2015-11-22


PETALING JAYA: Mendiang Timbalan Pengarah Ketua Bahagian Bicara dan Rayuan, Jabatan Peguam Negara, Anthony Kevin Morais yang mati dibunuh menjadi antara enam penerima anugerah secara anumerta sempena Hari Keputeraan Sultan Perak, Sultan Nazrin Shah pada Jumaat. Kevin dianugerahkan pingat Darjah Datuk Paduka Mahkota Perak (DPMP) yang membawa gelaran `Datuk’. Anugerah secara anumerta diberikan kepada individu yang telah meninggal dunia.

Lima individu lain yang menerima anugerah itu, Allahyarham Datuk Sir Onn Jaafar dan Datuk Panglima Bukit Gantang Abdul Wahab Toh Muda Abdul Aziz, yang menerima Darjah Seri Paduka Cura Si Manja Kini (SPCM); Dr Burhanuddin Al-Helmy dan Aminuddin Baki (Darjah Seri Paduka Mahkota Perak – SPMP) dan Tan Sri Koo Chong Kong (Darjah Seri Panglima Taming Sari – SPTS).

Adik mendiang Kevin, Datuk Richard Morais mengambil anugerah itu bagi pihak Kevin. Timbalan Perdana Menteri, Datuk Seri Dr. Ahmad Zahid Hamidi mengetuai senarai 702 penerima darjah kebesaran, bintang dan pingat sempena Keputeraan Sultan Perak.

Beliau menerima anugerah Darjah Kebesaran Seri Paduka Nazrin Shah (SPSN) yang membawa gelaran Datuk Seri Diraja. Zahid merupakan penerima pertama darjah kebesaran itu - freemalaysiatoday.com



PETALING JAYA: Kumpulan pengganas Sulu di selatan Filipina dalam perancangan untuk membuat serangan ‘balas dendam’ di Lahad Datu ekoran kegagalan mereka menawan Sabah pada 2013.

Menurut laporan dalam akhbar New Straits Times Online, Kementerian Dalam Negeri difahamkan tentang percubaan itu dan pihaknya sedang berhati-hati dan membuat pemantauan rapi di pantai timur Sabah.

“Kita meneruskan pemantauan secara intensif kerana wujud tanda kumpulan tersebut sedang merancang untuk membalas dendam,” kata Timbalan Menteri Dalam Negeri, Datuk Nur Jazlan Mohamed.

Beliau juga mendedahkan, rangkaian itu turut menggunakan warga tempatan yang bersimpati dan menyokong niat jahat kumpulan pengganas tersebut.

“Mereka kebanyakannya terdiri daripada penduduk setempat dan bukan warganegara Malaysia yang ada hubungan rapat dengan selatan Filipina.

“Mereka menyelinap sebagai orang awam yang menyukarkan lagi usaha kita untuk mengesan mereka,” jelasnya.

Terdahulu, Timbalan Ketua Pengarah Jabatan Imigresen Datuk Sakib Kusmi menyatakan, pergerakan penduduk yang ada hubungan dengan Sulu sedang dipantau rapat oleh pelbagai agensi termasuk pasukan Kawasan Keselamatan Khas Pantai Timur Sabah (ESSCom).

Pada Khamis lalu, Dewan Undangan Negeri Sabah meluluskan usul mengharamkan kemasukan warga asing yang ada kaitan dengan kumpulan kesultanan Sulu daripada memasuki negara.

Ia termasuk meluluskan usul khas melarang dua Naib Presiden PKR iaitu Nurul Izzah Anwar dan Tian Chua daripada memasuki negeri itu kerana mengadakan pertemuan dengan Jacel Kiram yang merupakan anak perempuan kepada bekas ketua pengganas kumpulan bersenjata Sulu, Jamalul Kiram III - freemalaysiatoday.com


Biodata PU Syed selaku juara Pencetus Ummah 2015. Tahniah diucapkan kepada PU Syed kerana telah dinobatkan sebagai juara Pencetus Ummah musim 2015 dan membawa pulang hadiah wang tunai bernilai RM100,000 beserta Trofi. Naib juara pula disandang oleh PU Taha manakala tempat ketiga disandang oleh PU Zaid dan tempat ke empat jatuh kepada PU Amin. Tahniah sekali lagi diucapkan kepada PU Syed selaku Juara Mimbar Akhir Pencetus Ummah 2015. Terdahulu, Pencetus Ummah pentas akhir telah menutup tirai pada khamis 26 November 2015 bertempat di Dewan Auditorium KUIS.

Biodata PU Syed Juara Pencetus Ummah 2015
Nama Penuh: Syed Mohd Bakri Bin Syed Ishak
Umur: 33 Tahun
Asal: Kuantan Pahang
Status: Juara Pencetus Ummah Musim 2015





Semakan keputusan Sekolah Kawalan 2016 KRK, KAA, SMKA Dan SABK secara online dan SMS. Bagi yang telah mengemukakan permohonan ke Sekolah Menengah Kebangsaan Agama (SMKA), Sekolah Agama Bantuan Kerajaan (SABK), Kelas Aliran Agama (KAA) dan Kelas Rancangan Khas (KRK), keputusan sekolah kawalan sesi 2016 bagi kemasukan ke Tingkatan Satu (1) akan diumumkan keluar pada Minggu Ketiga bulan Disember 2015. Berikut adalah cara semakan online dan SMS tawaran ke Sekolah Kawalan sesi kemasukan tahun 2016.

Pengumuman Terkini Keputusan Sekolah Kawalan 2016
Semakan keputusan kemasukan ke Sekolah Kawalan 2016 dijangka akan diumumkan keluar pada Minggu Ketiga Bulan Disember 2015. Tarikh rasmi akan diumumkan menerusi laman ini dari masa ke semasa. Harap maklum

Semakan Keputusan Sekolah Kawalan 2016
Semakan boleh dibuat menerusi laman http://public.moe.gov.my atau layari http://www.moe.gov.my

Singkatan Maksud Sekolah Kawalan 2016
Sekolah Menengah Kebangsaan Agama (SMKA)
Sekolah Agama Bantuan Kerajaan (SABK)
Kelas Aliran Agama (KAA)
Kelas Rancangan Khas (KRK)

Semakan Keputusan Sekolah Kawalan 2016 Guna SMS
Semakan guna SMS dengan menaip MOE SKWL <Jarak> Angka Giliran UPSR dan kemudian SMS ke 15888

Semakan keputusan MRSM 2016 Tingkatan 1 dan 4 secara online dan SMS. Menerusi pengumuman rasmi Majlis Amanah Rakyat, semakan keputusan MRSM 2016 bagi kemasukan ke Tingkatan Satu (1) dijangka akan diumumkan pada Minggu ke 4 Bulan Januari 2016. Manakala keputusan kemasukan ke Tingkatan Empat (4) akan diumumkan pada Minggu Pertama bulan Februari 2016.

Semakan Keputusan MRSM 2016 Tingkatan 1 Online

Semakan Keputusan MRSM 2016 Tingkatan 1 Guna SMS
Melalui perkhidmatan mySMS :Taip MARA <jarak> MRSM <jarak> angka giliran dan hantar ke 15888

Semakan Keputusan MRSM 2016 Tingkatan 4
Semakan MRSM 2016 bagi Tingkatan 4 boleh disemak mulai Minggu Pertama Februari 2016 menerusi pautan http://cms.mrsm.edu.my/ola/checkStatusF4.jsp

Semakan Keputusan MRSM 2016 Tingkatan 4 Guna SMS
Melalui perkhidmatan mySMS :Taip MARA <jarak> MRSM <jarak> angka giliran dan hantar ke 15888


Semakan keputusan penempatan ke SBP 2016 Tingkatan 1 secara online. Menerusi makluman rasmi Kementerian Pendidikan Malaysia, semakan keputusan ke Tingkatan Satu Sekolah Berasrama Penuh sesi 2016 akan diumumkan keluar selewatnya selepas tempoh 27 hari selepas keputusan UPSR 2015 diumumkan. Oleh itu, semakan keputusan SBP 2016 bagi kemasukan ke Tingkatan Satu akan diumumkan keluar pada Minggu Ketiga bulan Disember 2015.

Pengumuman Rasmi Keputusan SBP 2016 Tingkatan 1
Keputusan pemilihan dan penempatan ke Tingkatan Satu (1) SBP akan diumumkan selewat-lewatnya dalam tempoh 27 hari setelah keputusan UPSR diumumkan. Oleh itu, keputusan SBP 2016 Tingkatan 1 dijangka akan diumumkan keluar pada minggu ketiga Disember 2015.

Semakan Keputusan SBP 2016 Tingkatan 1 Online
Sila layari https://sst1.moe.gov.my atau http://www.moe.gov.my mulai Minggu Ketiga Bulan Disember 2015




Kemaskini BR1M 2016 Bantuan Rakyat 1Malaysia 5.0 secara online. Penerima BRIM sedia ada tidak perlu lagi untuk mendaftar sebagai pemohon baru namun wajib untuk kemaskini permohonan BRIM menerusi e-BRIM. Kegagalan pemohon untuk kemaskini permohonan BR1M akan menyebabkan pemohon gagal untuk menerima Bantuan Rakyat 1Malaysia. Seperti yang telah dibentangkan dalam bajet 2016, penerima BRIM yang tersenarai dalam program e-Kasih dan berpendapatan bulanan bawah RM1,000 akan menerima bantuan BR1M sebanyak RM1,050. Manakala isi rumah berpendapatan bulanan RM3,000 dan ke bawah akan menerima RM1000. Bagi isi rumah berpendapatan antara RM3,001 hingga RM4,000, pemberian BR1M adalah RM800. Manakala BR1M bagi individu bujang 21 tahun ke atas, pendapatan tidak melebihi RM2,000 sebulan akan menerima RM400. Berikut adalah panduan atau cara kemaskini borang permohonan BR1M 2016.

Kemaskini BRIM 2016 Bantuan Rakyat 1Malaysia 5.0 Online

Terkini: Kemaskini BRIM 2016 boleh dilakukan secara online mulai 5 Disember 2015 sehingga 31 Disember 2015. Penerima BR1M sedia ada tidak perlu mendaftar lagi, tetapi perlu mengemas kini maklumat peribadi termasuk alamat, maklumat anggota keluarga dan akaun bank. Pemohon sedia ada yang gagal mengemaskini BRIM 2016 akan menyebabkan permohonan gagal diproses.

Semakan Keputusan BR1M 2016 Bantuan Rakyat 1Malaysia 5.0
Semakan status pembayaran BR1M 2016 boleh disemak secara online menerusi applikasi semakan e-BRIM mulai Januari 2016 atau mengunjungi Pejabat Lembaga Hasil Dalam Negeri (LHDN) yang berdekatan dengan kediaman anda.

Jadual Pembayaran BRIM 2016 Bantuan Rakyat 1Malaysia 5.0
Kategori Pendapatan Isirumah Bawah RM1,000 (e-Kasih): RM1050
  • Ansuran pertama: RM350 pada Januari 2016
  • Ansuran kedua: RM350 pada Mei 2016
  • Ansuran Ketiga:RM 350 pada September 2016

Kategori Pendapatan Isirumah Bawah RM3,000: RM1000
  • Ansuran pertama: RM300 pada Januari 2016
  • Ansuran kedua: RM350 pada Mei 2016
  • Ansuran Ketiga:RM 350 pada September 2016

Kategori Pendapatan Isirumah RM3,001 hingga RM4,000: RM800
  • Ansuran pertama: RM250 pada Januari 2016
  • Ansuran kedua: RM250 pada Mei 2016
  • Ansuran Ketiga:RM 300 pada September 2016

Kategori BR1M Individu Bujang: RM400
  • RM400 pada Januari 2016


Live streaming Ceria All Stars 2015 Astro secara online. Siaran langsung Ceria All Stars musim baharu akan menemui penonton mulai 27 November 2015 pada setiap jumaat jam 9.00 malam menerusi saluran Astro Ceria saluran 611 dan tayangan serentak menerusi Astro Maya HD. Untuk info, seramai 20 peserta yang terdiri daripada umur bawah 15 tahun akan berentap untuk menunjukkan bakat dari pelbagai bidang dan tidak khusus kepada bidang nyanyian. Ceria All Stars akan dihoskan oleh Jihan Muse dan pelakon cilik Mia Ahmad. Manakala Nabil Ahmad dan Nora Danish akan memeriahkan lagi Ceria All Stars sebagai juri tetap.

Siaran Langsung Ceria All Stars 2015 Astro Online
Tarikh: Setiap Jumaat mulai 27 November 2015
Masa: 9.00 Malam
Lokasi: Dewan MBSA Shah Alam
Siaran Rasmi: Astro Ceria saluran 611


Video Tonton Konsert Gegar Vaganza 2015 Minggu 6 secara full online. Program nyanyian bintang otai Gegar Vaganza kini berada di Minggu ke enam pada Ahad 22 November 2015 bertempat di Auditorium MBSA Shah Alam. Terdahulu, Amir Ukays telah tersingkir pada Konsert Gegar Vaganza Minggu kelima. Oleh itu, kini tinggal hanya 8 peserta sahaja lagi yang meneruskan perjuangan berentap di Konsert Gegar Vaganza Minggu Enam. Saksikan siaran langsung Gegar Vaganza 2015 menerusi saluran Astro Ria bermula pada jam 9.00 malam setiap Ahad. Bagi anda yang tidak berkesempatan untuk menonton Gegar Vaganza 2015 minggu ke enam, anda boleh tonton dilaman ini sebaik rancangan tamat.

Tonton Video Konsert Gegar Vaganza 2015 Minggu 6 Online

Borang Maklumat Hubungan

Nama

E-mel *

Mesej *

Dikuasakan oleh Blogger.
Javascript DisablePlease Enable Javascript To See All Widget