Tips Tugasan Geografi PT3 2016 - Faktor Punca Pencemaran Udara


Tips Tugasan Geografi PT3 2016  - Faktor Punca Pencemaran Udara. Pelajar dikehendaki menjalankan kajian terhadap isu pencemaran alam sekitar. Jika pelajar memilih tajuk spesifik iaitu isu pencemaran udara, berikut adalah faktor dan punca pencemaran udara di Malaysia. Jumlah markah penuh bagi isi penting dan huraian faktor atau punca pencemaran alam adalah 15 Markah.

Tips Karangan Faktor/ Punca Pencemaran Udara

Langkah 1: Senaraikan terlebih dahulu isi penting punca pencemaran anda ditempat anda.

Langkah 2: Huraikan setiap isi penting pencemaran udara ditempat anda.

Langkah 3: Karang sebuah esei mengikut isi penting berserta huraian

Jumlah keseluruhan markah dalam bahagian ini (faktor dan punca pencemaran) adalah 15 markah oleh itu anda hanya perlu 5 isi penting beserta 3 Huraian bagi setiap isi penting.

Contoh Karangan Faktor/ Punca Pencemaran Udara

Punca berlakunya pencemaran udara di bandaraya Kuala Lumpur disebabkan oleh beberapa faktor antaranya adalah aktiviti perindustian kilang, pembakaran terbuka, asap rokok, kenderaan motor dan pengguna hawa dingin.

Kenderaan bermotor merupakan punca utama kepada isu pencemaran udara di bandaraya Kuala Lumpur (1 Markah). Penggunaan kenderaan bermotor seperti kereta, motor, dan kapal terbang melepaskan asap kenderaan yang mengandungi gas berbahaya atau bertoksik seperti karbon monoksida ke udara (1 Markah). Selain itu, kenderaan yang tidak melakukan servis berkala turut mencemarkan udara apabila kenderaan seperti ini melepaskan asap hitam yang berlebihan ke ruang udara (1 Markah).

Selain itu, pembakaran terbuka secara berleluasa juga merupakan antara salah satu faktor kepada pencemaran udara di sekitar Kuala Lumpur (1 Markah). Contohnya, pembakaran terbuka seperti dikawasan hutan mahupun kediaman juga boleh menyebabkan masalah jerebu (1 Markah). Ini berikutan asap hasil pembakaran terbuka beralih ke sekitar bandaraya Kuala Lumpur mengikut arah tiupan angin. (1 Markah)

Disamping itu, aktiviti perindustrian yang pesat di Kuala Lumpur menyebabkan pencemaran udara dikawasan ini semakin terjejas (1 Markah). Contoh aktiviti perindustrian seperti kilang pembuatan kereta, elektronik, dan penghasilan baja. Kilang biasaannya melepaskan asap tanpa pemasangan alat penapis udara akan menyebabkan terjadinya pencemaran udara. (1 Markah)

Penggunaan sistem hawa dingin juga antara salah satu faktor pencemaran udara (1 Markah). Di Kuala Lumpur, penghawa dingin biasanya digunakan disetiap kediaman bagi mengelakkan cuaca panas disamping manghasilkan udara yang dingin dan nyaman (1 Markah). Namun, penggunaan penghawa dingin akan menyebabkan gas chlorofluorocarbon atau CFC terhasil dan jika gas ini dilepaskan dengan banyak, lapisan ozon di udara akan bertambah nipis.(1 Markah)

Asap rokok juga menyumbang kepada masalah pencemaran udara di bandaraya ini (1 Markah). Tabiat orang ramai yang merokok ditempat awam seperti kawasan menunggu bas dan tempat riadah hanya menjejaskan tahap kualiti udara (1 Markah). Aktiviti merokok juga akan melepaskan asap toksik ke udara dan membahayakan kesihatan orang sekeliling jika menghidu asap tersebut. (1 Markah)

Jumlah Markah: 15 Markah

Labels:

Catat Ulasan

[blogger]

Borang Maklumat Hubungan

Nama

E-mel *

Mesej *

Dikuasakan oleh Blogger.
Javascript DisablePlease Enable Javascript To See All Widget