2016-01-31


Live streaming Maharaja Lawak Mega MLM 2016 Astro Warna Online. Siaran langsung gelanggang MLM 2016 kini membuka tirai pada setiap jumaat mulai 29 Januari 2016 bertempat di Dewan MBSA Shah Alam. Untuk info, seramai 15 kumpulan peserta akan berentap untuk merebut gelaran juara Maharaja Lawak Mega. Saksikan Maharaja Lawak Mega musim baharu 2016 menerusi Astro Warna saluran 132 dan tayangan serentak di Astro Mustika HD pada setiap jumaat bermula pada jam 10.00 malam.

Live Streaming Maharaja Lawak Mega 2016 Astro Warna Online

Video Penuh Maharaja Lawak Mega MLM 2016 Mingguan

Senarai Rasmi 15 Peserta Maharaja Lawak Mega MLM 2016
1. Awok
2. Bocey (Abam, Fan dan Achey)
3. Bora (Mamat, Yan dan Isa)
4. Bos
5. Cham (Along dan Azrul)
6. Chilok
7. Enjen
8. Jaros (Rahim, Syuk dan Joey)
9. Kavin
10. LOL (Tauke Jambu, Angah dan Ajak)
11. Puteh
12. Reza (Rayza Mukmin)
13. Say Who (Eko, Bocil, Vicha)
14. Shake (Amir Raja Lawak, Bell Ngasri & Mie Raja Lawak)
15. Xola


Jadual Siaran Langsung Maharaja Lawak Mega MLM 2016
  • Tarikh: Mulai 29 Januari 2016 (Setiap Jumaat)
  • Masa: 10.00 Malam
  • Lokasi: Dewan MBSA Shah Alam
  • Siaran Rasmi: Astro Warna (132) dan Astro Mustika HD

Maksud Sebenar Perjanjian TPPA
TPPA adalah perjanjian terikat yang melibatkan negara Asia Pasifik seperti Australia, AS, New Zealand, Kanada, Mexico, Chile, Brunei, Malaysia dan Vietnam. TPPA menjadikan kesemua 12 negara yang terlibat boleh berniaga di pasaran negara ahli secara terbuka.

Senarai Negara Terlibat Perjanjian TPPA
Melibatkan perjanjian antara Amerika Syarikat dan 11 buah negara antaranya adalah Malaysia, Australia, Brunei, Kanada, Chile, Jepun, Mexico, New Zealand, Peru, Singapura dan Vietnam.



Gambar kahwin atau nikah Stacy AF dan Akim Ahmad pada 5 Februari 2016. Majlis perkahwinan berlangsung pada jam 10.15 pagi Jumaat dengan dua kali lafaz bertempat di Hotel Shang Ri La, Kota Kinabalu Sabah. Stacy juga menerima mas kahwin berjumlah RM300 dan 7 dulang berbalas 7 hantaran dari kedua-dua belah pihak. Terdahulu, Stacy telah bertunang pada 26 September 2015 lalu. Manakala Stacy juga telah memeluk agama islam pada 24 ogos 2015 dengan nama islamnya Ummu Syaikhah Stacy Abdullah. Tahniah diucapkan kepada pasangan Stacy dan Akim, semoga berbahagia hingga ke akhir hayat.

Gambar-Gambar Kahwin Stacy AF Dan Akim Ahmad 5.2.2016









Video tonton Maharaja Lawak Mega MLM 2016 Minggu 2 secara full online. Gelanggang Maharaja Lawak Mega kini berada di minggu kedua pada Jumaat 5 Februari 2016 bertempat di Royale Teater Shah Alam. Terdahulu, tiada penyingkiran pada minggu pertama dan masih lagi 15 kumpulan peserta berentap pada pentas minggu kedua. Saksikan Maharaja Lawak Mega 2016 bermula pada pukul 10.00 malam Jumaat hanya di Astro Warna saluran 132 dan tayangan serentak menerusi Astro Mustika HD. Bagi yang tidak berkesempatan menonton MLM 2016 minggu kedua, anda boleh tonton dilaman ini sebaik sahaja rancangan tamat.

Video Maharaja Lawak Mega 2016 Minggu 2 Full Online



TELUPID: Seorang staf Bank Simpanan Nasional (BSN) Cawangan Telupid maut selepas ditemui dalam keadaan tidak sedarkan diri serta berlumuran darah di kepala dan muka oleh orang awam berhampiran bank itu pada Rabu. 

Ketua Polis Daerah Beluran, Supt Sivanatan Velautham berkata, mangsa dikenali sebagai Henry Edoos, 43, yang ditemukan di tangga menuju tingkat satu rumah kedai didiami staf BSN pada kira-kira 6.30 pagi, dipercayai telah dipukul.

Katanya, mangsa yang sebelum itu dibawa ke Klinik Kesihatan Pekan Telupid terpaksa dipindahkan ke Hospital Duchess of Kent Sandakan apabila didapati kritikal akibat kecederaan teruk di bahagian kepala.

"Mangsa meninggal dunia ketika dalam perjalanan dan siasatan awal mendapati punca kematian adalah pendarahan dalam otak akibat retak dipercayai dipukul menggunakan benda keras," katanya dalam kenyataan pada Rabu. Katanya, siasatan mendapati mangsa keluar minum di sebuah kedai di Pekan Telupid pada 7.30 malam Selasa.

"Mangsa dipercayai dipukul orang tidak dikenali semasa mangsa dalam perjalanan pulang ke rumahnya kira-kira 4 pagi," katanya. Katanya, polis meminta kerjasama saksi supaya tampil membantu proses siasatan. - Bernama


KULIM: Seorang pemilik kedai runcit bertindak menetak pergelangan tangan kiri seorang perompak yang mengugut ibunya dengan parang di Kilang Lama di sini. Dua lelaki yang memakai topi keledar tiba menggunakan motosikal dan meluru masuk ke dalam kedai tersebut kira-kira pukul 7.45 malam Rabu. Salah seorang daripada mereka mengacukan parang sepanjang satu meter kepada wanita berusia 59 tahun itu.

Pemilik kedai runcit itu berkata dia sedang makan di belakang kedai manakala ibunya berada di kaunter jualan."Salah seorang daripada mereka menekan pisau kecil di pinggang saya manakala seorang lagi mengacukan parang ke arah ibu saya," kata lelaki berusia 34 tahun itu.

Pemilik kedai runcit itu berkata dia tidak pasti apa yang berlaku dalam tempoh beberapa saat kemudian. Namun dia berjaya merebut pisau kecil dan menyerang perompak tersebut. Beberapa ketika, kedua-dua lelaki itu bergegas meninggalkan kedai tersebut.

"Saya tidak tahu mengapa tiba-tiba mereka melarikan diri sehingga seorang pejalan kaki memberitahu saya ternampak pergelangan tangan terputus tertinggal di kaki lima luar kedai. "Saya tidak tahu bahawa saya telah menetak telapak tangan salah seorang daripada mereka," kata lelaki itu.

Namun, kejadian itu belum berakhir. Dua jam selepas insiden itu, dua suspek pergi ke Hospital Sungai Petani yang terletak kira-kira 30 kilometer dari sini. Kedua-dua suspek mereka cerita dirompak mangsa tetapi polis di hospital meragui kenyataan tersebut.

Lelaki yang terputus pergelangan tangannya ditahan polis manakala seorang lagi berjaya melarikan diri. Ketua Polis Daerah Kulim, Superintendan Abdullah Arshad berkata pemilik kedai runcit itu membuat laporan polis kira-kira pukul 10 malam, waktu yang sama perompak tersebut pergi ke hospital.

"Sudah tentu kami tidak percaya bulat-bulat apa yang mereka katakan. Cerita mereka amat meragukan," katanya -mstar online


Biodata siapa Ahmad Bashah MB atau Menteri Besar baru Kedah. Berkuatkuasa 3 Februari 2016, Datuk Seri Ahmad Bashah Md Hanipah telah dilantik sebagai Menteri Besar baharu Kedah bagi menggantikan tempat MB terdahulu iaitu Datuk Seri Mukhriz Mahathir. Difahamkan, Mukhriz telah melepaskan jawatan MB susulan desakan pergelutan kemelut politik daripada 14 ketua UMNO Kedah yang mendakwa Mukhiz tidak mentabdir Kedah dengan baik. Akur dengan desakan tersebut, akhirnya Mukhriz mengundur diri dengan meletak jawatan sebagai MB Kedah dan juga presiden Persatuan Bola Sepak Kedah (KFA).

Biodata Ahmad Bashah MB Menteri Besar Baru Kedah
  • Nama Penuh: Datuk Seri Ahmad Bashah Md Hanipah
  • Umur: 66 Tahun
  • Tarikh Lahir: 10 Oktober 1950
  • Asal Kelahiran: Kedah
  • Tempat Lahir: Mukim Langgar, Alor Setar, Kedah Darul Aman
  • Parti Politik: BN/ UMNO
  • Tarikh Istiadat Pelantikan MB Kedah: 4 Februari 2016 (Khamis)
  • Jawatan Terdahulu: Timbalan Menteri Perdagangan Dalam Negeri, Koperasi dan Kepenggunaan
  • Jawatan Terkini: Menteri Besar Kedah

Agenda Pelantikan Menteri Besar Kedah: 14 ketua Umno Kedah yang diketuai oleh Ahmad Bashah, mengadakan sidang akhbar pada 20 Januari 2016, menggesa Perdana Menteri Datuk Seri Najib untuk membuang Mukhriz sebagai Menteri Besar Kedah dan Ketua Umno negeri.

Desakan Ahmad Bashah Terhadap Mukhriz: Mukhriz didakwa telah gagal untuk menguruskan negeri dengan cekap dan tidak mempunyai apa-apa rancangan strategik untuk Umno Kedah untuk menghadapi pilihan raya umum akan datang.

Pingat Anugerah: Darjah Paduka Seri Setia Sultan Abdul Halim Mu’Adzam Shah (D.H.M.S ), Darjah Setia Diraja Kedah (D.S.D.K), Jaksa Pendamai (JP) pada tahun, Kesasteria Mangku Negara (KMN), Setia Diraja Kedah (SDK), Ahli Mahkota Kedah (AMK), Bintang Kebaktian Masyrakat (BKM), Pingat Pangkuan Negara (PPN), Pingat Jasa Kebaktian (PJK), dan Darjah Seri Setia Diraja Kedah Yang Amat Dihormati (S.S.D.K).

Kejayaan: Menang pilihanraya di Kawasan N12 Bakar Bata Kedah tiga kali berturut sejak 1994, 2004 dan 2008

Kronologi Ahmad Bashah Dalam Bidang Politik Kedah
  • 1991: Ahli Lembaga Pengarah MADA
  • 1998: Ahli Majlis Perbandaran Kota Star
  • 1989: Pegawai Penyelaras Sukan, Kedah Darul Aman
  • 1990-1993: Timbalan Ketua Pemuda UMNO Negeri
  • 1995: Ahli Dewan Undangan Negeri Alor Merah
  • 1999: Pengerusi Jawatankuasa Perumahan, Kerajaan Tempatan dan Alam Sekitar Kedah dan Ahli Dewan Undangan Negeri Bakar Bata, serta Timbalan Menteri KPDNKK.
  • 1994-1997: Bendahari Umno Kedah
  • 1984-1993: Ketua Pemuda UMNO Bahagian Alor Star
  • 1993-1995: Timbalan Ketua UMNO Bahagian Alor Star
  • 1995-2016: Ketua UMNO Bahagian Alor Star
  • 2011-2016: Pengerusi Perhubungan UMNO Kedah dan sebagai Timbalan Pengerusi Perhubungan UMNO Kedah pada 2013 hingga sekarang 2016.
  • 2016: Menteri Besar Kedah





Video tonton Maharaja Lawak Mega MLM 2016 Minggu 1 secara full online. Gelanggang Maharaja Lawak Mega 2016 kini membuka tirai pada setiap Jumaat mulai 29 Januari 2016 bertempat di Royale Teater Shah Alam. Untuk info, seramai 15 kumpulan peserta secara rasmi akan berentap pada minggu pertama. Saksikan Maharaja Lawak Mega 2016 bermula pada pukul 10.00 malam Jumaat hanya di Astro Warna saluran 132 dan tayangan serentak menerusi Astro Mustika HD. Bagi yang tidak berkesempatan menonton MLM 2016 minggu pertama, anda boleh tonton dilaman ini sebaik sahaja rancangan tamat.

Video Maharaja Lawak Mega 2016 Minggu 1 Full Online




Keputusan rasmi pemenang AJL 30 Anugerah Juara Lagu pada 24 Januari 2016. Malam berprestij Anugerah Juara Lagu kali ke 30 kini berlangsung di Stadium Melawati Shah Alam bermula pada jam 9.00 malam Ahad. Siaran ekslusif secara live turut disiarkan menerusi saluran TV3 dan tayangan serentak di Tonton. Untuk info, sebanyak 12 buah lagu yang layak telah dipertandingkan untuk merebut gelaran juara Anugerah Juara Lagu AJL30.

Keputusan Pemenang AJL 30 Anugerah Juara Lagu 2016 (Rasmi)

Juara AJL 30: Akim & The Majistret (Potret) -Wang Tunai RM50,000 + Trofi
Naib Juara: Assalamualaikum (Faizal Tahir) -Wang Tunai RM35,000 + Trofi
Tempat Ke 3: Hanya Namamu (Caliph Buskers) – Wang Tunai RM20,000 + Trofi
Vokal Terbaik: Dayang Nur Faizah (Tak Pernah Menyerah) – Wang Tunai 12,000 + Trofi
Persembahan Terbaik: Akim & The Majistret (Potret) – Wang Tunai RM12,000 + Trofi
Pemenang Anugerah Qu Puteh Diva: Dato Siti Nurhaliza
Anugerah Khas AJL 30: Tan Sri Othman Merican & Datuk Ooi Eow Jin

Senarai 12 Finalis Anugerah Juara Lagu (AJL30)
  • Sampai Mati (Hazama)
  • Potret (Akim & The Majistret)
  • Assalamualaikum (Faizal Tahir)
  • Biarkanlah (Drama Band)
  • Hanya Namamu (Caliph Buskers)
  • Knock Knock (Elizabeth Tan)
  • Malam Ini Kita Punya (Bunkface)
  • Angin Kencang (Noh Salleh)
  • Bukan Hal Aku (Kaka Azraff dan Aliff)
  • Mana Mungkin (Black)
  • Not For Sale (Stacy)
  • Tak Pernah Menyerah (Dayang Nurfaizah)


Borang permohonan Skim Perumahan Belia 2016. Pihak BSN dengan kerjasama Kumpulan Wang Simpanan pekerja KWSP mempelawa belia yang telah berkahwin berumur dari 25 tahun hingga 40 tahun untuk mengemukakan permohonan pembiayaan perumahan dibawah skim perumahan belia. Tambah kenyataan BSN lagi, pemohon mestilah tidak pernah memiliki rumah dan pendapatan isi rumah tidak melebihi RM10,000.

Syarat Kelayakan Skim Perumahan Belia BSN 2016
  • Warganegara Malaysia berumur antara 25 tahun hingga 40 tahun
  • Pendapatan Isi Rumah tidak melebihi RM10,000
  • Wajib kepada pasangan yang berkahwin
  • Individu bujang tidak layak untuk skim perumahan belia
Kelebihan Skim Perumahan Belia BSN 2016
  • Skim pembiayaan perumahan sebanyak 100 peratus dimana pemohon tidak perlu mengemukakan deposit 10 peratus daripada harga rumah.
  • Bantuan tunai sebanyak RM200 untuk 24 bulan pertama daripada kerajaan Malaysia.
  • Pengeculian pembayaran duti setem sebanyak 50 peratus
  • Pembiayaan perumahan bermula dari RM100,000 sehingga maksimum RM500,000 dengan tempoh pembiayaan maksimum 35 tahun atau sehingga umur pemohon 65 tahun.
  • Kadar bunga yang rendah antara BR+0.45% sehingga BR+2.85%
Borang Permohonan Skim Perumahan Belia BSN 2016

Tarikh Tutup Permohonan
1 Januari 2016 sehingga 31 Disember 2016

Jumlah Kuota Skim Perumahan Belia BSN
Terhad kepada 200,000 pemohon sahaja





Tarikh rasmi bila keputusan SPM 2015 diumumkan keluar pada 3 Mac 2016. Debaran kini terasa apabila slip keputusan SPM akan diumumkan tidak lama lagi. Menerusi kenyataan rasmi Lembaga Peperiksaan Malaysia, keputusan Sijil Pelajaran Malaysia akan diumumkan keluar mulai Khamis 3 Mac 2016. Slip keputusan SPM boleh diambil disekolah masing-masing bermula pada jam 10.00 pagi. Semakan keputusan SPM 2015 juga boleh disemak menggunakan Sistem Pesanan Ringkas SMS.

Tarikh Rasmi Keputusan SPM 2015 Diumumkan 3 Mac 2016
  • Tarikh: 3 Mac 2016 (Khamis)
  • Masa: Selepas jam 10.00 pagi
  • Lokasi: Sekolah masing-masing
Semakan Keputusan SPM 2015 Menerusi Applikasi SMS
SPM<jarak>NO. KP<jarak>ANGKA GILIRAN dan sms ke 15888

Borang Maklumat Hubungan

Nama

E-mel *

Mesej *

Dikuasakan oleh Blogger.
Javascript DisablePlease Enable Javascript To See All Widget