Cara Permohonan dan Syarat Kelayakan Kemasukan SBP Mulai Tahun 2017 / 2018


CARA PERMOHONAN KE SBP 2017/2018
1. Permohonan hanya secara online melalui laman web KPM http://www.moe.gov.my
2. Pemohon perlu mencetak sesalinan (1) permohonan lengkap untuk rujukan dan simpanan.

SYARAT-SYARAT KELAYAKAN KE SBP 2017/2018
1. Murid mestilah warganegara Malaysia;
2. Lulus pemeriksaan kesihatan oleh doktor yang bertauliah, sihat tubuh badan dan bebas daripada sebarang penyakit kronik, lelah (asthma) atau penyakit berjangkit;
3. Bersetuju menerima Sekolah Berasrama Penuh yang ditawarkan dan menerima aliran yang ditetapkan;
4. Bersetuju mematuhi sepenuhnya semua peraturan dan arahan Sekolah Berasrama Penuh yang berkaitan.

SYARAT KEMASUKAN KE TINGKATAN SATU (1)

1. Murid mestilah warganegara Malaysia;
2. Murid Sekolah Kebangsaan;
3. Cemerlang akademik;
4. Aktif dalam kokurikulum.

Syarat Baharu Akademik Kemasukan Tingkatan 1 2017 / 2018
  • Minimum 3A dan 3B
  • Sains, Matematik dan Bahasa Melayu Wajib Dapat A
  • Syarat 3A 3B ditetapkan untuk pelajar Semenanjung, Sabah, dan Sarawak
Perubahan syarat ini dibuat berdasarkan pelaksanaan kurikulum dan format peperiksaan baharu bagi Ujian Pencapaian Sekolah Rendah (UPSR) 2016. Kedudukan pemilihan dan penetapan murid di SBP tidak bergantung kepada pencapaian akademik semata-mata, ianya juga akan mengambil kira skor merit akademik serta Pentaksiran Aktiviti Jasmani, Sukan dan Kokurikulum (PAJSK). Malah, pentaksiran sekolah dan pentaksiran psikometrik juga akan dijadikan sebagai rujukan utama dalam saringan pemilihan murid ke SBP.

SYARAT KEMASUKAN KE TINGKATAN EMPAT (4)
1. Murid mestilah warganegara Malaysia;
2. Bersekolah di Sekolah Kerajaan atau Sekolah Bantuan Kerajaan;
3. Cemerlang akademik dan
4. Aktif dalam kokurikulum.

SENARAI SEKOLAH BERASRAMA PENUH KEMENTERIAN PENDIDIKAN MALAYSIA
BILNEGERINAMA SEKOLAH 
1PERLIS SM SAINS TUANKU SYED PUTRA
2KEDAHSM SULTAN ABDUL HALIM
3KEDAHSM SAINS POKOK SENA
4KEDAHSM SAINS SULTAN MOHAMAD JIWA
5KEDAHSM SAINS KUBANG PASU
6KEDAHSBP INTEGRASI KUBANG PASU
7PULAU PINANGSMS TUN SYED SHEH SHAHABUDIN
8PULAU PINANGSM SAINS KEPALA BATAS
9PERAKTHE MALAY COLLEGE KUALA KANGSAR
10PERAKSM SAINS RAJA TUN AZLAN SHAH
11PERAKSEKOLAH TUANKU ABDUL RAHMAN
12PERAKSM SAINS TELUK INTAN
13PERAKSBP INTEGRASI GOPENG
14PERAKSM SAINS TAPAH
15PERAKSM SAINS BAGAN DATOH
16PUTRAJAYASEKOLAH SULTAN ALAM SHAH
17KUALA LUMPURSM SAINS ALAM SHAH
18KUALA LUMPURSM SAINS SERI PUTERI
19KUALA LUMPURSM SAINS SELANGOR
20SELANGORSM SAINS KUALA SELANGOR
21SELANGORSEKOLAH SERI PUTERI
22SELANGORKOLEJ ISLAM SULTAN ALAM SHAH
23SELANGORSM SAINS HULU SELANGOR
24SELANGORSM AGAMA PERSEKUTUAN KAJANG
25SELANGORSBP INTEGRASI GOMBAK
26SELANGORSBP INTEGRASI SABAK BERNAM
27SELANGORSBP INTEGRASI RAWANG
28SELANGORSM SAINS BANTING
29NEGERI SEMBILANSM AGAMA PERSEKUTUAN LABU
30NEGERI SEMBILANKOLEJ TUNKU KURSHIAH
31NEGERI SEMBILANSEKOLAH DATO' ABDUL RAZAK
32NEGERI SEMBILANSM SAINS TUANKU JAAFAR
33NEGERI SEMBILANSM SAINS TUANKU MUNAWIR
34NEGERI SEMBILANSBP INTEGRASI JEMPOL
35NEGERI SEMBILANSM SAINS REMBAU
36NEGERI SEMBILANSMS PEREMPUAN SEREMBAN
37MELAKASBP INTEGRASI SELANDAR
38MELAKASM SAINS MUZAFFAR SHAH
39JOHOR SEKOLAH TUN FATIMAH
40JOHOR SM SAINS MUAR
41JOHOR SM SAINS JOHOR
42JOHOR SM SAINS KOTA TINGGI
43JOHOR SM SAINS SULTAN ISKANDAR
44JOHOR SM SAINS SEMBRONG 
45JOHOR SM SAINS BATU PAHAT
46PAHANGSM SAINS SULTAN HJ. AHMAD SHAH
47PAHANGSM SAINS TENGKU ABDULLAH
48PAHANGSEKOLAH SAINS SULTAN HJ. AHMAD SHAH PEKAN
49PAHANGSBP INTEGRASI KUANTAN
50PAHANGSBP INTEGRASI TUN ABDUL RAZAK
51PAHANGSBP INTEGRASI TEMERLOH
52PAHANGSM AGAMA PERSEKUTUAN BENTONG
53TERENGGANUSM SAINS SULTAN MAHMUD
54TERENGGANUSM SAINS KUALA TERENGGANU
55TERENGGANUSM SAINS DUNGUN
56TERENGGANUSBP INTEGRASI BATU RAKIT
57TERENGGANUSM SAINS HULU TERENGGANU
58TERENGGANUSM SAINS SETIU
59KELANTANSM SAINS TUANKU MUHAMMAD FARIS PETRA
60KELANTANSM SAINS MACHANG, KELANTAN
61KELANTANSM SAINS PASIR PUTEH
62KELANTANSM SAINS JELI
63KELANTANSM SAINS GUA MUSANG
64SABAHSM SAINS SABAH
65SABAHSM SAINS LAHAD DATU
66WP LABUANSM SAINS LABUAN
67SARAWAKSM SAINS KUCHING
68SARAWAKSM SAINS MIRI
69SARAWAKSM SAINS KUCHING UTARA
SEJARAH PENUBUHAN SEKOLAH BERASRAMA PENUH (SBP) 
Sejarah penubuhan SBP bermula pada tahun 1890, ketika R.O. Winsted menjadi Timbalan dan kemudiannya menjadi Pengarah Pelajaran Tanah Melayu. Pada tahun tersebut “The Selangor Raja School” ditubuhkan sebagai memulakan langkah melahirkan elit Melayu dari kalangan istana dan anak- anak pembesar negeri, menerusi pendidikan aliran Inggeris. Pada tahun 1894, sekolah ini telah ditutup untuk tujuan pengubahsuaian dan dilahirkan semula dalam bentuknya yang baru pada tahun 1905 di Kuala Kangsar, yang sehingga hari ini dikenali sebagai The Malay College Kuala Kangsar (MCKK). 

Sultan Perak (Sultan Idris) dalam Persidangan Raja-Raja (DURBAR) pada tahun 1903 yang mengkritik dasar pentadbiran Inggeris, khususnya dalam hal pendidikan orang Melayu dengan mengatakan ianya sekadar “to producing better Malay farmers or fisherman only”. Sultan Perak sendiri telah menawarkan lokasi penubuhan MCKK di tapak sekarang ini, dengan maksud “for the education of the Malays of good family and for the training of Malay boys for admission to certain branches of the government service”. Pada tahun 1947, “Malay Girl College” ditubuhkan di Kuala Lumpur, kemudiannya berpindah ke Seremban, Negeri Sembilan dan dikenali sebagai Kolej Tunku Kurshiah sehingga sekarang, mengambil sempena nama DYMM Raja Permaisuri Agong yang pertama. 

Pada bulan September 1955, sebuah Jawatankuasa Pelajaran telah ditubuhkan yang akhirnya melahirkan Penyata Razak pada tahun 1956. Laporan Penyata Razak kemudiannya diluluskan dan menghasilkan Ordinan Pelajaran 1957. Penyata Razak telah memperakukan penubuhan 6 buah Sekolah Berasrama Penuh (SBP), iaitu: 

1. Sekolah Dato’ Abdul Razak (SDAR) - 1956 
2. Sekolah Tun Fatimah (STF) - 1956 
3. Sekolah Tuanku Abdul Tahman (STAR) - 1957 
4. Sekolah Menengah Sultan Abdul Halim (SMSAH) - 1963 
5. Sekolah Alam Shah (SAS) - 1963 
6. Sekolah Seri Puteri (SSP) - 1968

Semoga Cara Permohonan dan Syarat Kelayakan Kemasukan SBP ini berguna untuk anda.
Labels:

Catat Ulasan

[blogger]

Borang Maklumat Hubungan

Nama

E-mel *

Mesej *

Dikuasakan oleh Blogger.
Javascript DisablePlease Enable Javascript To See All Widget