Harga Terkini RON95 RON97 & Diesel Bermula Mac 2016

kredit gambar : astro awani

Harga Terkini RON95 RON97 & Diesel Mulai 1 Mac 2016 (Rasmi)
  • RON95: RM1.60 Per Liter (Turun 15 Sen)
  • RON97: RM1.95 Per Liter (Turun 10 Sen)
  • Diesel: RM1.35 Per Liter (Kekal)

Rasmi: Berkuatkuasa mulai 12.01 tengah malam 1 Mac 2016, harga RON95 RM1.60 seliter, manakala RON97 RM1.95 seliter dan Diesel kekal RM1.35 seliter. RON95 mencatat penurunan sebanyak 15 sen, RON97 turun 10 sen manakala Diesel tiada kenaikan.

Berita harga terkini minyak petrol RON95 RON97 dan Diesel mulai 1 Mac 2016. Penurunan harga minyak mentah dunia telah menyaksikan penurunan harga bahan api yang mendadak sejak pembukaan tahun 2016. Menerusi pengumuman rasmi harga minyak mulai Mac 2016, RON95 turun 15 sen menjadikan harga baharu RON95 RM1.60 seliter berbanding RM1.75 seliter manakala RON97 turun 10 sen kepada RM1.95 seliter daripada RM2.05 seliter. Harga diesel pula kekal sama RM1.35 seliter dan tiada perubahan seperti bulan sebelumnya. Sebagai rumusan, berkuatkuasa mulai jam 12.01 tengah malam 1 Mac 2016, harga RON95 adalah RM1.60 sen seliter, manakala RON97 RM1.95 sen seliter termasuk GST dan Diesel kekal RM1.35 sen seliter.
Labels:

Catat Ulasan

[blogger]

Borang Maklumat Hubungan

Nama

E-mel *

Mesej *

Dikuasakan oleh Blogger.
Javascript DisablePlease Enable Javascript To See All Widget