Elly Mazlein kembali sertai Gegar Vaganza ??


Menurut Elly Mazlein beliau reda dengan apa yang berlaku dan percaya rezekinya tetap ada dalam industri seni. "Tidak, saya takkan terima walaupun ada kemungkinan diserap masuk ataupun menerusi sistem imuniti daripada penaja. Jika bukan di sini, mungkin rezeki saya ada di luar sana.

Bukan saja nekad menarik diri, penyanyi Elly Mazlein, 36, turut menutup pintu hatinya untuk kembali ke dalam program Gegar Vaganza (GV) musim ketiga walaupun ada kemungkinan pihak produksi berbuat demikian menerusi sistem imuniti yang menjadi milik mutlak penaja,

Datuk Seri Vida. Musim lalu, Datuk Sri Vida menggunakan kuasa imuniti dimilikinya untuk mengekalkan Acong apabila penyanyi itu diumumkan tersingkir, seterusnya mara ke peringkat separuh akhir pertandingan nyanyian popular terbabit. 

sumber : bharian online
Labels:

Catat Ulasan

[blogger]

Borang Maklumat Hubungan

Nama

E-mel *

Mesej *

Dikuasakan oleh Blogger.
Javascript DisablePlease Enable Javascript To See All Widget