Gereja di Kalimantan diBom.... 5 kanak-kanak parah

JAKARTA: Lima kanak-kanak termasuk seorang bayi parah apabila sebutir bom meletup di halaman sebuah gereja di Samarinda, Kalimantan Timur, hari ini. Menurut laporan berita televisyen tempatan, ketika kejadian kira-kira 10 pagi itu, puluhan penganut Kristian sedang bersembahyang dalam Gereja Oikumene di Jalan Cipto Mangunkusumo di daerah Sengkotek, Samarinda.

Ketua Hubungan Masyarakat Polis Kalimantan Timur, Fajar Setyawan dipetik berkata, ketika kejadian, sekumpulan kanak-kanak sedang bermain di halaman gereja, sementara menunggu ibu bapa mereka beribadah.

Menurut saksi, seorang lelaki dikatakan meletak sebuah beg di halaman gereja tempat kanak-kanak sedang bermain itu, sebelum melarikan diri dengan melompat ke dalam sungai berdekatan. “Bom yang diletakkan dalam beg itu meletup, 4 buah motosikal terbakar dan 5 kanak-kanak termasuk seorang bayi parah akibat terkena percikan bom itu,” katanya.

Beliau berkata, semua mangsa dibawa ke hospital berdekatan untuk rawatan dan keadaan mereka dilaporkan stabil. Katanya, orang ramai yang melihat kejadian itu kemudiannya mengejar suspek dan menangkapnya ketika cuba bersembunyi dalam sungai. Fajar berkata, orang ramai yang menangkap lelaki terbabit menyerahkannya kepada polis sejurus kejadian.

Hasil siasatan awal mendapati, suspek lelaki berumur 32 tahun terbabit memakai kemeja-T bertulis ‘Jihad Way of Life’ dan berasal dari Bogor, Jawa Barat. “Suspek kini ditahan untuk siasatan dan dia sedang menerima rawatan kerana mengalami kecederaan,” katanya.

Pada Ogos lalu, jemaah sebuah gereja di Medan menggagalkan cubaan seorang lelaki yang bersenjatakan sebilah pisau menyerang seorang paderi ketika sedang berkhutbah. Lelaki itu juga didapati membawa 2 butir bom buatan sendiri dalam beg galasnya.

sumber : FMT (free malaysia today)
Labels:

Catat Ulasan

[blogger]

Borang Maklumat Hubungan

Nama

E-mel *

Mesej *

Dikuasakan oleh Blogger.
Javascript DisablePlease Enable Javascript To See All Widget