2016-03-06


Video Maharaja Lawak Mega MLM 2016 minggu 7 secara full online. Pentas gelanggang Maharaja Lawak Mega 2016 kini sudah berada di minggu yang ke tujuh pada Jumaat 11 Mac 2016 bertempat di Royale Teater Shah Alam. Kini tinggal hanya 9 Kumpulan sahaja lagi yang akan berentap di MLM 2016 minggu ke 7. Untuk info, tema yang dipersembahkan oleh 9 ejen lawak dalam Maharaja Lawak Mega 2016 minggu ke tujuh adalah bertemakan muzikal. Terdahulu, kumpulan Boss telah tersingkir pada gelanggang minggu ke enam setelah mendapat keputusan undian paling rendah. Bagi anda yang terlepas menonton MLM 2016 Minggu 7, anda boleh tonton di laman ini sebaik sahaja rancangan tamat.

Video Maharaja Lawak Mega 2016 Minggu 7 Full Online



Semakan keputusan kemasukan ke Matrikulasi sesi 2016/ 2017 secara online. Dipetik daripada kenyataan Bahagian Matrikulasi, semakan tawaran Matrikulasi sesi 2016/ 2017 hanya diumumkan selepas 45 hari daripada tarikh keputusan SPM diumumkan keluar. Memandangkan keputusan SPM 2015 telah diumumkan keluar pada 3 Mac 2016. Semakan matrikulasi dijangka akan diumumkan keluar pada pertengahan april 2016 bersama-sama dengan pengumuman keputusan tawaran ke Tingkatan 6.

Semakan Keputusan Matrikulasi Sesi 2016/ 2017 Online

Semakan Guna SMS Matrikulasi Sesi 2016/ 2017
  • SMS dengan menaip MOE<jarak>MAT<jarak>NO.K.P dan hantar kepada 15888

Semakan Keputusan Rayuan Matrikulasi 2016/ 2017 Ambilan Kedua
  • Keputusan rayuan Matrikulasi 2016/ 2017 ambilan kedua akan diumumkan keluar pada mulai Jun 2016.




Semakan keputusan tawaran Tingkatan 6 Sesi akademik 2016/ 2017 secara online. Semakan kemasukan Form 6 bagi sesi 2015/ 2016 hanya akan diumumkan selepas 45 hari daripada keputusan SPM 2015. Memandangkan keputusan SPM telah diumumkankan keluar pada 3 Mac 2016, semakan keputusan Tingkatan enam sesi 2016/ 2017 djangka akan diumumkan keluar pada pertengahan bulan April 2016.

Tarikh Keputusan Tingkatan 6 Sesi 2016/ 2017 Online
  • Keputusan tawaran Form 6 bagi sesi akademik 2016/ 2017 akan diumumkan keluar pada pertengahan bulan April 2016. Tarikh rasmi akan diumumkan menerusi laman ini sebaik sahaja menerima pengumuman daripada Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM).
  • Semakan Form 6 2016/ 2017 Secara Online
  • Sila layari http://www.moe.gov.my atau http://sst6.moe.gov.my mulai April 2016.

Nota: Sekiranya anda berjaya dan bersetuju dengan tawaran ini, surat tawaran MESTI DICETAK SEGERA dan dibawa semasa hari pendaftaran.

Semakan Tingkatan 6 Sesi 2016/ 2017 Guna SMS

Taip MOE <Jarak> T6 <Jarak> NO Kad Pengenalan dan Hantar ke 15888

Rayuan Tingkatan 6 Sesi 2016/ 2017
Bagi calon yang gagal untuk melayakkan diri ke Tingkatan 6 Sesi 2016/2017, anda boleh mengemukakan rayuan di applikasi semakan yang sama.

Aliran Ditawarkan Di Form 6
Murid-murid yang telah menamatkan pengajian menengah atas dan telah menduduki peperiksaan Siji Pelajaran Malaysia (SPM), layak ditawarkan untuk meneruskan pendidikan pasca menengah iaitu Tingkatan Enam, jika menepati syarat-syarat umum dan khusus bagi jurusan, selama 3 penggal. Terdapat dua aliran yang ditawarkan untuk Tingkatan Enam di sekolah menengah harian iaitu aliran Sains Sosial (Kemanusiaan dan Agama) dan aliran Sains.

Syarat Kelayakan Masuk Tingkatan 6
Syarat umum bagi kemasukan ke Tingkatan Enam ialah lulus SPM dengan mendapat kepujian bagi mata pelajaran Bahasa Malaysia. Bagi melayakkan murid ke aliran Sains Sosial, jumlah mata unit bagi tiga mata pelajaran yang terbaik mestilah tidak melebihi 12, aliran Sains tidak melebihi 18 mata unit, manakala bagi aliran Agama tidak melebihi 14.

Semua tawaran kemasukan dibuat secara atas talian dan calon-calon yang tidak mendapat tawaran boleh membuat rayuan di Jabatan Pendidikan Negeri masing-masing.

Kelebihan Masuk Tingkatan 6 
  • Yuran peperiksaan bagi empat atau/dan lima mata pelajaran adalah percuma bagi calon Sekolah Kerajaan dan Sekolah Bantuan Kerajaan, kecuali calon sekolah swasta dan persendirian individu. Ini bermakna calon tidak perlu berhutang dengan PTPTN.
  • Calon Form 6 juga bebas memakai pakaian kasual dan bukan baju beruniform
  • Sijil STPM mendapat pengiktirafan daripada Kerajaan Malaysia, Jabatan Perkhidmatan Awam (JPA), dan Cambridge Assessment, England.
  • Murid yang memperoleh keputusan cemerlang dalam peperiksaan STPM dan kokurikulum layak memohon untuk melanjutkan pelajaran ke institusi pengajian tinggi dalam dan luar negara
  • Sijil STPM turut diterima oleh JPA untuk menjawat perjawatan dalam perkhidmatan Kerajaan.
  • Tempoh pengajian di Tingkatan Enam adalah selama 1 ½ tahun.


Keputusan rasmi juara pemenang Mentor Milenia 2016 final TV3. Konsert akhir program Mentor Milenia kini sudah berada di minggu akhir pada Ahad 6 Mac 2016 bertempat di Sri Pentas 2 Plaza Alam Sentral Shah Alam. Seramai tiga finalis antaranya adalah Waniey (Protege Black), Fareez (Protege Hazama) dan Qody (Protege Black) akan berentap untuk merebut gelaran Juara Mentor Milenia musim 2016. Saksikan Mentor Milenia 2016 Akhir pada jam 9.00 malam ini hanya menerusi saluran TV3.

Keputusan Juara Pemenang Mentor Milenia 2016 Final TV3
  • Juara: Fareez ( Wang Tunai RM100,000 + Trofi )
  • Naib Juara: Qodi ( Wang Tunai RM50,000 + Trofi )
  • Tempat Ketiga: Wanie ( Wang Tunai RM20,000 + Trofi )
Keputusan Penuh: Fareez muncul juara Mentor Milenia selepas menewaskan Qody di tempat ke-2 & Wanie tempat ke-3 serta membawa pulang RM100, 000 dan Trofi.





Video tonton Maharaja Lawak Mega MLM 2016 minggu 6 secara full online. Gelanggang pentas MLM 2016 kini sudah berada di minggu ke enam pada Jumaat 4 Mac 2016 bertempat di Royale Teater Shah Alam. Untuk info, tema pada minggu 6 adalah bertemakan “Majlis” . Terdahulu, Kumpulan Shake telah tersingkir menjadikan kini hanya tinggal 10 kumpulan sahaja lagi yang akan berentap di gelanggang MLM 2016. Saksikan Maharaja Lawak Mega 2016 pada setiap jumaat bermula pada jam 10.00 malam hanya di saluran Astro Warna dan Mustika HD. Kepada anda yang terlepas menonton MLM 2016 minggu 6, anda boleh tonton dilaman ini sebaik sahaja rancangan tamat.

Video Maharaja Lawak Mega 2016 Minggu 6 Full Online



Borang Maklumat Hubungan

Nama

E-mel *

Mesej *

Dikuasakan oleh Blogger.
Javascript DisablePlease Enable Javascript To See All Widget