Kronologi Kes Culik Adik Nur Amirah Atirah Di Klang

Sebelum ini kita telah dikejutkan dengan berita kes culik Nur Amirah Atirah gadis hilang di Klang oleh Van Putih. Menerusi laman sosial, Penculikan adik Nur Amirah Atirah berusia 14 tahun yang dipercayai hilang sejak 27 Disember 2015 jam 2.30 petang dan dilarikan oleh sebuah van putih. Ketika kejadian, mangsa didakwa dalam perjalanan pulang berseorangan ke rumah kediamannya di kawasan Pelabuhan Klang Utara. Manakala, pihak polis mengesahkan telah menerima laporan kehilangan mangsa pada jam 8.20 malam 28 Disember 2015. Difahamkan, mangsa sempat membuat panggilan kecemasan kali terakhir kepada kakak mangsa pada 29 Disember 2015 dan memaklumkan bahawa dirinya telah diculik. Dalam perbualan tersebut, mangsa mengesahkan dia dilarikan menuju ke Johor Bahru oleh dua suspek berbangsa India.

Identiti / Biodata Adik Nur Amirah Atirah Kes Culik Di Klang Utara

  • Nama Penuh: Nur Amirah Atirah
  • Umur: 14 Tahun
  • Kad Pengenalan: 010610-10-1490
  • Asal: Pelabuhan Klang Selangor
  • Tarikh Hilang Dari Rumah: 27 Disember 2015
  • Tarikh Laporan Polis Dibuat Kes Hilang: 28 Disember 2015
  • Tarikh Disahkan Diculik: 29 Disember 2015

Kronologi Culik Adik Nur Amirah Athirah
  • Adik Nur Amirah Athirah berumur 14 tahun telah hilang di kawasan Klang Utara pada 28.12.2015 jam 8.20 malam yang telah tersebar viral dalam laman media sosial Facebook.
  • Ibunya menyedari ketiadaan anaknya itu sejak 27/12/2015 lebih kurang jam 2.30 petang dan anaknya itu dikatakan tidak pulang ke rumah sehingga laporan polis dibuat. Pada peringkat awal, mangsa masih boleh dihubungi oleh ibunya(pengadu) menerusi telefon bimbit dimana anaknya itu memaklumkan bahawa beliau telah keluar untuk berjumpa rakannya.
  • Siasatan awal oleh pihak polis menerusi seorang saksi iaitu adik kepada remaja perempuan tersebut, mengesahkan bahawa kali terakhir beliau dilihat adalah bersama seorang lelaki cina, yang di percayai teman lelakinya iaitu pada 27/12/2015 lebih kurang jam 7.00 malam di sebuah kedai makan di Muara Ikan Bakar di Tanjung Harapan, Pelabuhan Klang.
  • Siasatan polis selanjutnya mendapati remaja perempuan tersebut memang sering keluar rumah untuk berjumpa dengan rakannya.Beliau juga pernah beberapa kali pulang lewat ke rumah tetapi tidak pernah melarikan diri dari rumah dan beliau tidak mempunyai masalah serius dengan ahli keluarganya.
  • Namun, pada 29/12/2015 lebih kurang jam 7.30 malam, ibu remaja berkenaan (pengadu) telah menerima panggilan telefon daripada anaknya itu yang memberitahu bahawa beliau telah di larikan oleh 2 orang lelaki India yang tidak di kenali semasa beliau dalam perjalanan pulang ke rumah. Remaja tersebut juga memberitahu bahawa beliau telah di bawa ke sebuah gudang dengan menaiki sebuah van berwarna putih.
  • Sehubungan itu, pihak polis telah menubuhkan satu pasukan penyiasat untuk menjejak dan mengesan lokasi remaja tersebut. Kes ini diklasifikasikan sebagai kes culik dibawah Seksyen 363 Kanun Keseksaan dan siasatan serta operasi untuk mengesan remaja tersebut sedang giat dijalankan oleh pihak polis.
  • Adik Amirah Atirah sudah ditemui pada jam 10.00 malam 31 Disember 2015. Tiada kes culik dikaitkan kerana remaja yang berusia 14 tahun itu telah menipu mendakwa dirinya diculik. Mangsa sebenarnya mengikut lelaki lain dipercayai kekasih.
Foto Mangsa Kes Culik Adik Nur Amirah Atirah




Rakaman Perbualan Terakhir Mangsa Nur Amirah Atirah dan Kakak


Ibu Amira buat permohonan maaf di Facebook

Ibu kepada remaja yang mendakwa dirinya diculik, Nor Amira Atirah Abdul Majid tampil membuat permohonan maaf secara terbuka di laman Facebooknya pada Jumaat.

Wanita itu, yang menggunakan nama Asmah Mamai dalam muatnaik terbaru status Facebooknya menyampaikan permohonan maaf susulan pelbagai tanggapan negatif terhadap kehilangan anaknya di media sosial.

“Untuk pengetauhan semua saya baru dapat maklumat dari pihak polis yang menyatakan anak saya sudah ditemui.

“Saya ucapkan terima kasih kepada seluruh rakyat Malaysia kerana tidak jemu mengikuti perkembangan kes anak saya. Saya minta maaf seandainya kalau selama kehilangan anak saya ada perkara-perkara negatif yang berlaku,” katanya.

Dalam pada itu, dia turut mengucapkan ucapan kasihnya kepada Polis DiRaja Malaysia (PDRM) yang telah bertungkus lumus mencari dan mengesan kehilangan anaknya.

Terdahulu, Ketua Polis Negara, Tan Sri Khalid Abu Bakar berkata pihak polis telah menemui Nor Amira yang kononnya diculik menggunakan sebuah van putih - FMT
Labels:

Catat Ulasan

[blogger]

Borang Maklumat Hubungan

Nama

E-mel *

Mesej *

Dikuasakan oleh Blogger.
Javascript DisablePlease Enable Javascript To See All Widget