Biodata Lelaki Viral Mengamuk Di JPJ Maut Ditembak 11.2.2016


Biodata siapa Syed Amin Zainul Abidin isu lelaki pernah viral mengamuk di JPJ kini maut ditembak mati pada 11 Februari 2016. Berdasarkan laporan polis, individu yang pernah kecoh laman sosial mengenai isu JPJ telah meninggal dunia pada jam 3.30 pagi Khamis susulan ditembak dengan 5 das tembakan oleh dua suspek menunggang motosikal di Jalan Keramat Pulau Pinang. Pada waktu kejadian, mangsa yang berketurunan India Muslim menaiki kenderaan jenis Mercedez Benz telah ditembak dengan 4 das mengenai badan manakala 1 tembakan dibahagian kepala dan mati serta merta di tempat insiden. Menurut saksi kejadian, mangsa yang menyedari telah diekori oleh dua suspek cuba memberhentikan kenderaannya sebelum maut ditembak dari jarak dekat. Terdahulu, Syed Amin Zainul Abidin atau nama Facebook Amin Beyond pernah mencetuskan kontroversi dilaman sosial apabila memuat naik video perselisihan faham di pejabat JPJ. Dalam kandungan video berkenaan, Syed Amin lantang bersuara mengenai ketidakpuas hatinya dengan isu rasuah dalam kalangan anggota JPJ yang menjul kenderaannya yang disita sejak tahun 2001 lalu dijual kepada individu yang lain tanpa melakukan pertukaran hak milik.

Biodata Lelaki Viral Mengamuk Di JPJ Maut Ditembak 11.2.2016
  • Nama Penuh: Syed Amin Zainul Abidin
  • Umur: 46 tahun
  • Asal: Pulau Pinang
  • Bangsa: India Muslim Malaysia
  • Pekerjaan: Pengusaha Car Wash dan Pemilik Restoran Nasi Kandar
  • Nama Facebook: Amin Beyond
Foto Arwah Syed Amin Zainul Abidin



Kronologi Insiden Kematian Lelaki Pernah Viral Di JPJ
  • 2012: Pernah diugut bunuh sejak Julai 2012 berikutan perselisihan faham dengan penagih dadah. Telah membuat 6 laporan polis berikutan bimbang dengan ancaman bunuh. Mangsa yang juga merupakan pemilik Car Wash sering menerima pelbagai ancaman seperti kereta pernah dibakar dan ugutan melibatkan nyawa.
  • 2014: Arwah merupakan seorang aktivis yang mempertahankan nasib melayu di Pulau Pinang yang pada ketika ini berada dibawah pemerintahan DAP.
  • 2015: Menyuarakan rasa tidak hati terhadap pegawai JPJ yang dipercayai telah melakukan rasuah dan tidak amanah. Ini kerana, kenderaan miliknya yang pernah disita oleh JPJ pada tahun 2001 telah dijual kepada individu lain tanpa melakukan pertukaran hak milik.
  • Disember 2015: Dihadapkan ke makhamah atas tuduhan menganiayai pegawai JPJ di Malaysia.
  • 11 Februari 2016: Sah mati ditembak di Jalan Keramat Pulau Pinang pada jam 3.30 pagi Rabu.

Status Facebook Mangsa Sudah Tahu Akan Dibunuh
Mangsa menerusi facebook Amin Beyond seolah sudah tahu bahawa nyawanya akan diakhiri dengan kematian akibat dibunuh.




Gambar/Photo Lelaki Viral Mengamuk Di JPJ Maut Ditembak 11.2.2016






Labels:

Catat Ulasan

[blogger]

Borang Maklumat Hubungan

Nama

E-mel *

Mesej *

Dikuasakan oleh Blogger.
Javascript DisablePlease Enable Javascript To See All Widget