2015-12-27

Sukacita dimaklumkan permohonan kemasukan murid Tingkatan 4 ke Program Asrama 1Malaysia (A1M) akan dibuka sehingga 29 Januari 2016.
Permohonan ke A1M adalah dibuka kepada semua murid Tingkatan 4 Tahun 2016 yang bersekolah di Sekolah Menengah Kebangsaan di seluruh negara.
Murid-murid  yang terpilih ke A1M akan ditempatkan di sekolah-sekolah berikut:
 BIL
A1M
NAMA SEKOLAH
ALIRAN
JANTINA
1
A1M KUALA LUMPUR
SMK VICTORIA, KUALA LUMPUR
Aliran Sains  (Sains & Mat dalam Bahasa Inggeris)
LELAKI SAHAJA
SMK (L) METHODIST, KUALA LUMPUR
SMK ST JOHN, KUALA LUMPUR
SMK SENTUL UTAMA, KUALA LUMPUR
Sains & Kemanusiaan*
2
A1M JOHOR
SMK (P) SULTAN IBRAHIM, JOHOR BAHRU
Sains Tulen & Kemanusiaan**
PEREMPUAN SAHAJA
3
A1M SABAH
SM MAKTAB SABAH, KOTA KINABALU
Sains & Kemanusiaan***
LELAKI & PEREMPUAN
4
A1M SARAWAK
KOLEJ TUN DATU TUANKU HJ BUJANG, MIRI
Sains Tulen
LELAKI & PEREMPUAN

Info Kemasukan
  • Syarat-syarat permohonan memasuki A1M adalah seperti di dalam Borang Permohonan.
  • Semua permohonan akan dinilai oleh Jawatankuasa Pemilihan peringkat Kementerian Pendidikan Malaysia.
  • Permohonan yang berjaya akan dimaklumkan melalui surat dan pendaftaran masuk ke A1M dijangka pada 14 Februari 2016.
  • Semua permohonan yang lengkap hendaklah dihantar oleh pihak sekolah terus ke Bahagian Pengurusan Sekolah Harian, KPM selewat-lewatnya pada atau sebelum 29 Januari 2016.
Sila muat turun borang berikut :-


IKLAN JAWATAN KOSONG: GURU INTERNATIONAL BACCALAUREATE DIPLOMA PROGRAM (IBDP)
Bidang :

a. Economics - di The Malay College Kuala Kangsar, Perak

b. English - di The Malay College Kuala Kangsar, Perak

c. Mathematics (SL) – di The Malay College Kuala Kangsar, Perak

d. Biology – di Kolej Tunku Kurshiah, Enstek, Negeri Sembilan


Syarat Lantikan :
1. Ijazah Sarjana Muda dalam bidang berkaitan yang diiktiraf oleh Kerajaan daripada institusi-institusi pengajian tinggi tempatan atau kelayakan yang diiktiraf setaraf dengannya

2. Kelulusan Ikhtisas pendidikan dari mana-mana institusi Pendidikan di Malaysia

3. Sedang berkhidmat di Kementerian Pendidikan Malaysia.

SYARAT-SYARAT UMUM

A. TARAF JAWATAN
a) Semua jawatan akan dilantik secara TETAP.

B. KEWARGANEGARAAN, UMUR DAN KEMAHIRAN
Calon-calon lantikan terus hendaklah warganegara Malaysia berumur tidak kurang dari 18 tahun pada tarikh tutup iklan jawatan dan tidak melebihi 45 tahun pada tarikh lantikan.

Calon-calon hendaklah fasih Berbahasa Melayu dan Bahasa Inggeris. Mampu bekerja dengan pengawasan minimum serta proaktif dalam tugas yang diberikan.

C. PERMOHONAN OLEH PEGAWAI SEDANG BERKHIDMAT
Pemohon-pemohon yang sedang berkhidmat dalam perkhidmatan Kerajaan / Pihak Berkuasa Berkanun / Pihak Berkuasa Tempatan hendaklah mengemukakan permohonan melalui Ketua Jabatan / Majikan dengan melampirkan salinan Laporan Penilaian Prestasi Tahunan dan Kenyataan Perkhidmatan yang terkini dan lengkap.

D. PENAKLUKAN DI BAWAH SYARAT-SYARAT SKIM PERKHIDMATAN
Pegawai-pegawai yang memasuki perkhidmatan di atas adalah tertakluk kepada syarat-syarat skim perkhidmatan berkenaan yang sedang berkuat kuasa serta pindaan-pindaan yang dibuat ke atasnya dari semasa ke semasa.

CARA-CARA MEMOHON:
Resume yang telah lengkap diisi boleh dialamatkan kepada:-

PENGARAH
BAHAGIAN PENGURUSAN SEKOLAH BERASRAMA PENUH

DAN SEKOLAH KECEMERLANGAN

ARAS 3, BLOK 2251, JALAN USAHAWAN 1

63000 CYBERJAYA, SELANGOR 



TARIKH TUTUP PERMOHONAN:
24 Januari 2016

KEPUTUSAN :
Calon-calon yang berjaya ditapis sahaja akan dipanggil untuk ditemu duga. Permohonan yang tidak menerima apa-apa jawapan daripada pihak Bahagian Pengurusan Sekolah Berasrama Penuh dan Sekolah Kecemerlangan dalam tempoh enam (6) bulan daripada tarikh permohonan adalah dianggap tidak berjaya.



Cara tuntut diskaun 30 Peratus Perkhidmatan ERL atau LRT bagi pelajar, OKU dan Warga emas mulai Januari 2016. Seperti yang diumumkan oleh pihak Express Link Rail (ERL) SDN BHD, tambang LRT telah meningkat naik berkuatkuasa 2 Disember 2015. Bagaimanapun golongan OKU, Pelajar dan Warga Emas boleh menikmati diskaun sebanyak 30 peratus dari harga tambang dengan hanya menggunakan Kad Siswa 1Malaysia.

Cara Tuntut Diskaun 30 Peratus ERL LRT Mulai 2016
Warga Emas/ Orang Kurang Upaya: Hanya perlu membeli tiket menerusi kaunter untuk mendapatkan rebat sebanyak 30 peratus bagi kategori warga emas atau OKU

Pelajar IPT: Hanya perlu tunjukkan Kad Siswa 1Malaysia menerusi kaunter untuk mendapatkan rebat 30 peratus perkhidmatan ERL.


PETALING JAYA: Persatuan Bola Sepak Kelantan (Kafa) dilapor bersetuju dengan dua syarat yang ditetapkan pengasas produk kecantikan Qu Puteh, Datuk Seri Dr Hasmiza Othman atau lebih dikenali sebagai Dr Vida.

Perkara itu didedahkan Dr Vida ketika dihubungi mStar Online pada Sabtu.

Menurut Dr Vida, persetujuan mengenai syarat tersebut dimaklumkan Presiden Kafa, Tan Sri Annuar Musa menerusi aplikasi WhatsApp pada pagi Sabtu.

"Saya ada terima mesej daripada Presiden Kafa menerusi WhatApp awal pagi tadi (Sabtu). Mesej itu menyatakan (Kafa) bersetuju dengan dua syarat itu," katanya.

Difahamkan Annuar kini berada di Makkah untuk mengerjakan umrah.


Bagaimanapun, Dr Vida tidak mendedahkan secara terperinci mengenai perjanjian tajaan itu.

"I will go with the flow. Sekarang cuma tunggu surat (rasmi) persetujuan (terima tajaan) daripada Kafa," katanya.

Difahamkan Kafa akan mengeluarkan kenyataan rasmi berhubung perkara itu pada Ahad.

Ketika diminta mengulas mengenai kritikan penyokong The Red Warrior mengenai syarat tersebut, Dr Vida bagaimanapun enggan cepat melatah.

"Saya sudah lali (dikritik)... dari dulu lagi dah kena macam ni. Saya tak terguris hati," katanya.

Namun, beliau berkata syarat yang ditetapkannya itu adalah bertujuan untuk mengubah wajah pasukan Kelantan agar nampak lebih 'segar' dan mencetuskan fenomena baharu dalam industri sukan di negara ini.

"Sebenarnya walaupun saya perempuan tetapi saya sentiasa mengikuti perkembangan skuad ini. Saya punyai cita-cita besar untuk menyemarakkan bola sepak di Kelantan. Saya mahu lakukan perubahan dari peringkat akar umbi," katanya.

Ditanya mengenai gambar stadium dan jersi skuad The Red Warrior berwarna merah jambu yang menjadi viral di laman media sosial, Dr Vida berkata warna tersebut sebenarnya menggambarkan keceriaan, lebih sportif dan menjadi trend masa kini.

"Bila saya tengok gambar kerusi stadium dan jersi yang diviralkan cantik pula. Tapi tak adalah sampai saya nak ubah bendera jadi warna merah jambu," katanya.

Pada Jumaat, Dr Vida menetapkan dua syarat sebelum bersedia menjadi pasukan itu untuk menghadapi saingan Liga Malaysia musim 2016.

Dua syarat tersebut melibatkan perubahan kepada warna Stadium Sultan Muhammad IV kepada merah jambu, manakala nama The Red Warrior ditukar menjadi Pamoga Qu Puteh The Red Warriors.

Namun, syarat yang ditetapkan tersebut mendapat kritikan dikalangan penyokong pasukan itu yang menyifatkan ia sebagai tidak sesuai dengan imej garang Kelantan - mstar online


Jika pada tahun 2010 lalu masyarakat digemparkan dengan kes Kalaichelvi, dimana beliau telah dijatuhkan hukuman penjara selama dua tahun kerana membunuh tanpa niat apabila telah memukul seorang lelaki yang cuba merogolnya sehingga mati.

Kes berkenaan ternyata mengundang simpati banyak pihak kerana ada antara mereka menganggap hukuman itu adalah tidak wajar kerana dia cuba mempertahankan dirinya.

Terbaru, satu kes yang menjadi bualan netizen yang membuatkan mereka tertanya-tanya adakah peristiwa lama berulang kembali?

Dua minggu lalu berlaku di Terengganu, seorang lelaki bernama Zulkifli yang tinggal di sebuah kampung bernama Labuhan di daerah Kerteh dilaporkan telah menikam mati seorang perompak yang merompak rumahnya sendiri untuk mempertahankan diri dan melindungi keluarganya.

Tahukah anda, Zulkifli telah ditahan reman selama 14 hari dan disiasat bawah siasatan seksyen 302 Kanun Keseksaan, kemudian ditukar pada 304 membunuh tanpa niat beliau dan dibenar ikat jamin sebanyak RM15,000.

Pada 27 November lalu, berita yang kami petik dari Facebook Selamatkan Zulkifli memberitahu bahawa mahkamah telah memutuskan Encik Zulkifli ditahan semula dengan dua pertuduhan bagi kes tersebut.

Berdasarkan makluman di page berkenaan, Ahad lalu keluarga nyata terkejut apabila kes Zulkifli telah kembali disebut di bawah 302 dan juga 326 di mana dibawah 302 membolehkan pesalah ditahan semula tanpa ikat jamin sedangkan RM15.000 telah dibayar sebelum ini sebagai ikat jamin selepas kes bertukar ke 304.

Dibawah seksyen 302 Kanun Keseksaan, jika disabitkan kesalahan boleh membawa kepada hukuman gantung sampai mati, manakala tuduhan kedua pula di bawah Seksyen 326 Kanun Keseksaan yang memperuntukkan hukuman penjara sehingga 20 tahun dan denda atau sebatan jika disabitkan kesalahan. Encik Zulkifli juga tidak dibenarkan untuk diikat jamin.

Memetik laporan The Malaysian Insider, Zulkifli berumur 50 tahun dimana beliau mempunyai 3 anak dan anak keduanya pula yang berumur 8 tahun menghidap autisme sedang melalui proses rawatan.

Sehingga kini pertuturannya tidak jelas dan keluarga ini tidak mampu mendapatkan rawatan berkala buat anak ini kerana hospital yang menyediakan rawatan fisioterapi autisme terletak 120 kilometer dari rumah mereka.

Beliau juga dilaporkan adalah seorang yang tidak berada dimana rumah mereka amat kecil dan hanya memerlukan tidak sampai 10 langkah sudah sampai ke pintu belakang.

Namun ia tidak menghalang keluarga ini untuk hidup bahagia dengan mengamalkan kehidupan bergama.

Namun kini penghalang untuk kehidupan keluarga bahagia ini ialah ketua keluarga mereka, Zulkifli ditahan dalam lokap berpanjangan dan dianggap penjenayah.

Menurut isteri Zulkifli, Puan Zaimah, beliau kini tidak mampu untuk berniaga sarapan pagi seperti kebiasaan kerana terganggu dengan kes ini yang menyebabkan ekonomi keluarga terjejas selain ada segelintir mulut jahat yang menghina suaminya sebagai pembunuh membuatkan beliau lebih selesa berkurung bersama 3 anaknya dalam rumah sempit itu.

Cerita Zulkifli mengenai waktu kejadian kepada wakil Parti Sosialis Malaysia yang kami petik dari The Malaysian Insider, rupanya rumah Zulkifli dan masyarakat sekitar kerap dimasuki pencuri dan perompak dari kalangan penagih dadah. Malah ketika reman berlangsung beberapa kabel eletrik rumah ini dicuri pencuri lain.

Disebabkan itu mereka sangat berwaspada andai kelihatan orang mencurigakan mendekati kawasan rumah mereka. Ketika hari kejadian Zaimah melihat ada dua orang lelaki menaiki sebuah motorsikal dalam keadaan mencurigakan melalui jalan menuju ke rumah mereka. Ketika itu Zaimah dan Zulkifli berada di warung kecil sarapan pagi mereka sekitar 300 meter dari rumah mereka.

Zulkifli mengikuti dengan berhati-hati dan ternyata motorsikal itu berhenti di rumahnya. Pembonceng motosikal turun dan mula mengumpil generator sebelah dinding rumahnya manakala seorang lagi berjaga-jaga di atas motorsikal.

Ketika mereka melihat Zulkifli sampai lelaki pertama yang berada di atas motorsikal meluru pada Zulkifli dengan membawa satu objek dipercayai besi untuk memukul Zulkifli, beliau tanpa berlengah terus mengeluarkan parang kecil yang digunakan untuk memotong ayam di warung setiap hari dan berjaya menikam lelaki pertama. Lelaki kedua pula berlari ke arahnya dan sekali lagi Zulkifli berjaya menikam di bawah bahu lelaki tersebut.

Lelaki pertama kemudiannya cuba melarikan diri dengan motorsikal. Lelaki kedua juga berlari menyeberang jalan dengan harapan sempat menaiki motorsikal tersebut namun apabila sampai pada pembahagi jalan lelaki kedua rebah dan mati di tempat kejadian. Zulkifli kemudian terus serahkan diri ke Balai Polis Kerteh. Lelaki pertama ditahan pihak polis ketika mendapatkan rawatan di sebuah hospital.

Hanya satu tikaman, di kawasan perkarangan rumah, yang tikaman itu sendiri tidak disangka akan mengakibatkan kematian demi mempertahankan diri dan harta maka Zulkifli pula bakal dilihat sebagai penjenayah berdasarkan tafsiran undang-undang kini?

Bagaimanakah nasib keluarga ini jika Zulkifli dihukum mati atau dipenjara?

Malah menurut Zulkifli beliau hanya akan mewakili dirinya sendiri kerana tidak mampu untuk mengupah peguam.

"Tiada apa perlu diselindungkan, saya akan cerita sebiji-sebiji apa yang berlaku, Allah saksi saya dan saya teringin nak tanya pihak pendakwaraya atas alasan apa ingin dikemukakan beliau di mahkamah Allah nanti kerana mendakwa saya atas hak saya sendiri?" katanya. -Siakapkeli.my


Sebelum bersedia menaja pasukan bola sepak Kelantan, Datuk Seri Vida menetapkan dua syarat yang perlu dipatuhi Persatuan Bola Sepak Kelantan (KAFA) dalam berdepan saingan Liga Malaysia musim 2016.

"Soal tajaan, saya tidak kisah... Jika mereka tidak cukup perbelanjaan, saya boleh salurkan. Mereka memerlukan dana secepat mungkin dan saya bersedia membantu tetapi bersyarat. 

"Syarat pertama, Stadium Sultan Muhammad IV dicat dengan warna merah jambu kerana ia dapat menghasilkan satu kelainan kepada penyokong bola sepak Kelantan. 

"Kedua, nama pasukan seharusnya ditukar kepada Pamoga Qu Puteh The Red Warriors seperti Negeri Sembilan yang menukar nama pasukan itu kepada NS Matrix. 

"Biarlah kita sama-sama membangunkan pasukan Kelantan yang dulunya amat disegani oleh pasukan lain," katanya memetik Berita Harian, hari ini.

Datuk Seri Vida memaklumkan rundingan awal antara pihaknya, Vida Beauty Sdn Bhd dengan KAFA menemui jalan buntu.

Namun pihaknya bersedia untuk berunding dengan lebih lanjut berhubung hal penajaan itu.

"Bagi saya permintaan KAFA tiada masalah, cuma bila saya tunaikan, mereka perlu memberi ruang kepada saya untuk melakukan sesuatu yang positif kepada pasukan.

"Saya memang terpanggil untuk menjadi sebahagian daripada pasukan ini memandangkan saya berasal dari Machang, Kelantan. Saya pasti rundingan akan dilakukan lagi kerana KAFA memang memerlukan bantuan saya," katanya. -Siakapkeli.my


LONDON — Kumpulan pengganas IS atau Daesh sebenarnya didapati langsung tidak berasa takut terhadap serangan hebat yang dilakukan oleh pihak tentera Rusia dan sejumlah negara diketuai Amerika Syarikat (AS). Sebaliknya satu-satunya negara di dunia yang paling ditakuti oleh anggota militan IS/Daesh hanya sebuah, iaitu Israel dan rahsia tersebut didedahkan sendiri seorang wartawan veteran berusia 75 tahun, Jurgen Todenhofer.

“Mereka (IS/Daesh) fikir mampu mengalahkan pasukan AS dan Rusia yang dianggap tidak berpengalaman hendak melawan pihak gerila atau pengganas dalam bandar,” jelas beliau yang pernah tinggal lama di Syria pada 2014.

Namun ujar Todenhofer yang disiarkan akhbar berpengaruh Britain, The Mirror, tentera rejim Zionis sangat pakar dalam melawan gerilawan dan teroris hasil pengalaman luas mereka bertempur dengan pejuang syahid Palestin.

“Daesh tidak takut pun terhadap tentera AS dan Rusia. Mereka hanya takut pada kehebatan tentera Israel. Bagi pihak Daesh, tentera Israel adalah bahaya paling nyata,” tambahnya yang mahir dengan senario politik Asia Barat.Ketika ini, IS/Daesh sudah mengalami beberapa kekalahan dalam pertempuran dan salah satu yang amat bererti adalah peperangan sengit di kota Ramadi, serta terletak 110 kilometer ke ibu negara Iraq, Baghdad baru-baru ini.

Ekstremis IS/Daesh dilaporkan terpaksa ‘lari’ meninggalkan bandar berpenduduk 450,000 orang yang diasaskan Khalifah Uthmaniah itu pada 28 Disember tahun lalu setelah kalah bertempur dengan pasukan keselamatan Iraq.

“Ini yang terbaharu dalam serangkaian kekalahan Daesh,” kata Setiausaha Luar Britain, Philip Hammond sekali gus mengesahkan pengganas itu kehilangan teruk kira-kira 30 peratus wilayah yang pernah dikuasainya di Iraq.

Pendedahan Todenhofer selari dengan pengakuan bekas staf Agensi Keselamatan Nasional AS, Edward Snowden yang pernah mengejutkan dunia menerusi siri pembongkaran banyak kes kontroversi pihak kuasa besar global itu.

Beliau mendakwa, IS/Daesh sebenarnya diwujudkan sendiri perisikan AS dan Britain melalui projek khas rahsia Hornet’s Nest bagi melindungi kepentingan rejim Israel dengan berselindung konon di sebalik slogan jihad agama.

Justeru, tidak hairanlah sehingga kini pihak IS/Daesh langsung tidak pernah menyerang Israel yang jelas zalimi Palestin tetapi lebih sibuk ‘menghancurkan’ negara-negara sekeliling rejim Yahudi itu tanpa apa-apa alasan kukuh – Agensi/Mynewshub.cc/HAA


Berita harga terkini minyak petrol RON95 RON97 dan Diesel mulai 1 Januari 2016. Berikut adalah harga bagi ketiga-tiga bahan bakar berkuatuasa mulai jam 12.01 pagi Jumaat 1 Januari 2016. Untuk info, pengumuman rasmi harga terkini jualan runcit RON95, RON97 dan Diesel mulai bulan November 2015 hanya akan diumumkan selepas jam 8.00 malam Khamis 31 Disember 2015. Menerusi pengumuman rasmi, RON95 turun 10 sen kepada RM1.85 seliter: RON97 pula turun 20 sen menjadi RM2.25 manakala diesel pula turun 30 sen menjadi RM1.60 sen/liter berkuatkuasa mulai 1 Januari 2016.

Harga Terkini RON95 RON97 & Diesel Mulai 1 Januari 2016 (Rasmi)
  • RON95: RM1.85 sen/ liter
  • RON97: RM2.25 sen/ liter
  • Diesel: RM1.60 sen/ liter
* Harga ketiga-tiga bahan bakar turun mulai Januari 2016. Harga RON95 jatuh 10 sen menjadikan harga RM1.85 seliter berbanding RM1.95 seliter, manakala RON97 pula turun 20sen menjadikan harga baharu RM2.25 seliter berbanding RM2.45. Diesel pula mencatat penurunan sebanyak 30 sen menjadikan harga terkini diesel adalah RM1.60 berbanding RM1.90. selamat tahun baru

Harga Terdahulu RON95 RON97 & Diesel Sepanjang Tahun 2015

Disember 2015
  • RON95: RM 1.95 sen seliter
  • RON97: RM 2.45 sen seliter 
  • Diesel: RM1.90 sen Seliter

November 2015
  • RON95: RM 2.05 sen seliter
  • RON97: RM 2.45 sen seliter 
  • Diesel: RM1.90 sen Seliter
Oktober 2015

  • RON95: RM 2.05 sen seliter
  • RON97: RM 2.45 sen seliter 
  • Diesel: RM1.90 sen Seliter
September 2015
  • RON95: RM1.95 sen seliter
  • RON97: RM2.35 sen seliter 
  • Diesel: RM1.80 sen seliter
Ogos 2015
  • RON95: RM2.05 Sen Seliter
  • RON97: RM2.45 Sen Seliter 
  • Diesel: RM1.95 Sen Seliter

Julai 2015
  • RON95: RM 2.15 Sen Seliter
  • RON97: RM 2.55 Sen Seliter 
  • Diesel: RM2.05 Sen Seliter

Jun 2015
  • RON95: RM2.05 Sen Seliter
  • RON97: RM2.35 Sen Seliter 
  • Diesel: RM 2.05 Sen Seliter

Mac, April & Mei 2015
  • RON95: RM 1.95 Sen Seliter
  • RON97: RM 2.25 Sen Seliter 
  • Diesel: RM 1.95 Sen Seliter


Biodata Mohamed Shaiful Nizam Datuk Seri Mohamed Ismail Suami Marsha Milan Londoh. Tahniah sekali lagi diucapkan kepada Marsha kerana telah sah bergelar isteri kepada seorang ahli perniagaan pada 31 Disember 2015. Untuk info, Marsha telah pun memeluk agama islam pada awal bulan Disember 2015. Pertunangan pula telah berlangsung pada 14 disember 2015. Pada majlis perkahwinan, Marsha telah menerima mas kahwin berjumlah RM1,001 dan 7 berbalas 9 dulang hantaran.

Biodata Rasmi Suami Marsha Milan Landoh
  • Nama Penuh: Mohamed Shaiful Nizam Datuk Seri Mohamed Ismail
  • Umur: 35 Tahun
  • Pekerjaan: Ahli Perniagaan
  • Asal: Pulau Pinang
  • Tempoh Perkenalan: 10 Tahun
  • Tarikh Pertunangan; 14 Disember 2015
  • Tarikh Perkahwinan; 31 Disember 2015
Foto / Gambar Perkahwinan Mohamed Shaiful Nizam Ismail Dan Marsha Milan




Sebelum ini kita telah dikejutkan dengan berita kes culik Nur Amirah Atirah gadis hilang di Klang oleh Van Putih. Menerusi laman sosial, Penculikan adik Nur Amirah Atirah berusia 14 tahun yang dipercayai hilang sejak 27 Disember 2015 jam 2.30 petang dan dilarikan oleh sebuah van putih. Ketika kejadian, mangsa didakwa dalam perjalanan pulang berseorangan ke rumah kediamannya di kawasan Pelabuhan Klang Utara. Manakala, pihak polis mengesahkan telah menerima laporan kehilangan mangsa pada jam 8.20 malam 28 Disember 2015. Difahamkan, mangsa sempat membuat panggilan kecemasan kali terakhir kepada kakak mangsa pada 29 Disember 2015 dan memaklumkan bahawa dirinya telah diculik. Dalam perbualan tersebut, mangsa mengesahkan dia dilarikan menuju ke Johor Bahru oleh dua suspek berbangsa India.

Identiti / Biodata Adik Nur Amirah Atirah Kes Culik Di Klang Utara

  • Nama Penuh: Nur Amirah Atirah
  • Umur: 14 Tahun
  • Kad Pengenalan: 010610-10-1490
  • Asal: Pelabuhan Klang Selangor
  • Tarikh Hilang Dari Rumah: 27 Disember 2015
  • Tarikh Laporan Polis Dibuat Kes Hilang: 28 Disember 2015
  • Tarikh Disahkan Diculik: 29 Disember 2015

Kronologi Culik Adik Nur Amirah Athirah
  • Adik Nur Amirah Athirah berumur 14 tahun telah hilang di kawasan Klang Utara pada 28.12.2015 jam 8.20 malam yang telah tersebar viral dalam laman media sosial Facebook.
  • Ibunya menyedari ketiadaan anaknya itu sejak 27/12/2015 lebih kurang jam 2.30 petang dan anaknya itu dikatakan tidak pulang ke rumah sehingga laporan polis dibuat. Pada peringkat awal, mangsa masih boleh dihubungi oleh ibunya(pengadu) menerusi telefon bimbit dimana anaknya itu memaklumkan bahawa beliau telah keluar untuk berjumpa rakannya.
  • Siasatan awal oleh pihak polis menerusi seorang saksi iaitu adik kepada remaja perempuan tersebut, mengesahkan bahawa kali terakhir beliau dilihat adalah bersama seorang lelaki cina, yang di percayai teman lelakinya iaitu pada 27/12/2015 lebih kurang jam 7.00 malam di sebuah kedai makan di Muara Ikan Bakar di Tanjung Harapan, Pelabuhan Klang.
  • Siasatan polis selanjutnya mendapati remaja perempuan tersebut memang sering keluar rumah untuk berjumpa dengan rakannya.Beliau juga pernah beberapa kali pulang lewat ke rumah tetapi tidak pernah melarikan diri dari rumah dan beliau tidak mempunyai masalah serius dengan ahli keluarganya.
  • Namun, pada 29/12/2015 lebih kurang jam 7.30 malam, ibu remaja berkenaan (pengadu) telah menerima panggilan telefon daripada anaknya itu yang memberitahu bahawa beliau telah di larikan oleh 2 orang lelaki India yang tidak di kenali semasa beliau dalam perjalanan pulang ke rumah. Remaja tersebut juga memberitahu bahawa beliau telah di bawa ke sebuah gudang dengan menaiki sebuah van berwarna putih.
  • Sehubungan itu, pihak polis telah menubuhkan satu pasukan penyiasat untuk menjejak dan mengesan lokasi remaja tersebut. Kes ini diklasifikasikan sebagai kes culik dibawah Seksyen 363 Kanun Keseksaan dan siasatan serta operasi untuk mengesan remaja tersebut sedang giat dijalankan oleh pihak polis.
  • Adik Amirah Atirah sudah ditemui pada jam 10.00 malam 31 Disember 2015. Tiada kes culik dikaitkan kerana remaja yang berusia 14 tahun itu telah menipu mendakwa dirinya diculik. Mangsa sebenarnya mengikut lelaki lain dipercayai kekasih.
Foto Mangsa Kes Culik Adik Nur Amirah Atirah




Rakaman Perbualan Terakhir Mangsa Nur Amirah Atirah dan Kakak


Ibu Amira buat permohonan maaf di Facebook

Ibu kepada remaja yang mendakwa dirinya diculik, Nor Amira Atirah Abdul Majid tampil membuat permohonan maaf secara terbuka di laman Facebooknya pada Jumaat.

Wanita itu, yang menggunakan nama Asmah Mamai dalam muatnaik terbaru status Facebooknya menyampaikan permohonan maaf susulan pelbagai tanggapan negatif terhadap kehilangan anaknya di media sosial.

“Untuk pengetauhan semua saya baru dapat maklumat dari pihak polis yang menyatakan anak saya sudah ditemui.

“Saya ucapkan terima kasih kepada seluruh rakyat Malaysia kerana tidak jemu mengikuti perkembangan kes anak saya. Saya minta maaf seandainya kalau selama kehilangan anak saya ada perkara-perkara negatif yang berlaku,” katanya.

Dalam pada itu, dia turut mengucapkan ucapan kasihnya kepada Polis DiRaja Malaysia (PDRM) yang telah bertungkus lumus mencari dan mengesan kehilangan anaknya.

Terdahulu, Ketua Polis Negara, Tan Sri Khalid Abu Bakar berkata pihak polis telah menemui Nor Amira yang kononnya diculik menggunakan sebuah van putih - FMT


Borang permohonan Guru Taska atau Tabika KEMAS sesi 2016 secara online. Menerusi makluman rasmi Jabatan Kemajuan Masyarakat (KEMAS), warganegara Malaysia yang berkelayakan adalah dipelawa untuk memohon mengikuti Kursus Sijil Pendidikan Awal Kanak-kanak (Tabika / Taska) KEMAS Tahun 2016 mulai 29 Disember 2015 sehingga 11 Januari 2016. Berikut adalah syarat kelayakan dan cara permohonan guru tabika KEMAS sesi 2016.

Maklumat Kursus Pendidikan Awal KEMAS 2016
  • Tempat : Institut/ Pusat Latihan KEMAS
  • Tempoh : Tiga (3) atau Enam (6) bulan atau tertakluk kepada perubahan yang ditetapkan oleh Jabatan

Syarat Kelayakan Guru Tabika KEMAS 2016
  • Warganegara Malaysia;
  • Berumur tidak kurang dari 21 tahun dan tidak melebihi 35 tahun pada tarikh tutup iklan;
  • Terbuka kepada lelaki dan perempuan;
  • Pemohon mestilah memiliki kelayakan akademik seperti berikut :- (a) Diploma yang diiktiraf oleh Kerajaan daripada institusi-institusi pengajian tinggi tempatan atau kelayakan yang diiktiraf setaraf dengannya (keutamaan kepada calon yang memiliki Diploma dalam bidang Pendidikan Awal Kanak-kanak); dan (b) Kepujian Bahasa Melayu (termasuk lulus Ujian Lisan) pada peringkat Sijil Pelajaran Malaysia (SPM)
  • Kakitangan bertaraf tetap dan lulusan Kolej Matrikulasi Kementerian Pelajaran Malaysia (KPM) tidak layak untuk memohon jawatan ini;
  • Hanya calon yang telah menamatkan pengajian di peringkat diploma dan telah bergraduasi sahaja dibenarkan memohon
Borang Permohonan Guru Tabika KEMAS 2016


(Nota Penting: Sila cetak borang permohonan Tabika KEMAS dan isi maklumat peribadi dengan lengkap)

Cara Permohonan Guru Tabika KEMAS 2016
1. Borang perlulah dicetak dan butiran/ maklumat di isi dengan lengkap

2. Borang hendaklah dihantar ke PEJABAT KEMAS NEGERI yang dipilih SEBELUM tarikh tutup permohonan. Alamat PEJABAT KEMAS NEGERI adalah seperti berikut: Senarai Alamat Pejabat KEMAS Setiap Negeri

3. Sebarang kelewatan permohonan tidak akan dipertimbangkan

4. Permohonan yang tidak lengkap tidak akan dilayan

Semakan Keputusan Temuduga Guru Tabika KEMAS 2016
Hanya calon yang layak sahaja akan dipanggil untuk temu duga. Calon-calon yang tidak dihubungi selepas lapan belas (18) bulan daripada tarikh tutup iklan dianggap tidak berjaya. Surat pemberitahuan tidak akan dikeluarkan oleh Jabatan.

Tarikh Tutup Permohonan KEMAS 2016
11 Januari 2016


Contoh format baharu top up kredit atau prabayar mulai Januari 2016. Syarikat Telco telah bersetuju untuk mengembalikan harga asal kad prabayar pada kadar sebelum April 2015 berkuatkuasa mulai 1 Januari 2016. Namun, GST sebanyak 6 peratus akan ditolak daripada jumlah prabayar namun akan dikreditkan semula dalam tempoh 24 jam.

Contoh Format Harga Baru Top Up Kredit Mulai Januari 2016
Tarikh Berkuatkuasa: Mulai 1 Januari 2016
  • Beli Kredit RM10: Dibayar pada nilai sama RM10
  • Pengisian: Sebaik sahaja kod reload diaktifkan, GST sebanyak 6 peratus akan dipotong. Contohnya, isi RM10 hanya RM9.43 sahaja akan dikreditkan manakala RM0.57 lagi dipotong sebagai cas GST. Namun, RM0.57 ini akan dikreditkan semula dalam tempoh 24 jam menjadikan nilai kredit anda sebenar adalah rm10.
  • Tempoh Mekanisme Format Baru Top Up: Mulai 1 Januari 2016 sehingga 31 Disember 2016
  • Rebat GST: Bagi pengguna yang telah membayar GST kepada harga TOP UP selepas April 2015, refund GST akan dikreditkan secara berperingkat oleh Syarikat Telco anda mulai 1 Januari 2016.




Tarikh Rasmi buka sekolah sesi persekolahan 2016 seluruh negeri di Malaysia. Bagi Kumpulan A (Sekolah negeri di Kedah, Johor, Kelantan dan Terengganu), sekolah akan dibuka mulai Ahad 3 Januari 2016. Manakala bagi Kumpulan B (Sekolah negeri Perlis, Pulau Pinang, Sabah, Sarawak, KL, Labuan, Putrajaya, Melaka, Negeri Sembilan, Perak, Selangor dan Pahang) akan dibuka mulai Isnin 4 Januari 2016.

Tarikh Buka Sekolah Sesi 2016 Seluruh Negeri Malaysia

Negeri Kumpulan A: 
  • Ahad 3 Januari 2016
Negeri Kumpulan B: 
  • Isnin 4 Januari 2016
Senarai Rasmi Kumpulan Persekolahan Sekolah Sekolah Malaysia



Kesan buruk susulan PTPTN senarai hitam peminjam yang mempunyai 6 bulan tertunggak. PTPTN sekali lagi mengambil langkah drastik apabila kini mula menyenarai hitamkan peminjam yang mempunyai tunggakan selama 6 bulan. Dalam erti kata lain, peminjam yang tidak pernah membuat bayaran ansuran dalam masa 6 bulan sebaik sahaja tamat pengajian atau yang tidak pernah membuat sebarang pembayaran. Peminjam bagi kategori ini akan disenaraikan dalam pangkalan data senarai hitam “Blacklisted” Bank Negara Malaysia (BNM). Selain itu, PTPTN juga memberi amaran bahawa peminjam tidak perlu menunggu surat jadual pembayaran semula namun wajib membuat bayaran sebaik sahaja tamat tempoh pengajian dalam masa 6 bulan. Bagi yang tidak melakukan demikian, berikut adalah kesan buruk jika peminjam tidak membayar ansuran pinjaman PTPTN.

Kesan Buruk PTPTN Senarai Hitam Peminjam 6 Bulan Tertunggak
  • Sukar mendapatkan pinjaman perumahan atau kereta menerusi Bank
  • Rekod buruk dalam Bank Negara Malaysia akan menyukarkan anda membuat permohonan “personal loan” menerusi bank tempatan
  • Tidak boleh keluar negara kerana anda akan disekat oleh Jabatan Imigresen Malaysia
  • Jika hutang melebihi RM40K, anda boleh diistiharkan muflis
  • Anda juga wajib membayar keseluruhan daripada jumlah pinjaman PTPTN jika anda telah disenarai hitamkan. Jika telah disenarai hitamkan, anda perlu mengemukakan rayuan untuk penstrukturan semula bayaran ansuran PTPTN.
  • Risiko kepada anak di masa hadapan, anda tidak boleh jadi penjamin khususnya jika anak anda membuat permohonan pembiayaan pendidikan seperti PTPTN atau MARA mahupun JPA.
Semakan Senarai Hitam PTPTN


Tarikh tutup akhir permohonan dan kemaskini BR1M 2016. Kepada pemohon baru dan juga penerima BR1M sedia ada yang belum melakukan kemaskini BRIM, sukacita dimaklumkan bahawa permohonan dan kemaskini BRIM akan ditutup pada Khamis 31 Disember 2015. Kelewatan permohonan dan kemaskini BR1M dari tempoh yang telah ditetapkan akan menyebabkan permohonan anda gagal serta merta.

Tarikh Akhir Tutup Permohonan Kemaskini BR1M 2016
  • Khamis 31 Disember 2015





PONTIAN – Cubaan dua lelaki untuk melarikan RM160,000 dari sebuah mesin ATM dengan menarik mesin itu menggunakan sebuah kereta perodua kancil gagal apabila aktiviti mereka itu dikesan oleh anggota unit peronda berkereta (MPV), kira-kira jam 4.00 pagi tadi.

Dua anggota MPV dari IPD Pontian yang berada tidak jauh dari lokasi bergegas ke tempat kejadian di Pejabat Pos Pekan Benut apabila alat penggera keselamatan di Pejabat Pos itu berbunyi.

Menurut Ketua Poolis Daerah Pontian, Suprintendan Zakaria Abdul Rahman, anggota peronda mendapati kedua-dua lelaki itu sedang menarik mesin ATM tersebut menggunakan kabel yang disambung pada sebuah kereta kancil bewarna putih.

“‎Setelah menyedari kehadiran polis kedua-dua suspek cuba melarikan diri ke arah belakang pejabat pos.“Suspek yang memandu kereta‎ itu berjaya ditangkap, namun rakannya sempat melarikan diri ke dalam semak di belakang pejabat pos itu,” katanya sebagaimana memetik laporan Sinar Online.

Namun, hasil siasatan lanjut dan risikan, suspek kedua berjaya ditahan kira-kira jam 7.15 pagi tadi.

Menurutnya, rakan suspek yang berusia 19 tahun itu ditangkap ketika sedang berpura-pura ingin membeli nasi lemak di Kampung Lama Benut, 1km dari lokasi kejadian.

“Suspek pertama yang ditangkap berusia 21 tahun ‎berkerja sebagai operater pengeluaran di Singapura dan berasal dari Perak. Manakala suspek kedua berusia 19 tahun merupakan orang tempatan yang bekerja di sebuah kedai perabot. ‎

“Hasil siasatan polis, mendapati kedua-dua suspek berkenaan melalui aplikasi sosial “weechat” sejak sebulan yang lalu, selain mereka berdua turut bekerjasama dalam perniagaan online melibatkan perniagaan mata wang,”katanya.

Jelas beliau juga, terdapat kesan pecah masuk pada pintu pagar Pejabat Pos yang menempatkan sebuah mesin ATM milik sebuah bank.

“Kedua-dua suspek akan ditahan reman bagi siasatan lanjut dijalankan di bawah seksyen 380/511 kanan keseksaan kerana cubaan mencuri.

“Siasatan polis turut mendapati kedua -dua suspek tidak mempunyai rekod jenayah dan ujian air kencing akan dijalankan,” katanya - mrm


KUALA LUMPUR: Bekas pengacara dan personaliti televisyen terkenal, Aziz Desa, 50, meninggal dunia pada jam 10.50 pagi tadi di kediaman keluarganya di Langkawi, Kedah.

Berita tersebut disahkan oleh adiknya, Azri Desa, melalui satu status di Facebook.

Allahyarham yang nama sebenarnya Abdul Azid popular sewaktu pengacara beberapa rancangan bual bicara antaranya sewaktu mengendalikan program pagi Malaysia Hari Ini (MHI) terbitan TV3, disahkan menghidap masalah buah pinggang dan kencing manis Januari lalu.

Allahyarham antara pengacara pelopor program MHI pada tahun 1994, disifatkan antara pengacara yang disegani kerana kepetahannya berbicara.

Selain TV3, Allahyarham pernah berkhidmat sebagai pengacara bersama Astro Oasis melalui rancanganZuriat Kita dan Dahsyat 13.

Profilnya dalam bidang penyiaran juga pernah dilebarkan sebagai penyampai radio di Radio Langkawi, yang merupakan kampung halamannya.

Difahamkan, Allahyarham juga seorang ahli perniagaan dan menguruskan dua buah syarikat, Aziz Desa Holidays & Consultancy dan Media Glokal Sendirian Berhad - astro awani

Borang Maklumat Hubungan

Nama

E-mel *

Mesej *

Dikuasakan oleh Blogger.
Javascript DisablePlease Enable Javascript To See All Widget