Wabak Selesema Burung Landa Jerman, Switzerland dan Austria


VIENNA: Wabak selesema burung yang baharu dilaporkan di Jerman, Switzerland dan Austria pada Sabtu. Virus H5N8 itu turut dikesan di Hungary, Poland, Belanda, Denmark dan Croatia. Di Jerman, negeri Schleswig-Holstein melaporkan satu kes selesema burung disahkan di sebuah ladang di mana 30,000 ayam akan dihapuskan.

Menteri pertanian negeri itu berkata, kawasan seluas tiga kilometer persegi telah ditutup. Di Berlin, menteri pertanian persekutuan, Christian Schmidt berkata, kerajaan menubuhkan bahagian pengurusan krisis. 

Agensi Keselamatan Makanan dan Kesihatan Austria mengesahkan wabak kedua di sebuah ladang ayam di wilayah Vorarlberg, dekat sempadan Jerman dan Switzerland. Ia berkata, 4,000 ayam akan dimusnahkan. Sebuah ladang di Austria dekat ladang ayam disahkan positif H5N8 pada Jumaat. Selesema burung turut disahkan di Tasik Geneva di Switzerland pada Sabtu.

Awal minggu ini, Austria dan Switzerland mengambil langkah untuk mengelakkan penyebaran virus ke ayam tempatan selepas wabak itu dikesan pada itik liar dekat Tasik Constance. 

Labels:

Catat Ulasan

[blogger]

Borang Maklumat Hubungan

Nama

E-mel *

Mesej *

Dikuasakan oleh Blogger.
Javascript DisablePlease Enable Javascript To See All Widget