Staf BSN Maut Akibat Dipukul


TELUPID: Seorang staf Bank Simpanan Nasional (BSN) Cawangan Telupid maut selepas ditemui dalam keadaan tidak sedarkan diri serta berlumuran darah di kepala dan muka oleh orang awam berhampiran bank itu pada Rabu. 

Ketua Polis Daerah Beluran, Supt Sivanatan Velautham berkata, mangsa dikenali sebagai Henry Edoos, 43, yang ditemukan di tangga menuju tingkat satu rumah kedai didiami staf BSN pada kira-kira 6.30 pagi, dipercayai telah dipukul.

Katanya, mangsa yang sebelum itu dibawa ke Klinik Kesihatan Pekan Telupid terpaksa dipindahkan ke Hospital Duchess of Kent Sandakan apabila didapati kritikal akibat kecederaan teruk di bahagian kepala.

"Mangsa meninggal dunia ketika dalam perjalanan dan siasatan awal mendapati punca kematian adalah pendarahan dalam otak akibat retak dipercayai dipukul menggunakan benda keras," katanya dalam kenyataan pada Rabu. Katanya, siasatan mendapati mangsa keluar minum di sebuah kedai di Pekan Telupid pada 7.30 malam Selasa.

"Mangsa dipercayai dipukul orang tidak dikenali semasa mangsa dalam perjalanan pulang ke rumahnya kira-kira 4 pagi," katanya. Katanya, polis meminta kerjasama saksi supaya tampil membantu proses siasatan. - Bernama
Labels:

Catat Ulasan

[blogger]

Borang Maklumat Hubungan

Nama

E-mel *

Mesej *

Dikuasakan oleh Blogger.
Javascript DisablePlease Enable Javascript To See All Widget