Peguam didakwa cabul 2 pelajar IPTS


KAJANG: Seorang peguam mengaku tidak bersalah di Mahkamah Majistret hari ini terhadap pertuduhan mencabul dan cuba mencabul 2 penuntut wanita institut pengajian tinggi swasta (IPTS), awal bulan ini. A Micheal, 33, didakwa mencabul kehormatan dengan menyentuh dan meraba punggung seorang wanita berusia 22 tahun di hadapan sebuah kondominium di Sungai Long, pada 3.30 petang, 1 November lalu.

Dia didakwa mengikut Seksyen 354 Kanun Keseksaan yang memperuntuk hukuman penjara maksimum 10 tahun atau denda atau sebat atau mana-mana 2 daripada hukuman itu, jika sabit kesalahan. Bagi pertuduhan kedua, dia didakwa cuba mencabul kehormatan seorang wanita berusia 20 tahun dengan cuba menyentuh payu daranya di tempat dan tarikh sama.

Dia dituduh mengikut Seksyen 354 Kanun Keseksaan dibaca bersama Seksyen 511 kanun sama yang memperuntuk hukuman penjara maksimum 5 tahun atau denda atau sebat atau mana-mana 2 daripada hukuman itu, jika sabit kesalahan. Terdahulu, Timbalan Pendakwa Raya, Natasha Chin Le Jy menawarkan wang jaminan RM6,000 bagi setiap pertuduhan, tetapi tertuduh yang diwakili 6 peguam diketuai Datuk Jerald Gomez, memohon jaminan dikurangkan atas alasan tertuduh sudah berkahwin dan tidak mempunyai rekod kesalahan lampau.

Majistret, Fadzilatul Isma Ahmad Refngah membenarkan tertuduh diikat jamin RM7,800 bagi kedua-dua pertuduhan dengan seorang penjamin dan menetapkan 9 Disember ini untuk sebutan semula kes.

sumber : free malaysia today (FMT)
Labels:

Catat Ulasan

[blogger]

Borang Maklumat Hubungan

Nama

E-mel *

Mesej *

Dikuasakan oleh Blogger.
Javascript DisablePlease Enable Javascript To See All Widget