VIDEO : Inilah komen Ramli MS yang menyakitkan hati Elly Mazlein ...

SHAH ALAM: Penyanyi Elly Mazlein memberitahu meluahkan hasrat untuk menarik diri sebelum diumum tersingkir pada program Gegar Vaganza 3 yang berlangsung di Auditorium MBSA, di sini malam Ahad.  Elly atau nama sebenarnya Sharifah Aida Mazlina Syed Hanafi, 36, berkata, keputusan untuk tidak meneruskan perjuangan di program berkenaan dibuat selepas berasa tersinggung dengan komen juri tetap Datuk Ramli MS.

"Secara jujur saya tersinggung dan kecil hati dengan komen Datuk Ramli MS yang menganggap saya hanya mendapat simpati pihak Astro untuk terus berada dalam program ini. "Sebelum ini saya terima orang luar bercakap tentang itu, tapi bila Tok Ram (Ramli MS) sendiri yang bercakap, dia seperti mengiyakan apa orang cakap sebelum ini, saya sedih sangat," ujarnya kepada mStar Online.

Elly ditemui selepas program konsert Gegar Vaganza 3 minggu keempat yang diadakan di sini, pada malam Ahad.

sumber : mstar online
Labels:

Catat Ulasan

[blogger]

Borang Maklumat Hubungan

Nama

E-mel *

Mesej *

Dikuasakan oleh Blogger.
Javascript DisablePlease Enable Javascript To See All Widget