‘Perlu Ke Sampai Guna Cara Begini?’ : VIDEO


Kelihatan sesetengah murid menjerit dan menangis ketakutan serta ada yang langsung enggan melakukan aktiviti tersebut.
Ada yang berebut-rebut naik ke tebing sehingga menimpa rakan mereka sendiri namun salah seorang daripadanya dimarahi kerana menjerit dan diberikan amaran untuk tidak berbuat demikian kerana jeritan seperti itu akan membuatkan ular takut.
Netizen rata-ratanya mempersoalkan, apakah kewajaran memberikan latihan seperti ini kepada murid, sedangkan terdapat pelbagai lagi cara yang lain untuk mengatasi ketakutan dalam diri mereka.
Malah, latihan pembentukan jati diri seperti itu tidak akan membantu murid mengatasi ketakutan tetapi akan menyebabkan mereka trauma dan fobia selain mengalami kecederaan emosi.
“Gila apa? Nak bina keyakinan dengan menakut nakutkan budak? Dimomokkan dengan ular, nak suruh budak-budak ni yakin sebagai apa? Pekebun? Penjaga zoo? Tarzan?” tulis Noonsod Rawaulam.
“Siapa yang setuju dengan cara ini memang sah bodoh tak bertempat. Nak naikkan jati diri kepala otak kamu. Tak kira ular itu ada bisa atau tidak tetapi sekali kena patuk memang akan cedera. Otak letak di mana? Suka jadi hiburan atas ketakutan orang lain?” kata Zaidin D. Faizul.
“Ini budak sekolah rendah bang, ada banyak lagi cara nak menaikkan keberanian mereka. Mereka bukan askar, ini hanya akan meninggalkan banyak kesan negatif kepada mereka,” kata Shazwan Ali.
Mynewshub ingin mencadangkan agar ibu bapa dan penjaga kanak-kanak dalam video di atas agar membuat laporan polis segera dan pihak berkuasa juga harus melihat andai wujud sebarang elemen ganguan seksual dalam kejadian itu.
Tidakan memancut air ke badan budak-budak berkenaan umpanya tidak dapat ditafsir apakah tujuan agaknya? 
Sumber : MYNEWSHUB.CC
Labels:

Catat Ulasan

[blogger]

Borang Maklumat Hubungan

Nama

E-mel *

Mesej *

Dikuasakan oleh Blogger.
Javascript DisablePlease Enable Javascript To See All Widget