Biodata Ahmad Bashah MB Menteri Besar Baru Kedah


Biodata siapa Ahmad Bashah MB atau Menteri Besar baru Kedah. Berkuatkuasa 3 Februari 2016, Datuk Seri Ahmad Bashah Md Hanipah telah dilantik sebagai Menteri Besar baharu Kedah bagi menggantikan tempat MB terdahulu iaitu Datuk Seri Mukhriz Mahathir. Difahamkan, Mukhriz telah melepaskan jawatan MB susulan desakan pergelutan kemelut politik daripada 14 ketua UMNO Kedah yang mendakwa Mukhiz tidak mentabdir Kedah dengan baik. Akur dengan desakan tersebut, akhirnya Mukhriz mengundur diri dengan meletak jawatan sebagai MB Kedah dan juga presiden Persatuan Bola Sepak Kedah (KFA).

Biodata Ahmad Bashah MB Menteri Besar Baru Kedah
  • Nama Penuh: Datuk Seri Ahmad Bashah Md Hanipah
  • Umur: 66 Tahun
  • Tarikh Lahir: 10 Oktober 1950
  • Asal Kelahiran: Kedah
  • Tempat Lahir: Mukim Langgar, Alor Setar, Kedah Darul Aman
  • Parti Politik: BN/ UMNO
  • Tarikh Istiadat Pelantikan MB Kedah: 4 Februari 2016 (Khamis)
  • Jawatan Terdahulu: Timbalan Menteri Perdagangan Dalam Negeri, Koperasi dan Kepenggunaan
  • Jawatan Terkini: Menteri Besar Kedah

Agenda Pelantikan Menteri Besar Kedah: 14 ketua Umno Kedah yang diketuai oleh Ahmad Bashah, mengadakan sidang akhbar pada 20 Januari 2016, menggesa Perdana Menteri Datuk Seri Najib untuk membuang Mukhriz sebagai Menteri Besar Kedah dan Ketua Umno negeri.

Desakan Ahmad Bashah Terhadap Mukhriz: Mukhriz didakwa telah gagal untuk menguruskan negeri dengan cekap dan tidak mempunyai apa-apa rancangan strategik untuk Umno Kedah untuk menghadapi pilihan raya umum akan datang.

Pingat Anugerah: Darjah Paduka Seri Setia Sultan Abdul Halim Mu’Adzam Shah (D.H.M.S ), Darjah Setia Diraja Kedah (D.S.D.K), Jaksa Pendamai (JP) pada tahun, Kesasteria Mangku Negara (KMN), Setia Diraja Kedah (SDK), Ahli Mahkota Kedah (AMK), Bintang Kebaktian Masyrakat (BKM), Pingat Pangkuan Negara (PPN), Pingat Jasa Kebaktian (PJK), dan Darjah Seri Setia Diraja Kedah Yang Amat Dihormati (S.S.D.K).

Kejayaan: Menang pilihanraya di Kawasan N12 Bakar Bata Kedah tiga kali berturut sejak 1994, 2004 dan 2008

Kronologi Ahmad Bashah Dalam Bidang Politik Kedah
  • 1991: Ahli Lembaga Pengarah MADA
  • 1998: Ahli Majlis Perbandaran Kota Star
  • 1989: Pegawai Penyelaras Sukan, Kedah Darul Aman
  • 1990-1993: Timbalan Ketua Pemuda UMNO Negeri
  • 1995: Ahli Dewan Undangan Negeri Alor Merah
  • 1999: Pengerusi Jawatankuasa Perumahan, Kerajaan Tempatan dan Alam Sekitar Kedah dan Ahli Dewan Undangan Negeri Bakar Bata, serta Timbalan Menteri KPDNKK.
  • 1994-1997: Bendahari Umno Kedah
  • 1984-1993: Ketua Pemuda UMNO Bahagian Alor Star
  • 1993-1995: Timbalan Ketua UMNO Bahagian Alor Star
  • 1995-2016: Ketua UMNO Bahagian Alor Star
  • 2011-2016: Pengerusi Perhubungan UMNO Kedah dan sebagai Timbalan Pengerusi Perhubungan UMNO Kedah pada 2013 hingga sekarang 2016.
  • 2016: Menteri Besar Kedah




Labels:

Catat Ulasan

[blogger]

Borang Maklumat Hubungan

Nama

E-mel *

Mesej *

Dikuasakan oleh Blogger.
Javascript DisablePlease Enable Javascript To See All Widget