VIDEO : Lelaki Tangkap Ular Tedung Selar Dengan Tangan


PETALING JAYA: Aksi berani seorang lelaki menangkap seekor ular tedung selar dengan hanya menggunakan tangan mengagumkan ramai netizen apabila videonya bertarung dengan reptilia tersebut tersebar di laman sosial.
Rakaman selama dua minit 50 saat itu menunjukkan lelaki berbaju hitam dan berseluar pendek menarik ekor ular terbabit dari kawasan semak sambil dirakam seorang rakannya.
Dengan berbekalkan sebatang kayu, lelaki yang tidak diketahui identitinya itu kelihatan bertungkus-lumus untuk menangkap ular tersebut yang dipercayai berukuran kira-kira empat meter.
Selepas beberapa minit bertarung, akhirnya reptilia berbisa itu tumpas di tangan lelaki tersebut.
Kejadian berkenaan dipercayai berlaku di pekan Selama, Perak, baru-baru ini.
Ternyata keberanian lelaki berkenaan mendapat pujian ramai netizen mengagumi kemahirannya menangkap ular terbabit tanpa menggunakan peralatan khas.
Malah netizen yang dikenali sebagai Suk Sa Saiful berkata, lelaki itu sangat dikenali di Selama dan sering menangkap ular di kawasan pekan itu walaupun pada pukul 4 pagi.
sumber : mstar online
Labels:

Catat Ulasan

[blogger]

Borang Maklumat Hubungan

Nama

E-mel *

Mesej *

Dikuasakan oleh Blogger.
Javascript DisablePlease Enable Javascript To See All Widget