Semakan Keputusan Tingkatan 6 Sesi 2016/ 2017 Online


Semakan keputusan tawaran Tingkatan 6 Sesi akademik 2016/ 2017 secara online. Semakan kemasukan Form 6 bagi sesi 2015/ 2016 hanya akan diumumkan selepas 45 hari daripada keputusan SPM 2015. Memandangkan keputusan SPM telah diumumkankan keluar pada 3 Mac 2016, semakan keputusan Tingkatan enam sesi 2016/ 2017 djangka akan diumumkan keluar pada pertengahan bulan April 2016.

Tarikh Keputusan Tingkatan 6 Sesi 2016/ 2017 Online
  • Keputusan tawaran Form 6 bagi sesi akademik 2016/ 2017 akan diumumkan keluar pada pertengahan bulan April 2016. Tarikh rasmi akan diumumkan menerusi laman ini sebaik sahaja menerima pengumuman daripada Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM).
  • Semakan Form 6 2016/ 2017 Secara Online
  • Sila layari http://www.moe.gov.my atau http://sst6.moe.gov.my mulai April 2016.

Nota: Sekiranya anda berjaya dan bersetuju dengan tawaran ini, surat tawaran MESTI DICETAK SEGERA dan dibawa semasa hari pendaftaran.

Semakan Tingkatan 6 Sesi 2016/ 2017 Guna SMS

Taip MOE <Jarak> T6 <Jarak> NO Kad Pengenalan dan Hantar ke 15888

Rayuan Tingkatan 6 Sesi 2016/ 2017
Bagi calon yang gagal untuk melayakkan diri ke Tingkatan 6 Sesi 2016/2017, anda boleh mengemukakan rayuan di applikasi semakan yang sama.

Aliran Ditawarkan Di Form 6
Murid-murid yang telah menamatkan pengajian menengah atas dan telah menduduki peperiksaan Siji Pelajaran Malaysia (SPM), layak ditawarkan untuk meneruskan pendidikan pasca menengah iaitu Tingkatan Enam, jika menepati syarat-syarat umum dan khusus bagi jurusan, selama 3 penggal. Terdapat dua aliran yang ditawarkan untuk Tingkatan Enam di sekolah menengah harian iaitu aliran Sains Sosial (Kemanusiaan dan Agama) dan aliran Sains.

Syarat Kelayakan Masuk Tingkatan 6
Syarat umum bagi kemasukan ke Tingkatan Enam ialah lulus SPM dengan mendapat kepujian bagi mata pelajaran Bahasa Malaysia. Bagi melayakkan murid ke aliran Sains Sosial, jumlah mata unit bagi tiga mata pelajaran yang terbaik mestilah tidak melebihi 12, aliran Sains tidak melebihi 18 mata unit, manakala bagi aliran Agama tidak melebihi 14.

Semua tawaran kemasukan dibuat secara atas talian dan calon-calon yang tidak mendapat tawaran boleh membuat rayuan di Jabatan Pendidikan Negeri masing-masing.

Kelebihan Masuk Tingkatan 6 
  • Yuran peperiksaan bagi empat atau/dan lima mata pelajaran adalah percuma bagi calon Sekolah Kerajaan dan Sekolah Bantuan Kerajaan, kecuali calon sekolah swasta dan persendirian individu. Ini bermakna calon tidak perlu berhutang dengan PTPTN.
  • Calon Form 6 juga bebas memakai pakaian kasual dan bukan baju beruniform
  • Sijil STPM mendapat pengiktirafan daripada Kerajaan Malaysia, Jabatan Perkhidmatan Awam (JPA), dan Cambridge Assessment, England.
  • Murid yang memperoleh keputusan cemerlang dalam peperiksaan STPM dan kokurikulum layak memohon untuk melanjutkan pelajaran ke institusi pengajian tinggi dalam dan luar negara
  • Sijil STPM turut diterima oleh JPA untuk menjawat perjawatan dalam perkhidmatan Kerajaan.
  • Tempoh pengajian di Tingkatan Enam adalah selama 1 ½ tahun.

Labels:

Catat Ulasan

[blogger]

Borang Maklumat Hubungan

Nama

E-mel *

Mesej *

Dikuasakan oleh Blogger.
Javascript DisablePlease Enable Javascript To See All Widget