Gambar dan Biodata Norashikin Abdul Rahman

Biodata siapa Norashikin Abdul Rahman isteri rasmi Sultan Selangor. Seperti sedia maklum, Sultan Selangor, Sultan Sharafuddin Idris Shah yang kini berusia 70 Tahun selamat diijabkabulkan dengan pembaca berita Radio Televisyen Malaysia (RTM) Norashikin Abdul Rahman pada 31 ogos 2016 bertempat di Masjid Istana Diraja Klang. Mari kenali profil peribadi Norashikin Abdul Rahman isteri sah kepada Sultan Selangor. Daulat Tuanku.

Biodata Norashikin Abdul Rahman Isteri Sultan Selangor
  • Nama Penuh: Norashikin Abdul Rahman
  • Umur: 45 Tahun
  • Status: Janda (Pernah berkahwin dan sudah mempunyai 2 orang cahaya mata)
  • Asal: Kuala Lumpur
  • Bilangan Adik Beradik: Anak bongsu daripada tiga beradik
  • Pekerjaan: Penyampai Berita RTM TV1
  • Anugerah: Penyampai Berita TV Terbaik di Anugerah Seri Angkasa 2005 (ASA2005)
Gambar-Gambar Norashikin Abdul Rahman 




Berita Pernikahan Norashikin Abdul Rahman Dengan Sultan Selangor
Sultan Selangor, Sultan Sharafuddin Idris Shah selamat diijabkabul dengan pembaca berita RTM, Norashikin Abdul Rahman di Masjid Istana Diraja, Istana Alam Shah, Klang, 31 Ogos lepas. Perkara itu disahkan Setiausaha Sulit kepada Sultan Selangor Datuk Munir Bani dalam satu kenyataan hari ini. "Majlis pernikahan telah selamat disempurnakan pada pagi 31 Ogos di Masjid Istana Diraja, Istana Alam Shah, Klang secara sederhana dan ringkas," menurut kenyataan itu.

Majlis ijabkabul disempurnakan oleh Datuk Seri Utama Diraja Mufti Selangor, Datuk Setia Mohd Tamyes Abdul Wahid. Munir berkata pernikahan turut dihadiri oleh Timbalan Mufti Selangor Dr Anhar Opir; Al Fadil Imam Paduka Mohd Rasid Mahful; Bekas Timbalan Mufti Selangor Datuk Abdul Majid Omar; Ahli Majlis Agama Islam Selangor Datuk Salehuddin Saidin dan bapa serta anggota keluarga pengantin perempuan.

Sultan Sharafuddin dilahirkan di Istana Jema'ah Klang (kini Kolej Islam Sultan Alam Shah) pada 24 Dis 1945. Ini adalah pernikahan ketiga Sultan Selangor selepas mendirikan rumah tangga dengan Raja Zarina Raja Tan Sri Zainal pada 1968 tetapi bercerai pada 1986 dan kemudian berkahwin dengan Puan Nur Lisa Abdullah (rakyat Amerika) tetapi berpisah pada 1997. Baginda mempunyai dua puteri dan seorang putera iaitu Tengku Zerafina, Tengku Zatashah dan Tengku Amir (kini Raja Muda Selangor) - astro awani

Selamat membaca  Gambar dan Biodata Norashikin Abdul Rahman.
Labels:

Catat Ulasan

[blogger]

Borang Maklumat Hubungan

Nama

E-mel *

Mesej *

Dikuasakan oleh Blogger.
Javascript DisablePlease Enable Javascript To See All Widget