Peminjam PTPTN Hanya Perlu Bayar RM300 Untuk Elak Senarai Hitam


PTPTN mewajibkan peminjam hanya perlu bayar RM300 atau ansuran 3 Bulan Pertama untuk elak senarai hitam. Berita baik bagi semua peminjam PTPTN yang tidak pernah membayar pinjaman serta mempunyai tunggakan bulanan yang banyak. PTPTN kini mengadakan promosi dimana peminjam boleh membayar sebanyak RM300 sahaja atau ansuran 3 bulan pertama untuk proses penstrukturan semula pembiayaan pinjaman atau pertukaran kepada Ujrah (Biasiswa). Selain itu, anda juga tidak akan disenarai hitamkan namun perjanjian baharu wajib ditandatangani antara anda dan pihak PTPTN bagi penstrukturan semula atau penukaran ke ujrah.

Terdahulu, polisi sedia ada PTPTN memerlukan peminjam membuat bayaran sebanyak 50 peratus daripada jumlah tunggakan. Contoh anda telah mempunyai tunggakan PTPTN sebanyak RM20,000 dan anda wajib membayar RM10,000 untuk penstrukturan semula jadual pembayaran. Namun, kini PTPTN membuat polisi baharu dimana anda tidak perlu lagi membayar jumlah yang banyak melainkan hanya RM300 sahaja atau bayar ansuran 3 bulan pertama.

Bagaimanapun, tawaran ini terhad daripada 14 Januari 2016 sehingga 20 Januari 2016 sahaja. Sila berunding di kaunter PTPTN yang berhampiran dengan anda dalam masa terdekat.



Labels:

Catat Ulasan

[blogger]

Borang Maklumat Hubungan

Nama

E-mel *

Mesej *

Dikuasakan oleh Blogger.
Javascript DisablePlease Enable Javascript To See All Widget