Tingkat 5 Komtar Terbakar


GEORGE TOWN: Kebakaran berlaku di tingkat lima bangunan Komtar di sini pada pagi Sabtu.

Jurucakap Jabatan Bomba dan Penyelamat Pulau Pinang berkata, kebakaran berjaya dipadamkan kira-kira pukul 10 pagi.

Kejadian dikatakan bermula kira-kira pukul 9.30 pagi. "Ketika kami tiba di tempat kejadian, didapati bahawa pusat komersial di tingkat 5 terbakar.

"Api merebak ke arah struktur bumbung pusat komersial itu. Tiada siapa yang cedera," katanya.

Anggota bomba sedang membersihkan kawasan itu.

sumber: mstar online
Labels:

Catat Ulasan

[blogger]

Borang Maklumat Hubungan

Nama

E-mel *

Mesej *

Dikuasakan oleh Blogger.
Javascript DisablePlease Enable Javascript To See All Widget