2015-11-29


Tarikh mula beli Nombor Pin Unik ID UPU IPTA sesi akademik 2016/ 2017. Bagi pemohon lepasan SPM, STPM dan setaraf yang ingin mengemukakan permohonan online kemasukan ke IPTA, pembelian nombor Unik ID UPU/ Politeknik/ ILKA sesi 2016/ 2017 akan dibuka mulai Minggu Ketiga bulan Januari 2016 hingga April 2016. Berikut adalah cara pembelian nombor pin kemasukan ke upu bagi sesi 2016/ 2017.

Pengumuman Terkini Kemasukan UPU 2016/ 2017
Pembelian No. Unik ID & Permohonan Kemasukan Ke IPTA/Politeknik & ILKA Bagi Sesi Akademik 2016/2017 boleh dibeli mulai Minggu Ketiga Januari 2016 sehingga April 2016.

Borang UPU Online Sesi 2016/ 2017
Sila layari http://upu.moe.gov.my/web/ mulai Januaari 2016 sehingga April 2016

Cara Beli Nombor Pin (Unik ID) UPU
  • Sila hadirkan diri ke Bank Simpanan Nasional yang berhampiran dengan kediaman anda
  • Ambil nombor giliran dan nyatakan tujuan anda seperti membeli nombor pin untuk permohonan
  • Anda perlu isi nama dan nombor ic pada slip deposit ( Berwarna Biru) seperti yang tertera dibawah
  • Pergi kaunter dan buat pembayaran
  • Untuk permohonan UPU: RM10.00 + RM0.60 (Cas Perkhidmatan)

Maklumat Permohonan UPU Sesi Akademik 2016/ 2017
  • Permohonan melalui BPKP (UPU) bagi Sesi Akademik 2016/2017 dijangka akan dibuka mulai Minggu Ketiga Januari 2016 sehingga April 2016.
  • Permohonan melalui BPKP (UPU) hanya setahun sekali yang merangkumi permohonan bagi Lepasan SPM/Setaraf (ke Diploma & Sijil) dan Lepasan STPM/Setaraf (ke Ijazah).
  • Bagi pemohon yang ingin mengemukakan permohonan untuk menyambung “Master”, pemohon perlu mengemukakan permohonan terus kepada IPTA bukan melalui BPKP (UPU).
  • Proses pengambilan kedua diuruskan sepenuhnya oleh pihak IPTA. Bahagian Pengurusan Kemasukan Pelajar (UPU) tidak terlibat sama sekali dalam proses pengambilan kedua yang telah dijalankan oleh pihak IPTA/Institusi. Sebarang pertanyaan berkenaan maklumat pengambilan yang seterusnya sila hubungi pihak IPTA/Institusi berkenaan.
  • Permohonan yang lulus tidak boleh dipinda atau diubah lokasi IPTA mahupun Kursus
  • Jika anda telah memohon UPU, anda masih layak untuk menerima tawaran Matrikulasi/ Maktab Perguruan


Borang permohonan BR1M 2016 Bantuan Rakyat 1Malaysia 5.0 secara online. Pemohon BRIM yang belum pernah mendaftar wajib mendaftar sebagai pengguna baharu manakala pemohon sedia ada hanya perlu melakukan kemaskini maklumat peribadi menerusi e-BR1M. Sukacita dimaklumkan bahawa borang permohonan dan kemaskini BR1M 2016 akan dibuka mulai 5 Disember 2015 hingga 31 Disember 2015. Berikut adalah cara,

Borang Permohonan BR1M 2016 Pendaftaran Baharu Online
Nota: Permohonan BR1M 2016 akan dibuka mulai 5 Disember 2015 sehingga 31 Disember 2015

Syarat Kelayakan Permohonan BR1M 2016
  • Warganegara Malaysia yang berumur 21 Tahun dan keatas
  • Pendapatan isi rumah tidak melebihi RM4,000 sebulan
  • Bagi kategori bujang, gaji mestilah tidak melebihi RM2,000 sebulan
  • Penerima Baucar Buku 1Malaysia (BB1M) adalah tidak layak menerima BR1M
Kadar Bayaran BR1M 2016 Bantuan Rakyat 1Malaysia
  • Kategori Isirumah Bawah RM1,000 (e-Kasih): RM1050
  • Kategori Isirumah Bawah RM3,000: RM1000
  • Kategori Isirumah RM3,001 hingga RM4,000: RM800
  • Kategori BR1M Individu Bujang: RM400
Tempoh Permohonan BR1M 2016
  • 5 Disember 2015 sehingga 31 Disember 2016
Jadual Pembayaran BR1M 2016 Bantuan Rakyat 1Malaysia

Pendapatan Isirumah Bawah RM1,000 (e-Kasih): RM1050
  • Ansuran pertama: RM350 pada Januari 2016
  • Ansuran kedua: RM350 pada Mei 2016
  • Ansuran Ketiga:RM 350 pada September 2016
Pendatapan Isirumah Bawah RM3,000: RM1000
  • Ansuran pertama: RM300 pada Januari 2016
  • Ansuran kedua: RM350 pada Mei 2016
  • Ansuran Ketiga:RM 350 pada September 2016
Kategori Isirumah RM3,001 hingga RM4,000: RM800
  • Ansuran pertama: RM250 pada Januari 2016
  • Ansuran kedua: RM250 pada Mei 2016
  • Ansuran Ketiga:RM 300 pada September 2016
Kategori BR1M Individu Bujang: RM400
RM400 pada Januari 2016

Tarikh Tutup Permohonan BRIM 2016
31 Disember 2015

Berita terkini punca kenapa Pak Yus Jambu Meninggal Dunia pada 30 November 2015. Pada pukul 12.30 pagi, Pak Yus dari kumpulan Jambu atau nama sebenar Yusryy Edoo yang kini berusia 39 tahun telah disahkan meninggal dunia di Hospital Selayang akibat sesak nafas. Difahamkan, pemergian Yus Jambu adalah disebabkan serangan sakit jantung yang dialaminya. Info tambahan lagi, Yus Jambu dilaporkan meninggal dunia ketika dalam perjalanan pulang ke rumah selepas selesai menjayakan program ‘Raja Band’ di Dataran Merdeka, Kuala Lumpur. Untuk info, Yus Jambu adalah seorang yang sangat terkenal menerusi program Raja Lawak dan Maharaja Lawak Mega. Yus merupakan Juara Raja Lawak musim pertama dan selalu berganding dengan Tauke Jambu. Semestinya pemergian Yus Jambu adalah amat dirasai. Manakala, jenazah Allahyarham Pak Yus juga akan disemadikan di Perlis pada 30 November 2015.

Biodata Yus Jambu Pelawak Meninggal Dunia 30 November 2015
Nama Sebenar: Yusryy Edoo
Nama Popular: Yus Jambu atau Pak Yus
Umur: 39 Tahun
Tarikh Lahir: 15 Mac 1976
Status: Bujang Belum Berkahwin
Pekerjaan: Pelawak dan Pelakon
Asal: Kangar Perlis
Punca Kematian: Mati Mengejut (Sakit Jantung) susulan sesak nafas
Masa Kematian: 12.15 pagi Isnin 30 November 2015 di Hospital Selayang
Tagline: “Boleh Tuju Lagu” “kicap ada kicap”, “Yaya Toure manchester city”, “apa pun tak boleh”, “kokdiang”, ‘Muka lejen hati cute’
Filem Popular: Hantu Bungkus Ikat Tepi
Kejayaan: Juara Raja Lawak musim pertama dan popular menerusi Kumpulan Jambu di Maharaja Lawak Mega yang turut digandingkan bersama Tauke kumpulan Jambu. Menubuhkan Kumpulan Virus pada Maharaja Lawak Mega 2014 yang disertai oleh Tauke, Yus dan Zizan.

Punca Sebenar Kematian Pak Yus Jambu 30 November 2015
Tauke Jambu sahabat karib Yus Jambu turut mengesahkan Allahyarham Pak Yus meninggal akibat sesat nafas selepas balik daripada menjayakan program ‘Raja Band’ di Dataran Merdeka, Kuala Lumpur.

Foto Kenangan Terakhir Yus Jambu Sebelum Meninggal Dunia
Berikut adalah foto terakhir bersama Yus Jambu pada jam 10.00 malam 29 November 2015 bertempat di Dataran Merdeka KL.


Gambar Pak Yus Jambu Meninggal Dunia 30.11.2015
Beberapa keping foto menyaksikan pemergian Yus Jambu turut dihadiri oleh rakan artis di Hospital Selayang.








Video Tonton Konsert Gegar Vaganza 2015 Minggu 7 secara full online. Program nyanyian realiti bintang lagenda Gegar Vaganza kini berada di Minggu ke tujuh pada Ahad 29 November 2015 bertempat di Auditorium MBSA Shah Alam. Terdahulu, Nizam Laksamana telah tersingkir pada Konsert Gegar Vaganza Minggu ke Enam. Oleh itu, kini tinggal hanya 7 peserta sahaja lagi yang meneruskan perjuangan untuk berentap di Konsert Gegar Vaganza Minggu ke Tujuh. Saksikan siaran langsung Gegar Vaganza 2015 menerusi saluran Astro Ria bermula pada jam 9.00 malam setiap Ahad. Bagi anda yang tidak berkesempatan untuk menonton Gegar Vaganza 2015 minggu ke tujuh, anda boleh tonton dilaman ini sebaik rancangan tamat.

Video Konsert Gegar Vaganza 2015 Minggu 7 Online

Borang Maklumat Hubungan

Nama

E-mel *

Mesej *

Dikuasakan oleh Blogger.
Javascript DisablePlease Enable Javascript To See All Widget