2016-01-03


KUALA LUMPUR: Sah, pengasas produk kecantikan Qu Puteh, Datuk Seri Dr Hasmiza Othman bakal menaja The Red Warriors (TRW) selama dua musim, bermula tahun ini.

Penajaan syarikat milik anak kelahiran Machang, Kelantan itu dijangka melebihi RM16 juta.

Namun jumlah sebenar nilai tajaan hanya akan diumumkan pada sidang media majlis memeterai perjanjian penajaan berkenaan yang akan diadakan secara rasmi di sini pada 15 Januari nanti.

Perkara itu diumumkan usahawan wanita yang lebih dikenali sebagai Datuk Vida itu bersama Presiden Persatuan Bola Sepak Kelantan (Kafa), Tan Sri Annuar Musa.

Kedua-dua pihak mengadakan pertemuan peringkat akhir selama tiga jam di pejabat Annuar di Yayasan Pelajaran Mara, petang Jumaat.

Menerusi rundingan itu, Annuar berkata, Kafa turut bersetuju dengan dua syarat utama sebelum ini selain menerima 33 lagi syarat tambahan yang dikemukakan usahawan kosmetik termuka tersebut.

Dua syarat awal itu adalah Stadium Sultan Muhammad IV akan dicat warna merah jambu manakala nama pasukan Kelantan ditukar kepada Pamoga Qu Puteh The Red Warriors.

"Kita terima baik syarat tersebut. Namun perincian mengenai kontrak hanya akan dijelaskan pada sidang media ‎15 Januari nanti.

"Saya bersyukur kerana Datuk Seri (Vida) menunjukkan minat yang mendalam untuk memajukan pasukan ini.

"Agak memeranjatkan saya Datuk Seri Vida kaya dengan idea, TRW mendapat lebih banyak ilham dan pemasaran semula yang buatkan saya teruja sekarang kerana Qu Puteh punyai pendekatan sangat unik," katanya.

Dalam pada itu, Annuar turut mengumumkan pelantikan Vida sebagai Penasihat Kehormat Kafa bagi melancarkan urusan tatakelola dan pemasaran skuad TRW.

"Dengan jawatan ini, ertinya Datuk Seri dapat mencampuri secara langsung tentang urusan, tatakelola, kaedah-kaedah bagi memajukan pasukan bola sepak Kelantan. Tidak lagi jadi orang luar tapi dah jadi orang dalam kepada pasukan," katanya.

Mengulas mengenai pelantikan itu, Vida menyatakan rasa bersyukur kerana diberikan penghormatan tertinggi oleh Kafa.

"Saya berasa bersyukur dan bangga menjadi Penasihat Kehormat Kafa yang saya tak pernah terfikir sebelum ini. Alhamdulillah di atas kepercayaan itu," katanya.

Mengulas mengenai dua syarat utamanya sebelum ini, Vida menegaskan ia bukan sekadar gimik tetapi sebagai anjakan baharu kepada skuad bola sepak Kelantan.

"Sebanyak 33 syarat lagi saya telah kemukakan dan Alhamdulillah Tan Sri bersetuju dengan apa yang saya uar-uarkan itu. Perkara itu... wow sangat fantastik.

"Kita akan buka rahsia pertemuan kita pada Jumaat semasa sidang media itu nanti. Tunggu 15 Januari ini, membuka lebaran dan alaf baharu dalam arena sukan tanah air," katanya - mstar online



Tarikh pengagihan dan syarat baharu Baucar Buku 1Malaysia (BB1M) sesi 2016. Kerajaan seperti dalam Bajet 2016 telah mengetatkan syarat baharu penggunaan Baucar Buku 1Malaysia. Mulai tahun 2016, BB1M hanya boleh ditebus dikedai buku yang diiktiraf sahaja dan tidak boleh ditebus di mana-mana kedai buku yang tidak di iktiraf. Syarat khusus ini bertujuan supaya pelajar IPT tidak menyalahgunakan Baucar Buku tersebut. Tambah kenyataan Dato Seri Najib Razak, bayaran BB1M 2016 adalah kekal berjumlah RM250 dan dijangka dapat dimanfaatkan kepada 1.2 juta pelajar institusi pengajian tinggi diseluruh negara.

Tarikh & Syarat Baharu Baucar Buku 1Malaysia BB1M 2016
  • Tarikh Pengagihan: Akan diagihkan secara berperingkat mulai Januari 2016
  • Jumlah BB1M: RM250 ( 5 Keping Baucar BB1M)
  • Syarat Baharu: Hanya boleh ditebus di Kedai Buku Di Iktiraf Sahaja


Keputusan rasmi juara pemenang Ceria All Stars 2015 Akhir atau Final Astro. Pertandingan akhir Ceria All Stars kini menutup tirai pada Jumaat 8 Januari 2016. Seramai 5 kumpulan finalis yang berentap untuk merebut gelaran juara antaranya adalah Amira pemain drum, Lilly ahli gimnastik, BTB kumpulan tarian, Fikry persembahan seni kreatif guna cat tin dan LC juga kumpulan tarian. Saksikan Ceria All stars minggu akhir secara langsung pada jumaat jam 9.00 malam hanya di Saluran Astro Ceria (611). Untuk info, program realiti Ceria All Stars adalah sebuah program yang mengcungkil bakat kanak-kanak bawah umur 15 tahun dalam pelbagai bidang.

Senarai 5 Finalis Ceria All Stars 2015 Akhir

1. Amira (Pemain Drum)

2. Fikri (Seni kreatif menggunakan cat tin)

3. BTB Born To Be (Ahli Kumpulan Tarian)

4. Lilly (Ahli Gimnastik)

5. LC Learning Crew (Kumpulan Tarian)

Keputusan Juara Pemenang Ceria All Stars 2015 Akhir


Juara: Amira ( RM15,000 + Trofi )

Naib Juara: Fikry ( RM10,000 + Trofi )

Tempat Ketiga: BTB (Kumpulan Born To Be) ( RM5,000 + Trofi )

Anugerah Khas Caliph Kids Expert: Fikry (RM3,000)

Tahniah diucapkan kepada Amir (The Drummer) kerana telah dinobatkan sebagai Juara Ceria All Stars 2015 Musim Pertama. Selaku Juara, Amira membawa pulang wang tunai bernilai RM15,000 dan Trofi Sumbangan Astro. Naib Juara pula dimenangi oleh Fikry manakala tempat ketiga disandang oleh Kumpulan BTB. Manakala Anugerah Khas Caliph Kids Expert dimenangi oleh Fikry.


BERITA PALSU
Satu kajian daripada Universiti Princeton mendakwa pihaknya menemui kesan menakutkan apabila pelekat magnet peti sejuk boleh menyebabkan penyakit kanser.

Laporan itu dikongsikan beberapa blogger serta fanpage terkenal yang mempunyai jutaan pengikut.

Walaupun sudah lima bulan kajian itu dibuat namun sehingga semalam masih ada pemilik akaun Facebook berkongsikan perihal penemuan kajian tersebut. Sehingga kini lebih 6,000 pengikut laman Fanpage itu berkongsi laporan mengenai bahayanya pelekat magnet peti sejuk itu.

Laporan itu mendakwa makanan seperti ayam, daging, ikan dan sayuran yang disimpan di dalam peti sejuk itu akan dicemari oleh pancaran sinaran elektromagnet hasil daripada pelekat magnet yang diletakkan di pintu peti sejuk itu.

Malah, orang yang memakan makanan daripada peti sejuk itu berpeluang menghidap penyakit kanser apabila sel aktif hasil elektromagnet itu akan merebak secara senyap.


FAKTA
Menurut Pakar Sains Pemakanan, Pusat Pengajian Sains Kimia dan Teknologi Makanan, Fakulti Sains dan Teknologi Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM), Prof Dr Aminah Abdullah, fakta yang dikemukakan itu adalah palsu.

Beliau berkata, tidak mungkin pelekat magnet itu mampu menembusi pintu sesebuah peti ais dan mempengaruhi keadaan makanan di dalamnya.

“Pelekat hiasan yang hanya diletakkan di luar pintu peti ais, tidak mungkin boleh masuk dalam makanan.

“Apatah lagi keadaan suhunya yang sejuk menyukarkan makanan itu bertindak balas dengan faktor yang lain,” katanya.

Beliau berkata, pihaknya tidak pernah mendengar penemuan seumpama itu dilakukan mana-mana universiti setakat ini.

“Saya harap orang ramai tidak mudah percaya dan menyebarkan perkara yang tidak sahih,” katanya.

sumber : sinar harian


BERITA PALSU

MESEJ berkaitan pengedaran dadah jenis syabu di sekolah-sekolah terutama sekolah rendah, mula tersebar melalui aplikasi WhatsApp sejak empat hari lalu.

Mesej berkenaan berbunyi: “Dadah jenis baharu yg mula diedarkan ke sekolah-sekolah terutama sekolah rendah. Dadah jenis syabu, 'crystal meth' dikenali juga sebagai 'strawberry meth' berperisa strawberi.

Ada yang berperisa coklat dan sebagainya. Juga dikenali sebagai 'Strawberry Pop Rocks' seperti nama yang diberi. Awas yang ada anak-anak dan yang tidak ada anak, cuma anak didik kita.

Beritahu mereka tentang kehadiran jenis dadah ini yang sangat merbahaya sebab boleh merosakkan otak pertimbangan akal... Ada dijual dekat kedai dan mungkin peniaga yang dekat kawasan sekolah kerana peniaga itu pun tidak tau kandungannya. Oleh itu, sila berhati-hati. Sila pantau dan beri maklum balas jika terkesan di daerah tuan-tuan. Terima kasih."

Perkara berkenaan telah mendatangkan kebimbangan terutama dalam kalangan ibu bapa yang khuatir sekiranya mesej yang disebar adalah benar.


FAKTA

Bagaimanapun maklumat itu dinafikan Timbalan Ketua Polis Negara, Datuk Seri Noor Rashid Ibrahim yang mengesahkan mesej tersebut adalah palsu dan tidak benar.
“Pihak polis tidak pernah menerima sebarang laporan berkaitan kes tersebut.

“Memang benar sebelum ini, terdapat kes membabitkan dadah jenis syabu yang dibungkus dengan plastik gula-gula. Namun ia tidak diedarkan ke sekolah-sekolah,” katanya.

Menurut Noor Rashid, mereka yang menyebarkan mesej ini, mungkin bertujuan untuk menakut-nakutkan orang ramai terutama ibu bapa yang mempunyai anak bersekolah.
“Saya tidak faham mengapa mesej begini disebarkan dan dari mana maklumat diperolehi.

“Orang ramai tidak perlu bimbang. Polis sentiasa memantau sebarang bentuk pengedaran dadah dan akan memastikan kawasan sekolah selamat dari gejala ini,” katanya.

sumber : sinar harian


Berita Palsu
Satu mesej tersebar di media sosial mengenai seorang ibu yang kematian anak akibat kanser, dikatakan berpunca daripada minuman berkultur.

Menurut mesej itu, doktor pakar yang merawat kanak-kanak tersebut memaklumkan bakteria hidup yang berada di dalam minuman berkultur itu mengaktifkan sel kanser.

Doktor pakar tersebut juga dikatakan memberitahu sampel air sum-sum dari tulang belakang kanak-kanak itu mempunyai banyak bakteria daripada minuman yogurt tersebut.

"Doktor yang beritahu (perkara itu) siap merayu supaya kami jangan bagi anak-anak minum (minuman berkultur)," menurut mesej itu.

Fakta
Dakwaan minuman berkultur boleh menyebabkan sel kanser menjadi aktif yang viral di laman sosial kini tidak disertakan dengan bukti dan mempunyai beberapa kemusykilan kerana kuman probiotik digunakan dalam minuman tersebut disahkan selamat bagi individu sihat, termasuk wanita yang hamil dan menyusukan anak.

Pakar perubatan, Dr Zubaidi Ahmad berkata, minuman itu selamat dan dikatakan dapat merawat beberapa penyakit secara semula jadi dan tanpa ubat jika diambil oleh individu sihat.

"Namun minuman seperti ini tidak sesuai bagi individu yang mempunyai sistem daya tahan yang lemah kerana kuman probiotik adalah kuman bakteria yang hidup, dikhuatiri akan berkembang dengan cepat pada individu yang mempunyai sistem daya tahan yang lemah.

"Ini termasuk pesakit HIV/Aids, orang yang baru menerima derma organ dan mengambil ubat-ubatan untuk mencegah penolakan organ yang dipindahkan, pesakit diabetes, kanser dan yang sedang menerima rawatan untuk kanser, pesakit ginjal dan menjalani rawatan dialisis, pesakit autoimun seperti SLE, pesakit yang mendapat rawatan steroid dan pesakit yang telah menjalani pembedahan usus," katanya yang dipetik menerusi blognya drzubaidi.com.

Katanya, pemilihan kuman probiotik mestilah memenuhi syarat termasuk terbukti selamat untuk kegunaan manusia, dapat hidup dan membiak dalam usus dan mampu hidup walaupun terdapat asid perut dan hempedu.

"(Selain itu, kuman probiotik) perlu terbukti secara saintifik mempunyai kesan baik, boleh didapati dalam jumlah yang mencukupi untuk memberi kesan pada kesihatan tubuh dan bakteria probiotik tidak tinggal dalam usus dan akan dikeluarkan ketika buang air besar," katanya

Sumber : sinar harian


Berita Palsu
SATU mesej viral tersebar di media sosial, baru-baru ini mengenai seorang wanita kononnya mati secara mengejut kerana memakan mi goreng secara berlebihan yang disusuli dengan memakan coklat.

Menurut mesej itu, selepas diselidik, wanita itu didapati meninggal dunia kerana racun arsenik pentoksida, yang dikatakan terdapat dalam mi goreng.

Arsenik pentoksida itu dikatakan menyebabkan reaksi kimia di dalam perut yang berubah menjadi arsenik trioksida yang sangat beracun sehingga menyebabkan hati, jantung, ginjal, pembuluh darah rosak dan melebar serta usus berdarah.

"Jadi hati-hati, apabila memakan mi goreng, mi kering dan mi soto, jangan makan coklat pada waktu yang sama," menurut mesej itu.

Fakta
Memakan mi goreng dan coklat dalam waktu yang sama tidak akan menyebabkan kematian seperti didakwa dalam mesej berantai yang disebarkan di media sosial.

Pakar Toksikologi, Keselamatan dan Terapi Makanan di Jabatan Sains Pemakanan, Universiti Islam Antarabangsa Malaysia, Dr Norazlanshah Hazali berkata, walaupun arsenik pentoksida disahkan sangat bahaya dan boleh menyebabkan kematian jika dimakan, bahan kimia itu tidak berada di dalam mi goreng atau mana-mana kandungan makanan lain.

Katanya, arsenik pentoksida merupakan gabungan bahan kimia yang terhasil akibat tindak balas beberapa bahan kimia lain.

"Ia selalunya digunakan di dalam makmal untuk kajian dan tidak mudah dibeli kerana ia merupakan bahan kimia yang dipantau," katanya kepada Sinar Harian.

Norazlanshah turut menasihati orang ramai supaya tidak mudah mempercayai mesej viral seumpama itu serta menyebarkannya tanpa sebarang pengesahan.

"Sebaliknya, orang ramai perlu mencari saluran yang betul dengan merujuk kepada Kementerian Kesihatan terlebih dahulu," katanya.

sumber : sinar harian


BERDASARKAN viral berkenaan, beras tiruan dengan nama Sukaramai dikatakan sudah memasuki pasaran negara ini dan beberapa penemuan beras itu mula disebarkan.

Beras tiruan ini dihasilkan menggunakan campuran kentang, keledek dan plastik resin yang selalu digunakan industri dengan diproses sama bentuk beras asli.

Taktik pengedar beras tiruan palsu ini bagi mengelakkan pengguna tahu adalah dengan mencampurkan beras tiruan tersebut dengan beras asli membolehkan nasi yang dimasak tidak keras.

Berdasarkan sebuah laporan di luar negara, beras tiruan ini kebanyakannya dihasilkan dari China, terutamanya di Taiyuan di wilayah Shaanxi.

Pakar-pakar kesihatan dan pemakanan telah beri amaran bahawa memakan bijirin palsu itu, dicampur dengan resin beracun, boleh merosakkan sistem penghadaman.

Satu laporan di Very Vietnam menyatakan seorang pegawai dari Persatuan Pengusaha Restoran Cina telah mengumumkan makan tiga mangkuk beras tiruan ini adalah sama dengan makan sekeping beg plastik.

sumber : sinar harian


BERITA PALSU
Air minuman jenama Upin Ipin dikatakan mengandungi dadah. Ia berikutan penyebaran gambar tangkapan beberapa orang remaja di sebuah hotel bersama minuman perisa teh lemon ais dan anggur jenama Upin Ipin yang telah dicampurkan dadah.

Terdapat juga mesej di aplikasi WhatsApp agar pengguna berhati-hati dan tidak meminum air jenama tersebut.


FAKTA
Pengarah Urusan Upin Ipin Food Sdn Bhd, Afzaruddin Burhanuddin memberi jaminan air minuman keluaran syarikat itu adalah selamat. Katanya, sampel diperolehi polis adalah botol yang telah dipakej semula oleh sindiket dadah dengan meletakkan air ketum bagi mengaburi pihak berkuasa.

“Kes ini sebenarnya bagi botol yang telah dibuka penutupnya dan dicampur dengan dadah. Ikut pasaran dijual RM30 sebotol.

“Minuman yang dijual di kedai adalah selamat diminum,” katanya dalam kenyataan, semalam.

sumber : sinar harian


Berita Palsu
SATU rakaman audio dan gambar memaparkan belakang badan seorang mangsa yang cedera dan kelihatan berlubang-lubang disebarkan di media sosial.

Melalui rakaman audio itu dalam bahasa Melayu itu, suara seorang lelaki menjelaskan bahawa kecederaan itu berpunca daripada sikap mangsa yang mengecas telefon bimbit sambil memasang lagu dan memakai ‘ear phone’.

Mangsa kemudiannya dikatakan tertidur dan telefon bimbitnya terlebih cas. Suara dalam rakaman itu mendakwa cas elektrik disalurkan melalui 'ear phone' dan menyebabkan badan mangsa berlubang.


Fakta
KEJADIAN sebenar berlaku di India akibat rusuhan seperti dilaporkan laman web berita Khalsa Force.

Dalam kejadian itu, polis menggunakan bom buluh, meriam air dan peluru hidup terhadap peserta himpunan di Moga, Punjab.

Tiga orang dilaporkan mati, manakala ratusan yang lain tercedera. Namun, tidak dapat dipastikan sama ada mangsa dalam gambar tersebut terselamat atau tidak.

sumber : sinar harian



Berita Palsu

NOTIS dari Kementerian Kesihatan memaklumkan produk Radix Kopi Campuran jenama HPA Industries Sdn Bhd dikesan mengandungi racun berjadual Sildenafil.

Pihak syarikat diarahkan memanggil balik produk berkenaan dalam tempoh 14 hari. Surat bertarikh 29 Oktober 2015 itu diviralkan pihak tertentu.

Fakta

HPA Industries Sdn Bhd menafikan produk keluaran syarikat itu mengandungi racun seperti didakwa.

Pengurus Pengeluarannya, Zakaria Abu Bakar berkata, berdasarkan rekod syarikat, produk yang didakwa mengandungi racun adalah produk tiruan, berdasarkan nombor batch 15FH06/00286 MAY 2017, di mana ia bukan keluaran syarikat. 

Pengguna dinasihatkan membeli produk daripada agen sah. Laporan polis berhubung perkara itu dibuat Jumaat lalu di Balai Polis Kangar.

sumber : sinar harian



BERITA PALSU

SATU rakaman video berdurasi selama 2:18 minit memaparkan mengenai bahaya dan risiko menggunakan telefon pintar jenis Samsung yang didakwa mampu menyimpan serta mencuri data pengguna menjadi viral di media sosial sehingga menimbulkan kegusaran sesetengah pihak.

Melalui rakaman berkenaan, pemilik video mendakwa, terdapat cip pengintip yang dipasang di belakang bateri telefon tersebut untuk mengintip apa yang dilakukan penggunanya termasuk mengesan data, video dan apa saja yang dimuat turun pengguna dari dalam telefon tersebut.

FAKTA

Pensyarah Fakulti Sains dan Teknologi Maklumat Kolej Universiti Islam Antarabangsa Selangor (Kuis), Khirul Nizam Abd Rahman memaklumkan bahawa tayangan klip video berkenaan adalah berkemungkinan tidak benar memandangkan cip tersebut dikenali sebagai antenna Near Field Communication (NFC).

Menurut beliau, NFC berfungsi bagi membolehkan pengguna bertukar data atau maklumat dengan peralatan lain yang turut mempunyai teknologi berkenaan seperti telefon pintar dan sebagainya.

Selain itu, Khirul memaklumkan bahawa NFC juga berfungsi sama seperti teknologi Bluetooth di mana pengguna perlu mendekatkan telefon pintar bagi membolehkan berlakunya pertukaran data serta ianya memerlukan kebenaran daripada pengguna terlebih dahulu.

Tambahnya, masyarakat tidak perlu gusar memandangkan kecurian data dengan menggunakan NFC adalah mustahil sama sekali, namun mereka perlu berjaga-jaga kerana pada masa kini, terdapat pelbagai aplikasi yang ditawarkan kepada orang ramai bagi tujuan untuk mencuri maklumat pengguna lain.

sumber : sinar harian


Tarikh dividen dan bonus Tabung Haji 2015-2016 diumumkan keluar. Seperti yang dimaklumkan oleh Lembaga Tabung Haji, pengumuman dividen beserta bonus Tabung Haji bagi tahun kewangan yang berakhir pada 31 Disember 2015 hanya akan diumumkan pada Minggu ke 4 bulan Januari 2016. Manakala pembayaran dividen dan bonus pula akan dikreditkan ke akaun pencarum atau pendeposit secara automatik mulai awal Bulan Februari 2016.

Tarikh Didiven & Bonus Tabung Haji 2015-2016 Diumumkan
  • Akan diumumkan pada minggu ke 4 Bulan Januari 2016

Tarikh Pembayaran Didiven & Bonus Tabung Haji 2015-2016
  • Mulai Februari 2016

Kronologi Kadar Dividen Bonus Tabung Haji
  • 2015: Akan diumumkan pada Minggu ke empat Januari 2016
  • 2014: 6.25 peratus bonus tahunan, 2% Bonus Haji
  • 2013: 6.0% Bonus Tahunan, 2% Bonus Haji
  • 2012: 6.5% Bonus Tahunan, 1.5% Bonus Haji
  • 2011: 6.5% Bonus Tahunan dan Tiada Bonus


LAHAD DATU: Tujuh laras senjata api dan 173 peluru hidup dijumpai oleh sepasukan Pasukan Gerakan Am (PGA) ketika melakukan rondaan 'Ops Taring' di kawasan Tanduo di Felda Sahabat, di sini semalam.

Ketua Polis Daerah Lahad Datu ACP Hamzah Ahmad berkata senjata api dan peluru tersebut ditemukan di dalam sebuah karung dalam keadaan tertanam dalam tanah pada 1 tengah hari.

Katanya jentera pengorek digunakan untuk mengeluarkan karung mengandungi lima pucuk pistol berserta tiga kelopak, dua laras M14 berserta dua kelopak, 173 butir peluru hidup dan satu gari.

"Anggota PGA dari Komtek Sahabat 16 dan Pos Tanjung Labian menemui senjata api dan peluru tersebut," katanya di sini, hari ini.


Hamzah berkata semua barang tersebut telah diserahkan ke Balai Polis Cenderawasih Felda Sahabat untuk tindakan - astro awani


PETALING JAYA : Datuk Ahmad Maslan mendakwa difitnah lagi apabila beliau dikatakan menyuruh orang ramai makan nasi berlaukan kicap bagi menjimatkan perbelanjaan.

Walaupun kecewa, beliau tetap mendoakan agar pihak yang memfitnahnya dibukakan hati dan menyesal atas perbuatan itu.

“Fitnah fitnah. Saya doakan agar orang yang mencipta fitnah ini dibukakan hatinya oleh Allah agar kesal dan tak ulangi lagi,” katanya menerusi laman sosial twitter miliknya.

Beliau turut memuat naik sekeping gambar di twtternya yang didakwa memfitnahnya;

“Jika nak berjimat cermat rakyat boleh makan nasi dengan kicap. Jangan nak salahkan kerajaan sebab GST dan penghapusan subsidi”

Ketua Penerangan UMNO itu sebelum ini menerima kecaman apabila menyarankan orang ramai agar melakukan dua kerja bagi mengatasi kos sara hidup.

Di sebalik kritikan, beliau tetap akan memberikan saranan kepada rakyat Malaysia menerusi media sosial bagi membantu rakyat berdepan dengan kehidupan yang mencabar -fmt



Abdul Rani Kulup Abdullah hari ini 'diangkut' pihak berkuasa bagi memberi keterangan berhubung anugerah 'Datuk Paduka Mahkota Melaka' yang diterimanya, baru-baru ini.

Abdul Rani atau lebih gemar membahasakan dirinya sebagai 'ayah’ pada mulanya mahu memberi keterangan di sebuah restoran mamak, bagaimanapun dibawa ke Balai Polis Gombak.

Sebelum ini Rani yang terkenal dengan julukan 'Raja Repot' menerima 'anugerah' daripada Raja Noor Jan Shah Tuah yang mengakui dirinya Sultan Melaka.

Bagaimanapun, majlis penganugerahan pingat itu tidak diiktiraf dan Noor Jan kini disiasat di bawah Akta Hasutan.

Beliau kelihatan tenang ketika memasuki balai polis tersebut bagi memberi keterangan dan membantu siasatan di bawah Akta Hasutan 1948.

“Lima tahun saya berkecimpung dalam report polis hingga saya gelar king of report. (Tapi) Raja Report Malaysia kena angkut hari ini dan ini sungguh haram jad**.

“Memang orang kata Raja Report akan kena, jadi inilah, dah kena dah. Tapi kena ayah pun kena bersebab, atas fakta kes yang sangat berbelit-belit,” katanya kepada pemberita di luar Balai Polis Gombak.

Abdul Rani yang memberikan keterangan selama lebih tiga jam turut mengakui gelaran ‘Datuk’ yang diterimanya tidak sah kerana Kesultanan Melayu Melaka telah lama berakhir.

“Saya nak bagitahu, benda (gelaran) ini tidak diiktiraf yang mana institusi Kesultanan Melaka sudah berakhir.

“Ini wujud pula sultan Noor Jan, mengikut fakta dia sendiri,” katanya yang tidak lekang dengan cermin mata hitam.

Isu Noor Jan kembali hangat apabila majlis penganugerahan itu melibatkan beberapa individu yang kerap mendapat perhatian dan menjadi viral di media sosial termasuk Abdul Rani.

Noor Jan pernah ditahan polis bagi membantu siasatan bawah akta sama, selepas mengadakan majlis penganugerahan pingat, bintang dan darjah kebesaran yang tidak diiktiraf - malaysiakini


LONDON: Seorang penumpang lelaki ditangkap sedang meramas payu dara penumpang wanita selama lebih lima minit ketika mangsanya itu sedang tidur dalam pesawat British Airways penerbangan dari sini ke San Francisco, baru-baru ini.

Portal berita The Mail Online melaporkan, wanita itu yang identitinya dirahsiakan oleh pihak polis, sedang tidur apabila suspek yang bernama Vinay Pochampally, yang berada di tempat duduk belakang mangsa memasukkan tangannya ke dalam baju wanita itu dan mula meramas buah dada mangsa.

Dia melakukan perbuatan itu selama lebih kurang empat hingga lima minit di hadapan penumpang-penumpang yang lain.

Yang menghairankan ialah walaupun insiden itu disaksikan oleh beberapa penumpang mereka tidak pula melakukan apa-apa tindakan untuk menghalang perbuatan suspek.

Bagaimanapun mereka melaporkan kejadian itu kepada krew kabin yang kemudiannya datang menghalangnya dengan serta merta.

Insiden itu dilaporkan berlaku dua jam selepas pesawat Boeing 747, BA285 berlepas dari sini pada 15 April lalu.

Pochampally dilaporkan berada dalam keadaan mabuk ketika itu.

Menurut portal itu lagi, mangsa menduduki barisan kerusi yang mempunyai laluan kecil di belakangnya.

Pochampally, mengambil kesempatan dari ruang kecil yang kosong itu untuk berdiri di situ dan kemudian melakukan perbuatan terkutuk itu.

Apabila mangsa terjaga dari tidur, Pochampally dengan segera menarik tangannya keluar dari baju wanita berkenaan dan terus bergegas menuju ke bahagian belakang pesawat.

Krew pesawat kemudiannya mengarah Pochampally duduk di tempat duduk berlainan di belakang pesawat sepanjang perjalanan 10 jam itu.

Sebaik sahaja mendarat di San Francisco, krew pesawat telah melaporkan kejadian itu kepada pihak berkuasa tempatan.

Kes itu sekarang dirujuk kepada Mahkamah Persekutuan San Francisco.

British Airways mengesahkan kejadian itu tetapi enggan mengulas lanjut - mstar



SEORANG suami ditinggalkan isteri selepas dia bertindak membuat tatu berbentuk kemaluan di bahagian pehanya.

Portal Mirror melaporkan Stuart Valention, 34, membuat lakaran tatu itu sebagai gurauan ketika mabuk tetapi akhirnya memakan diri.

Isterinya, Samantha, 35, berkata, dia tidak menerima keadaan tersebut selepas mereka terpaksa membatalkan percutian keluarga dan aktiviti renang bersama anak perempuan mereka, Ayla yang berusia tiga tahun.

Stuart yang berasal dari Southsea, Hampsire, berkata: "Isteri saya bencikannya (tatu). Bila difikirkan semula, saya tidak terkejut kerana ia merupakan tindakan paling bodoh yang pernah saya lakukan.

"Selepas saya buat tatu, keesokan paginya isteri menjerit terkejut kerana terdapat 'kemaluan' yang besar di sebalik selimut. Dan ia adalah tatu di bahagian kaki saya.

"Ia berakhir begitu, dan isteri saya sekarang menghalau saya keluar dari rumah. Saya patut diperlakukan seperti itu," kata Stuart - mstar


Persatuan Bola Sepak Kelantan (Kafa) belum membuat kata putus berhubung syarat penajaan syarikat produk kecantikan Vida Beauty Sdn Bhd yang ditetapkan pengasasnya Datuk Seri Dr Hasmiza Othman.

Presiden Kafa, Tan sri Annuar Musa berkata, setakat ini persetujuan tersebut belum dibuat dan beliau kini sedang menunaikan ibdat Umrah di Mekah.

"Saya di Mekah, setakat ini belum," katanya ringkas ketika dihubungiMalaysiakini melalui aplikasi Whatsapp, petang tadi.

Sebelum ini Dr Hasniza dilaporkan mengesahkan Kafa telah bersetuju dengan dua syarat yang dikenakan pihaknya untuk menaja pasukan bola sepak Kelantan bagi musim 2016.

Menurut beliau, persetujuan mengenai syarat tersebut dimaklumkan Annuar menerusi aplikasi WhatsApp pada pagi hari ini.

"Saya ada terima mesej daripada Presiden Kafa menerusi WhatApp awal pagi tadi (Sabtu). Mesej itu menyatakan Kafa bersetuju dengan dua syarat itu," katanya seperti dilaporkan Mstar Online.

Terdahulu, Dr Hasmiza meletakkan dua syarat iaitu melibatkan perubahan warna Stadium Sultan Muhammad IV kepada merah jambu dan nama The Red Warrior ditukar menjadi Pamoga Qu Puteh The Red Warriors ditetapkan sekiranya kafa mahu ditaja syarikatnya.

Berita mengenai syarat tersebut telah menjadi viral di laman sosial di kalangan peminat skuad The Red Warriors (TRW) dengan pelbagai reaksi.

Selain itu, Setiausaha Agung Kafa, Datuk Ismail Md Noor ketika dihubungi berkata, beliau turut tidak mengetahui persetujuan seperti dilaporkan portal atas talian tersebut.

"Setakat ini setahu saya belum ada sebarang keputusan. Saya tak mahu komen lanjut berhubung kenyataan beliau (Dr Hasmiza) itu," katanya kepadaMalaysiakini.

Sementara itu, Annuar sebelum ini mengingati pihak yang mahu menaja pasukan itu supaya tidak membincangkannya dalam media sebelum ada rundingan sebenar.

"Ini untuk mengelak silap faham dan mengganggu rundingan dengan penaja penaja lain. Sebarang tajaan perlu mengikuti prosedur tertentu dan harus ada rundingan secara rasmi.

"Saya pohon perkara ini di hormati dan Kafa tidak mahu isu tajaan menimbulkan salah faham kepada mana-mana pihak," katanya- malaysiakini


PETALING JAYA: Persatuan Bola Sepak Kelantan (Kafa) dipercayai bersetuju dengan dua syarat penajaan oleh pengasas produk kecantikan Qu Puteh, Datuk Seri Dr Hasmiza Othman atau lebih dikenali sebagai Dr Vida.

Bagaimanapun perkara itu masih belum dapat disahkan secara bertulis atau rasmi.

“Saya ada terima mesej daripada Presiden Kafa menerusi WhatApp awal pagi tadi (Sabtu). Mesej itu menyatakan (Kafa) bersetuju dengan dua syarat itu.

“I will go with the flow. Sekarang cuma tunggu surat (rasmi) persetujuan (terima tajaan) daripada Kafa,” katanya, lapor Mstar Online.

Menurut laporan itu lagi, Presiden Kafa, Tan Sri Annuar Musa kini berada di Makkah untuk mengerjakan umrah.

Kafa pula dijangka mengeluarkan kenyataan rasmi berhubung perkara itu pada Ahad.

Turut ditanya mengenai kritikan yang diterima ekoran syaratnya itu, dan beliau menyatakan ia bertujuan mengubah wajah pasukan Kelantan agar nampak lebih segar dan mencetuskan fenomena baharu dalam industri sukan di negara ini.

“Sebenarnya walaupun saya perempuan tetapi saya sentiasa mengikuti perkembangan skuad ini. Saya punyai cita-cita besar untuk menyemarakkan bola sepak di Kelantan. Saya mahu lakukan perubahan dari peringkat akar umbi,” katanya.

Mengenai isu jersi skuad The Red Warrior berwarna merah jambu yang diviralkan pula, Dr Vida melihatnya sebagai menyerlahkan keceriaan, lebih sportif dan trendy.

“Bila saya tengok gambar kerusi stadium dan jersi yang diviralkan cantik pula. Tapi tak adalah sampai saya nak ubah bendera jadi warna merah jambu,” katanya.

Pada Jumaat, Dr Vida menetapkan dua syarat sebelum bersedia menjadi pasukan itu untuk menghadapi saingan Liga Malaysia musim 2016.

Dua syarat tersebut melibatkan perubahan nama The Red Warrior ditukar menjadi Pamoga Qu Puteh The Red Warriors manakala warna Stadium Sultan Muhammad IV kepada merah jambu - fmt


PETALING JAYA:Pengasas produk kecantikan Qu Putih, Datuk Dr Hasmida Othman atau dikenali sebagai Datuk Vida mendedahkan beliau memiliki 10 mahkota yang menjadi kegemaran untuk digayakan dikhalayak ramai.

Beberapa blog dan laman portal menyiarkan, Hasmiza menjadikan kegemarannya itu sebagai hobi baru sejak lima tahun lalu.

Beliau yang merupakan penaja rancangan realiti terbaharu terbitan Astro, Gegar Vaganza menyatakan membeli mahkota itu dengan harga lingkungan RM10,000 hingga RM100,000 setiap satu.

“Setakat ini saya ada 10 mahkota yang ditempah di Hong Kong,” katanya yang dipetik daripada sebuah portal hiburan

Kata Hasmida lagi, beliau biasanya akan memakai mahkota itu ketika melakukan promosi-promosi produknya atau majlis tertentu yang memerlukan untuk beliau tampil menarik.

Beliau menaja program hiburan Gegar Vaganza musim kedua yang merupakan pertandingan nyanyian artis-artis lama dengan tajaan bernilai jutaan Ringgit - fmt

Borang Maklumat Hubungan

Nama

E-mel *

Mesej *

Dikuasakan oleh Blogger.
Javascript DisablePlease Enable Javascript To See All Widget