Dr Vida tunggu jawapan rasmi Kafa


PETALING JAYA: Persatuan Bola Sepak Kelantan (Kafa) dipercayai bersetuju dengan dua syarat penajaan oleh pengasas produk kecantikan Qu Puteh, Datuk Seri Dr Hasmiza Othman atau lebih dikenali sebagai Dr Vida.

Bagaimanapun perkara itu masih belum dapat disahkan secara bertulis atau rasmi.

“Saya ada terima mesej daripada Presiden Kafa menerusi WhatApp awal pagi tadi (Sabtu). Mesej itu menyatakan (Kafa) bersetuju dengan dua syarat itu.

“I will go with the flow. Sekarang cuma tunggu surat (rasmi) persetujuan (terima tajaan) daripada Kafa,” katanya, lapor Mstar Online.

Menurut laporan itu lagi, Presiden Kafa, Tan Sri Annuar Musa kini berada di Makkah untuk mengerjakan umrah.

Kafa pula dijangka mengeluarkan kenyataan rasmi berhubung perkara itu pada Ahad.

Turut ditanya mengenai kritikan yang diterima ekoran syaratnya itu, dan beliau menyatakan ia bertujuan mengubah wajah pasukan Kelantan agar nampak lebih segar dan mencetuskan fenomena baharu dalam industri sukan di negara ini.

“Sebenarnya walaupun saya perempuan tetapi saya sentiasa mengikuti perkembangan skuad ini. Saya punyai cita-cita besar untuk menyemarakkan bola sepak di Kelantan. Saya mahu lakukan perubahan dari peringkat akar umbi,” katanya.

Mengenai isu jersi skuad The Red Warrior berwarna merah jambu yang diviralkan pula, Dr Vida melihatnya sebagai menyerlahkan keceriaan, lebih sportif dan trendy.

“Bila saya tengok gambar kerusi stadium dan jersi yang diviralkan cantik pula. Tapi tak adalah sampai saya nak ubah bendera jadi warna merah jambu,” katanya.

Pada Jumaat, Dr Vida menetapkan dua syarat sebelum bersedia menjadi pasukan itu untuk menghadapi saingan Liga Malaysia musim 2016.

Dua syarat tersebut melibatkan perubahan nama The Red Warrior ditukar menjadi Pamoga Qu Puteh The Red Warriors manakala warna Stadium Sultan Muhammad IV kepada merah jambu - fmt
Labels:

Catat Ulasan

[blogger]

Borang Maklumat Hubungan

Nama

E-mel *

Mesej *

Dikuasakan oleh Blogger.
Javascript DisablePlease Enable Javascript To See All Widget