Senarai Rasmi Biodata Peserta, Pengacara dan Pengkritik Juri Gegar Vanganza 3 2016



Senarai Rasmi Biodata Peserta Gegar Vanganza 3 2016 Astro. Siapa peserta GegarVaganza musim ketiga akhirnya terjawab selepas 12 orang penyanyi lagenda diumumkan pada 5 Oktober 2016. Senarai rasmi 12 penyanyi yang bakal menggegarkan pentas GV 3 ialah Ameng Spring, Zarul Umbrella, Razis Ismail, Gmie Screen, Rem dan Shidee Data mewakili enam peserta lelaki. Manakala enam peserta wanita pula sangat dikenali dengan kehebatan vokal masing-masing dan mereka ialah, Nora Ariffin, Siti Sarah, Elly Mazlein, Azharina, Intan Sarafina serta Zur Eda. GV3 masih mengekalkan pelawak Jihan Muse dan Nabil Ahmad sebagai pengacara serta Ramli MS dan Khatijah Ibrahim juga masih kekal dikerusi pengkritik tetap. Untuk melihat kehebatan dan merasai kemeriahan GV3, Siaran Langsung akan diadakan Auditorium Majlis Bandaraya Shah Alam (MBSA) bermula 16 Oktober ini, jam 9.00 malam menerusi saluran Astro Ria (104) dan Ria HD (123).


Senarai Rasmi Biodata Peserta Gegar Vanganza 3 2016
Peserta Lelaki
  1. Ameng Spring – Wan Aminuddin bin Wan Ismail, 48 Tahun
  2. Zarul Umbrella –  Zairulkefli Husin, 40 Tahun
  3. Razis Ismail- Ghazali bin Ismail, 56 Tahun
  4. Gmie Screen- Gmie Screen, Popular Era 90an dan peserta Kilauan Emas 5
  5. Rem – Ramzani Kassim, 46 Tahun
  6. Shidee Data – Vokalis Kumpulan Data, Popular Era 90an
Peserta Wanita
  1. Nora Ariffin – Wan Norafizah binti Ariffin, 43 Tahun
  2. Siti Sarah- Siti Sarah binti Raisuddin, 32 Tahun
  3. Elly Mazlein – Penyanyi popular lagu Hye Hye Bye Bye
  4. Azharina – Azharina binti Azhar, Penyanyi Pop Malaysia asal KK Sabah
  5. Intan Sarafina
  6. Zur Eda
Barisan Pengacara Gegar Vaganza 2016 Musim Ketiga
Nabil Ahmad dan Jihan Muse

Barisan Juri Tetap Gegar Vaganza 2016 Musim Ketiga
Inilah juri tetap Datuk Ramli MS dan Datuk Khadijah Ibrahim

Labels:

Catat Ulasan

[blogger]

Borang Maklumat Hubungan

Nama

E-mel *

Mesej *

Dikuasakan oleh Blogger.
Javascript DisablePlease Enable Javascript To See All Widget