: MESTI TENGOK !! : VIDEO : Ular Kecohkan Penumpang Kapal Terbang..

MEXICO CITY: Penumpang kelas pertama dalam penerbangan Aeromexico baru-baru ini berdepan dengan 'penumpang gelap' iaitu seekor ular, sekaligus menyamai filem aksi mengenai ular dalam pesawat, 'Snakes on a Plane". Seorang rektor universiti dari Torreon memuat naik sebuah video di Twitter mengenai penumpang yang tidak diundang itu menyusuri keluar dari bahagian atas kabin.

"The flying viper (ular terbang), Ha Ha Ha," katanya secara bergurau. Kekecohan itu membuatkan pihak berkuasa trafik udara memberi keutamaan kepada pesawat dalam penerbangan domestik dari Torreon ke Mexico City itu untuk mendarat. Pakar haiwan, Juan Carlos Gomez Juarez berkata, adalah jelas daripada video tersebut menunjukkan bahawa para penumpang tidak dapat menangani kehadiran spesis beracun.

Tiada kecederaan dilaporkan, bagaimanapun beberapa penumpang kecewa dengan keadaan yang berlaku. "Adalah perkara biasa bagi orang ramai panik apabila mereka melihat ular," kata Gomez Juarez. Menurut Aeromexico, ia menjalankan siasatan mengenai punca ular tersebut boleh berada di dalam pesawat. 

sumber : AFP / mstar online
Labels:

Catat Ulasan

[blogger]

Borang Maklumat Hubungan

Nama

E-mel *

Mesej *

Dikuasakan oleh Blogger.
Javascript DisablePlease Enable Javascript To See All Widget