Hari ini paling kecewa...katanya




KUALA LUMPUR - Yang Dipertua Dewan Rakyat, Tan Sri Pandikar Amin Mulia meluahkan kekecewaan berhubung tindakan keluar dewan oleh segelintir ahli Parlimen pembangkang siang tadi sewaktu Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak membentangkan Bajet 2017.

Katanya, tindakan keluar dewan beramai-ramai oleh wakil DAP, PKR, dan Parti Amanah Negara (Amanah) itu jelas melanggar peraturan yang telah ditetapkan di Dewan Rakyat.

"Selama sembilan tahun saya berkhidmat (baru) hari ini saya berasa benar-benar kecewa. Kekecewaan itu bersandarkan Peraturan Mesyuarat 41 (1) yang mengatakan semasa seseorang ahli Parlimen bercakap, semua ahli lain hendaklah diam dan tidak mengganggu dengan cara kurang adab atau biadab.

"Apa yang saya nampak sebentar tadi (walaupun kita ditonton oleh lebih kurang 29 juta rakyat) sebilangan ahli Parlimen yang selama ini mendakwa mereka berada di pihak yang benar dan jujur telah menampakkan satu kebiadaban.

"Saya amat kecewa...," katanya sebaik sahaja berakhirnya pembentangan Bajet 2017 di Dewan Rakyat, Parlimen, di sini, hari ini.

Kecoh di dewan hari ini apabila Najib yang juga Menteri Kewangan mendakwa pemimpin pembangkang menuduh negara sedang alami ribut ekonomi.

Berang dengan kenyataan Perdana Menteri itu, ahli Parlimen pembangkang bangun serta-merta bersama plakad #SiapaMO1? sekaligus menukarkan suasana tenang dewan kepada hingar-bingar tidak terkawal.

Keadaan tidak terkawal itu menyaksikan campur tangan Pandikar yang akhirnya terpaksa mengarahkan ahli Parlimen meninggalkan dewan sekiranya tidak mahu mendengar isi pembentangan Bajet 2017.

Seketika kemudian, rata-rata ahli Parlimen pembangkang khususnya DAP, PKR dan Amanah bertindak bangun meninggalkan dewan.

sumber : sinarharian.com.my
Labels:

Catat Ulasan

[blogger]

Borang Maklumat Hubungan

Nama

E-mel *

Mesej *

Dikuasakan oleh Blogger.
Javascript DisablePlease Enable Javascript To See All Widget