Pendaftaran Murid Tahun 1 Selangor Putrajaya 2017/ 2018


Borang pendaftaran murid tahun 1 negeri Selangor dan Putrajaya sesi 2017/ 2018 secara online. Ibu bapa yang menetap di Selangor atau Putrajaya dan mempunyai anak yang lahir pada tahun 2010 hingga 2011 boleh membuat Pendaftaran Murid Tahun Satu Negeri Selangor Tahun 2017-2018. Untuk makluman sistem permohonan atau pendaftaran akan dibuka secara atas talian mulai 1 Mac 2016 hingga 30 April 2016.

Borang Pendaftaran Murid Tahun 1 Negeri Selangor 2017/ 2018 Online
Pengumuman Penting Pendaftaran Murid Tahun 1 Sesi 2017/ 2018
  • Sistem pendaftaran online ini hanya terbuka khusus kepada murid tahun 1 yang akan bersekolah di selangor dan putrajaya sahaja.
  • Sistem esppsel (https://esppsel.moe.gov.my) telah ditutup sepenuhnya mulai 4 Januari 2016. Kini ibu bapa hanya boleh mendaftar anak mereka menerusi sistem baharu KPM iaitu https://public.moe.gov.my.
  • Sistem baharu adalah lebih efektif dan lancar berbanding sistem terdahulu.

Tatacara Permohonan Online Murid Tahun 1
1. Sila lengkapkan borang online “Application Form” dan cetak borang permohonan.
2. Hantar borang tersebut kepada sekolah tempat anda pohon.
3. Sila lampirkan sekali salinan dokumen seperti berikut atau tertera dibawah:

Salinan Penting Bagi Pendaftaran Murid Tahun 1
1) Sijl lahir/Borang W/Sijil Anak Angkat (original & copy)
2) Bil Utiliti (Bil elektrik TNB/Air) (original & copy)
3) Kad Pengenalan Ibu bapa/Penjaga (original & copy)
4) Surat Nikah/Surat Daftar Perkahwinan/Surat Cerai (sekiranya berkaitan) (copy)
5) Surat Hak Penjagaan/Perintah Mahkamah (sekiranya berkaitan) (original)
6) Laporan Doktor & Kad OKU (sekiranya berkaitan) (original & copy)


Labels:

Catat Ulasan

[blogger]

Borang Maklumat Hubungan

Nama

E-mel *

Mesej *

Dikuasakan oleh Blogger.
Javascript DisablePlease Enable Javascript To See All Widget