2016-01-17


PENCAPAIAN, gaya pengurusan serta sikap profesionalisme yang diamalkan oleh skuad Johor Darul Takzim (Johor DT) sudah mula mendapat perhatian syarikat gergasi dari luar negara.

Terbaharu, ada desas-desus yang mengatakan sebuah syarikat terkenal di Thailand berminat untuk menaja skuad yang mendapat jolokan Harimau Selatan itu.

Khabar gembira itu diumumkan oleh Presiden Persatuan Bola Sepak Negeri Johor (PBNJ), Datuk Ismail Karim menerusi laman Facebook rasmi pasukan itu, Johor Southern Tigers semalam.

Menurut Ismail, syarikat dari Thailand itu juga dikatakan turut menaja beberapa kelab bola sepak di Eropah dan nilai tajaan mereka dengan Johor DT masih dalam peringkat rundingan.

“Ini merupakan satu lagi maklumat yang baik untuk dikongsi dengan para penyokong skuad Johor DT dan berita gembira ini hadir ketika pasukan Harimau Selatan kini berada di Thailand untuk mengadakan beberapa perlawanan persahabatan. Ada syarikat besar di sana ingin menaja kelab kita seperti mana syarikat ini menaja beberapa kelab bola sepak di Eropah.

“Secara tidak langsung, ini membuktikan bahawa kita sudah berada pada tahap antarabangsa. Buat masa ini, rundingan sedang dilakukan dan kami akan memaklumkan keputusannya nanti,” kata Ismail.

Pasukan Johor DT bertandang ke negara Gajah Putih itu bagi melengkapkan siri jelajah mereka sebagai persiapan menghadapi perlawanan kelayakan Liga Juara-Juara Asia (ACL) serta Liga Malaysia 2016 yang akan membuka tirai pada 30 Januari ini.

Skuad Harimau Selatan itu dijadualkan menentang beberapa kelab dalam Liga Thailand seperti Chonburi FC dan Big Bang Chulalongkorn University FC.

Jumaat lalu Kosmo! melaporkan, Johor DT muncul pasukan terkaya dalam saingan Liga Malaysia (Liga M) musim ini apabila mengumpul dana sebanyak RM100 juta setakat ini.

Awal minggu lalu, Sultan Johor, Sultan Ibrahim Sultan Iskandar berkenan mengurniakan sumbangan RM50 juta kepada skuad Harimau Selatan itu.

Susulan itu, anakanda baginda, Tunku Mahkota Johor, Tunku Ismail mengikut jejak sama apabila menyumbangkan RM50 juta lagi sebagai dana tambahan kepada pasukan tersebut - kosmo online


PETALING JAYA: Persatuan Bola sepak Malaysia (FAM) melantik Datuk Ong Kim Swee sebagai ketua jurulatih skuad Harimau Malaya selama dua tahun berkuatkuasa dalam masa terdekat.

Pelantikan itu diumumkan oleh Timbalan Presiden FAM, Datuk Abdul Mokhtar Ahmad di Wisma FAM di sini pada petang Isnin.

Menurut Abdul Mokhtar, pemilihan tersebut dikendalikan 10 panel khas termasuk Institut Sukan Negara (ISN), Majlis Sukan Negara (MSN), pengamal media dan persatuan jurulatih bola sepak Malaysia (PJBM).

"Saingan amat sengit... setiap calon beri persembahan lebih kurang sama.

"Ada plus and minus (tambah dab tolak) tapi kita dah nilai ketiga- tiga calon dan sebulat suara melantik Datuk Ong Kim Swee sebagai jurulatih skuad kebangsaan bagi musim 2016-2017," katanya.

Abdul Mokhtar berkata pemilihan Kim Swee dinilai berdasarkan pengalaman dan prestasinya memimpin skuad Harimau Malaya selama ini.

"Kami mahukan seorang jurulatih yang berupaya membawa kemenangan kepada pasukan negara. Jadi dia memenuhi kriteria yang dikehendaki," katanya.

Namun, beliau berkata Kim Swee perlu melengkapkan beberapa kriteria yang ditetapkan FAM yang akan menjadi pengukur prestasinya dalam tempoh dua tahun ini.

Antara kriteria tersebut adalah membantu skuad bawah 23 tahun, meningkat ranking Malaysia pada kedudukan 140 yang kini berada di tempat ke-171 dunia, menjuarai Piala AFF Suzuki 2016 dan melepasi pusingan play off Piala Asia 2019.

"Itu antara kriteria yang perlu dipenuhi beliau untuk tempoh dua tahun ini," katanya.

Kim Swee yang merupakan bekas ketua jurulatih skuad Bawah 23 Tahun (B-23) negara sebelum ini memangku jawatan tersebut bagi menggantikan Dollah Salleh.

Dollah meletak jawatan sebagai jurulatih berikutan kekalahan memalukan 10-0 skuad negara kepada Emiriah Arab Bersatu (UAE) pada perlawanan ketiga Kumpulan A pusingan kelayakan Piala Dunia 2018/Piala Asia 2019 di Abu Dhabi, UAE, 3 September lepas - mstar online


Cara buat rayuan Kolej Vokasional dan Sekolah Menengah Teknik 2016. Bagi calon yang gagal untuk mendapat tempat di Program Vokasional dan Sekolah Teknik, anda boleh mengemukakan rayuan secara “walk in” atau datang terus ke Sekolah Teknik dan Vokasional yang berdekatan dengan kediaman anda. Ini kerana pihak sekolah masih menerima calon sekiranya masih ada kekosongan selepas tarikh pendaftaran pelajar baharu. Terdahulu, semakan koleh vokasional dan sekolah menengah teknik bagi sesi kemasukan 2016 telah diumumkan keluar mulai 18 Januari 2016.

Cara Rayuan Kolej Vokasional & Sekolah Teknik 2016
Rayuan boleh dibuat secara bertulis atau datang terus ke Kolej Vokasional dan Sekolah Teknik dalam tempoh sebulan dari tarikh semakan.


Borang pendaftaran SPM Ulangan (SPMU) dan calon persendirian bagi tahun 2016. Menerusi makluman Lembaga Peperiksaan Malaysia, pendaftaran calon persendirian bagi peperiksaan Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) dan Sijil Pelajaran Malaysia Ulangan (SPMU) akan dibuka bermula 1 Mac 2016 sehingga 31 Mac 2016. Berikut adalah cara permohonan online dan manual pendaftaran SPMU dan calon persendirian bagi tahun 2016.

Pendaftaran SPM Ulangan dan Calon Persendirian 2016 Online
Sila layari http://apps2.moe.gov.my/lponline mulai 1 Mac 2016 hingga 31 Mac 2016.

atau

Borang Manual SPMU dan Calon Persendirian 2016
Borang pendaftaran juga boleh diperoleh di Jabatan Pendidikan Negeri terdekat. Pendaftaran lewat lebih daripada tarikh tutup permohonan tidak akan dipertimbangkan.


Tarikh bila kadar dividen KWSP 2015 2016 diumumkan keluar. Pihak KWSP akan mengumumkan kadar dividen bagi tahun kewangan yang berakhir 31 Disember 2015 pada Minggu Pertama Bulan Februari 2016. Manakala penyata akaun yang dikreditkan dividen, boleh disemak secara online melalui i-Akaun di laman web myEPF www.kwsp.gov.my, selain boleh didapati dari kios KWSP atau cawangan KWSP berdekatan sehari selepas KWSP mengumumkan dividen.

Tarikh Kadar Dividen KWSP 2015-2016 Diumumkan Keluar
Minggu Pertama Bulan Februari 2016

Kronologi Dividen Kumpulan Wang Simpanan Pekerja KWSP
  • Tahun 2010: 5.80%
  • Tahun 2011: 6.00%
  • Tahun 2012: 6.15%
  • Tahun 2013: 6.35%
  • Tahun 2014: 6.75%
  • Tahun 2015: Belum Diumumkan



Gambar jersi baharu Kelantan The Red Warrior (TRW) 2016 Liga Super. Seperti sedia maklum, Dato Seri Vida dibawah Vida Beauty SDN BHD secara rasmi telah menaja pasukan Kelantan untuk sepanjang musim Liga Super 2016 dengan kos tajaan berjumlah RM16 Juta. Majlis menandatangi kontrak penajaan itu telah ditandatangani pada 15 Januari 2016 bertempat di Bangunan MARA jalan raja laut Kuala Lumpur. Seperti yang dipersetujui dalam perjanjian, nama The Red Warrior kini secara rasminya adalah “Pamoga Qu Puteh The Red Warriors”. Manakala Stadium Sultan Muhammad IV dan juga jersi baharu turut diwarnakan merah jambu.

Gambar Jersi Baru Kelantan TRW 2016 Liga Super
Majlis pelancaran jersi baharu Kelantan 2016 dijangka akan diumumkan tidak lama lagi. Apapun, mari lihat kecomelan para pemain memakai baju warna “pink”.





Permohonan biasiswa Kerajaan Negeri Sabah 2016 secara online. Kerajaan Negeri Sabah mempelawa bumiputera Sabah yang berkelayakan untuk memohon Biasiswa Yayasan Sabah 2016 mulai 15 Mac 2016 sehingga 14 April 2016. Semakan keputusan boleh disemak mulai bulan Jun 2016.

Syarat Kelayakan Biasiswa Kerajaan Negeri Sabah 2016
  • Warganegara Malaysia yang berasal dari Negeri Sabah dan Wilayah Persekutuan Labuan
  • Berumur 17 tahun dan keatas
  • Salah seorang ibu atau bapa pemohon berasal dan dilahirkan di Sabah atau Wilayah Persekutuan Labuan
  • Kursus Diploma dan Ijazah Sarjana Muda di Institusi Pengajian Tinggi Tempatan yang diiktiraf oleh Kerajaan Negeri Sabah
Kelayakan Akademik Biasiswa Kerajaan Negeri Sabah 2016
Kursus Diploma
Lulus Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) dengan memperoleh sekurang-kurangnya gred C dalam lima (5) mata pelajaran termasuk Bahasa Melayu dan mata pelajaran yang berkaitan dengan bidang kursus yang hendak diikuti. Lulus dengan kepujian dalam mata pelajaran Bahasa Inggeris untuk universiti yang menggunakan Bahasa Inggeris sebagai Bahasa Penghantar.

Kursus Sarjana Muda
Lulus Sijil Tinggi Persekolahan Malaysia (STPM) dengan memperoleh sekurang-kurangnya gred B dalam empat (4) mata pelajaran berkaitan dengan bidang kursus yang hendak diikuti. Kelayakan ini haruslah diperoleh dengan hanya sekali menduduki peperiksaan atau kelayakan yang setaraf. Lulus Matrikulasi dengan memperolehi sekurang-kurangnya PNGK/CGPA 3.00 atau Lulus Foundation dengan mendapat sekurang-kurangnya PNGK/CGPA 3.5. Perubatan, Pergigian dan Farmasi Kursus Perubatan, Pergigian dan Farmasi perlu mendapat sekurang-kurangnya CGPA 3.5 di peringkat STPM/Diploma/Matrikulasi.

Permohonan Biasiswa Kerajaan Negeri Sabah 2016 Online
Tarikh Tutup Permohonan : 14 April 2016
Semakan Keputusan Permohonan : Jun 2016




Gambar baju jersi baru Johor JDT musim bola sepak 2016. 
Pasukan bola sepak Johor Darul Takzim baharu sahaja melancarkan rekaan jersi baharu pada 16 Januari 2016. Berikut adalah beberapa keping foto baju jersi baharu bagi pasukan Johor Darul Tazim melibatkan jersi “Home’, “Away” dan Penjaga Gol. Rekaan baju JDT 2016 kali ini lebih ringkas dan masih mengekalkan nilai eksklusif.








Berita terkini Isteri kepada Black Mentor iaitu Naquia Yasirah disahkan keguguran anak kedua. Hasrat Black Mentor untuk menimang cahaya mata yang kedua tidak kesampaian apabila bayi tersebut disahkan telah meninggal dunia didalam kandungan pada 16 Januari 2016 bertempat di Hospital Pakar Subang Jaya Medical Centre. Difahamkan, isteri Black Mentor telah mengalami keguguran anak pada usia kandungan lima bulan. Untuk info, setakat ini Black dan Isterinya Naquia Yasirah sudah dikurniakan seorang anak lelaki iaitu Khaleef Dhayan yang baru sahaja berusia setahun lebih. Apapun, takziah diucapkan kepada Black Mentor dan Isteri atas kehilangan anak kedua pasangan ini.


PTPTN mewajibkan peminjam hanya perlu bayar RM300 atau ansuran 3 Bulan Pertama untuk elak senarai hitam. Berita baik bagi semua peminjam PTPTN yang tidak pernah membayar pinjaman serta mempunyai tunggakan bulanan yang banyak. PTPTN kini mengadakan promosi dimana peminjam boleh membayar sebanyak RM300 sahaja atau ansuran 3 bulan pertama untuk proses penstrukturan semula pembiayaan pinjaman atau pertukaran kepada Ujrah (Biasiswa). Selain itu, anda juga tidak akan disenarai hitamkan namun perjanjian baharu wajib ditandatangani antara anda dan pihak PTPTN bagi penstrukturan semula atau penukaran ke ujrah.

Terdahulu, polisi sedia ada PTPTN memerlukan peminjam membuat bayaran sebanyak 50 peratus daripada jumlah tunggakan. Contoh anda telah mempunyai tunggakan PTPTN sebanyak RM20,000 dan anda wajib membayar RM10,000 untuk penstrukturan semula jadual pembayaran. Namun, kini PTPTN membuat polisi baharu dimana anda tidak perlu lagi membayar jumlah yang banyak melainkan hanya RM300 sahaja atau bayar ansuran 3 bulan pertama.

Bagaimanapun, tawaran ini terhad daripada 14 Januari 2016 sehingga 20 Januari 2016 sahaja. Sila berunding di kaunter PTPTN yang berhampiran dengan anda dalam masa terdekat.



Semakan keputusan result STAM 2015 pada 21 Januari 2016 secara online dan SMS. Menerusi makluman rasmi Kementerian Pendidikan Malaysia, semakan keputusan Sijil Tinggi Agama Malaysia (STAM) akan diumumkan keluar pada Khamis 21 Januari 2016 selepas jam 9.00 pagi. Calon-calon pula boleh mendapatkan keputusan di sekolah masing-masing selepas jam 10.00 pagi. Manakala calon persendirian pula akan diumumkan menerusi pos atau boleh hubungi Jabatan Pendidikan Daerah masing-masing.

Semakan Keputusan STAM 2015 Online Dan SMS
Tarikh: Mulai 21 Januari 2016 (Khamis)

Masa: 10.00 pagi

SMS: Taip STAM <JARAK> Nombor Kad Pengenalan <Hantar> ke 15888

Online: Tiada Semakan Secara online

Calon Sekolah: Bermula pada jam 10.00 pagi di Sekolah Masing-Masing

Calon Individu: Menerusi Pos dan keputusan akan dihantar ke alamat rumah masing-masing






Permohonan kemasukan Diploma Jururawat USM sesi akademik 2016/ 2017 secara online. Bagi calon yang layak dan berminat untuk mengikuti program Diploma Kejururawatan bagi sesi 2016-2017, permohonan akan dibuka mulai 25 Februari hingga 4 April 2016. Berikut adalah maklumat penting mengenai kemasukan Jururawat USM.

Objektif Program Diploma Jururawat USM 2016/ 2017
Program Diploma Kejururawatan USM merupakan program profesional yang berfokuskan kepada pendidikan akademik dan latihan klinikal bagi melatih Jururawat Profesional yang mahir dalam praktis kejururawatan klinikal moden yang selamat serta berupaya menyumbang kepada kesihatan masyarakat. Program ini terbuka kepada calon Lepasan Sijil Pelajaran Malaysia (SPM).


Permohonan Diploma Jururawat USM 2016-2017 Online
Sila layari https://pohon.usm.my/ mulai 25 Februari 2016




Semakan keputusan Ujian Penilaian Kelas KAFA (UPKK) bagi tahun 2015. Pihak JAKIM telah mengumumkan bahawa semakan keputusan UPKK akan diumumkan keluar pada Jumaat 15 Januari 2016. Tambah JAKIM lagi, keputusan UPKK akan dihantar ke Pejabat Agama Islam Daerah masing-masing terlebih dahulu sebelum dipanjangkan ke sekolah anak tuan-puan. Pihak sekolah yang terlibat menjadi pusat peperiksaan UPPK 2015 boleh mengambil keputusan UPKK tersebut pada tarikh 15 Januari 2016 di Pejabat Agama Daerah masing-masing. Oleh itu, ibu bapa dinasihatkan untuk merujuk sekolah masing-masing mengenai tarikh mengambil keputusan UPKK 2015.

Semakan Keputusan KAFA UPKK 2015 Online & SMS
Menerusi makluman rasmi JAKIM, Keputusan akan sampai ke sekolah selepas tarikh pengumuman rasmi daripada Jakim iaitu pada Jumaat 15 Januari 2016 selepas jam 10.00 pagi. Manakala, buat masa ini tiada capaian melalui SMS. Pihak sekolah akan mengambil keputusan UPKK 2015 menerusi Pejabat Agama Daerah masing-masing. Ibu Bapa dinasihatkan untuk rujuk ke sekolah anak masing-masing mengenai pengedaran keputusan UPKK.

Pengumuman Keputusan KAFA UPKK 2015 Online & SMS
JAKIM telah menghantar Keputusan UPKK di Pejabat Agama Islam Daerah masing-masing mulai 15 Januari 2016. Ibu bapa dinasihatkan untuk merujuk sekolah masing-masing mengenai tarikh pengambilan KAFA UPKK 2015. Berikut adalah contoh surat edaran yang dikeluarkan oleh pihak sekolah kepada ibu bapa.





Borang Maklumat Hubungan

Nama

E-mel *

Mesej *

Dikuasakan oleh Blogger.
Javascript DisablePlease Enable Javascript To See All Widget