Gambar Pertunangan Shaheizy Sam & Syatilla Melvin 7.2.2016

Gambar majlis pertunangan dan malam berinai Shaheizy Sam dan Syatilla Melvin pada 7 Februari 2016. Lagi beberapa jam sahaja lagi, pasangan “wedding of the year” yang mendapat tajaan berjumlah RM25 Juta Shaheizy Sam dan Syatilla Melvin akan disatukan pada 8 Februari 2016 bertempat di kediaman Syatilla Melvin di Nibong Tebal, Pulau Pinang. Untuk info, pasangan ini pada mulanya hanyalah kawan biasa dan tempoh berkenalan selama 6 tahun lamanya. Shaheizy Sam akhirnya memutuskan untuk mengakhiri zaman bujangnya pada usia 34 tahun dan mengahwini Syatilla Melvin yang kini berusia 25 tahun. Menariknya, pasangan Shaheizy Sam dan Syatilla akan melangsungkan pertunangan pada 7 Februari 2016 manakala perkahwinan pada keesokan harinya iaitu pada 8 Februari 2016. Kepada peminat, berikut adalah beberapa keping foto malam berinai dan pada masa yang sama majlis tunang Syatilla Melvin dan Shaheizy Sam bertempat di Bukit Jawi Golf Club, Pulau Pinang. Sebagai info tambahan, majlis resepsi bagi sebelah pihak perempuan akan diadakan pada 9 Februari 2016 manakala sebelah pihak lelaki pada 20 Februari 2016 bertempat di Hotel Mandarin Oriental, Kuala Lumpur.

Gambar Malam Berinai / Pertunangan Shaheizy Sam & Syatilla Melvin 7.2.2016














Labels:

Catat Ulasan

[blogger]

Borang Maklumat Hubungan

Nama

E-mel *

Mesej *

Dikuasakan oleh Blogger.
Javascript DisablePlease Enable Javascript To See All Widget