Berita Palsu : Gula-gula dadah


BERITA PALSU

MESEJ berkaitan pengedaran dadah jenis syabu di sekolah-sekolah terutama sekolah rendah, mula tersebar melalui aplikasi WhatsApp sejak empat hari lalu.

Mesej berkenaan berbunyi: “Dadah jenis baharu yg mula diedarkan ke sekolah-sekolah terutama sekolah rendah. Dadah jenis syabu, 'crystal meth' dikenali juga sebagai 'strawberry meth' berperisa strawberi.

Ada yang berperisa coklat dan sebagainya. Juga dikenali sebagai 'Strawberry Pop Rocks' seperti nama yang diberi. Awas yang ada anak-anak dan yang tidak ada anak, cuma anak didik kita.

Beritahu mereka tentang kehadiran jenis dadah ini yang sangat merbahaya sebab boleh merosakkan otak pertimbangan akal... Ada dijual dekat kedai dan mungkin peniaga yang dekat kawasan sekolah kerana peniaga itu pun tidak tau kandungannya. Oleh itu, sila berhati-hati. Sila pantau dan beri maklum balas jika terkesan di daerah tuan-tuan. Terima kasih."

Perkara berkenaan telah mendatangkan kebimbangan terutama dalam kalangan ibu bapa yang khuatir sekiranya mesej yang disebar adalah benar.


FAKTA

Bagaimanapun maklumat itu dinafikan Timbalan Ketua Polis Negara, Datuk Seri Noor Rashid Ibrahim yang mengesahkan mesej tersebut adalah palsu dan tidak benar.
“Pihak polis tidak pernah menerima sebarang laporan berkaitan kes tersebut.

“Memang benar sebelum ini, terdapat kes membabitkan dadah jenis syabu yang dibungkus dengan plastik gula-gula. Namun ia tidak diedarkan ke sekolah-sekolah,” katanya.

Menurut Noor Rashid, mereka yang menyebarkan mesej ini, mungkin bertujuan untuk menakut-nakutkan orang ramai terutama ibu bapa yang mempunyai anak bersekolah.
“Saya tidak faham mengapa mesej begini disebarkan dan dari mana maklumat diperolehi.

“Orang ramai tidak perlu bimbang. Polis sentiasa memantau sebarang bentuk pengedaran dadah dan akan memastikan kawasan sekolah selamat dari gejala ini,” katanya.

sumber : sinar harian
Labels:

Catat Ulasan

[blogger]

Borang Maklumat Hubungan

Nama

E-mel *

Mesej *

Dikuasakan oleh Blogger.
Javascript DisablePlease Enable Javascript To See All Widget