PM tak suka panggilan 'keling'


Datuk Seri Najib Razak menasihati masyarakat di negara ini menghormati satu sama lain serta tidak memanggil kaum India sebagai pendatang dan 'keling'.
Menurut perdana menteri sikap itu merupakan asas yang mesti dilaksanakan bagi menjamin keharmonian antara kaum di negara ini.
Kata Najib lagi, dasar hormat menghormati antara satu sama lain juga penting bagi membawa perubahan di negara ini lebih-lebih lagi apabila rakyat kini bosan dengan politik yang dibawa pembangkang.
"Kita kena amalkan dasar saling hormat menghormati antara satu sama lain.
"Kita jangan panggil India ini kaum pendatang, jangan panggil kaum India keling. Saya tak suka, jangan. 
"Kita hormat menghormati antara satu sama lain. Itu asas kita. Hari ini saya percaya kalau kita boleh bersatu, kita boleh membawa perubahan sebenar kepada Malaysia sebab rakyat dah bosan dengan politik pembangkang," katanya.
Beliau berkata demikian ketika merasmikan Perhimpunan Agung MIC ke-70 di Pusat Dagangan Dunia Putra (PWTC) di Kuala Lumpur hari ini.
sumber : malaysiakini.com
Labels:

Catat Ulasan

[blogger]

Borang Maklumat Hubungan

Nama

E-mel *

Mesej *

Dikuasakan oleh Blogger.
Javascript DisablePlease Enable Javascript To See All Widget