Gambar Dan Biodata Elly Mazlein Peserta Gegar Vaganza 2016


Sharifah Aida Mazlina binti Syed Hanafi atau lebih dikenali sebagai Elly Mazlein merupakan seorang penyanyi dan pelakon yang berasal dari Malaysia . Beliau dilahirkan di Slim River, Perak pada 17 Disember 1980 dan zodiaknya ialah Sagittarius. Beliau mengikat kontrak rakaman bersama NAR Records pada tahun 1997 dan telah melahirkan 4 buah album solo sepanjang 5 tahun kontrak berjalan.

Ketika bergelar penyanyi beliau sering dibandingkan dengan penyanyi remaja seangkatan seperti Siti Nurhaliza dan Liza Hanim. Biarpun begitu pada tahun 2001 beliau mencipta rekod tersendiri apabila album ketiganya yang berjudul Elly berjaya menjadi antara 10 buah album Malaysia terlaris pada tahun tersebut dengan jualan melebihi 60,000 unit. Kejayaan itu mengulangi kejayaan album terdahulu yang berjudul Satu Persatu yang juga terjual mencecah 50,000 unit.

 Elly berjaya mempopularkan lagu-lagu seperti Usah Ditambah Bara Yang Tersimpan, Janji Kekasih dan Bungaku Bakawali yang ketika itu merajai carta radio tanah air. Pun begitu, karier nyanyiannya terhenti seketika pada tahun 2005 kerana faktor pasaran dan kontrak rakaman.

 Profil dan Biodata Elly Mazlein Peserta Gegar Vaganza  2016 
  • Nama Sebenar : Sharifah Aida Mazlina Bt Syed Hanafi
  • Tarikh Lahir : 17 Disember 1980
  • Tempat Lahir : Slim River, Perak
  • Zodiak : Sagittarius
  • Hobi : Berenang & Menghias Rumah 
  • Pendidikan : S.M Ahmad Bustaman, Tmn Maluri
  • Muzik Kegemaran : Balada & Irama Melayu Asli
  • Penyanyi Pujaan : Sharifah Aini & Jennifer Lopez
  • Pelakon Pujaan : Jalaludin Hassan
  • Adik Beradik : 3 (Bongsu)
Album Elly Mazlein :
  • 1997 - Sutera Kasih
  • 1999 - Satu Persatu
  • 2001 - Elly
  • 2001 - Mtv Karaoke Elly Mazlein
  • 2002 - Best Of Elly Mazlein
  • 2003 - Atas Nama Cinta
Gambar- Gambar Elly Mazlein Peserta Gegar Vaganza  2016 






Selamat membaca Gambar Dan Biodata Elly Mazlein Peserta Gegar Vaganza  2016 .
Labels:

Catat Ulasan

[blogger]

Borang Maklumat Hubungan

Nama

E-mel *

Mesej *

Dikuasakan oleh Blogger.
Javascript DisablePlease Enable Javascript To See All Widget