2016-02-07


Video tonton Maharaja Lawak Mega MLM 2016 Minggu 3 secara full online. Gelanggang MLM 2016 sudah berada di minggu ketiga pada Jumaat 12 Februari 2016 bertempat di Royale Teater Shah Alam. Tema tugasan 13 kumpulan atau perserta Maharaja Lawak Mega pada minggu 3 adalah bertemakan Bollywood. Terdahulu, kumpulan Awok telah tersingkir pada minggu kedua setelah mendapat keputusan undian paling terendah. Saksikan Maharaja Lawak Mega 2016 bermula pada jam 10.00 malam Jumaat hanya di Astro Warna dan Astro Mustika HD. Kepada anda yang terlepas menonton MM 2016 minggu ke 3, anda boleh tonton dilaman ini sebaik rancangan tamat.

Video Maharaja Lawak Mega 2016 Minggu 3 Full Online


Biodata siapa Syed Amin Zainul Abidin isu lelaki pernah viral mengamuk di JPJ kini maut ditembak mati pada 11 Februari 2016. Berdasarkan laporan polis, individu yang pernah kecoh laman sosial mengenai isu JPJ telah meninggal dunia pada jam 3.30 pagi Khamis susulan ditembak dengan 5 das tembakan oleh dua suspek menunggang motosikal di Jalan Keramat Pulau Pinang. Pada waktu kejadian, mangsa yang berketurunan India Muslim menaiki kenderaan jenis Mercedez Benz telah ditembak dengan 4 das mengenai badan manakala 1 tembakan dibahagian kepala dan mati serta merta di tempat insiden. Menurut saksi kejadian, mangsa yang menyedari telah diekori oleh dua suspek cuba memberhentikan kenderaannya sebelum maut ditembak dari jarak dekat. Terdahulu, Syed Amin Zainul Abidin atau nama Facebook Amin Beyond pernah mencetuskan kontroversi dilaman sosial apabila memuat naik video perselisihan faham di pejabat JPJ. Dalam kandungan video berkenaan, Syed Amin lantang bersuara mengenai ketidakpuas hatinya dengan isu rasuah dalam kalangan anggota JPJ yang menjul kenderaannya yang disita sejak tahun 2001 lalu dijual kepada individu yang lain tanpa melakukan pertukaran hak milik.

Biodata Lelaki Viral Mengamuk Di JPJ Maut Ditembak 11.2.2016
  • Nama Penuh: Syed Amin Zainul Abidin
  • Umur: 46 tahun
  • Asal: Pulau Pinang
  • Bangsa: India Muslim Malaysia
  • Pekerjaan: Pengusaha Car Wash dan Pemilik Restoran Nasi Kandar
  • Nama Facebook: Amin Beyond
Foto Arwah Syed Amin Zainul Abidin



Kronologi Insiden Kematian Lelaki Pernah Viral Di JPJ
  • 2012: Pernah diugut bunuh sejak Julai 2012 berikutan perselisihan faham dengan penagih dadah. Telah membuat 6 laporan polis berikutan bimbang dengan ancaman bunuh. Mangsa yang juga merupakan pemilik Car Wash sering menerima pelbagai ancaman seperti kereta pernah dibakar dan ugutan melibatkan nyawa.
  • 2014: Arwah merupakan seorang aktivis yang mempertahankan nasib melayu di Pulau Pinang yang pada ketika ini berada dibawah pemerintahan DAP.
  • 2015: Menyuarakan rasa tidak hati terhadap pegawai JPJ yang dipercayai telah melakukan rasuah dan tidak amanah. Ini kerana, kenderaan miliknya yang pernah disita oleh JPJ pada tahun 2001 telah dijual kepada individu lain tanpa melakukan pertukaran hak milik.
  • Disember 2015: Dihadapkan ke makhamah atas tuduhan menganiayai pegawai JPJ di Malaysia.
  • 11 Februari 2016: Sah mati ditembak di Jalan Keramat Pulau Pinang pada jam 3.30 pagi Rabu.

Status Facebook Mangsa Sudah Tahu Akan Dibunuh
Mangsa menerusi facebook Amin Beyond seolah sudah tahu bahawa nyawanya akan diakhiri dengan kematian akibat dibunuh.




Gambar/Photo Lelaki Viral Mengamuk Di JPJ Maut Ditembak 11.2.2016






Keputusan pemenang dan juara Seiras Seirama 2015 Konsert Akhir. Konsert penutup tirai Seiras Seirama kini berada dikemuncak pada Ahad 7 Februari 2016. Seramai 7 finalis beserta ikon masing-masing berentap untuk merebut gelaran juara Seiras Seirama Musim Pertama. Berikut adalah keputusan juara Seiras Seirama dimana Azlina dan ikonnya Ziana Zain diumumkan sebagai Juara Seiras Seirama. Selaku juara, Azlina membawa pulang wang tunai berjumlah RM20,000 dan sebuah Trofi sumbangan Astro. Tahniah sekali lagi diucapkan kepada Azlina dan ikonnya Ziana Zain.

Keputusan Pemenang Juara Seiras Seirama 2015 Konsert Akhir
Juara:  Azlina + Ziana Zain (Wang Tunai RM20,000 + Trofi)



Gambar majlis pertunangan dan malam berinai Shaheizy Sam dan Syatilla Melvin pada 7 Februari 2016. Lagi beberapa jam sahaja lagi, pasangan “wedding of the year” yang mendapat tajaan berjumlah RM25 Juta Shaheizy Sam dan Syatilla Melvin akan disatukan pada 8 Februari 2016 bertempat di kediaman Syatilla Melvin di Nibong Tebal, Pulau Pinang. Untuk info, pasangan ini pada mulanya hanyalah kawan biasa dan tempoh berkenalan selama 6 tahun lamanya. Shaheizy Sam akhirnya memutuskan untuk mengakhiri zaman bujangnya pada usia 34 tahun dan mengahwini Syatilla Melvin yang kini berusia 25 tahun. Menariknya, pasangan Shaheizy Sam dan Syatilla akan melangsungkan pertunangan pada 7 Februari 2016 manakala perkahwinan pada keesokan harinya iaitu pada 8 Februari 2016. Kepada peminat, berikut adalah beberapa keping foto malam berinai dan pada masa yang sama majlis tunang Syatilla Melvin dan Shaheizy Sam bertempat di Bukit Jawi Golf Club, Pulau Pinang. Sebagai info tambahan, majlis resepsi bagi sebelah pihak perempuan akan diadakan pada 9 Februari 2016 manakala sebelah pihak lelaki pada 20 Februari 2016 bertempat di Hotel Mandarin Oriental, Kuala Lumpur.

Gambar Malam Berinai / Pertunangan Shaheizy Sam & Syatilla Melvin 7.2.2016














Borang Maklumat Hubungan

Nama

E-mel *

Mesej *

Dikuasakan oleh Blogger.
Javascript DisablePlease Enable Javascript To See All Widget