTube dan ditonton oleh warga tempatan telah mendapat perhatian daripada pihak berkuasa.
Polis kemudiannya menjejaki kereta jenis Hatcback berwarna putih itu dan menahan seorang lelaki yang ketika ini sedang disoal siasat.
Bagaimana pun, lembu yang hilang itu masih belum dapat dikesan.
Malah menurut sebuah akhbar tempatan negara itu, sesetengah daripada warganya kini seolah-olah ketagih dengan rasa daging lembu meskipun haiwan berkenaan dianggap suci oleh penganut Hindu.
Kejadian itu semakin berleluasa kebelakangan ini apatah lagi dengan ribuan ekor lembu yang berkeliaran di tepi jalan memudahkan lagi kumpulan pencuri mengambil kesempatan dan menjualnya kepada pusat penyembelihan yang tidak bertauliah. 
Sumber: Daily Mail


Selepas disaman penganjur Konsert 35 Tahun Search Syarikat Afjets Sdn Bhd, empat anggota Search kini berdepan kemungkinan disaman rakan sendiri.
Bercakap kepada Malaysiakini, pemain dram Search Yazid berkata dia sedang mempertimbangkan cadangan menyaman empat anggota kumpulan legenda itu tidak lama lagi.
Turut berada dalam ‘radar’ Yazid, atau nama sebenarnya Yazid Ahmad, 54 adalah sebuah stesen penyiaran tempatan.
“Sidang media akan dibuat pada bila-bila masa.
“Ada dua perkara yang menyebabkan tindakan saman itu akan diambil, tetapi belum boleh didedahkan butiran setakat ini kerana ia dianggap sensitif.
“Isu berbangkit yang boleh diberitahu adalah mengenai soal pecah amanah dan pengecualian publisiti di sebuah stesen penyiaran,” katanya ketika dihubungi.
Bagaimanapun kata Yazid, niat itu mungkin dibatalkan seandainya empat anggota Search itu menerima pelawaan untuk ‘bersua muka.’
“Tindakan saman akan dipertimbangkan sekiranya mereka ingin berjumpa dalam satu sesi dialog, saya lebih suka begitu.
“Kesilapan boleh dinilai semula melalui perbincangan diadakan yang bertujuan mengenalpasti dalang di sebalik pengguguran nama saya dalam perjanjian persefahaman (MOU) konsert,” katanya ketika dihubungi.
Perkara yang membuatkan Yazid benar-benar terkilan adalah tindakan Amy (vokalis), Hamzah (gitar utama), Noordin (gitar) dan Nasir (bass) berhubung Konsert Search 35 Tahun yang sepatutnya berlangsung pada 30 Ogos lalu.
Malaysiakini sebelum ini melaporkan, Yazid membuat laporan polis pada 4 Mei lalu atas tuduhan pecah amanah berhubung soal pembayaran konsert mereka.
Sehari sebelum itu, Search membuat sidang media untuk memperjelaskan keadaan mereka berhubung laporan polis dibuat selain menuntut Yazid memohon maaf dalam tempoh 48 jam.
Bagi Yazid, kasih dan sayangnya terhadap Search belum pernah pudar apabila mengingatkan kembali segala keringat yang pernah dicurahkan sewaktu menubuhkan kumpulan itu suatu ketika dulu.
Justeru, pembatalan konsert yang sepatutnya dihadiahkan buat peminat dalam meraikan 35 tahun penubuhan kumpulan itu dirasakan amat mengecewakan.
“Saya membuat pelaburan yang banyak demi Search dari album pertama hingga yang ke-15, semua orang tahu dan perkara itu tidak perlu diperkatakan lagi.
“Faedah pelaburan itu diperoleh semula menerusi konsert, masa itulah pemuzik membuat duit.
“Kami sudah menguasai pasaran selama bertahun-tahun dan sentiasa berada di depan tetapi apabila timbul isu seperti ini ia hanya merugikan diri masing-masing,” katanya.
sumber : malaysiakini.com

Borang Maklumat Hubungan

Nama

E-mel *

Mesej *

Dikuasakan oleh Blogger.
Javascript DisablePlease Enable Javascript To See All Widget