Permohonan Biasiswa Kerajaan Negeri Sabah 2016 Online


Permohonan biasiswa Kerajaan Negeri Sabah 2016 secara online. Kerajaan Negeri Sabah mempelawa bumiputera Sabah yang berkelayakan untuk memohon Biasiswa Yayasan Sabah 2016 mulai 15 Mac 2016 sehingga 14 April 2016. Semakan keputusan boleh disemak mulai bulan Jun 2016.

Syarat Kelayakan Biasiswa Kerajaan Negeri Sabah 2016
  • Warganegara Malaysia yang berasal dari Negeri Sabah dan Wilayah Persekutuan Labuan
  • Berumur 17 tahun dan keatas
  • Salah seorang ibu atau bapa pemohon berasal dan dilahirkan di Sabah atau Wilayah Persekutuan Labuan
  • Kursus Diploma dan Ijazah Sarjana Muda di Institusi Pengajian Tinggi Tempatan yang diiktiraf oleh Kerajaan Negeri Sabah
Kelayakan Akademik Biasiswa Kerajaan Negeri Sabah 2016
Kursus Diploma
Lulus Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) dengan memperoleh sekurang-kurangnya gred C dalam lima (5) mata pelajaran termasuk Bahasa Melayu dan mata pelajaran yang berkaitan dengan bidang kursus yang hendak diikuti. Lulus dengan kepujian dalam mata pelajaran Bahasa Inggeris untuk universiti yang menggunakan Bahasa Inggeris sebagai Bahasa Penghantar.

Kursus Sarjana Muda
Lulus Sijil Tinggi Persekolahan Malaysia (STPM) dengan memperoleh sekurang-kurangnya gred B dalam empat (4) mata pelajaran berkaitan dengan bidang kursus yang hendak diikuti. Kelayakan ini haruslah diperoleh dengan hanya sekali menduduki peperiksaan atau kelayakan yang setaraf. Lulus Matrikulasi dengan memperolehi sekurang-kurangnya PNGK/CGPA 3.00 atau Lulus Foundation dengan mendapat sekurang-kurangnya PNGK/CGPA 3.5. Perubatan, Pergigian dan Farmasi Kursus Perubatan, Pergigian dan Farmasi perlu mendapat sekurang-kurangnya CGPA 3.5 di peringkat STPM/Diploma/Matrikulasi.

Permohonan Biasiswa Kerajaan Negeri Sabah 2016 Online
Tarikh Tutup Permohonan : 14 April 2016
Semakan Keputusan Permohonan : Jun 2016



Labels:

Catat Ulasan

[blogger]

Borang Maklumat Hubungan

Nama

E-mel *

Mesej *

Dikuasakan oleh Blogger.
Javascript DisablePlease Enable Javascript To See All Widget