2015-12-20


Bekas penyerang Johor Darul Takzim (JDT) Luciano Figueroa terharu menjadi sebahagian dari sejarah kelab itu selepas bersara.

Menurut kenyataan dibuat yang boleh didapati di laman Facebook Johor Southern Tigers, pemain berusia 34 tahun itu akui negeri itu miliki masa depan cerah dalam sukan bola sepak.

Walaubagaimanapun, Figueroa menasihatkan kepada penyokong untuk sentiasa berdiri teguh dibelakang pasukan tidak kira dalam apa jua keadaan.

Tempoh hari, Penaung Persatuan Bola Sepak Negeri Johor (PBNJ) Tunku Ismail Sultan Ibrahim menegur penyokong kerana kurang hadir ke stadium setelah JDT berubah menjadi pasukan terkuat di Liga M.

Figueroa turut mengucapkan terima kasih kepada rakan sepasukan, pengurusan JDT dan bos serta sahabatnya DYAM Tunku Mahkot Johor.

Namun, penyokong setia JDT mungkin tidak akan merasai kehilangannya terlalu lama apabila Figueroa beri jaminan akan kembali semula kepada JDT.

"JDT adalah keluarga saya, dan saya amat berbesar hati untuk berkhidmat kepada JDT pada masa akan datang," jelasnya.

sumber : stadium astro

Jadual dan Tarikh Pembayaran Gaji Terkini 2016 bagi Kakitangan atau Penjawat Awam. Jabatan Akauntan Malaysia telah mengeluarkan pekeliling rasmi jadual pembayaran gaji 2016 buat seluruh penjawat awam di Malaysia. Jadual tersebut merangkumi pembayaran gaji bagi kakitangan kerajaan yang bergaji secara bulanan, harian dan berasingan. Semoga jadual dibawah dapat dijadikan panduan kepada penjawat awam untuk merancangan pengurusan kewangan anda.

Semakan Penyata Gaji 2016 Kakitangan Awam Online


Jadual Pembayaran Gaji 2016 Kakitangan Awam (Bulanan)
  • Januari- 21 Januari 2016 (Khamis)
  • Februari- 25 Februari 2016 (Khamis) : Catatan Tahun Baru Cina 8 & 9 Feb 2016
  • Mac- 24 Mac 2016 (Khamis)
  • April- 25 April 2016 (Isnin)
  • Mei- 24 Mei 2016 (Selasa) : Catatan Pesta Kaamatan 30 & 31 Mei 2016
  • Jun- 23 Jun 2016 (Khamis) : Catatan Pesta Gawai 1 & 2 Jun 2016
  • Julai- 25 Julai 2016 (Isnin) : Catatan Hari Raya Puasa 6 & 7 Julai 2016
  • Ogos- 25 Ogos 2016 (Khamis)
  • September- 22 September 2016 (Khamis) : Catatan Hari Raya Haji 12 September 2016
  • Oktober- 20 Oktober 2016 (Khamis) : Catatan Hari Deepavali 29 Oktober 2016
  • November- 24 November 2016 (Khamis)
  • Disember- 20 Disember 2016 (Selasa) : Catatan Krismas 25 Disember 2016

Jadual Pembayaran Gaji 2016 Kakitangan Awam (Bergaji Hari)
  • Januari- 7 Januari 2016 (Khamis)
  • Februari- 10 Februari 2016 (Rabu) : Catatan Tahun Baru Cina 8 & 9 Feb 2016
  • Mac- 10 Mac 2016 (Khamis)
  • April- 7 April 2016 (Khamis)
  • Mei- 10 Mei 2016 (Selasa) : Catatan Pesta Kaamatan 30 & 31 Mei 2016
  • Jun- 7 Jun 2016 (Khamis) : Catatan Pesta Gawai 1 & 2 Jun 2016
  • Julai- 5 Julai 2016 (Selasa) : Catatan Hari Raya Puasa 6 & 7 Julai 2016
  • Ogos- 10 Ogos 2016 (Rabu)
  • September- 8 September 2016 (Khamis) : Catatan Hari Raya Haji 12 September 2016
  • Oktober- 10 Oktober 2016 (Khamis) : Catatan Hari Deepavali 29 Oktober 2016
  • November- November 2016 (Khamis)
  • Disember- 8 Disember 2016 (Selasa) : Catatan Krismas 25 Disember 2016





Borang permohonan BR1M 2016 Bantuan Rakyat 1Malaysia 5.0 secara online. Pemohon BRIM yang belum pernah mendaftar wajib mendaftar sebagai pengguna baharu manakala pemohon sedia ada hanya perlu melakukan kemaskini maklumat peribadi menerusi e-BR1M. Sukacita dimaklumkan bahawa borang permohonan dan kemaskini BR1M 2016 akan dibuka mulai 5 Disember 2015 hingga 31 Disember 2015. Berikut adalah cara permohonan BRIM 2016.

Borang Permohonan BR1M 2016 Pendaftaran Baharu Online
Syarat Kelayakan Permohonan BR1M 2016
  • Warganegara Malaysia yang berumur 21 Tahun dan keatas
  • Pendapatan isi rumah tidak melebihi RM4,000 sebulan
  • Bagi kategori bujang, gaji mestilah tidak melebihi RM2,000 sebulan
  • Penerima Baucar Buku 1Malaysia (BB1M) adalah tidak layak menerima BR1M
Kadar Bayaran BR1M 2016 Bantuan Rakyat 1Malaysia
  • Kategori Isirumah Bawah RM1,000 (e-Kasih): RM1050
  • Kategori Isirumah Bawah RM3,000: RM1000
  • Kategori Isirumah RM3,001 hingga RM4,000: RM800
  • Kategori BR1M Individu Bujang: RM400

Tempoh Permohonan BR1M 2016
5 Disember 2015 sehingga 31 Disember 2016

Jadual Pembayaran BR1M 2016 Bantuan Rakyat 1Malaysia

Pendapatan Isirumah Bawah RM1,000 (e-Kasih): RM1050
  • Ansuran pertama: RM250 pada 28 Januari 2016
  • Ansuran kedua: RM250 pada 28 April 2016
  • Ansuran Ketiga: RM300 pada 23 Jun 2016
  • Ansuran Ke Empat: RM250 pada 28 September 2016

Pendapatan Isirumah Bawah RM3,000: RM1000
  • Ansuran pertama: RM250 pada 28 Januari 2016
  • Ansuran kedua: RM250 pada 28 April 2016
  • Ansuran Ketiga: RM250 pada 23 Jun 2016
  • Ansuran Ke Empat: RM250 pada 28 September 2016

Kategori Isirumah RM3,001 hingga RM4,000: RM800
  • Ansuran pertama: RM200 pada 28 Januari 2016
  • Ansuran kedua: RM200 pada 28 April 2016
  • Ansuran Ketiga: RM200 pada 23 Jun 2016
  • Ansuran Ke Empat: RM200 pada 28 September 2016

Kategori BR1M Individu Bujang: RM400
  • RM400 pada 28 Januari 2016

Tarikh Tutup Permohonan BRIM 2016

31 Disember 2015


JOHOR BAHRU: Realiti kehidupan masa kini memaksa individu berpendapatan rendah melakukan dua pekerjaan bagi menjana kewangan untuk menampung kos sara hidup yang semakin meningkat. Timbalan Menteri Perdagangan Antarabangsa dan Industri, Datuk Ahmad Maslan berkata, tindakan sebegitu digalakkan oleh kerajaan sebagai salah satu usaha untuk menangani isu kenaikan kos sara hidup.

Menurut Ahmad, ia bukan sesuatu yang luar biasa, kebanyakkan rakyat di negara-negara utama juga melakukan dua pekerjaan.

Selain memilih untuk makan gaji daripada hasil dua pekerjaan berlainan, seseorang individu juga disyorkan untuk memulakan perniagaan secara kecilan menerusi perniagaan atas talian.

"Saya rasa ia (dua pekerjaan) bukanlah satu kesalahan, (walaupun) Malaysia ada peraturan, ia satu cara bagi menangani kos sara hidup juga. Walaupun kerja waktu pejabat (dari jam 8 pagi ke 5 petang), masih boleh buat online business, asalkan datang kerja dengan tidur yang cukup. Online business boleh buatweekend juga.

"Kerajaan telah melancarkan dua perkara; e-usahawan dan e-rezeki... boleh lihat portal... ia (dua pekerjaan) selaras dengan apa yang dibuat oleh peringkat kerajaan," kata beliau ketika ditemui di Majlis Sesi RamahBersama Usahawan Negeri Johor di sini, hari ini.

Beliau turut memberitahu, penjawat awam bebas untuk menjalankan perniagaan secara dalam talian, untuk menambah pendapatan.

Namun, tumpuan sepenuhnya serta komitmen pada tugas hakiki perlulah diutamakan, supaya ia tidak menjejaskan prestasi kecemerlangan.

sumber : astroawani.com


Cara Bayaran BR1M 2016

1. Akaun Bank
Bagi penerima yang ada mengisi akaun bank semasa memohon, pembayaran akan dimasukkan terus ke dalam akaun bank penerima. 

2. Baucer
Bagi penerima yang tiada akaun bank akan menerima baucar BR1M, yang boleh ditunaikan di Bank Simpanan Nasional (BSN), CIMB atau Maybank.

Masalah Pembayaran BR1M 2016
Anda juga boleh ajukan sebarang masalah atau soalan mengenai tarikh dan cara pembayaran BR1M 2015 dengan menghubungi:

Nombor hotline Kementerian Kewangan Malaysia 03-88824565 / 03-88824566
Nombor bebas tol Lembaga Hasil Dalam Negeri (LHDN) 1-800-88-2716
Email kepada br1m@treasury.gov.my.


Nama Datuk Seri Vida kini menjadi sebutan peminat-peminat bolah sepak Kelantan yang mahukan pengasas produk kecantikan itu menyelamatkan riwayat pasukan negeri itu.

Ia gara-gara kejayaan dan hasilnya menaja beberapa program hiburan, sehingga mencetuskan fenomenanya tersendiri.

Umum mengetahui masalah yang dialami Persatuan Bola Sepak Kelantan (KAFA) sepanjang tahun ini dalam urusan perbelanjaan pasukaan.

Nama Datuk Seri Vida membanjiri ruangan komen Instagram rasmi The Red Warrioe Fan Club iaitu trwfc_official, selepas petikan kenyataan daripada Presiden KAFA, Tan Sri Annuar Musa yang menawarkan sesiapa yang mahu memimpin persatuan tersebut dimuatnaik.

Ia seolah-olah menggambarkan Datuk Seri Vida mampu membantu menaikkan semula kemampuan KAFA dari segi urusan perbelanjaan pasukan, memandangkan beliau merupakan antara 'businewoman' yang berjaya dari negeri itu -Siakapkeli.my


Balik Pulau, 25 Dis: Seorang bayi perempuan 10 bulan dijumpai terjatuh dan lemas di dalam baldi berisi air di rumahnya di Taman Genting Emas, Simpang Empat di sini dalam kejadian kira-kira jam 6 pagi tadi.

Nur Dayana Sofia Islahuddin, 10 bulan, dipercayai merangkak ke dalam bilik air di rumahnya seorang diri sebelum terjatuh di dalam baldi tersebut.

Adik Nur Dayana dipercayai tidak dapat keluar dari baldi berkenaan dan lemas.

Mayat adik Nur Dayana ditemui oleh datuknya yang bangun untuk berwuduk bagi mendirikan solat subuh.

Mayat mangsa telah dibawa ke Hospital Pulau Pinang untuk bedah siasat. - Siakapkeli.my


MADRID – Kira-kira 35 pendatang Afrika termasuk seorang yang pernah diselamatkan dari bot sarat dengan penumpang adalah antara pemenang hadiah utama loteri Hari Natal di Sepanyol, kata pemilik agensi loteri itu. Agensi loteri tersebut menjual sejumlah 1,000 tiket bernilai 400,000 euro (RM1.8 juta), menurut laporan akhbar-akhbar tempatan.

Pemilkik agensi loteri itu, Jose Martin berkata, pemenang terbabit membeli tiket di bandar Roquetas de Mar termasuk pendatang dari Senegal, Mali dan Maghribi.

Antara pemenang bertuah ialah seorang warga Senegal bernama Ngame yang berkata, dia dan isterinya pernah diselamatkan oleh pengawal pantai Sepanyol pada 2007.

Ini kerana bot yang dinaiki mereka bersama 65 orang pendatang asing tanpa izi belayar dari pantai barat Afrika hanyut sebelum tiba di Pulau Canary, Sepanyol.

Ketika di luar agensi loteri tersebut, Ngame dilihat menitiskan air mata apabila dia menggenggam salinan tiket bertuah dengan nombor 79,140.

Katanya, dia berterima kasih kepada Sepanyol kerana menyelamatkan nyawanya dan memberinya peluang untuk bermain dalam loteri terkenal di negara itu.

“Hari ini saya ucap terima kasih kepada kerajaan Sepanyol, dan juga kepada rakyat Sepanyol.

Mereka menyelamatkan saya apabila berada di tengah laut,” katanya. – AP/BH ONLINE


SLAMABAD - PAKISTAN. Gempa bumi kuat berukuran 6.9 magnitud menggegarkan Pakistan dan Afghanistan menyebabkan penduduk bergegas menyelamatkan diri. 

Dalam kejadian itu, lebih 30 orang cedera akibat rumah dan dinding runtuh di bandar barat laut Pakistan di Peshawar.

Jurucakap perkhidmatan kecemasan, Bilal Ahmed Faizi berkata, sejumlah 41 orang yang cedera dibawa ke hospital di bandar itu, menurut doktor dan pegawai penyelamat.

Laporan The Associated Press memetik Pegawai Pakistan, Ghulam Rasool sebagai berkata, gempa 6.9 magnitud itu berpusat di Tajikistan berhampiran sempadan Afghanistan, bermula selepas tengah malam tadi selama 59 saat.

Bagaimanapun Tinjauan Geologi Amerika Syarikat (USGS) melaporkan, gempa terbabit berukuran 6.2 magnitud dan berpusat di rantau Hindu Kush di Afghanistan.

sumber : kosmo online


KOTA KINABALU: Perintah berkurung fasa ke-33 di kawasan perairan Zon Selamat Timur Sabah (Esszone) yang berakhir pada Ahad, dilanjutkan sehingga 12 Januari bermula 7 malam hingga 5 pagi, kata Pesuruhjaya Polis Sabah, Datuk Jalaluddin Abdul Rahman. 

Beliau berkata keputusan melanjutkan tempoh perintah berkurung meliputi daerah Tawau, Semporna, Kunak, Lahad Datu, Kinabatangan, Sandakan dan Beluran itu bagi menjamin keselamatan dan kesejahteraan rakyat Sabah. 

"Perintah berkurung ini dilanjutkan bagi memudahkan penguatkuasaan terhadap pergerakan bot serta menimbulkan rasa selamat dan yakin kepada pengusaha chalet dan aktiviti-aktiviti perikanan dengan kehadiran kapal pasukan keselamatan yang menguatkuasakan perintah berkurung ini," katanya dalam kenyataan di sini pada Sabtu. 

Katanya, perintah berkurung berkenaan juga perlu dilanjutkan bagi melindungi perairan Sabah daripada dicerobohi pihak pengganas yang mengancam keselamatan para penyelidik dan pelancong luar negara yang melawat pulau-pulau peranginan yang terletak di kawasan Esszone. 

Menurut Jalaluddin, maklumat yang diterima mendedahkan bahawa kumpulan pengganas dari selatan Filipina yang menjalankan aktiviti menculik untuk mendapatkan wang tebusan dan kumpulan militan Abu Sayyaf masih cuba menceroboh perairan Sabah untuk melakukan penculikan dan lain-lain jenayah rentas sempadan. 

Beliau berkata kuasa-kuasa telah diberikan kepada semua Ketua Polis Daerah yang terletak dalam kawasan Esszone untuk mengeluarkan permit kepada mana-mana pemohon untuk tujuan aktiviti perikanan atau laluan mendesak - bernama






SHAH ALAM: Pelakon Nabila Huda mendedahkan mengambil masa selama enam bulan memikat hati suaminya, Mohd Izwan Johar selepas diperkenalkan oleh sahabatnya dua tahun lalu.

Nabila, 31, berkata, dia memberanikan diri meluahkan perasaannya kepada lelaki itu selepas terpikat dengan sikap kesederhanaan yang ada pada Mohd Izwan.

"Enam bulan pertama perkenalan kami dia tidak pernah sekali pun cuba memikat saya dan hubungan kami sekadar teman biasa sahaja ketika itu.

"Bagaimanapun saya mula terpikat kepada sifat kesederhanaan yang ada padanya selain dia sangat baik dan berbeza daripada lelaki lain jadi saya memberanikan diri meluahkan perasaan kepadanya," katanya Terdahulu, Nabila dan Mohd Izwan, 32, selamat disatukan sebagai suami-isteri dengan sekali lafaz pada majlis pernikahan yang diadakan di Masjid Sultan Salehuddin Abdul Aziz Shah di sini pada Jumaat. mStar Online.Akad nikah dilakukan sendiri oleh bapa Nabila iaitu penyanyi Amy Search disaksikan oleh jurunikah di masjid berkenaan, Khairuddin Haiyon.

Nabila turut menerima mas kahwin berjumlah RM300 manakala wang hantaran dirahsiakan jumlahnya. Dalam pada itu, Nabila mengakui memikat hati Mohd Izwan yang juga pemilik sebuah restoran melalui masakan sehingga sanggup menelefon ibunya untuk meminta resepi masakan kegemaran lelaki itu."Alhamdulillah dia tidak pernah cakap masakan saya tidak sedap cuma dia seorang yang sukar meluahkan perasaannya.

"Sebagai contoh kalau dia cakap 'I Love You' kepada saya, ia adalah satu perkara penting dan bermakna buat saya," katanya.

Tambah Nabila, Mohd Izwan adalah satu-satunya lelaki yang dapat melembutkan hatinya selain sentiasa menerima nasihatnya.

"Tiada lelaki yang mampu buat saya rasa seperti itu melainkan Mohd Izwan," katanya.

Sementara itu, Nabila berkata, sebelum ini dia tidak terbuka tentang hubungannya dengan Mohd Izwan kerana ingin mengelak timbul cerita kurang enak yang membawa kepada fitnah. Tambah Nabila, ketika itu juga mereka masih belum mempunyai ikatan sah dan enggan menghebahkan dan memilih hari bahagianya untuk mendedahkan suaminya itu.

"Kami tiada ikatan jadi saya fikir buat apa hendak hebahkan kepada orang perkara yang belum tentu jadi atau pun tidak.

"Alhamdulillah jodoh kami dan hari ini adalah paling sesuai untuk saya perkenalkannya secara terbuka dengan selepas kami dinikahkan," jelasnya.

Kata Nabila lagi, anaknya, Keisha Laila juga sangat rapat dengan Mohd Izwan biarpun pada awalnya dia agak keliru apabila mendapat tahu dia bakal berkahwin dengan lelaki itu. Dalam perkembangan sama, Mohd Izwan ketika ditemui berkata, dia tertarik dengan sifat keibuan yang ada pada Nabila selain menyifatkan isterinya itu sebagai penyayang dan baik hati.

Jelasnya lagi, dia tidak kisah dengan apa yang diperkatakan tentang Nabila sebelum ini kerana sepanjang mengenalinya wanita itu bukan seperti digambarkan.

"Orang luar lihat dia sebagai pelakon tetapi saya kenal dia sebagai seorang ibu yang baik hati dan penyayang.

"Apa sahaja diperkatakan tentangnya atau penilaian masyarakat terhadap gambar di laman sosialnya langsung tidak menunjukkan sifat peribadinya yang sebenar," ujarnya. Tambah Mohd Izwan, sebagai suami dia akan menyokong kerjaya Nabila dalam bidang lakonan dan tidak meletakkan sebarang syarat kerana yakin isterinya itu akan menyesuaikan diri.

Dalam perkembangan lain, pasangan berkenaan bakal diraikan dalam sebuah majlis resepsi yang diadakan di rumah pengantin lelaki pada malam Sabtu (malam ini) di Shah Alam. Terdahulu, Nabila sebelum ini pernah berkahwin dengan Zaidi Zailani, 34, namun mereka bercerai pada 2011 selepas tiga tahun bersama. Hasil perkahwinan itu mereka mendapat seorang anak perempuan iaitu Keisha Laila yang kini berusia lima tahun.

Sumber : mstar online


Biodata rasmi Mohd Izwan Johar suami Nabila Huda. Bagi yang tidak tahu siapa sebenar suami Nabila Huda, jejaka ini dikenali sebagai Mohd Izwan Johar dan bukan daripada industri hiburan tanah air. Mohd Izwan yang berusia 32 tahun merupakan seorang ahli perniagaan yakni pengurus atau pemilik Restoran Kulcats yang terletak di Kuala Lumpur.

Biodata Rasmi Mohd Izwan Johar Suami Nabila Huda

Nama Penuh: Mohd Izwan Johar

Umur: 32 Tahun

Pekerjaan: Usahawan atau Ahli Perniagaan

Pemilik Restoran: Kulscat Kuala Lumpur

Asal: Shah Alam Selangor

Tarikh Pernikahan: 25 Disember 2015


Foto Mohd Izwan Johar Suami Nabila Huda





Video Tonton Konsert Gegar Vaganza 2015 Minggu 9 Akhir atau Final secara full online. Program nyanyian realiti Gegar Vaganza kini berada di minggu kemuncak akhir pada Ahad 13 Disember 2015 bertempat di Auditorium MBSA Shah Alam. Enam finalis antaranya adalah Acong, Siti Nordiana, Faradhiya, Ezad Lazim, Haiza dan Nassier Wahab berentap untuk merebut gelaran Juara Gegar Vaganza musim 2015. Saksikan siaran langsung Gegar Vaganza 2015 akhir menerusi saluran Astro Ria bermula pada jam 9.00 malam Ahad. Bagi anda yang tidak berkesempatan untuk menonton Gegar Vaganza 2015 minggu ke sembilan final, anda boleh tonton dilaman ini sebaik rancangan tamat.

Video Konsert Gegar Vaganza 2015 Minggu 9 Final Online



Biodata Datuk Seri Adnan Abu suami sah Adira AF. Dunia hiburan sekali lagi digemparkan dengan pengumuman Adira sudah berkahwin dengan suami orang pada Khamis 3 Disember 2015. Menerusi kenyataan Adira, dia mengakui sudah menjadi isteri kedua kepada salah seorang ahli perniagaan. Semua dibongkar sendiri oleh isteri pertama Datuk Seri Adnan Abu yang dikenali sebagai “Datin Red”.

Biodata Datuk Seri Adnan Abu Suami Adira AF
  • Nama Penuh: Datuk Seri Adnan Abu
  • Umur: 30-an
  • Gelaran: Dato
  • Pekerjaan: Ahli Perniagaan
  • Nama Isteri Pertama: Syarifah Norshafila Binti Hassim (Datin Red)
  • Bilangan Anak: 3 Orang
  • Facebook Datin Red: https://www.facebook.com/syarifahnorshafila.shassim
  • Nama Isteri Kedua: Adira ( Siti Adira Suhaimi )
Foto Adira Bersama Isteri Pertama Datuk Seri Adnan Abu


Gambar Isteri Pertama Datuk Seri Adnan Abu



Semakan keputusan Kolej Vokasional dan Sekolah Teknik 2016 secara online. Menerusi makluman Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM), semakan kemasukan ke Kolej Vokasional (KV) dan Sekolah Menengah Teknik (SMT) sesi 2016 dijangka akan diumumkan keluar pada Minggu Kedua Bulan Disember 2015. Berikut adalah cara semakan keputusan kemasukan ke Kolej Vokasional Dan Sekolah Menengah Teknik sesi 2016.

Semakan Keputusan Kolej Vokasional & Sekolah Teknik 2016

Sila layari https://sptv.moe.gov.my mulai Minggu Kedua Bulan Disember 2015

Tarikh Penting Kolej Vokasional Dan Sekolah Teknik 2016
  • Keputusan PT3 2015 : 14 Disember 2015
  • Permohonan tutup : 20 Disember 2015
  • Sesi temuduga (program temuduga sahaja): Minggu Kedua Januari 2016
  • Semakan online Semua Program : Minggu Ketiga Januari 2016
  • Pendaftaran Kolej Vokasional 2015 : Minggu Ke-4 Januari 2016
  • Pendaftaran Sekolah Menengah Teknik 2015 : Minggu 4 Januari 2016




Cara permohonan Skim Khairat Kematian Bantuan Rakyat 1Malaysia 2016. Bagi pemohon atau penerima BRIM sedia ada yang telah meninggal dunia, waris atau keluarga si mati boleh mendapatkan wang bantuan Skim Khairat Kematian sebanyak RM1,000 menerusi kaunter LHDN atau Bank BSN yang berhampiran. Skim Khairat Kematian sebanyak RM1,000 hanya layak dipohon oleh waris bagi penerima BR1M yang meninggal dunia pada 1 Januari 2016 hingga 31 Disember 2016.

Syarat Kelayakan Skim Khairat Kematian

Skim Khairat Kematian sebanyak RM1,000 hanya layak diberi kepada waris yang didaftarkan di Bahagian Maklumat Waris penerima BR1M kategori Isi Rumah dan Warga Emas yang meninggal dunia di dalam tempoh 1 Januari 2016 sehingga 31 Disember 2016.

Cara Tuntut Skim Khairat Kematian

Waris perlu membawa dokumen asal berikut ke kaunter Lembaga Hasil Dalam Negeri (LHDN)/ Bank Simpanan Nasional (BSN) yang berdekatan:
  • Sijil Kematian
  • Kad Pengenalan Waris


Senarai rasmi dan biodata peserta Seiras Seirama 2016 Astro. Program realiti baharu yang memerlukan peserta meniru gaya nyanyian serta vokal artis tersohor di Malaysia akan bersiaran pada setiap Ahad jam 9.00 malam mulai 20 Disember 2015. Dalam erti kata lain, Seiras Seirama merupakan sebuah program realiti untuk mencari klon 7 penyanyi popular seperti Mas Idayu, Hafiz Suip, Datuk Jamal Abdillah, Misha Omar, Ella, Ziana Zain dan Faizal Tahir. Seiras Seirama juga akan diacarakan oleh hos Dato Aznil Haji Nawawi. Saksikan Seiras Seirama pada setiap Ahad jam 9.00 malam hanya di Astro Ria.

Format Rasmi Program Realiti Seiras Seirama 2016 Astro

Seiras Seirama menampilkan 7 Selebriti hebat tanah air dalam pencarian peserta yang seiras dan seirama dgn mereka. Setiap selebriti telah memilih 4 peserta dibawah mereka yang mempunyai gaya, vokal dan penampilan yang sama atau serupa. Dalam setiap episod, artis-artis ini perlu memilih seorang juara untuk bertanding di peringkat akhir. Juri-juri pula bukan setakat mengkritik, menilai dan memberi markah pada peserta. Tapi mereka turut berkongsi ilmu dan pengalaman mereka kepada peserta-peserta yang mahu menjadi seperti mereka. Malah bagi juara setiap episod, peserta berpeluang menyanyi bersama idola mereka.

Senarai Selebriti Seiras Seirama 2016 Astro
  • Mas Idayu
  • Hafiz Suip
  • Datuk Jamal Abdillah
  • Misha Omar
  • Ella
  • Ziana Zain
  • Faizal Tahir


Tarikh rasmi bila Dividen dan Bonus ASB 2015 diumumkan keluar. Berita terkini pihak Amanah Saham Nasional Berhad (ASNB) secara rasmi telah mengumumkan penangguhan urusniaga ASB (Amanah Saham Bumiputera) mulai 24 Disember 2015 hingga 3 Januari 2016 bagi tahun kewangan yang berakhir pada 31 Disember 2015. Oleh itu, pengumuman rasmi kadar Dividen dan Bonus ASB 2015 dijangka akan diumumkan keluar pada Khamis 17 Disember 2015 atau selewatnya sebelum 24 Disember 2015. Manakala pembayaran atau pengagihan ASB akan dikreditkan ke akaun pengguna mulai 5 Januari 2016.

Tarikh Rasmi Dividen ASB 2015 Diumumkan Keluar
  • Akan diumumkan keluar dijangka pada Khamis 17 Disember 2015 atau selewatnya sebelum 24 Disember 2015
Tarikh Pembayaran Pengagihan ASB 2015
  • Akan diagihkan ke akaun pengguna pada 5 Januari 2016
Kronologi Kadar Dividen ASB Amanah Saham Bumiputera
  • 2015: Akan diumumkan
  • 2014: 7.50 Sen , Bonus 1.00 Seunit
  • 2013: Dividen 7.70 sen seunit, bonus 1.00 sen
  • 2012: Dividen 7.75 sen, bonus 1.15 sen
  • 2011: Dividen 7.65 Sen, bonus 1.15 sen


Borang permohonan Kad Diskaun KTMB khas untuk pelajar. Pada masa ini pelajar Kolej atau Universiti boleh menikmati tambang diskaun sebanyak 50% dengan menunjukkan kad diskaun KTM-i Card di kaunter berkuatkuasa mulai 7 Januari 2016.Tempoh sebulan diberikan untuk mereka mendapatkan kad KTMB i-Card Student. Ini adalah sebagai langkah kawalan bagi mengelakkan penyalahgunaan tambang konsesi pelajar oleh mereka yang bukan pelajar institusi pengajian tinggi atau telah tamat pengajian.

Syarat Permohononan
  • Pelajar Kolej/Universiti di Malaysia.
  • Terbuka untuk semua warga negara.
  • Yuran tahunan RM30.00.
  • Surat pengesahan pelajar Kolej/Universiti mesti disertakan.
  • Tempoh sah guna kad adalah setahun dari tarikh permohonan atau setelah tamat pengajian.

Cara Memohon
  • Pemohon mesti mengisi Borang
  • Permohonan KTMB i-Card.
  • Sertakan bersama surat pengesahan Kolej/Universiti.Yuran dibayar secara tunai.
  • Proses permohon boleh dilakukan di kaunter tiket KTMB di Aras 2, Stesen KL Sentral.
  • Operasi kaunter adalah dari hari Isnin – Jumaat .
  • Waktu operasi kaunter adalah dari jam 0800 sehingga 2030.
  • Borang permohonan dan surat pengesahan pelajar/borang boleh dimuat naik di www.ktmb.com.my atau diperolehi di kaunter Kad Diskaun, KL Sentral.


Live streaming program Seiras Seirama 2016 Astro Ria secara online. Siaran langsung program realiti baharu Seiras Seirama akan menemui penonton pada Setiap Ahad mulai 20 Disember 2015 bermula jam 9.00 malam menerusi saluran Astro Ria (104). Seiras Seirama merupakan sebuah program realiti yang mencari persamaan nyanyian dengan artis sedia ada. Antara artis yang terlibat dalam program ini adalah Mas Idayu, Hafiz Suip, Datuk Jamal Abdillah, Misha Omar, Ella, Ziana Zain dan Faizal Tahir. Untuk info, seramai empat peserta yang dipilih bagi setiap artis ini. Dalam setiap konsert mingguan, artis-artis ini perlu memilih seorang juara untuk bertanding di peringkat akhir.

Live Streaming Seiras Seirama 2016 Astro Ria Online


Jadual Siaran Langsung Seiras Seirama 2016 Astro
  • Masa: 9.00 Malam Setiap Ahad Mulai 20 Disember 2015
  • Lokasi: Dewan MBSA Shah Alam
  • Pengacara: Dato Aznil Nawawi
  • Barisan Artis: Mas Idayu, Hafiz Suip, Datuk Jamal Abdillah, Misha Omar, Ella, Ziana Zain dan Faizal Tahir
  • Siaran Rasmi: Saluran Astro Ria (104) dan tayangan serentak



Semakan keputusan pembayaran BR1M 2016 secara online. Pembayaran Bantuan Rakyat 1Malaysia (BRIM) akan dibuat secara ansuran sebanyak 4 kali berturut mulai Januari, April, Jun dan September 2016. Semakan keputusan atau status permohonan BR1M boleh disemak mulai 1 Januari 2016 manakala semakan status pembayaran ansuran pertama BRIM boleh disemak mulai 28 Januari 2016.

Semakan Keputusan Pembayaran BR1M 2016 Online


Nota Penting Status Permohonan BR1M 2016
  • Permohonan Diterima → Permohonan Tuan Telah Berjaya Didaftar
  • Permohonan Dalam Proses → Permohonan Tuan Dalam Proses Semakan Dan Verifikasi Kelayakan
  • Permohonan Lulus → Permohonan Tuan Telah Diluluskan/Berjaya
  • Permohonan Tidak Lulus → Permohonan Tuan Tidak Diluluskan/Tidak Berjaya
  • Status Kredit Tidak Berjaya → Surat makluman lulus Gagal Kredit akan dipos kepada pemohon dan pemohon perlu membawa surat tersebut bersama kad pengenalan asal untuk penunaian di Bank Simpanan Nasional (BSN) sahaja.

Borang Maklumat Hubungan

Nama

E-mel *

Mesej *

Dikuasakan oleh Blogger.
Javascript DisablePlease Enable Javascript To See All Widget