Panduan dan Cara Permohonan Menggantikan Sijil Peperiksaan Yang Hilang - UPSR, PMR,PT3, SPM,STPM, LCE Dan MCE

Terdapat beberapa cara untuk anda boleh mendapatkan semula salinan sijil peperiksaan yang hilang atau musnah seperti sijil PMR, sijil PT3, sijil SPM, sijil STPM, sijil LCE Atau sijil MCE.

CARA MENDAPATKAN GANTIAN SIJIL PEPERIKSAAN HILANG / MUSNAH 
Cara 1 :  Datang sendiri ke kaunter permohonan Lembaga Peperiksaan Malaysia. 
Permohonan akan siap dalam tempoh satu jam jika anda menyediakan maklumat lengkap yang diperlukan. Anda akan dikehendai mengisi borang hilang sijil peperiksaan di kaunter Lembaga Peperiksaan di alamat di bawah.

LEMBAGA PEPERIKSAAN,
KEMENTERIAN PELAJARAN MALAYSIA,
BLOK E 11, KOMPLEKS E,
PUSAT PENTADBIRAN KERAJAAN PERSEKUTUAN,
PRESINT 1,
62604 PUTRAJAYA
(UP: UNIT KECIL SIJIL)
TEL: 03-88843526 / 03-8884 3528 / 03-8884 3031

Cara 2 : Permohonan melalui POS.
Untuk cara ini ianya akan mengambil masa selama dua minggu. Anda boleh download borang permohonan hilang sijil hilang DISINI, Lengkapkan dan poskan ke alamat seperti berikut. Sila sediakan Wang Pos atau Moner Order sebanyak RM10.00 untuk bayaran setiap salinan sijil

LEMBAGA PEPERIKSAAN,
KEMENTERIAN PELAJARAN MALAYSIA,
BLOK E 11, KOMPLEKS E,
PUSAT PENTADBIRAN KERAJAAN PERSEKUTUAN,
PRESINT 1,
62604 PUTRAJAYA
(UP: UNIT KECIL SIJIL)
TEL: 03-88843526 / 03-8884 3528 / 03-8884 3031

Cara mendapatkan Salinan Sijil UPSR Yang Hilang
Untuk makluman anda salinan sijil UPSR boleh anda perolehi dari sekolah asal anda. Kementerian Pelajaran Malaysia tidak menyediakan salinan sijil UPSR jika hilang.

Cara mendapatkan Salinan Sijil STPM Yang Hilang
Anda boleh mendapatkan salinan sijil STPM anda dari Majlis Peperiksaan Malaysia (MPM) dengan menggunakan Borang Permohonan Salinan Sijil STPM. Bayaran RM50 akan dikenakan untuk perkhidmatan ini. Selain itu kepada calon yang berminat untuk mendapatkan penyata keputusan STPM sahaja anda boleh berbuat demikian dengan bayaran RM20. 

KAUNTER PERKHIDMATAN SALINAN SIJIL HILANG/MUSNAH
  • Kaunter urusan dibuka pada setiap hari bekerja.
  • Semua permohonan pos akan diproses dalam masa 7 hari bekerja tanpa mengira perjalanan pos.
  • Lembaga Peperiksaan tidak menyimpan sijil asal calon. Calon yang tidak mengambil sijil asal dinasihatkan menghubungi sekolah atau Sektor Penilaian dan Peperiksaan Jabatan Pelajaran Negeri untuk mendapatkan sijil asal sekiranya sijil tersebut belum dituntut dalam masa 3 tahun setelah menduduki peperiksaan.
* Semoga Panduan dan Cara Permohonan Menggantikan Sijil Peperiksaan Yang Hilang ini membantu anda
Labels:

Catat Ulasan

[blogger]

Borang Maklumat Hubungan

Nama

E-mel *

Mesej *

Dikuasakan oleh Blogger.
Javascript DisablePlease Enable Javascript To See All Widget