Panduan dan Car-Cara Baru Renew Roadtax dan Insuran Kereta - Terkini Sept 2016 /2017


Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ) memperkenalkan Sijil Pemilikan Kenderaan (VOC) bagi menggantikan Kad Pendaftaran Kenderaan (RC) yang akan dilaksanakan secara berperingkat mengikut fasa bermula 1 Jun 2016. Pengenalan VOC masih lagi merupakan suatu perakuan pendaftaran yang dikeluarkan di bawah peruntukan Akta Pengangkutan Jalan 1987 yang mengandungi butiran pemilik dan kenderaan.

Namun, dalam usaha untuk memudahkan urusniaga dengan JPJ, VOC yang diperkenalkan ini tidak lagi digunakan sebagai dokumen atau instrumen bagi urusan seperti Pembaharuan Lesen Kenderaan Motor (cukai jalan), Tukar Hak Milik, atau Pindaan Maklumat.
Car-Caraa Baru Renew Roadtax dan Insuran Kereta  - Terkini Sept 2016 /2017  
  • Pastikan Geran kereta anda telah ditukar kepada Sijil Pemilikan Kenderaan (VOC) .Dengan sijil VOC ini, tiada lagi cetakan belakang pada geran selepas renew roadtax di JPJ. Ini bermakna bahawa geran kereta tidak lagi diperlukan apabila mahu renew road tax atau cukai jalan. 
  • Pemilik hanya perlu datang ke mana-mana cawangan JPJ berdekatan dan membuat pengesahan pemilikan dan seterusnya memperbaharui atau renew road tax kereta anda. 

Renew Road Tax Secara Online 2016/2017
Renew Cukai Jalan JPJ Secara Online adalah masih seperti biasa iaitu anda hanya perlu melayari laman web  MYEG  dan pelbaharui seperti biasa.

Cara Renew Road Tax dan Insuran Bagi  Kereta Yang Hilang Kad Atau Geran
Dalam kes seperti ini, anda perlu ke cawangan JPJ yang berdekatan. Anda boleh mendapatkan maklumat kenderaan anda dan seterusnya memberi salinan kepada pihak insuran untuk urusan renew insuran.
Labels:

Catat Ulasan

[blogger]

Borang Maklumat Hubungan

Nama

E-mel *

Mesej *

Dikuasakan oleh Blogger.
Javascript DisablePlease Enable Javascript To See All Widget